WorksheetsSains t4 Bab 1
Total questions: 22
Worksheet time: 4hrs 40mins
Semasa menjalankan eksperimen, mata Zariff terkena percikan larutan air garam. Sebagai ahli kumpulan Zariff, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
Mengelap bahagian mata Zariff menggunakan tuala
Memaklumkan guru
Membilas menggunakan pembilas mata
Meniup mata Zariff
Encik Ali ditugaskan untuk mengkaji sampel virus yang menyebabkan penyakit berjangkit di Bandar Kejora. Antara berikut, yang manakah peralatan perlindungan diri dalam makmal yang sepatutnya digunakan oleh beliau?
Kabinet aliran laminar
Pembilas mata
Penyiram kecemasan
Kebuk wasap
Antara yang berikut, manakah merupakan bahan sisa kategori A?
Darah
Picagari
Medium kultur
Haiwan makmal
Apakah kesan yang bahaya akibat daripada keracunan merkuri?
memberi kesan kepada sistem saraf
menyebabkan luka
menyebabkan kanser
menyebabkan mutasi
Suatu kebakaran telah berlaku melibatkan logam seperti magnesium dan natrium. Antara pemadam kebakaran berikut, yang manakah sesuai untuk memadamkan kebakaran tersebut?
Air
Buih
Serbuk kering
Karbon dioksida
Antara berikut, yang manakah aspek yang penting bagi memastikan alat pemadam kebakaran sentiasa berfungsi?
Jenis pemadam kebakaran dan tarikh luput
Bilangan alat pemadam kebakaran dan lokasi
Peta laluan kecemasan dan tarikh luput
Bilangan alat pemadam kebakaran dan jenis pemadam kebakaran
Antara tindakan berikut, yang manakah patut dilakukan oleh seorang guru jika muridnya memecahkan termometer merkuri di dalam makmal?
Lap tumpahan merkuri dengan tisu
Kutip termometer dan buang ke dalam tong sampah
Bersihkan tumpahan merkuri dengan menggunakan air yang banyak
Taburkan serbuk sulfur untuk menutup tumpahan daripada termometer
Apakah prinsip pemadaman api bagi penggunaann selimut kebakaran?
menambahkan tekanan
mengurangkan suhu
menghalang sumber oksigen
menyingkirkan sumber bahan api
Jadual menunjukkan satu contoh bahan sisa yang tidakboleh dibuang terus ke dalam singki. Yang manakah benar bagi bahan sisa tersebut?
Mikrob dan bangkai haiwan ialah logam berat
Mikrob dan bangkai haiwan ialah sisa organik
Mikrob dan bangkai haiwan ialah bahan meruap
Mikrob dan bangkai haiwan ialah pelarut organik
Antara jenis alat pemadam kebakaran, yang manakah dipadankan dengan fungsinya dengan betul?
Air- Untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada peralatan elektrik
Buih - Untuk memadam kebakaran yang melibatkan cecair dan gas yang mudah terbakar
Karbon dioksida- Untuk memadam kebakaran yang melibatkan logam dan bukan logam
Serbuk kering - Untuk memadam kebakaran melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu.
Selimut api ialah alat yang digunakan untuk memadam api yang kecil. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat selimut api?
Kain plastik
Kain kapas
Kain poliester
Kain gentian kaca
Antara bahan berikut. yang manakah perlu dikendalikan di dalam kebuk wasap?
Serum
Air suling
Larutan ammonia
Medium kultur
Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri bahan yang boleh dibuang ke dalam singki?
Bahan mudah meruap
Mempunyai nilai pH 10
Mempunyai nilai pH 7
Bahan sisa organik
Bagaimanakah cara untuk melupuskan sisa biologi seperti darah tikus?
Dimasukkan ke dalam bekas khas
Diautoklaf dan dilupuskan terus ke dalam singki makmal
Dibalut di dalam tikus, dibungkus didalam beg plastik biobahaya dan disejukbekukan
Dibuang ke dalam tong biobahaya
Rajah menunjukkan urutan langkah-langkah untuk menguruskan tumpahan merkuri di dalam makmal sekolah.
Apakah langkah P dan Q?
Apakah bahan yang boleh dibuang terus ke dalam singki?
Asid lemah
Sisa pepejal
Sisa organik
Pelarut organik
Jadual menunjukkan contoh bahan sisa yang tidak boleh dibuang ke dalam singki. Kenal pastu pernyataan BENAR bagi bahan sisa di dalam jadual.
Sianida dan merkuri merupakan bahan bertoksik dan sangat beralkali
Sianida merupakan bahan bertoksik, merkuri merupakan logam berat
Sianida merupakan bahan yang terlalu beralkali, merkuri merupakan bahan meruap
Sianida sangat mudah meruap, merkuri merupakan bahan sisa organik
Rajah menunjukkan salah satu alat pemadam kebakaran. Apakah jenis kebakaran yang sesuai untuk menggunakan alat pemadam kebakaran ini?
Melibatkan peralatan elektrik
Melibatkan minyak dan gris
Melibatkan logam seperti zink
Melibatkan pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu
Antara berikut yang manakah dipadankan dengan betul?
A
B
C
D
Apakah warna label alat pemadam kebakaran jenis serbuk kering?
Krim
Hitam
Biru
Merah
Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai untuk memadamkan kebakaran kelas D?
Air
Buih
Serbuk kering
Karbon dioksida
Bahan manakah diuruskan dengan menyahkontamminasi secara autoklaf dan dilupuskan ke dalam sistem kumbahan?
Serum
Picagari
Medium kultur
Haiwan makmal
