Font size
S
M
L
XL
WorksheetsF5 C7
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
Name
Class
Date
1.
Apakah elemen yang menjadi asas kekuatan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum?
1 Perpaduan kaum
II Integrasi nasional
III Kemajuan teknologi
IV Penguasaan ekonomi
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
2.
Apakah maksud pernyataan berikut?
Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu.
a)
Rakyat merdeka
b)
Sosial masyarakat
c)
Penyatuan bangsa
d)
Perpaduan kaum
3.
Apakah maksud integrasi nasional?
a)
Keadaan rakyat pelbagai kaum saling bekerjasama
b)
Pengagihan kuasa yang adil antara kerajaan Malaysia
c)
Langkah meningkatkan pembangunan ekonomi negara
d)
Proses merapatkan hubungan masyarakat antara negeri
4.
Pentadbiran British telah menyebabkan berlaku pemisahan kaum di negara kita. Apakah aspek pemisahan kaum yang dilakukan oleh British?
I Ekonomi
II Teknologi III Adat resam
IV Petempatan
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
5.
Apakah kesan pemisahan kaum yang dilakukan dalam pentadbiran British terhadap Tanah Melayu?
a)
Kewujudan persaingan sihat
b)
Kemajuan sistem perdagangan
c)
Kepelbagaian kegiatan ekonomi
d)
Kerenggangan hubungan kaum
6.
Apakah punca utama kepada masalah perpaduan kaum di negara kita selepas merdeka?
I Fahaman politik
II Sistem pendidikan
III Sistem percukaian
IV Kedatangan imigran
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
7.
Senarai berikut berkaitan dengan sistem ekonomi British di Tanah Melayu.
• Ekonomi komersial
Ekonomi tradisional
Apakah pentadbiran British yang memperkenalkan sistem ekonomi tersebut?
a)
Sistem Beraja
b)
Sistem Penasihat
c)
Sistem Persekutuan
d)
Sistem Residen
8.
Bagaimanakah British melakukan pemisahan kaum di negara kita?
I Perbezaan teknologi
II Perbezaan ekonomi
III Perbezaan petempatan
IV Perbezaan adat resam
a)
1,2
b)
1,4
c)
3,4
d)
2,3
9.
Senarai berikut berkaitan dengan sistem pendidikan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu.
• Sekolah Vernakular Melayu
Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Tamil
Sekolah Vernakular Inggeris
Apakah kesan daripada sistem pendidikan tersebut?
a)
Setia kepada negara
b)
Sukatan pelajaran selaras
c)
Pengurusan yang sistematik
d)
Pengasingan kaum berlaku
10.
Apakah masalah penubuhan fahaman politik berasaskan kaum sehingga kini?
a)
Mengehadkan penyertaan dari kelas pertengahan
b)
Ketidakselarasan dalam pengurusan dan organisasi
c)
Pemilihan ahli perlembagaan negeri tidak mematuhi
d)
Memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing
11.
Kerjasama politik parti pelbagai kaum sudah bermula sebelum merdeka.
Apakah parti tersebut?
a)
Parti Harapan
b)
Parti Bersatu
c)
Parti Negara
d)
Parti Perikatan
12.
Apakah persamaan sumbangan agensi kerajaan berikut?
• Jabatan Perpaduan Negara
Majlis Muhibah Negara
• Majlis Perundingan Negara
a)
Memajukan sosioekonomi
b)
Membangunkan pendidikan
c)
Mempertingkatkan prasarana
d)
Memperkasakan perpaduan
13.
Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan untuk memperkasakan perpa kaum di negara kita
X
Mendraf satu ideologi umak negara yang dikenal sebaga Rukun Negara
Apakah X?
a)
Majlis Muhibah Negara
b)
Majlis Perundingan Negara
c)
Jabatan Perkhidmatan Awam
d)
Jabatan Perpaduan Negara
14.
Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?
a)
Membuka petempatan khas
b)
Mengurangkan kemasukan imigran
c)
Memperluaskan kawasan pertanian
d)
Menyelaraskan perkhidmatan awam
15.
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar pembangunan untuk memajukan ekonomi rakyat dan negara. Apakah dasar pembangunan ekonomi yang terlibat?
1 Dasar Bumi Hangus
II Dasar Kawalan Ekonomi
III Dasar Pembangunan Nasional
IV Dasar Ekonomi Baharu
a)
1,2
b)
1,4
c)
2,3
d)
3,4
16.
Maklumat berikut merujuk kepada tumpuan kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara selepas merdeka.
• Pembangunan wilayah
• Pembangunan masyarakat luar bandar
Bagaimanakah pembangunan ekonomi tersebut dilaksanakan?
a)
Rancangan perindustrian berat
b)
Rancangan pemulihan ekonomi
c)
Rancangan perkampungan berkelompok
d)
Rancangan pembangunan tanah
17.
Kerajaan telah memperkenalkan Zon Perindustrian Bebas dalam usaha memajukan bidang perindustrian dan perdagangan negara Apakah kawasan yang terlibat?
I Bintulu, Sarawak
II Bayan Lepas, Pulau Pinang
III Pelabuhan Klang, Selangor
IV Temerloh, Pahang
a)
1,2
b)
1,4
c)
3,4
d)
2,3
18.
Mengapakah berlaku penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar selepas kemerdekaan negara?
a)
Kekurangan buruh mahir
b)
Kemajuan sistem pengangkutan
c)
Pelbagai kemudahan asas
d)
Peluang pekerjaan yang luas
19.
Mengapakah kerajaan memperkenalkan dasar pendidikan berikut?
Laporan Rahman Talib
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
a)
Menyusun semula masyarakat
b)
Meningkatkan budaya cemerlang
c)
Menerapkan semangat individualisme
d)
Melahirkan rakyat yang patriotik
20.
Apakah matlamat kerajaan melaksanakan dasar berikut?
Akta Bahasa Kebangsaan
• Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan
a)
Meningkatkan taraf hidup rakyat
b)
Menjamin kecemerlangan negara
c)
Membina masyarakat berdaya saing
d)
Mewujudkan perpaduan kaum
21.
Kerajaan berusaha melahirkan masyarakat yang mempunyai satu identiti bahasa yang sama
Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?
a)
Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
b)
Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional
c)
Penubuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan
d)
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
22.
Bagaimanakah kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?
a)
Mengukuhkan sistem pendidikan
b)
Memperkenalkan Rukun Negara
c)
Mengamalkan kebudayaan kebangsaan
d)
Menggalakkan pelibatan sukan
23.
Rajah berikut merujuk kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Penyata Razak 1956
X
Jawatankuasa Kabinet 1979
Apakah X?
a)
Akta Pendidikan
b)
Laporan Fenn-Wu
c)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
d)
Laporan Rahman Talib
24.
Apakah kesan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan terhadap negara?
I Menyediakan tenaga kerja mahir
II Memperkukuhkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan kemasukan modal asing
IV Meningkatkan kualiti perkhidmatan
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
25.
Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan dalam Laporan Rahman Talib.
Penggunaan bahasa yang seragam
• Mengadakan kurikulum yang sama
Apakah kepentingan syor tersebut?
a)
Melahirkan tenaga kerja mahir
b)
Memupuk semangat setia kawan
c)
Mengurangkan sekolah vernakular
d)
Memupuk perpaduan rakyat
26.
Senarai berikut berkaitan dengan cadangan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
• Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
• Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat
Apakah jawatankuasa yang membuat cadangan tersebut?
a)
Jawatankuasa Razak
b)
Jawatankuasa Kabinet
c)
Jawatankuasa Fenn-Wu
d)
Jawatankuasa Rahman Talib
27.
Mengapakah tokoh berikut memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan pada tahun 1965?
Aminuddin Baki
a)
Menjamin kecemerlangan negara
b)
Memperkasakan sekolah vokasional
c)
Memudahkan perkongsian kepakaran
d)
Melahirkan tenaga kerja mahir
28.
Apakah kesan pengenalan sistem persekolahan aneka jurusan terhadap pelajar?
a)
Peluang pembelajaran untuk membaiki mutu
b)
Penyelesaian terhadap pelajar yang buta huruf
c)
Pelajar mendapat pendedahan bidang teknologi
d)
Pelajar gagal dapat meneruskan persekolahan
29.
Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?
a)
Memperkenalkan kebangsaan dasar pendidikan
b)
Memperbaiki mutu pendidikan sekolah dan negara
c)
Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu
d)
Mengkaji semula pelaksanaan sistem pendidikan negara
30.
Apakah kandungan Laporan Jawatankuasa 19797
I Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum
II Kurikulum yang berorientasikan negara kita
III Pengenalan beberapa mata pelajaran elektif
IV Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
31.
Laporan Jawatankuasa 1979 memberi penegasan terhadap pendidikan kerohanian. Bagaimanakah pendidikan kerohanian dapat dilaksanakan?
a)
Penglibatan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
b)
Pengenalan mata pelajaran Kewarga negaraan dan Sivik
c)
Didedahkan dengan berbentuk kemahiran pembelajaran
d)
Diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
32.
Apakah dasar pendidikan yang memperkenalkan kurikulum berikut?
• Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
• Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
a)
Penyata Razak
b)
Kajian Aminuddin Baki
c)
Laporan Rahman Talıb
d)
Laporan Jawatankuasa Kabinet
33.
Maklumat berikut merujuk kepada matlamat dalam program pendidikan negara
Menguasai tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar serta bidang perkembangan diri individu.
Apakah program pendidikan tersebut?
a)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN)
b)
Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
c)
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
d)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
34.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 1989
Apakah tujuan pelaksanaan KBSM tersebut?
a)
Melahirkan generasi yang berkemahiran
b)
Mengatasi masalah pelajar yang tercicir
c)
Memberi fokus kepada eleman KBAT
d)
Membentuk masyarakat yang saintifik
35.
Mengapakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) digubal pada tahun 1996?
a)
Menanam semangat patriotisme
b)
Membentuk generasi yang berilmu
c)
Melahirkan belia yang berkemahiran
d)
Membentuk pelajar yang seimbang
36.
Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan melalui penggubalan Akta Pendidikan 1996. Bagaimanakah matlamat tersebut dilaksanakan?
a)
Menyeragamkan sukatan pelajaran di sekolah rendah
b)
Menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan
c)
Mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
d)
mewajibkan bahasa Melayu diajar di semua sekolah
37.
Bagaimanakah kedudukan bahasa Melayu selepas kemerdekaan negara?
a)
Bahasa pentadbiran
b)
Bahasa lingua franca
c)
Bahasa ilmu
d)
Bahasa rasmi
38.
Apakah usaha kerajaan untuk memartabatkan kedudukan bahasa kebangsaan?
1 Penubuhan Mahkamah Persekutuan
II Penggunaan perdagangan dalam semua urusan
III Penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
IV Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
a)
1,2
b)
1,4
c)
2,3
d)
3,4
39.
Akta Bahasa Kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Apakah kepentingan pengenalan akta tersebut?
a)
Mewujudkan masyarakat berilmu
b)
Mengekalkan kedaulatan negara
c)
Mengatasi pengaruh bahasa asing
d)
Memupuk perpaduan rakyat
40.
Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai alat komunikasi rasmi dalam semua urusan kerajaan. Apakah bukti pengiktirafan tersebut?
a)
Penerbitan semua bahan bercetak
b)
Penulisan di semua papan pengiklanan
c)
Penetapan terhadap semua sektor swasta
d)
Penggunaan dalam urusan mahkamah
41.
Apakah matlamat pembukaan sekolah menengah kebangsaan berikut?
• Sekolah Alam Shah
Sekolah Sri Puteri
Sekolah Sultan Abdul Halim
a)
Menjadi perintis kepada sekolah berasrama penuh
b)
Memperkenalkan mata pelajaran teknik dan vokasional
c)
Memperkasakan bahasa Inggeris dalam pengajaran
d)
Mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
42.
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan memperkasakan bahasa Melayu di sekolah.
• Bilangan guru terlatih bahasa Melayu ditambah kebangsaan. di sekolah menengah
Bilangan guru khas ditambah di sekolah menengah jenis kebangsaan.
Langkah ini bermatlamat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
I Bahasa ilmu
II Bahasa ibunda
III Bahasa pengantar
IV Bahasa perpaduan
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
43.
Mengapakah kerajaan menubuhkan pusat pengajian berikut? 18 Mei 1970
Universiti Kebangsaan Malaysia
a)
Memupuk jati diri rakyat Malaysia
b)
Memperbanyakkan institusi keilmuan
c)
Memperkukuhkan toleransi antara rakyat
d)
Membuktikan bahasa Melayu bahasa ilmu
44.
Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) ditubuhkan pada 1 Disember 1972. Apakah peranan institut tersebut?
a)
Pusat pengumpulan
b)
Pusat penterjemahan
c)
Pusat penerbitan
d)
Pusat penyelidikan
45.
IBKKM telah ditukarkan kepada nama baharu pada tahun 1992
Apakah nama bahara tersebut?
a)
Institut Terjemahan Buku Malaysia (TBM)
b)
Institut Pengajian Guru Bahasa Melayu (IPG)
c)
Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN)
d)
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
46.
Senarai berikut berkaitan dengan tokoh UKM yang mendapat pengiktirafan peringkat negara
Siti Zainon Ismail
Muhammad Haji Salleh
Apakah pengiktirafan yang diperoleh?
a)
Seniman Negara
b)
Budayawan Negara
c)
Sejarawan Negara
d)
Sasterawan Negara
47.
Gambar berikut berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Mengapakah kerajaan menubuhkan DBP pada 22 Jun 1956
a)
Meningkatkan kadar celik huruf
b)
Menggalakkan kemasukan pelajar asing
c)
Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa
d)
Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan
48.
Bagaimanakah usaha DBP dalam mengem bangkan bahasa dan sastera Melayu?
a)
Memberi bantuan biasiswa
b)
Membuka sekolah wawasan
c)
Menaja pelajar ke luar negara
d)
Menerbit buku dan majalah
49.
Gambar berikut merupakan logo slogan "Bahasa Jiwa Bangsa".
Apakah agensi kerajaan yang memperkenalkan slogan tersebut?
a)
Universiti Sains Malaysia
b)
Jabatan Perpaduan Negara
c)
Institut Bahasa Kuala Lumpur
d)
Dewan Bahasa dan Pustaka
50.
Pada tahun 1971, Kongres Kebudayaan Kebangsaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Apakah kepentingan dasar tersebut?
a)
Menanam taat setia
b)
Melahirkan semangat patriotik
c)
Menjaga hak peribumi
d)
Mengekalkan identiti negara
51.
Maklumat berikut berkaitan dengan Kongres Kebudayaan Melayu. 1956
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua. Dewan Tunku Canselor. Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Apakah pihak yang menganjurkan kongres tersebut?
a)
Kementerian Sumber Manusia
b)
Kementerian Pendidikan Malaysia
c)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
d)
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
52.
Bagaimanakah kerajaan memelihara ke- peribadian kebangsaan di negara kita?
a)
Menubuhkan Kementerian Wanita dan Keluarga
b)
Mengadakan majlis rumah terbuka semasa perayaan
c)
Menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mahkamah
d)
Memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
53.
Antara berikut, yang manakah prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
I Islam menjadi unsur yang penting
II Adat diraja sebagai elemen utama
III Ideologi Rukun Negara diguna pakai
IV Berteraskan kebudayaan rakyat Melayu
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
54.
Apakah matlamat utama pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
a)
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
b)
Mengukuhkan kerjasama antara kaum
c)
Mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan
d)
Memelihara keperibadian kebangsaan
55.
Apakah persamaan peranan agensi pelaksana berikut?
• Istana Budaya
⚫ Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara
• Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
a)
Meningkatkan sektor pelancongan negara
b)
Memelihara maruah negara yang berdaulat
c)
Memperkenalkan estatika kesenian negara
d)
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
56.
Maklumat berikut berkaitan dengan program kebudayaan kebangsaan.
• Dianjurkan sejak tahun 1999.
• Diadakan pada bulan Mei setiap tahun.
• Bertempat di Dataran Merdeka.
Apakah program kebudayaan tersebut?
a)
Festival Seni Selat Melaka
b)
Semarak Bulan Kebudayaan
c)
Program Merakyatkan Seni Budaya
d)
Citrawarna Malaysia
57.
Apakah aktiviti yang dianjurkan dalam Citrawarna Malaysia?
a)
Pertandingan sajak
b)
Menganjurkan seminar
c)
Perarakan ketenteraan
d)
Memperagakan kebudayaan
58.
Mengapakah kerajaan menganjurkan Citrawarna Malaysia setiap tahun?
a)
Mengukuhkan ekonomi negara
b)
Menjamin kecemerlangan negara
c)
Menggalakkan kemasukan pelabur
d)
Memajukan industri pelancongan
59.
Tokoh-tokoh berikut merupakan tokoh tersohor negara.
Hamzah Dolmat
Azah Aziz
Mathew Ngau Jau
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
I Menghasilkan karya bermutu tinggi
II Memajukan sistem pendidikan negara
III Mendokumentasi budaya kebangsaan
IV Memartabatkan khazanah asli negara
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
60.
Tokoh berikut merupakan penggiat budaya negara yang tersohor.
• Samuel Dass
• Mathew Ngau Jau
Apakah persamaan sumbangan tokoh tersebut?
a)
Kebudayaan
b)
Kesusasteraan
c)
Tarian tradisional
d)
Muzik tradisional
61.
Sukan merupakan medium untuk memupuk integrasi nasional.
Bagaimanakah matlamat tersebut tercapai?
a)
Meningkatkan maruah negara
b)
Melahirkan warganegara berdisiplin
c)
Menekankan aspek kerohanian
d)
Mengeratkan hubungan muhibah
62.
Mengapakah Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dilaksanakan di peringkat sekolah?
a)
Meningkatkan semangat patriotisme pada murid
b)
Menanam kesedaran kepentingan menuntut ilmu
c)
Memupuk perasaan saling bertolenrası antara kaum
d)
Menggalakkan penglibatan murid dalam sukan
63.
Gambar berikut berkaitan dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.
1Murid 1 Sukan
Bagaimanakah program tersebut dapat memupuk perpaduan kaum?
a)
Mengukuhkan semangat belajar
b)
Melahirkan atlet yang berkaliber
c)
Menyemai minat untuk bersukan
d)
Memupuk semangat setia kawan
64.
Apakah syarat penganjuran sukan tahunan di peringkat sekolah?
a)
Penglibatan komoditi masyarakat
b)
Penyertaan pelajar sekolah sahaja
c)
Tiada penajaan daripada pihak luar
d)
Tiada acara sukan mengikut kaum
65.
Mengapakah Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dianjurkan secara bergilir-gilir?
a)
Mengelakkan krisis antara pasukan
b)
Meningkatkan kecekapan pengurusan
c)
Memudahkan penajaan syarikat swasta
d)
Menggalakkan integrasi antara negeri
66.
Senarai berikut berkaitan dengan sukan yang dianjurkan di negara kita.
• Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia (MSSS)
Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
Apakah matlamat penganjuran sukan tersebut?
a)
Memantapkan ekonomi negara
b)
Melahirkan generasi yang sihat
c)
Memajukan industri pelancongan
d)
Memperkukuh perpaduan rakyat
67.
Sukan Malaysia (SUKMA) pertama telah diadakan pada 19 April hingga 26 April 1986. Apakah lokasi sukan tersebut?
a)
Johor
b)
Pahang
c)
Pulau Pinang
d)
Kuala Lumpur
68.
Gambar berikut berkaitan dengan logo temasya Sukan Malaysia.
88
BUKAN
MALA AYS
Bagaimanakah sukan tersebut dilaksanakan?
a)
Anjuran peringkat universiti
b)
Penglibatan atlet negara luar
c)
Sebagai sukan antarabangsa
d)
Diadakan secara dwitahunan
69.
Apakah kepentingan pelaksanaan Sukan Malaysia (SUKMA)?
a)
Menjadi acara tahunan negara
b)
Melibatkan penyertaan negara luar
c)
Mempertandingkan semua acara
d)
Mengeratkan perpaduan kaum
70.
Malaysia telah berjaya menganjurkan pelbagai jenis sukan pada peringkat serantau dan antarabangsa.
Apakah faktor kejayaan tersebut?
I Pengiktirafan oleh agensi PBB
II Kesungguhan para sukarelawan
III Komitmen baik antara pemimpin
IV Kemudahan asas yang mencukupi
a)
1,2
b)
1,4
c)
3,4
d)
2,3
71.
Senarai berikut berkaitan dengan sukan yang telah dianjurkan Malaysia.
• Sukan Permotoran Formula 1
• Le Tour de Langkawi
Apakah tahap penganjuran sukan tersebut?
a)
Sukan negara
b)
Sukan serantau
c)
Sukan tahunan
d)
Sukan antarabangsa
72.
Apakah nilai yang dipupuk melalui sukan berpasukan berikut?
• Hoki
Bola sepak
Badminton
I Keadilan
II Bersatu padu
III Bekerjasama IV Ketaatan
a)
1,2
b)
1,4
c)
3,4
d)
2,3
73.
Malaysia telah berjaya menganjurkan pelbagai jenis sukan peringkat antarabangsa.
• Sukan SEA
• Hoki Piala Dunia
• Pesta Bola Merdeka
Sukan Komanwel
Apakah rumusan daripada penganjuran sukan tersebut?
a)
Sukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat
b)
Sukan dapat membentuk masyarakat yang berani
c)
Sukan dapat menjana sumber pendapatan negara
d)
Sukan dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum
74.
Apakah slogan yang melahirkan semangat patriotisme rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya?
a)
Budi Bahasa Budaya Kita
b)
Bersekutu Bertambah Mutu
c)
Muafakat Membawa Berkat
d)
Malaysia Boleh
75.
Laungan "Malaysia Boleh" digunakan untuk kempen Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun 1992. Apakah kejohanan tersebut?
a)
Sukan Olimpik
b)
Pestabola Malaysia
c)
Sukan Permotoran Formula 1
d)
Piala Thomas dan Uber
76.
Apakah kepentingan slogan "Malaysia Boleh" terhadap negara?
a)
Meningkatkan maruah negara
b)
Meningkatkan ekonomi negara
c)
Memajukan sektor pelancongan
d)
Mengukuhkan penyatuan rakyat
77.
Kecemerlangan sukan negara sehingga peringkat antarabangsa penglibatan beberapa agensi Apakah agensi tersebut? memerlukan
I Majlis Sukan Negara
II Majlis Olimpik Malaysia
III Majlis Keselamatan Negara
IV Majlis Perundingan Negara
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
78.
Dialog berikut mungkin berlaku semasa kejohanan Piala Thomas.
Penonton I:
Saya bangga dengan slogan "Malaysia Boleh".
Penonton II: Saya juga pasti menggunakan slogan ini
Penonton III: Slogan ini dapat membantu atlet kita.
Apakah nilai yang diperoleh daripada slogan tersebut?
a)
Bekerjasama
b)
Berpandangan jauh
c)
Hormat-menghormati
d)
Semangat kental
79.
Apakah keunikan perkembangan sukan di negara kita?
a)
Mendapat pengiktirafan peringkat dunia
b)
Mendapat tajaan daripada pihak korporat
c)
Memperoleh sokongan rakyat semua kaum
d)
Melibatkan kerabat diraja sebagai penaung
80.
Senarai berikut berkaitan dengan bekas atlet negara yang kini menjadi pengurus atau jurulatih pasukan negara.
David Patrick (Olahraga)
• Misbun Sidek (Badminton)
• Jamal Nasir Ismail (bola sepak)
• Naharudin Mahayudin (Angkat berat)
Apakah kepentingan peranan mereka?
a)
Memupuk nilai integriti
b)
Menjaga perpaduan kaum
c)
Memajukan sukan negara
d)
Menarik sokongan rakyat
81.
Apakah sumbangan kerabat diraja berikut terhadap industri sukan negara?
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan Perak)
a)
Presiden Majlis Olimpik Malaysia
b)
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
c)
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
d)
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia
82.
Pernyataan berikut merujuk kepada ideologi negara kita.
Ideologi negara dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
Apakah ideologi negara kita?
a)
Wawasan 2020
b)
Lagu Negaraku
c)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
d)
Rukun Negara
83.
Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?
a)
Menyusun semula masyarakat
b)
Meningkatkan kemajuan ekonomi
c)
Memartabatkan bahasa kebangsaan
d)
Memperkukuh perpaduan rakyat
84.
Apakah prinsip hidup masyarakat yang terkandung dalam Rukun Negara?
a)
Bertanggungjawab
b)
Berilmu pengetahuan
c)
Prinsip individualisme
d)
Nilai kenegaraan
85.
Rukun Negara mengandungi norma sosial yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Apakah norma sosial tersebut?
1 Agama
II Budaya
III Kesihatan
IV Pendidikan
a)
1,4
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,2
86.
Mengapakah seluruh warganegara Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?
a)
Identiti negara
b)
Teras nasional
c)
Nilai kerakyatan
d)
Falsafah hidup
87.
Gagasan berikut ditubuhkan di Malaysia selepas kemerdekaan.
Gagasan pembentukan Rukun Negara
Apakah peristiwa yang membawa kepada pembentukan gagasan tersebut?
a)
Ancaman komunis
b)
Kemelesetan ekonomi
c)
Konfronstasi Indonesia
d)
Rusuhan kaum
88.
Rukun Negara terhasil daripada perbincangan dan pemikiran beberapa anggota masyarakat dalam sebuah majlis.
Apakah majlis tersebut?
a)
Majlis Gerakan Rakyat
b)
Majlis Keselamatan Negara
c)
Majlis Muhibah Negara
d)
Majlis Perundingan Negara
89.
Rukun Negara telah diisytiharkan secara rasmi oleh
a)
MAGERAN
b)
Perdana Menteri
c)
Majlis Perundingan Negara
d)
Yang Di-Pertuan Agong
90.
Pihak manakah yang menganggotai Majlis Perundingan Negara?
I Majlis Raja-Raja
II Badan profesional
III Perkhidmatan awam
IV Kumpulan mahasiswa
a)
1,2
b)
1,4
c)
3,4
d)
2,3
91.
Gambar berikut menunjukkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara pada tahun 2020.
Apakah maksud bulan dan bintang yang terdapat pada logo tersebut?
a)
Amalan perpaduan antara rakyat
b)
Kesetiaan kepada raja dan negara
c)
Semangat bekerjasama antara rakyat
d)
Prinsip kepercayaan kepada tuhan
92.
Apakah maksud warna biru yang digunakan pada angka 50 dalam logo sambutan 50 tahun Rukun Negara?
a)
Kesucian
b)
Kedaulatan
c)
Keberanian
d)
Perpaduan
93.
Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?
I Memupuk sikap berwibawa
II Meningkatkan semangat berjuang
III Membina masyarakat demokratik
IV Mencipta masyarakat yang adil
a)
1,2
b)
1,4
c)
2,3
d)
3,4
94.
Matlamat pembentukan Rukun Negara adalah melahirkan masyarakat yang liberal.
Apakah ciri-ciri masyarakat liberal tersebut?
a)
Mematuhi undang-undang negara
b)
Mempunyai peluang yang saksama
c)
Berjaya menguasai arus pemodenan
d)
Bebas mengamalkan adat resam
95.
Bagaimanakah masyarakat progresif dapat dibentuk melalui Rukun Negara?
a)
Mewujudkan persaingan secara positif
b)
Menjamin kebebasan dalam berpolitik
c)
Mengamalkan budaya masing-masing
d)
Mengikut kemajuan sains dan teknologi
96.
Apakah prinsip Rukun Negara yang ketiga?
a)
Kerjasama asas perpaduan
b)
Kedaulatan undang-undang
c)
Kesetiaan kepada raja dan negara
d)
Keluhuran perlembagaan
97.
Pernyataan berikut merujuk kepada prinsip pertama Rukun Negara.
Kepercayaan Kepada Tuhan
Apakah kebaikan prinsip tersebut terhadap masyarakat?
a)
Menghormati lambang negara
b)
Berani mempertahankan negara
c)
Hubungan antara kaum terpelihara
d)
Membentuk keperibadian yang baik
98.
Prinsip kelima yang terkandung dalam Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan. Apakah kepentingan prinsip tersebut?
a)
Memberi hak kebebasan
b)
Mengikut perubahan masa
c)
Menjamin keadilan ekonomi
d)
Membentuk akhlak mulia
99.
Prinsip kedua dalam Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Bagaimanakah rakyat Malaysia menghayati prinsip tersebut?
a)
Prinsip kedua dalam Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Bagaimanakah rakyat Malaysia menghayati prinsip tersebut?
b)
Penciptaan pelbagai inovasi dan produk
c)
Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan
d)
Menghormati simbol kedaulatan negara
100.
Apakah kebaikan pengamalan prinsip Rukun Negara terhadap kehidupan?
I Memupuk keharmonian negara
II Memperkasa semangat kenegerian
III Mengukuhkan hubungan diplomatik
IV Meningkatkan kesejahteraan rakyat
a)
1,2
b)
2,3
c)
3,4
d)
1,4
Reset
