NEW
Font size
WorksheetsKuiz Soalan Ramalan C01
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Pilih tujuan yang betul bagi seseorang pendawai untuk melawat tapak.
Untuk mengkaji keluasan tapak.
Bagi memahami kehendak pelanggan.
Untuk menguji pendawaian sementara sebelum pendawaian tetap dibuat.
Untuk mengenalpasti keadaan dan keperluan pendawaian pada tempat tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan jumlah beban tersambung?
Kesemua beban yang berada dalam keadaan litar buka.
Keseluruhan beban yang berada dalam keadaan litar tutup.
Kesemua perkakas elektrik yang terpasang dirumah atau sebuah bangunan.
Keseluruhan kuasa elektrik yang diperlukaan apabila semua beban digunakan.
Pilih jenis lukisan yang digunakan oleh seorang pendawai elektrik.
I. Pelan Bentangan Domestik.
II. Pelan Bentangan Industri.
III. Pelan Ekar Tanah.
IV. Pelan Susunatur.
I & II
I, II & III
I, II & IV
I, III, & IV
Pilih teknik yang ada pada hasil lukisan bentangan elektrik.
I. Garisan Siri Selari.
II. Garisan Putus-putus.
III. Garisan Lurus Selanjar.
IV. Garisan Lurus dan Condong.
I & II
I, II & III
II, III & IV
Semua di atas.
Apakah yang dimaksudkan dengan faktor pengiraan / kepelbagaian?
Pengiraan voltan kesemua beban yang telah tersambung atau telah dipasang pada sebuah rumah.
Kiraan nilai rintangan yang terkumpul yang boleh menyebabkan litar pintas pada sebuah bangunan.
Kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi sais pengalir kabel, kabel perkhidmatan, pengasingan, dan alat perlindungan.
Pengiraan nilai maksimum bagi aksesori elektrik dan beban-beban yang boleh dipasang disebuah rumah atau bangunan mahupun domestik ataupun kilang.
Berapakah peratusan faktor kepelbagaian untuk sebuah soket 15 Ampere?
40%
50%
66%
100%
Pilih jenis kendalian bagi sebuah pemutus litar elektrik.
I. Magnetic
II. Thermal
III. Hidraulik
IV. Sensor
I & II
I, II & III
II, III & IV
Semua di atas.
Mengapakah RCCB perlu dipasang dalam kotak fius agihan pasa sebuah rumah?
Untuk perlindungan bocor kebumi.
Mengelakkan berlakunya arus berlebihan yang mengalir dalam litar.
Mewujudkan laluan secara langsung ke bumi sekiranya berlaku arus bocor.
Mengawal masukkan voltan dari pembekal kepada kotak fius agihan pengguna.
Fius digunakan secara meluas dalam sektor domestik mahupun industri, pilih penyataan yang betul tentang fius?
Fius digunakan untuk mengawal kadaran voltan yang mengalir dalam sebuah litar.
Semakin tebal dawai bermaksud semakin cepat fius tersebut untuk lebur atau memutuskan sebuah litar.
Merupakan seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila arus melebihi hadnya mengalir melaluinya.
Gunakan fius bertujuan untuk menyambung dan memutuskan bekalan dalam litar dimana fungsinya adalah sama seperti sebuah suis.
Simbol elektrik merupakan satu perkara yang penting dalam sebuah lukisan tiga fasa, pilih penyataan yang betul tentang simbol.
Panduan agar pemasangan pendawaian mudah difahami dan dipasang.
Petunjuk untuk pendawai bagi memudahkan proses pembelian barang projek.
Menjadi rujukan dan panduan kepada pembina rumah tentang saiz bilik dan kawasan.
Sebagai lukisan tambahan untuk memenuhi ruang kosong dalam lukisan susunatur elektrik.
Pilih cara pengiraan faktor kepelbagaian yang betul bagi sebuah kipas siling.
6 x 40watt Kipas Siling / 240V x 1.8
6 x 40watt Kipas Siling x 240V x 1.8
6 x 40watt Kipas Siling / 240V x 0.85
6 x 40watt Kipas Siling x 240V x 0.85
Apakah maksud nilai 1.8 pada pengiraan faktor kepelbagaian untuk lampu kalimantang?
Nilai untuk sebuah fius.
Keluaran arus untuk lampu tersebut.
Faktor kuasa untuk nilai Ballast / Choke.
Formula khas untuk lampu jenis kalimantang.
Manakah antara berikut merupakan struktur binaan soket alir keluar yang biasa digunakan di Malaysia ?
S/S/O Jenis 3 Pin 13A & 15A BS 546
S/S/O Jenis 3 Pin 13A & 15A BS 1363
S/S/O Jenis 3 Pin 13A & 15A BS 1778
S/S/O Jenis 3 Pin 13A & 15A BS 4343
Apabila soket alir keluar dipasang disebuah rumah, berapakah ketinggian minimum untuk soket itu di dinding dari paras lantai?
150mm dari lantai, 150mm dari permukaan kerja.
150mm dari lantai, 200mm dari permukaan kerja.
200mm dari lantai, 200mm dari permukaan kerja.
200mm dari lantai, 250mm dari permukaan kerja.
Papan agihan adalah satu tempat pengagihan pengalir kabel litar akhir, ini termasuklah pengalir fasa, neutral dan bumi. Pilih struktur binaan papan agihan yang betul.
I. Badan papan agihan diperbuat daripada kotak pvc atau kotak logam.
II. Didalamnya terkandung beberapa tapak dan penghubung fius , terminal neutral dan terminal bumi.
III. Terminal hendaklah dibuat agar tidak tersentuh antara satu sama lain, kadar arus nominal fius dalam papan agihan bergantung kepada jumlah arus beban dalam litar akhir.
IV. Papan pengagihan hendaklah dipasang dalam kotak yang terbuka ditempat yang mudah diperiksa dan tertulis setiap nombor untuk mewakili setiap bilik atau ruang pada rumah.
I & II
I, II & III
II, III & IV
Semua di atas.
Selepas lukisan siap dibuat, perkara yang harus dilakukan seterusnya ialah memeriksa lukisan yang ada supaya tidak berlaku sebarang kesalahan pada lukisan.
Manakah antara berikut haruslah diikuti bagi mengesan kesalahan pada lukisan.
I. Menentukan jumlah kos pepasangan.
II. Menentukan saiz kabel yang hendak digunakan.
III. Menetapkan kadaran arus bagi perlindungan arus lebih.
IV. Menentukan jenis-jenis simbol dan kesesuaian simbol tersebut.
I & II
I, II & III
II, III & IV
Semua di atas.
Manakah antara berikut merupakan formula bagi Beban Maksimum / Maximum Demand, MD?
M.D = Jumlah Beban Tersambung (TLC) X Faktor Pelbagai (DX)
M.D = Jumlah Beban Tersambung (TLC) X Faktor Pelbagai (DX) / Voltage (V)
M.D = Jumlah Beban Tersambung (TLC) X Faktor Pelbagai (DX) X Ampere (A)
M.D = Faktor Pelbagai (DX) / Voltage (V) X Power Factor (Pf) X Jumlah Beban Tersambung (TLC
Apakah prosedur yang betul untuk menghantar lukisan pendawaian tiga fasa bagi pengesahan?
Menghantar borang permohonan ke bahagian CIDB.
Berhubung terus dengan pegawai yang berkhidmat dibawah Electrical Electrical Inspectorate Unit (EIU).
Surat permohonan haruslah dibuat terlebih dahulu dan dihantar kepada pihak berkenaan untuk mendapat kelulusan bagi memulakan kerja-kerja pendawaian.
Menghantar lukisan ke pihak atasan atau penyelia terlebih dahulu sehingga diberi pengesahan kemudian hantar ke pihak yang memberi tender untuk proses pengesahan yang seterusnya.
Rumah Encik Atif mendapat bekalan elektrik tiga fasa dari pihak pembekal dengan nilai frekuensi sebanyak 50Hz. Dengan bajet yang ada, encik atif ingin memasang 6 unit kipas siling yang masing-masing berkadaran 80 watt di dalam setiap bilik dalam rumahnya. Dengan menggunakan formula faktor kepelbagaian, kirakan arus minima / arus anggaran untuk kesemua unit kipas siling tersebut.
1.32A
1.55A
2.35A
2.53A
Terdapat 4 unit penghawa dingin yang berkadaran 3.5 kuasa kuda / hourse power akan dipasang di rumah milik Encik Wahyu. Dengan bekalan tiga fasa dengan nilai frekuensi sebanyak 50/60Hz, berapakah nilai arus anggaran / arus minima untuk kesemua unit penghawa dingin yang akan dipasang.
21.39A
25.16A
43.51A
51.19A
