Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN SEJARAH TAHUN 5

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.
Yang di-Pertuan Agong pada masa kini berasal dari negeri mana?
a)
Kelantan
b)
Perlis
c)
Johor
d)
Kedah
2.
Apakah nama negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara?
a)
Brunei
b)
Thailand
c)
Malaysia
d)
Jepun
3.
Berapa lamakah tempoh Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan tersebut?
a)
4 tahun
b)
5 tahun
c)
6 tahun
d)
3 tahun
4.

Apakah bidang yang membuat pemilihan Yang di-Pertuan Agong?

a)

Majlis Raja-raja

b)

Majlis Tindakan Rakyat

c)

Majlis Pilihan Raya

d)

Majlis Undian Tertinggi

5.
Siapakah yang menganggotai Majlis Raja-raja?
a)
Sultan
b)
Menteri Besar
c)
Perdana Menteri
d)
Timbalan Perdana Menteri
6.

Berikut adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecuali

a)

Ketua Agama Islam

b)

Melantik Perdana Menteri

c)

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

d)

Mentadbir Negara

7.
Apakah nama alat kebesaran ini?
a)
Tengkolok Diraja
b)
Gandik Raja
c)
Muskat
d)
Kalung Diraja
8.
Apakah gambar ini?
a)
Tengkolok Diraja
b)
Muskat
c)
Pending Diraja
d)
Kalung Diraja
9.
Apakah alat kebesaran ini?
a)
Keris Pendek Diraja
b)
Keris Panjang Diraja
c)
Cogan Agama
d)
Cogam Alam
10.
Siapakah Ketua Negara Malaysia?
a)
Perdana Menteri
b)
Sultan
c)
Yang Di-Pertuan Agong
d)
Yang Di-Pertua Negeri
11.
Apakah nama alat kebesaran ini?
a)
Tengkolok Diraja
b)
Pending Diraja
c)
Gandik Raja
d)
Kalung Diraja
12.
Apakah alat kebesaran ini?
a)
Gandik Raja
b)
Kalung Diraja
c)
Pending Diraja
d)
Tengkolok Diraja
13.
Apakah nama alat kebesaran ini?
a)
Kalung Diraja
b)
Gandik Raja
c)
Pending Diraja
d)
Tengkolok Diraja
14.

Pejuang tempatan bernama Tok Janggut dikaitkan dengan negeri?

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Kelantan

d)

Pahang

15.

Dol Said telah berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang

a)

gerila

b)

tempur

c)

tiga segi

d)

saudara

16.

Siapakah tokoh tempatan ini?

a)

Rentap

b)

Antanom

c)

Dol Said

d)

Data' Maharaja Lela

17.

Mengapakah Haji Abdul Rahman Limbong menentang British?

a)

Melucutkan gelaran sebagai pembesar

b)

Menceroboh kawasan hutan untuk membina jalan

c)

Mewajibkan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian

d)

Menganggap orang Iban sebagai lanun

18.

Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas _______________ bagi menentang pihak British.

a)

Pasir Salak

b)

Pasir Panjang

c)

Pasir Puteh

d)

Pasir Mas

19.

Rentap telah menyerang kubu James Brooke di

a)

Pulau Gaya

b)

Mukah

c)

Nanga Skrang

d)

Naning

20.

Tokoh tempatan yang menentang British di negeri Pahang ialah

a)

Dol Said

b)

Rentap

c)

Dato' Bahaman

d)

Antanom

21.

Setelah ditewaskan, Sharif Masahor dibuang negeri ke

a)

Selangor

b)

Mekah

c)

Singapura

d)

Melaka

22.

Mengapakah Rentap menentang James Brooke?

a)

Hilang hak sebagai pembesar Sarawak

b)

James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun

c)

James Brooke campur tangan dalam hal adat resam

d)

Rumahnya dibakar oleh pegawai James Brooke

23.

Di negeri ................. , Dato' Maharaja Lela berjuang menentang British.

a)

Kelantan

b)

Perak

c)

Selangor

d)

Pahang

24.

Siapakah tokoh tempatan ini?

a)

Dato' Bahaman

b)

Antanom

c)

Dol Said

d)

Data' Maharaja Lela

25.

Pada pendapat anda, mengapakah perjuangan tokoh-tokoh tempatan ini patut dihargai oleh setiap masyarakat? Anda boleh memilih jawapan lebih dari satu.

a)

Pemimpin tempatan telah berkorban demi bangsa dan negara.

b)

Menanam nilai murni untuk mencontohi perjuangan tokoh-tokoh tempatan

c)

Menjatuhkan keyakinan diri

d)

Menunjukkan keberanian tokoh dalam memperjuangkan negara

26.

Mengapakah pemimpin tempatan bangkit dan berani menentang British sehingga sanggup menggadaikan nyawa?

a)

Pelaksanaan undang-undang dan cukai baharu

b)

Hilang penguasaan ke atas daerah

c)

Suka berperang

d)

Campur tangan dalam adat resam tempatan.

27.

Apakah pengajaran yang boleh anda perolehi melalui kemasukan James Brooke di Sarawak dan penentangan Rentap?

a)

Sentiasa menghormati masyarakat sekeliling.

b)

Rela berkorban demi kedaulatan negara.

c)

Bersikap bangga dan sombong

d)

Sentiasa bersikap tamak haloba

28.

Situasi ini berlaku di Perak pada abad ke-19.


"Berlaku perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Abdullah untuk menjadi Sultan Perak. Raja Abdullah telah meminta bantuan British untuk mengembalikan keamanan Perak."


Apakah nilai yang boleh dijadikan pengajaran daripada peristiwa tersebut?

a)

Bertanggungjawab

b)

Berdikari

c)

Bersatu padu

d)

Bijaksana

29.

Mengapakah Raja Abdullah meminta bantuan British di Perak pada tahun 1874?

a)

Pergaduhan kongsi gelap

b)

Serangan pengganas komunis

c)

Pertempatan penduduk dibakar

d)

Masalah perubahan takhta

30.

Apakah kuasa yang berjaya menewaskan Portugis untuk menguasai Melaka pada tahun 1641?

a)

Jepun

b)

British

c)

Belanda

d)

Sepanyol

31.

Apakah faktor kedatangan Portugis ke Melaka pada tahun 1511 hingga 1641?

a)

Mengawal pengaruh British

b)

Menerima jemputan pemerintah

c)

Menyebarkan agama Kristian

d)

Menguasai perdagangan rempah

32.

Dalam catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Alam Melayu sebelum abad ke-15 ketika beliau melawat Sumatera pada tahun 1292. Apakah pelabuhan pertama yang disinggahinya?

a)

Perlak

b)

Melaka

c)

Temasik

d)

Pasai

33.

Terdapat 3 teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu, KECUALI

a)

Pedagang Islam dari China

b)

Pedagang Islam dari Semenanjung Tanah Arab

c)

Pedagang Islam dari India

d)

Pedagang Islam dari Sumatera

34.

Penemuan arkeologi menunjukkan agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu pada zaman kerajaan awal Tanah Melayu. Antara berikut, yang manakah dijumpai di Samudera-Pasai?

a)
b)
c)
d)
35.

Salah satu faktor perkembangan Islam adalah melalui perkahwinan yang dibahagikan kepada 2, iaitu

a)

Perkahwinan Siasah dan Perkahwinan Biasa

b)

Perkahwinan Diraja dan Perkahwinan Campur

c)

Perkahwinan Campur dan Perkahwinan Biasa

d)

Perkahwinan Siasah dan Perkahwinan Diraja

36.

Selepas kejatuhan Melaka, negara manakah yang muncul sebagai pusat penyebaran Islam terpenting di Alam Melayu?

a)

Acheh

b)

Pasai

c)

Sumatera

d)

Perlak

37.

Apakah kesan kedatangan Islam ke Alam Melayu?

a)

Mata wang tulisan Sanskrit digunakan dalam kegiatan ekonomi.

b)

Wang katun yang diperbuat daripada emas di Johor.

c)

Tertera nama sultan yang memerintah ketika zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah.

d)

Nama Sultan Zainal Abidin II terdapat pada kupang emas Terengganu.

38.

Tahnik atau adat membelah mulut dilakukan kepada bayi yang baru lahir. Adat ini dipengaruhi oleh budaya

a)

Arab

b)

Hindu

c)

Indonesia

d)

Buddha

39.

Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari. Apakah makanan yang dilarang keras ketika berpantang?

a)

Memakan makanan yang baru masak ketika masih panas.

b)

Makanan yang boleh menyebabkan bayi membesar.

c)

Makanan yang mengakibatkan ibu bersalin akan berasa sakit ketika dalam pantang.

d)

Makanan yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan serta ikan yang mempunyai sengat.

40.

Apakah agama yang dianuti oleh masyarakat tempatan di negara kita sebelum kedatangan agama Islam?

a)

Kristian

b)

Samawi

c)

Hindu

d)

Taoisme

41.

Pada Zaman Kerajaan Melayu Awal, ____________ merupakan ketua kerajaan yang berkuasa ke atas semua rakyat.

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Menteri

c)

Pendeta

d)

Sultan

42.

Pilih dua ciri-ciri yang berkaitan Sultan pada Zaman Kerajaan Melayu Awal

a)

Mempunyai kuasa mutlak

b)

Menyembuhkan rakyat

c)

Memiliki kuasa ghaib

d)

Merupakan ketua kerajaan

43.

Apakah peranan Sultan semasa pentadbiran British di negara kita?

a)

Ketua agama Islam

b)

Ketua adat istiadat

c)

Ketua undang-undang

d)

Ketua kehakiman

44.

Maklumat berikut merujuk kepada raja yang memerintah.


"Daulat Tuanku"


Perkataan tersebut melambangkan __________________

a)

kekuatan

b)

kekayaan

c)

kekuasaan

d)

kemegahan

45.

Apakah perkara yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895?

a)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

b)

Ekonomi orang Melayu terpelihara

c)

Status quo peribumi dikembalikan

d)

Kedudukan sultan sebagai ketua negeri

46.

Hubungan antara Raja dengan rakyat telah wujud sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah konsep yang wujud kesan daripada hubungan ini?

a)

Waadat

b)

Daulat

c)

Derhaka

d)

Mandat

47.

Gambar tersebut merupakan Istana Negara, Malaysia.


Apakah kepentingan istana kepada sultan yang memerintah?

a)

Menjadi kubu pertahanan

b)

Menunjukkan kekayaan

c)

Melambangkan kemegahan

d)

Merupakan kediaman rasmi

48.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang betul dalam menghargai institusi raja di Malaysia?

a)

Menyanyikan lagu kebangsaan dengan bangga

b)

Mengibarkan bendera separuh tiang ketika kemangkatan ketua negeri atau negara.

c)

Bersikap biadab terhadap raja

d)

Tidak mahu memahami dan menghayati isi Rukun Negara.

49.

Sultan / Raja merupakan

a)

Penolong ketua negara

b)

Ketua negara

c)

Setiausaha negara

d)

Hakim negara

50.

Terdapat 3 perubahan dalam Institusi Raja iaitu pada

a)

zaman kerajaan melayu awal

b)

pentadbiran British

c)

masa kini

d)

masa akan datang

e)

zaman moden