wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJ T5_Q3_T4B1 & B2_5 STEM_6 APRIL 2024

Total questions: 90

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Pernyataan di bawah berkaitan dengan raja sebelum kedatangan Barat KECUALI

a)

Pentadbiran raja dibantu oleh pembesar

b)

Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya

c)

Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci

d)

Raja disembah sebagai wakil dewa

2.

Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya?

Pilih DUA jawapan yang betul.

a)

Upacara persetiaan

b)

Meminum air sumpah

c)

Menyerahkan emas dan beras

d)

Menjadi orang suruhan di istana

3.

Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi kawasan berikut KECUALI

a)

Sungai Mekong

b)

Teluk Cam Ranh

c)

Langkasuka

d)

Segenting Kra

4.

Apakah maksud Srivijaya dalam bahasa Sanskrit?

a)

Cahaya kemenangan

b)

Semenanjung emas

c)

Lingkaran keagungan

d)

Jaringan emas

5.

Berikut merupakan pembesar berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan Kesultanan Melayu Melaka KECUALI

a)

Syahbandar

b)

Bendahara

c)

Temenggung

d)

Laksamana

6.

Kerajaan Dinasti di China yang manakah telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka?

a)

Dinasti Shang

b)

Dinasti Chou

c)

Dinasti Han

d)

Dinasti Ming

7.

Antara berikut, yang manakah DUA lambang kebesaran yang menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah?

a)

Nobat

b)

Regalia

c)

Pedang

d)

Tepak Sirih

8.

Antara berikut, yang manakah DUA undang-undang yang dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Undang-Undang Pahang

b)

Undang-undang 99 Perak

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Hukum Kanun Mahkota Alam

9.

Pilih padanan jawatan dan bidang tugas yang tepat.

a)

Penghulu Bendahari = mengutip cukai di kawasan pegangan

b)

Temenggung = panglima angkatan laut Melaka

c)

Syahbandar = menjaga keselamatan kota Melaka

d)

Bendahara = ketua turus angkatan tentera

10.

Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal.

Fasal 4 menyatakan perkara berkaitan

a)

Tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari

b)

Hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan

c)

Pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja

d)

Amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan

11.

Undang-undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka KECUALI

a)

Nakhoda Jenal

b)

Nakhoda Diri

c)

Nakhoda Sahak

d)

Nakhoda Yusof

12.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

13.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

14.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

15.

Apakah maksud waadat?

a)

Kecelakaan yang menimpa seseorang

b)

Perjanjian yang dimeterai

c)

Hubungan antara pemerintah dan rakyat

d)

Kesetiaan rakyat kepada raja

16.

Dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja KECUALI

a)

titah

b)

murka

c)

kurnia

d)

sahaya

17.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat. Beliau pernah berkhidmat untuk sultan-sultan berikut KECUALI

a)

Sultan Muzzaffar Shah

b)

Sultan Mansur Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah

d)

Sultan Ahmad Shah

18.

Antara berikut, yang manakah wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Lingga

b)

Inderagiri

c)

Rokan

d)

Kampar

19.

Dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah, air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu, ditadah dan diminum. Dalam kerajaan manakah upacara ini diamalkan?

a)

Kerajaan Majapahit

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Funan

d)

Kerajaan Champa

20.

Kerajaan manakah yang mewarisi ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kesultanan Johor-Riau

c)

Kerajaan Funan

d)

Kesultanan Sulu

21.

Empayar manakah yang mewarisi ciri-ciri negara bangsa kerajaan Srivijaya?

a)

Kerajaan Majapahit

b)

Kesultanan Melayu Melaka

c)

Kerajaan Champa

d)

Kerajaan Gangga Negara

22.

Antara berikut yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Rakyat

b)

Perlembagaan

c)

Pembesar

d)

Kedaulatan

23.

Siapakah yang diberikan kuasa oleh Sultan Melaka untuk memerintah sesebuah wilayah?

a)

Ahli ulama

b)

Pembesar Melayu

c)

Pembesar Berempat

d)

Golongan Bangsawan

24.

Mereka terlibat dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Hamba

b)

Bendahara

c)

Temenggung

d)

Rakyat

25.

Bendahara berperanan penting dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan Bendahara?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Ketua Pentadbir

b)

Ketua Turus angkatan tentera

c)

Menguruskan perbendaharaan

d)

Mengutip cukai di kawasan pegangan

26.

Apakah peranan yang dimainkan oleh Temenggung?

a)

Menjaga keselamatan kota Melaka

b)

Panglima angkatan laut Melaka

c)

Menguruskan Perbendaharaan

d)

Membina Istana

27.

Laksamana memainkan peranan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan Laksamana?

a)

Panglima Angkatan Laut Melaka

b)

Menjaga keamanan negara

c)

Mengutip cukai

d)

Menguruskan perbendaharaan

28.

Apakah tugas yang dimainkan oleh Syahbandar?

a)

Menguruskan perbendaharaan

b)

Mengutip cukai di pelabuhan

c)

Menjaga keamanan di laut

d)

Menjaga keselamatan di Kota Melaka

29.

Hasil perbendaharaan akan disalurkan untuk kepentingan kerajaan iaitu digunakan untuk _________________.

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Membeli senjata

b)

Membina Istana

c)

Membeli makanan

d)

Membayar gaji hamba

30.

Undang-undang Laut Melaka telah diperkenan oleh Sultan Mahmud Syah dan mengandungi perkara yang berkaitan dengan _____________.

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Peranan Nakhoda

b)

Pelayaran

c)

Ekonomi

d)

Peranan Sultan dan Pembesar

31.

Apakah peranan yang dimainkan oleh rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Menunjukkan taat setia kepada pemerintah

b)

Menjadi tentera

c)

Mengutip cukai melalui sistem serah

d)

Memperkenalkan undang-undang

32.

Yang manakah antara yang berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Raja

b)

Wilayah Pengaruh

c)

Lambang Kebesaran

d)

Kedaulatan

33.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.

Apakah kepentingan wilayah pengaruh ini?

a)

memperkukuhkan kewibawaan pemerintah

b)

membolehkan penguasaan sumber kekayaan

c)

membantu dalam penyebaran islam

d)

menghindari campur tangan kuasa asing

34.

Apakah faktor utama yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh seorang raja dalam masyarakat Melayu tradisional?

a)

Kekuatan dan kegagahan raja

b)

Sokongan pembesar dan hulubalang raja

c)

Keamanan dan keharmonian rakyat

d)

Kesetiaan rakyat terhadap raja

35.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada

Pembesar Berempat dikenali sebagai....

a)

Pegangan

b)

Pemakaman

c)

Kurniaan

d)

Pengaruh

36.

Bagaimanakah Sultan Mansur Shah memperoleh Siantan?

a)

Peperangan

b)

Persahabatan

c)

Penaklukan

d)

Perkahwinan

37.

Apakah peranan jurubatu dalam kapal atau perahu dagang Melaka?

a)

Sida-sida dalam kapal

b)

Anak kapal yang bertanggungjawab kepada tukang

c)

Mengukur kedalaman laut

d)

Pegawai penentu arah

38.

Apakah yang harus dilakukan oleh rakyat bagi mengekalkan keamanan negara?

a)

Menjaga hubungan baik dengan pemerintah

b)

Menjaga kebajikan rakyat

c)

Memerintah dengan adil

d)

Memperkenalkan undang-undang

39.

Berdasarkan Fasal 9 dalam Undang-undang Laut Melaka, seorang malim harus arif dalam ________

a)

ilmu penerokaan

b)

ilmu matematik

c)

ilmu pelayaran

d)

ilmu pengembaraan

40.

Apakah kepentingan upacara mengangkat sumpah dengan meminum air sumpah oleh rakyat kerajaan Srivijaya?

a)

mengukuhkan taat setia

b)

mengakui kebesaran Tuhan

c)

mengelakkan malapetaka

d)

mengharapkan kurniaan

41.

"Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya"


Penyataan di atas merupakan pendapat yang dikemukakan oleh tokoh berikut iaitu

a)

Dr. R. Suntharalingam

b)

Profesor William R. Roff

c)

Hans Kohn

d)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

42.

Berikut merupakan revolusi yang tercetus di Eropah hasil daripada perkembangan idea nasionalisme di Barat KECUALI

a)

Revolusi Keagungan

b)

Revolusi Amerika

c)

Revolusi Perancis

d)

Revolusi Itali

43.

Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.

a)

Satyagraha

b)

Jalan Para Pahlawan

c)

Semangat bushido

d)

Sumpah Pemuda

44.

Persatuan Belia Buddha telah menggunakan isu untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma.

Apakah isu tersebut?

a)

Isu pendidikan

b)

Isu kasut

c)

Isu hak wanita

d)

Isu politik

45.

Namakan pertubuhan yang dipimpin oleh Jose Rizal semasa gerakan nasionalisme di Filipina.

a)

Liga Filipina

b)

Katipunan

c)

Parti Nasionalis

d)

Parti Do Bama Asiayone

46.

Namakan akhbar yang telah digunakan oleh Parti Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?

a)

La Solidaridad

b)

Hilang Gelap Terbitlah Terang

c)

Kalayan

d)

Cloche Felee

47.

Nyatakan DUA tuntutan rakyat Filipina dalam Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal.

a)

Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol

b)

Hak yang sama seperti bangsa Sepanyol

c)

Penubuhan universiti untuk mereka

d)

Pemulihan sistem pemerintahan beraja

48.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

a)

Dr. Sun Yat Sen

b)

Mikado Meiji

c)

Ho Chi Minh

d)

Saya San

49.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri."


Pernyataan di atas merupakan pendapat tokoh iaitu

a)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Profesor Emeritus Tan Sri

Dr. Khoo Kay Kim

50.

Berikut merupakan maksud nasionalisme KECUALI

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Semangat kebangsaan dan perjuangan menentang penjajahan

c)

Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial

d)

Perjuangan untuk mencapai matlamat dengan pelbagai cara

51.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.

Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Mengutip cukai

b)

Melantik penasihat

c)

Mengawal kerajaan

d)

Menggubal undang-undang

52.

Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.


Liga Muslim

Kongres Kebangsaan India (INC )


Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?

a)

Menggerakkan perang gerila

b)

Melancarkan gerakan dakyah

c)

Merangka pembahagian India

d)

Melakukan penentangan militan

53.

Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.


SEMANGAT BUSHIDO


Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?

a)

Menjadi negara perindustrian

b)

Mencapai kemajuan pendidikan

c)

Menghalang gerakan anti Barat

d)

Mengatasi kelemahan pemerintahan

54.

Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?


Katipunan di Filipina

Parti Komunis di Indonesia

Viet Nam Quoc Dang Dang


Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Bertindak secara revolusi

b)

Pertubuhan bersifat radikal

c)

Bekerjasama dengan penjajah

d)

Pemimpinnya berhaluan sederhana

55.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkuasakan

b)

Sistem raja berkuasa mutlak berakhir

c)

Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

56.

Pernyataan berikut merujuk kepada hasil karya Raden Adjeng Kartini.


Habis Gelap Terbitlah Terang


Apakah isu yang diketengahkan melalui penulisan novel di atas

a)

Pengembalian kuasa raja

b)

Kemunduran rakyat

c)

Hak bersuara

d)

Kemerdekaan mutlak

57.

Tokoh berikut merupakan seorang nasionalis India.

Antara berikut,yang manakah berkaitan dengan tokoh di atas dalam mencetuskan gerakan nasionalis di Asia Tenggara?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah dan mogok lapar

b)

Melahirkan nasionalis bersikap sederhana

c)

Mempelopori kebangkitan rakyat secara revolusi

d)

Menggerakkan semangat penentangan secara militan

58.

Nasionalisme di Burma (Myanmar) bermula apabila golongan Thakin menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.


Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Melancarkan revolusi

b)

Mengekalkan tradisi Buddha

c)

Memperjuangkan kemerdekaan

d)

Membela nasib golongan pemuda

59.

Mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara?

a)

Menentang penjajahan

b)

Menghalau kuasa asing

c)

Mempertahankan kedaulatan negara

d)

Melaksanakan pemerintahan demokrasi

60.

Pilih DUA akhbar yang digunakan oleh intelektual Melayu berpendidikan Inggeris dalam menyebarkan idea nasionalisme.

a)

Warta Malaya

b)

Utusan Melayu

c)

Al-Imam

d)

Tunas Melayu

61.

Berikut merupakan teras perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang KECUALI

a)

Demokrasi

b)

Nasionalisme

c)

Sosialisme

d)

Dakyah

62.

Karya berikut telah dihasilkan oleh penulis tanah air:

MARI KITA BERJUANG - Abdullah Sidek

SERUNAI PUJANGGA - Abdul Samad Ahmad

RUMAH BESAR TIANG SEBATANG - Pak Sako

Apakah tema yang dikemukakan dalam karya tersebut?

a)

Kemunduran sosioekonomi penduduk Tanah Melayu

b)

Semangat cinta akan negara

c)

Hak dan masa depan bangsa

d)

Seruan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

63.

Apakah peranan Maktab Perguruan Sultan Idris semasa perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Menyebarkan idea kemajuan dan pemodenan

b)

Menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat

c)

Medan ilmu untuk berbincang dan menghasilkan karya nasionalisme

d)

Melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris

64.

Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) dianggap radikal oleh British?

a)

Meminta supaya orang Melayu diberikan peluang dalam pentadbiran

b)

Membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar dan majalah

c)

Menjalinkan hubungan dengan pemimpin revolusi China

d)

Menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan

65.

Nasionalisme di China mendorong golongan revolusi memberikan perhatian terhadap pendidikan masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Berikut merupakan langkah yang telah diambil KECUALI

a)

Kelab dan pasukan drama ditubuhkan

b)

Banyak sekolah Cina didirikan

c)

Menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar

d)

Membentuk identiti tersendiri

66.

Bulan Melayu diterbitkan bagi mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita.

Siapakah penggerak utama Bulan Melayu?

a)

Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain)

b)

Fatimah Yaakub

c)

Abdul Rahim Kajai

d)

Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)

67.

Berikut merupakan tokoh nasionalisme.

SYED SHEIKH AL-HADI

SHEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN


Mereka merupakan pemimpin pertubuhan...

a)

Kaum Muda

b)

Kesatuan Melayu Muda

c)

PASPAM

d)

Kesatuan Melayu Singapura

68.

Kongres Pemuda Indonesia telah melahirkan "Sumpah Pemuda" yang menjadi tonggak nasionalisme.

Apakah TIGA asas yang digariskan untuk mewujudkan keutuhan negara bangsa?

a)

Satu tanah air

b)

Satu bangsa

c)

Satu bahasa

d)

Satu agama

69.

Tokoh-tokoh nasionalis berikut merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) KECUALI

a)

Raja Chulan Raja Abdullah

b)

Mohammad Eunos Abdullah

c)

Mahmud Mat

d)

Harun Aminurrashid

70.

Syarikat Jelutong Press telah didirikan di Pulau Pinang. Apakah kesan daripada penubuhan syarikat tersebut?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Membuka peluang pekerjaan

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

71.

'Pemerintahan beraja menjadi simbol penindasan yang menggugat hak rakyat.'

Apakah peristiwa di Barat yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas?

a)

Revolusi perindustrian

b)

Revolusi pertanian

c)

Revolusi Keagungan

d)

Revolusi Rakyat

72.

Penduduk Amerika melaungkan slogan "Tiada cukai tanpa perwakilan"

Mengapakah mereka bertindak demikian?

a)

Benci dengan penjajahan

b)

Ketiadaan wakil di Parlimen

c)

Cukai membebankan

d)

Hak rakyat dipersoalkan

73.

Sasaran golongan revolusi di Perancis adalah terhadap pemerintahan autokratik raja dan bangsawan.

Apakah yang dilakukan oleh golongan atasan itu?

a)

Monopoli pelbagai keistimewaan

b)

Menguasai perindustrian

c)

Menjaga kebajikan rakyat

d)

Menghasilkan persefahaman

74.

Apakah peristiwa yang membangkitkan semangat nasionalisme di India?

a)

Peristiwa Dahagi India

b)

Kebangkitan golongan agama

c)

Kekejaman British

d)

Tindakan Mahatma Ghandi

75.

Mahatma Ghandi menjadikan Satyagraha sebagai pegangan untuk nasionasme di India.

Apakah Satyagraha?

a)

Berpegang teguh dengan kebenaran

b)

Tali persaudaraan

c)

Ikatan kasih sayang

d)

Muafakat masyarakat

76.

Mengapakah orang China menentang Dinasti Manchu?

a)

Berlaku kejam terhadap rakyat

b)

Menolak perinsip kemanusiaan

c)

Dianggap sebagai orang luar

d)

Hilang autoriti

77.

Tokoh X merupakan graduan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Baginda bertugas sebagai pegawai kerajaan yang menuntut pihak British supaya membaiki taraf hidup orang Melayu serta memberi peluang orang Melayu bekerja dalam jabatan kerajaan.

Siapakah tokoh X?

a)

Haji Abbas Muhammad Taha

b)

Raja Chulan Raja Abdullah

c)

Syed Syeikh al-hadi

d)

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

78.

Pernyataan di bawah merujuk kepada sajak 'Anak Merdeka'


"Wahai anak bangsa yang lahir dari rahim perjuangan!

Bangunlah dari mimpi ngeri mu, Jejakkan dirimu kepada semangat juang pada pertiwi"


Apakah maksud rangkap puisi tersebut?

a)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang supaya bangkit berjuang dari kelalaian untuk terus membara membela nasib negara seperti yang diperjuangkan tokoh terdahulu

b)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang kepada desa dan lalai daripada membela nasib bangsa nasib sendiri

c)

Memastikan anak bangsa melenyapkan semangat nasionalisme dengan membenci tanah air

d)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa berjuang supaya tunduk kepada permintaan penjajah

79.

Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan yang dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari segi sosial untuk lepasan SITC yang terdiri daripada guru wanita.


Apakah yang dihasratkan oleh Ibu Zain dalam majalah Bulan Melayu?

a)

Wanita tidak perlu mempertahankan tanah air kerana mempunyai tanggungjawab mengurus rumah tangga

b)

Wanita boleh mengangkat senjata sekiranya diperlukan

c)

Wanita hanya perlu memberi semangat kepada perjuangan lelaki

d)

Mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita

80.

Punca Revolusi Amerika pada tahun 1776 ialah menentang

a)

golongan raja

b)

Raja Louis XVI

c)

penjajahan British

d)

golongan Bangsawan

81.

Nasionalisme di Burma (Myanmar) bermula apabila golongan Thakin menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906. Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Melancarkan revolusi

b)

Mengekalkan tradisi Buddha

c)

memperjuangkan kemerdekaan

d)

Membela nasib golongan pemuda

82.

Menurut Dato Onn Jaafar, nasionalisme ialah...

a)

Menzahirkan satu bangsa yang kuat dan tegap, berdiri atas kaki sendiri dan mengambil tempat sebenar di sisi bangsa-bangsa lain.

b)

Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara dan bangsa

c)

Segala tenaga yang menentang penjajahan untuk mencapai kemerdekaan

d)

Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia

83.

Senarai berikut merupakan hasil penulisan kreatif Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad.

*Putra Gunung Tahan

*Anak Mat Lela Gila

Bagaimanakah Pak Sako memberikan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Menyindir penjajah

b)

Mengkritik pembesar Melayu

c)

Menentang Raja-raja Melayu

d)

Mengingatkan kepentingan beragama

84.

Tokoh pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?

a)

Melalui penulisan buku agama

b)

Menggunakan semangat jihad

c)

Penentangan secara gerila

d)

Penubuhan madrasah

85.

PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang. Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme

b)

Menggalakkan ahlinya bersatu padu

c)

Mengumpulkan golongan pemuda

d)

Menuntut kemerdekaan

86.

"Nasionalisme digerakkan melalui penulisan oleh tokoh nasionalis melalui akhbar, majalah, novel, cerpen dan puisi"


Siapakah yang menghasilkan novel "Mari Kita Berjuang" yang mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi?

a)

Abdullah Sidek

b)

Omar Mustaffa

c)

Mahmud Ahmadi

d)

Harun Aminurrashid

87.

Akhbar manakah yang mengandungi garapan idea ulama yang menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis?

a)

Al - Imam

b)

Neracha

c)

Al - Ikhwan

d)

Tunas Melayu

88.

Selain Al - Imam, akhbar Neracha juga diterbitkan awal 1900-an dengan menyuarakan...

a)

Perselisihan pendapat antara Kaum Muda dengan Kaum Tua

b)

Agar rakyat bersatu menentang British

c)

Rasa tidak puas hati dengan penjajahan British

d)

Desakan membangunkan sistem pendidikan orang Melayu

89.

Sekiranya anda menjadi seorang wartawan, apakah seruan anda kepada generasi hari ini untuk menyemai semangat nasionalisme?

a)

Menggalakkan generasi muda menambah ilmu pengetahuan

b)

Menggalakkan generasi muda memberi komen negatif tentang negara di media sosial

c)

Menggalakkan generasi muda mengikuti perkembangan artis luar negara

d)

Menggalakkan generasi muda membuat kenyataan provokasi di laman-laman sosial

90.

Kebangkitan nasionalisme di Burma turut dipengaruhi oleh Revolusi Pelajar. Apakah faktor tercetusnya revolusi ini?

a)

Menuntut hak bersuara pelajar universiti

b)

Menentang pengaruh Barat

c)

Menuntut penubuhan sebuah universiti

d)

Memperjuangkan hak asasi pelajar