wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B8T4 WAY TO SPM A+

Total questions: 40

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan kerajaan mengadakan Pilihan Raya Pertama di Tanah Melayu?

a)

Membentuk perpaduan kaum

b)

Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Memperkukuh pembinaan negara bangsa

d)

Menggubal undang-undang persekutuan

2.

Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan. Apakah jawatankuasa tersebut?

a)

Jawatankuasa Pilihan Raya

b)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

c)

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan

d)

Jawatankuasa Perundangan Persekutuan

3.

Mengapakah Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan dibentuk?

a)

Membentuk Kabinet pertama

b)

Meluluskan Ordinan Pilihan Raya

c)

Membolehkan Perikatan memenangi pilihan raya umum

d)

Mengkaji dan membuat cadangan tentang pilihan raya umum

4.

Apakah kepentingan pilihan raya peringkat awal di negara kita?

a)

Memperkenalkan birokrasi Barat

b)

Menggalakkan kerjasama politik

c)

Menyedarkan rakyat tentang demokrasi

d)

Membolehkan rundingan kemerdekaan

5.

Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya peringkat

a)

Majlis Negeri

b)

Majlis Daerah

c)

Majlis Perbandaran

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

6.

Pilihan Raya X.

# Pilihan raya pertama diadakan

# Bertujuan memilih 9 orang ahli Pesuruhjaya Perbandaran

Di manakah pilihan raya X diadakan?

a)

Ipoh, Perak

b)

Alor Setar, Kedah

c)

Bangsar, Kuala Lumpur

d)

George Town, Pulau Pinang

7.

Apakah implikasi daripada pilihan raya pada peringkat awal?

a)

Menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi

b)

Membolehkan pemimpin mendapat kedudukan tinggi

c)

Mengelakkan perpecahan antara kaum

d)

Melibatkan rakyat dalam perundangan negara

8.

Dalam pilihan raya peringkat negeri 1954, Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Apakah asas kemenangan besar tersebut?

a)

Kepentingan manifesto

b)

Keseimbangan ekonomi

c)

Kerjasama politik

d)

Kebijaksanaan pemimpin

9.

Apakah DUA sebab Pilihan Raya Umum Pertama diadakan?

a)

Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Merintis kemerdekaan negara

c)

Menggalakkan kerjasama politik

d)

Menyelesaikan isu berkaitan perundangan

10.

# Tunku Abdul Rahman

# Tan Cheng Lock

# Dato' Abdul Razak Hussein

Apakah tujuan mereka ke London pada 21 April 1954?

a)

Menyelesaikan isu berkaitan kaum

b)

Menentukan bentuk susunan MPP

c)

Mendapatkan sokongan British

d)

Merundingkan kemerdekaan negara

11.

Apakah kepentingan Rang Undang-Undang Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu yang diluluskan pada 18 hingga 19 Ogos 1954?

a)

Menetapkan syarat pilihan raya

b)

Mengenal pasti bentuk susunan MPP

c)

Membolehkan pembentukan kerajaan sendiri

d)

Mengadakan pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu

12.

Apakah DUA syarat untuk menjadi seorang pengundi berdasarkan Pilihan Raya Umum 1955?

a)

Berumur 18 tahun ke atas

b)

Berumur 21 tahun ke atas

c)

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

d)

Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

13.

Apakah DUA persamaan syarat sebagai calon dan pengundi?

a)

Umur

b)

Pekerjaan

c)

Tempat tinggal

d)

Kewarganegaraan

14.

Apakah peranan Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan?

a)

Meluluskan manifesto calon

b)

Menentukan kawasan

c)

Mengendalikan kempen

d)

Menjalankan pendaftaran parti

15.

Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955. Apakah parti yang memenangi pilihan raya tersebut?

a)

Parti Buruh

b)

Parti Negara

c)

Parti Progresif

d)

Parti Perikatan

16.

Mengapakah pilihan raya tempatan pertama diadakan pada tahun 1956 di Sarawak?

a)

Menolak penjajahan mutlak British

b)

Pengundian untuk menyertai Malaysia

c)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

d)

Membentuk penyatuan pelbagai kaum

17.

Pada 1 Februari, Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk dengan 46 orang ahli. Antara berikut, yang manakah DUA bentuk penyata susunan MPP Bentuk A?

a)

60 orang yang dipilih melalui pilihan raya

b)

Pilihan raya diadakan tidak lewat daru bulan November 1954

c)

Tidak menetapkan tarikh pilihan raya

d)

Seorang ahli tidak rasmi

18.

Bagaimanakah cara pemilihan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dilaksanakan?

a)

Pilihan raya

b)

Keturunan

c)

Kelayakan

d)

Pengalaman

19.

Manakah DUA pernyataan yang tepat berkaitan dengan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Kempen pilihan raya selama 45 hari

b)

Hari mengundi pada 27 Julai 1955

c)

Kempen pilihan raya selama 60 hari

d)

Hari mengundi pada 1 Ogos 1955

20.

Mengapakah pilihan raya Kuching Municipal Council (KMC) 1956 dan Sibu Urban District Council (SUDC) 1957 mendapat sambutan baik daripada rakyat pelbagai kaum?

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Mencapai kemajuan bandar

c)

Mengeratkan perpaduan kaum

d)

Memberi peluang memilih wakil dalam kerajaan

21.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 1955, Parti Perikatan memperoleh kemenangan besar iaitu sebanyak 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Parti manakah yang turut memenangi kerusi dalam pilihan raya tersebut?

a)

Parti Negara

b)

Parti Progresif Perak

c)

Parti Kemerdekaan Malaya

d)

Parti Islam Se-Tanah Melayu

22.

Apakah hak yang diberikan kepada rakyat melalui pilihan raya?

a)

Memilih ketua negara

b)

Menyuarakan pendapat

c)

Membubarkan parlimen

d)

Membentuk kerajaan

23.

Apakah DUA kesan penting pilihan raya?

a)

Mempromosi parti politik

b)

Mengelakkan perselisihan

c)

Memilih pemimpin

d)

Mengamalkan demokrasi

24.

Apakah yang dilakukan oleh pihak British bagi menjamin pelaksanaan pilihan raya yang sistematik?

a)

Mengetatkan kawalan

b)

Mengawal proses pilihan raya

c)

Memastikan pengundi mematuhi arahan

d)

Melantik T.E. Smith untuk menyelia urusan pilihan raya

25.

Apakah langkah kelima dalam proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Mengundi

b)

Penamaan calon

c)

Kempen pilihan raya

d)

Pendaftaran pengundi

26.

Apakah DUA perubahan pada Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 berbanding MPP 1948?

a)

Terdapat 52 orang ahli MPP

b)

Ahli MPP dipilih oleh Parti Perikatan

c)

11 orang Menteri Besar mewakili negeri

d)

Ahli MPP dipilih melalui pilihan raya

27.

Siapakah yang mengetuai pentadbiran kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955?

a)

Gabenor

b)

Ketua Menteri

c)

Perdana Menteri

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

28.

Mengapakah British tidak menyerahkan kuasa pentadbiran sepenuhnya kepada Kabinet Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memastikan kepentingan pelaburannya terpelihara

b)

Memantau pelaksanaan demokrasi oleh kerajaan baharu

c)

Menentukan hala tuju kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Perlu menyelia dan menasihati tentang keselamatan negeri

29.

Berapakah ahli MPP yang mewakili Negeri-Negeri Selat?

a)

52 orang

b)

35 orang

c)

11 orang

d)

2 orang

30.

Mengapakah Sistem Ahli dimansuhkan?

a)

Pegawai British menyelia bidang keselamatan

b)

Ketua Menteri mengambil alih tugas pentadbiran

c)

Berlaku proses pertukaran secara berperingkat

d)

Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai kepimpinan peringkat atasan

31.

Siapakah yang merasmikan Persidangan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang pertama 11 September 1959?

a)

Ratu England

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

32.

Siapakah wanita pertama menganggotai MPP pada tahun 1955?

a)

Ramlah Adam

b)

Halimaton Abd Majid

c)

Senator Aishah Ghani

d)

Zainon Munshi Sulaiman

33.

Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Membincangkan isu keselamatan

c)

Menambahkan kuasa pentadbiran British

d)

Mengubah sistem MPP yang berasaskan Model Westminster

34.

Apakah jawatan yang disandang oleh Dato' Abdul Razak Hussein dalam Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

a)

Menteri Pelajaran

b)

Menteri Kewangan

c)

Menteri Pengangkutan

d)

Menteri Tanah dan Galian

35.

Apakah jawatan yang disandang oleh Dr. Ismail Abdul Rahman dalam Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

a)

Menteri Pelajaran

b)

Menteri Kewangan

c)

Menteri Pengangkutan

d)

Menteri Tanah dan Galian

36.

Siapakah yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Abdul Azizi Ishak

b)

Leong Yew Koh

c)

Ong Yoke Lin

d)

H.S. Lee

37.

Apakah DUA peranan yang dimainkan oleh V.T. Sambanthan sebagai Menteri Buruh?

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Membina bangsa yang bersatu

c)

Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

d)

Mengurangkan pegawai Eropah dalam Malayan Civil Services secara berperingkat

38.

Siapakah ahli rasmi dalam Majlis Perundangan Persekutuan 1948?

a)

Residen British

b)

Wakil Negeri-Negeri Selat

c)

Ketua Setiausaha Kerajaan

d)

Pegawai Pentadbiran Kerajaan

39.

Manakah antara DUA berikut yang merujuk kepada kuasa veto?

a)

Kuasa pembatal

b)

Kuasa memerintah

c)

Hak untuk membuat keputusan

d)

Hak atau kuasa penuh yang diberi kepada pihak tertentu

40.

Apakah DUA rumusan yang diperlihatkan oleh barisan pemimpin tersebut?

a)

Bertolak ansur

b)

Rundingan damai

c)

Berusaha membangunkan negara

d)

Berkongsi kuasa antara satu sama lain