wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B5T5 WAY TO SPM A+

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Pegawai British telah mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara. Apakah matlamat penyatuan wilayah tersebut?

a)

Memupuk perpaduan

b)

Melakukan imperialisme

c)

Memudahkan pentadbiran

d)

Melaksanakan pembaharuan

2.

Siapakah yang mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat pada tahun 1887?

a)

Lord Brassey

b)

Gerald Templer

c)

Dato' Onn Jaafar

d)

Sir Malcolm MacDonald

3.

Siapakah yang mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara bagi membentuk satu entiti politik dan ekonomi. Gabungan Tanah Melayu, Singapura dan wilayah Borneo?

a)

Lord Brassey

b)

Gerald Templer

c)

Dato' Onn Jaafar

d)

Sir Malcolm MacDonald

4.

Apakah aspek yang menjadi keutamaan Sir Gerald Templer untuk menyegerakan penggabungan wilayah?

a)

Perpaduan

b)

Dekolonisasi

c)

Keselamatan

d)

Ekonomi

5.

Pernyataan berikut merujuk kepada cadangan pembentukan Malaysia.

X - Penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu perlu atas kepentingan ekonomi

Siapakah X?

a)

Lord Brassey

b)

Sir Malcolm MacDonald

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Sir Geofroy Tory

6.

Majalah Al-Imam telah menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam beberapa bidang sejak tahun 1906. Apakah DUA bidang tersebut?

a)

Ekonomi

b)

Bahasa

c)

Kesenian

d)

Pendidikan

7.

Golongan nasionalis Tanah Melayu telah memperjuangkan konsep Melayu Raya pada tahun 1938. Mengapakah konsep tersebut gagal dilaksanakan?

a)

Tidak memberikan manfaat kepada Indonesia

b)

Indonesia tidak berminat bergabung dengan Tanah Melayu

c)

Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tanpa Tanah Melayu

d)

Pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia

8.

Apakah DUA faktor utama pembentukan Malaysia dari segi politik?

a)

Keselamatan

b)

Mempercepat kemerdekaan

c)

Pembangunan wilayah dan ekonomi

d)

Keseimbangan komposisi penduduk

9.

Apakah DUA sebab Singapura dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia?

a)

Menamatkan ancaman komunis

b)

Mengukuhkan keselamatan dan pertahanan

c)

Mengelakkan campur tangan asing

d)

Memenuhi desakan penduduk tempatan

10.

Apakah faedah yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia?

a)

Bebas menubuhkan parti politik

b)

Bebas daripada penguasaan Indonesia

c)

Mempercepat proses kemerdekaan

d)

Memudahkan perpindahan penduduk

11.

Apakah DUA parti politik Sarawak yang menyokong rancangan pembentukan Malaysia?

a)

SNAP

b)

SUPP

c)

PANAS

d)

PESAKA

12.

Apakah kesan penubuhan Parti Perikatan Sarawak?

a)

Menamatkan pemerintahan keluarga Brooke

b)

Meneruskan sistem politik tradisional

c)

Merealisasikan pembentukan Malaysia

d)

Menjayakan pengasasan Persekutuan Borneo

13.

Apakah DUA sebab pemimpin dan rakyat Sabah berasa curiga dan bimbang dengan idea pembentukan Malaysia pada peringkat awal?

a)

Kedudukan Kuala Lumpur yang jauh

b)

Kekuasaan dan pengaruh Indonesia

c)

Ketidakseimbangan komposisi kaum

d)

Keyakinan terhadap pemerintahan British

14.

Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menentang cadangan pembentukan Malaysia?

a)

Penjajahan bentuk baharu

b)

Cubaan eksploitasi sumber ekonomi

c)

Pakatan meluaskan pengaruh politik

d)

Perkongsian kuasa antara negeri

15.

Apakah syarat yang ditetapkan oleh rakyat Brunei sebagai persetujuan menyertai Malaysia?

a)

Memperoleh kuasa imigresen

b)

Menjamin peluang pentadbiran

c)

Menerima bantuan ketenteraan

d)

Mencapai kemerdekaan dahulu

16.

Mengapakah Presiden Diosdado Pangan Macapagal menentang pembentukan Malaysia?

a)

Menuntut wilayah Sabah

b)

Menyebarkan ideologi komunisme

c)

Membentuk Kesatuan Kalimantan Utara

d)

Mengekalkan pengaruh dan kuasa

17.

Apakah tujuan pembentangan usul pembentukan Malaysia di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961?

a)

Menerangkan tujuan gagasan Malaysia

b)

Mendapatkan sokongan ahli dewan

c)

Meninjau pandangan pemimpin

d)

Menggubal perundangan baharu

18.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei pada Julai 1961?

a)

Menerangkan rancangan pembentukan Malaysia

b)

Meninjau kemajuan di kawasan tersebut

c)

Mendapatkan pandangan rakyat

d)

Merangka perlembagaan baru

19.

Apakah tujuan referendum Singapura diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga September 1962?

a)

Menyatakan bentuk pilihan menyertai Malaysia

b)

Memberi kefahaman kepada penduduk tempatan

c)

Menerima pelbagai memorandum daripada rakyat

d)

Mengetahui reaksi penduduk terhadap penyatuan

20.

Apakah kesan rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British di London?

a)

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold

b)

Lawatan PBB ke Sarawak dan Sabah

c)

Referendum dilaksanakan di Singapura

d)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan

21.

Suruhanjaya Cobbold dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962. Manakah antara berikut merupakan DUA tugas Suruhanjaya Cobbold?

a)

Membuat 35 lawatan ke Sabah dan Sarawak

b)

Membuat laporan kepada kerajaan British

c)

Mengadakan pungutan suara

d)

Merangka undang-undang

22.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan pada bulan Ogos 1962. Manakah antara berikut merupakan DUA jawatankuasa kecil yang terdapat dalam JAK?

a)

Kewangan

b)

Pendidikan

c)

Hubungan Luar

d)

Organisasi Jabatan

23.

Mengapakah Tuntutan 20 Perkara dikemukakan oleh pemimpin Sabah dan Sarawak?

a)

Memajukan ekonomi negeri

b)

Menjamin kebebasan asasi

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

d)

Melindungi hak dan kepentingan rakyat

24.

Bagaimanakah status sistem pendidikan Sarawak dan Sabah mengikut teras Perlembagaan Malaysia?

a)

Dikuasai oleh Kerajaan Pusat

b)

Dikawal oleh Kerajaan Negeri

c)

Diselia oleh Mahkamah Anak Negeri

d)

Diletakkan di bawah pentadbiran daerah

25.

Suruhanjaya Cobbold bertanggungjawab menyerahkan laporan tinjauan kepada kerajaan British. Antara yang berikut, manakah DUA kandungan laporan tersebut?

a)

Menyatakan sokongan dua pertiga penduduk Sarawak dan Sabah

b)

Mencadangkan bentuk pilihan wilayah yang menyertai Malaysia

c)

Memperuntukkan jumlah kerusi bagi Sarawak, Sabah dan Singapura

d)

Mengesyorkan Perlembagaan PTM 1957 dijadikan asas perlembagaan

26.

Mengapakah berlaku perubahan tarikh pembentukan Malaysia dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963?

a)

Bantahan daripada rakyat Brunei

b)

Laporan PBB tidak dapat disiapkan segera

c)

Tuntutan 20 Perkara ditolak kerajaan

d)

Kabinet Menteri lambat bermesyuarat

27.

Siapakah yang mengumumkan Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah?

a)

Tun Abdul Razak Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

c)

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

d)

Datu Mustapha Datu Harun

28.

Seiring Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar pendidikan di Sabah pada tahun 1970. Siapakah yang melaksanakan pembaharuan tersebut?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Abdul Rahman Talib

c)

Datu Mustapha Datu Harun

d)

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

29.

Mengapakah United Nations Malaysia Mission (UNMM) ditubuhkan pada 12 Ogos 1963?

a)

Menerima memorandum

b)

Memperincikan cadangan JAK

c)

Menilai dan membuat laporan

d)

Merangka perlembagaan baharu

30.

Mengapakah Laurence Michelmore mengetuai rombongan PBB ke Sarawak dan Sabah?

a)

Melakukan tinjauan di Sarawak dan Sabah

b)

Menerangkan manfaat pembentukan Malaysia

c)

Mengkaji memorandum daripada pemimpin anak negeri

d)

Meneliti hak wilayah asingan dalam Perkara 20

31.

Siapakah yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak semasa majlis pengisytiharan Malaysia?

a)

Stephen Kalong Ningkan

b)

Datu Mustapha Datu Harun

c)

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

d)

Temenggong Jugah Anak Barieng

32.

Apakah DUA tindakan Indonesia yang menunjukkan penentangan mereka terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu

b)

Menyebarluaskan ideologi komunisme

c)

Mengadakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia

d)

Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak

33.

Siapakah yang menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966?

a)

Abdul Samad Ismail

b)

Muhammad Ghazali Shafie

c)

Tun Abdul Razak Hussein

d)

Tunku Abdul Rahman

34.

Apakah alasan yang digunakan oleh Indonesia untuk meneruskan dasar konfrontasi terhadap Malaysia?

a)

Kedudukan Indonesia terancam

b)

Pelabur asing beralih ke Malaysia

c)

Kegagalan gagasan Indonesia Raya

d)

Penguasaan Parti Komunis Indonesia

35.

Di manakah peristiwa berbalas tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia berlaku pada 29 Disember 1963?

a)

Labis, Johor

b)

Tebedu, Sarawak

c)

Kalabakan, Sabah

d)

Pantai Remis, Perak

36.

Siapakah yang membawa isu serangan gerila Indonesia ke dalam Majlis Keselamatan PBB?

a)

Dr. Ismail Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak Hussein

c)

Dr. Muhammad Ghazali Shafie

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

37.

Antara berikut, yang manakah DUA tugas Kementerian Luar Negeri pada peringkat awal pembentukan Malaysia?

a)

Meninjau pendapat rakyat

b)

Mematahkan kempen propaganda

c)

Mendapatkan sokongan negara luar

d)

Mengkaji hubungan luar Malaysia

38.

Apakah tujuan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bertemu Presiden Soekarno di Tokyo pada tahun 1963?

a)

Menerangkan tujuan pembentukan Malaysia

b)

Memujuk Indonesia menghentikan dasar konfrontasi

c)

Memulihkan hubungan tegang Malaysia-Indonesia

d)

Menandatangani perjanjian perdamaian serantau

39.

Mengapakah Indonesia bertindak menamatkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia?

a)

Pemeteraian perjanjian perdagangan

b)

Peralihan kepimpinan di Indonesia

c)

Pembentukan MAPHILINDO

d)

Pematuhan terhadap piagam PBB

40.

Apakah maksud neokolonialisme?

a)

Peluasan tanah jajahan dan wilayah

b)

Penyediaan negara ke arah bekerajaan sendiri

c)

Proses memerdekakan negara yang dijajah

d)

Peluasan pengaruh politik kuasa besar terhadap negara lain