wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PB EDU sejarah APRIL REVISION

Total questions: 90

Worksheet time: 2hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Sistem pemerintahan yang digunapakai di Negara kita

a)

Sistem pemerintahan kuno

b)

Sistem pemerintahan warisan

c)

Sistem pemerintahan beraja

d)

Sistem pemerintahan British

2.

Sistem pemerintahan di Sabah terdiri daripada

a)

Sistem kesukuan

b)

Sistem Kesultanan

c)

Sistem Demokrasi

d)

Sistem ketua bebas

3.

Bagaimanakah kestabilan negara kita kita dapat ditingkatkan?

a)

Sistem pemerintahan yang mantap

b)

Hasil alam yang dimanfaatkan

c)

Perpaduan antara rakyat

d)

Hubungan luar yang berkesan

4.

Baginda menjadi lambang kedaulatan negeri.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Sultan

b)

Pembesar

c)

Penghulu

d)

Bangsawan

5.

Sistem kesukuan dan kesultanan diamalkan di negeri

a)

Sabah

b)

Perlis

c)

Negeri Sembilan

d)

Sarawak

6.

Hierarki paling rendah dalam pemerintahan di Negeri Sembilan ialah

a)

Lembaga

b)

Buapak

c)

Anak Buah dan Ibu Soko

d)

Buapak

7.

Di bawah ini ialah contoh undang-undang bertulis KECUALI

a)

Hukum Kanun Pahang

b)

Undang-Undang Laut Melaka

c)

Adat Perpatih

d)

Undang-Undang 99 Perak

8.

Masyarakat Alam Melayu mempunyai sifat kreatif dengan menghasilkan semua barangan di bawah KECUALI

a)

tikar dan bakul daripada daun mengkuang

b)

kertas daripada pokok balak

c)

perabot daripada rotan

d)

menempa alat senjata tradisional

9.

Antara pelabuhan di Negeri-negeri Melayu yang menjadi pusat mengumpul barangan dari Timur dan Barat ialah

a)

Kelantan

b)

Johor

c)

Selangor

d)

Pahang

10.

Orang Melayu mengambil sistem timbangan dari pedagang China iaitu

a)

kepul, leng dan kal

b)

mayam dan bungkal

c)

cupak dan gantang

d)

kati, tahil dan pikul

11.

Mata wang logam yang digunakan dalam urusan perdagangan diperbuat daripada

a)

timah dan emas

b)

emas dan perak

c)

tembaga dan aluminium

d)

perak dan tembaga

12.

Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga.

Cara penerapannya adalah melalui

a)

pendidikan pondok

b)

pengajian di masjid

c)

madrasah

d)

cerita rakyat

13.

Faktor kedatangan kuasa Barat pada abad ke-16 adalah didorong oleh barangan mewah dari negara China iaitu

a)

emas

b)

minyak wangi

c)

kain cindai

d)

teh

14.

Selepas berlakunya Revolusi Perindustrian sejak abad ke-17, dasar kuasa Barat berubah corak.

Apakah kesan perubahan tersebut?

a)

Kuasa Barat tidak lagi datang ke Alam Melayu

b)

Hubungan diplomatik dijalinkan dengan Alam Melayu

c)

Kuasa Barat meluaskan tanah jajahan

d)

Pengeluaran kilang dihasilkan untuk pasaran tempatan

15.

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 dan ke-20 didorong oleh

a)

perkembangan kilang elektronik

b)

kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi

c)

industri tekstil

d)

jemputan pembesar Melayu

16.

Apakah keistimewaan Terusan Suez?

a)

mempercepat urusan perdagangan

b)

menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dengan Lautan Hindi

c)

Meningkatkan jumlah kapal dagang di Eropah

d)

perdagangan antara Benua Eropah dan negara Arab meningkat

17.

Penciptaan kapal wap pada abad ke- 19 merupakan faktor penggalak kedatangan kuasa Barat kerana

a)

dapat mengelakkan serangan kapal lanun

b)

belayar dengan bantuan angin monsun

c)

perjalanannya lebih cepat dan menjimatkan kos

d)

menjadi alternatif selain kapal layar

18.

Kuasa Barat bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di Timur.

Pilih padanan yang betul.

a)

Keluarga Brooke menguasai wilayah Sabah

b)

Sepanyol menakluki Indochina

c)

British menjadikan Kesultanan Brunei negeri naungan.

d)

Amerika Syarikat ingin bertapak di Pulau Langkawi

19.

Belanda menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita.

Pilih padanan yang BETUL

a)

Perjanjian dengan Negeri Sembilan untuk mendapatkan bijih timah

b)

Pakatan dengan Portugis untuk mendapatkan Melaka

c)

Berperang dengan Pahang untuk mengusai hasil emas

d)

Berperang dengan angkatan Selangor di Kuala Selangor

20.

Strategi tipu helah digunakan oleh British untuk meguasai negeri

a)

Perlis

b)

Selangor

c)

Pulau Pinang

d)

Kedah

21.

Perkataan historia berasal daripada

a)

Bahasa Itali

b)

Bahasa Yunani

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Portugis

22.

Manakah antara tokoh-tokoh yang berikut bukan sejarawan yang mengeluarkan fakta mengenai pengertian Sejarah?

a)

Muhd Yusof Haslam

b)

Ibn Khaldun

c)

Herodotus

d)

Khoo Kay Kim

23.

Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan Y. Y juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa yang berlaku dari awal hingga akhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus. Apakah Y?

a)

Masihi

b)

Darsawarsa

c)

Kronologi

d)

Dekad

24.

Apakah istilah sejarah yang sesuai digunakan dengan penyataan berikut?


Alatan ciptaan manusia

a)

Ekofak

b)

Artifak

c)

Jurnal

d)

Fosil

25.

Apakah catatan yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M?

a)

Teknik peperangan

b)

Sistem pentadbiran

c)

Hukum Agama Islam

d)

Kaedah perdagangan

26.

Berapakah kaedah penyelidikan dalam sejarah?

a)

1 Kaedah sahaja

b)

4 Kaedah sahaja

c)

3 Kaedah sahaja

d)

5 Kaedah sahaja

27.

X merupakan kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. Apakah X?

a)

Arkeologi Bawah Air

b)

Arkeologi Dasar Laut

c)

Arkeologi Tasik Dalam

d)

Arkeologi Dalam Air

28.

Manakah antara yang berikut bukan merupakan kepentingan mempelajari sejarah?

a)

Mengenal asal usul

b)

Menjadikan diri lebih rajin

c)

Mengambil iktibar

d)

Membangunkan negara dan bangsa

29.

Bumi telah mengalami perubahan dari segi iklim dan fizikal semenjak bumi mula terbentuk. Ahli sains menjangkakan usia bumi melebihi

a)

3.6 bilion tahun

b)

4.6 bilion tahun

c)

5.6 bilion tahun

d)

2.6 bilion tahun

30.

Apakah ciri-ciri tumbuhan utama pada zaman air batu akhir?

a)

Besar dan bersepah

b)

Panjang dan berjarak

c)

Renek dan menjalar

d)

Tiada tumbuhan yang wujud

31.

Sejarah merupakan disiplin ilmu tentang ___________ masa lampau.

a)

peristiwa

b)

mitos

c)

kisah

d)

cerita

e)

khabar angin

32.

Isitlah _______ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pokok.

a)

syajaratun

b)

sakkarat

c)

syariat

d)

su'aal

33.

"Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa."

Siapakah yang memberikan maksud sejarah tersebut?

a)

Herodotus

b)

E. H. Carr

c)

Ibn Khaldun

d)

Khoo Kay Kim

e)

Muhd Yusof Ibrahim

34.

Yang manakah berikut adalah betul bagi masa silam dan ruang dalam sejarah? (Lebih daripada satu jawapan)

a)

Dekad - 10 tahun

b)

Abad - 100 tahun

c)

Alaf - 1000 tahun

d)

Abad - 10 tahun

e)

Dekad - 100 tahun

35.

Apakah maksud zaman sebelum masihi (SM)?

a)

Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.

b)

Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

c)

Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Adam.

d)

Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Ishaq AS.

36.

Apakah maksud sumber primer? (Lebih daripada satu jawapan)

a)

Sumber ini belum diolah atau diterbitkan

b)

Belum ditafsir

c)

Bersifat asli

d)

Tersebar kepada umum

e)

Belum dipaparkan dalam surat khabar

37.

Pilihkan contoh sumber primer. (Lebih daripada satu jawapan)

a)

Fosil

b)

Artifak

c)

Diari

d)

Surat khabar

e)

Majalah

38.

Apakah itu sumber sekunder? (Lebih daripada satu jawapan)

a)

Bahan tersebar kepada umum.

b)

Bahan yang telah diolah dan diterbitkan.

c)

Bersifat asli.

d)

Belum ditafsir

e)

Belum diolah / diterbitkan

39.

Pilihkan contoh sumber sekunder. (Lebih daripada satu jawapan)

a)

Jurnal

b)

Ensiklopedia

c)

Batu bersurat

d)

Surat peribadi

e)

Dokumen rasmi

40.

Yang manakah merupakan kaedah dalam penyelidikan sejarah? (Lebih daripada satu jawapan)

a)

Kaedah lisan

b)

Kaedah bertulis

c)

Kaedah arkeologi

d)

Kaedah mendengar

e)

Kaedah dalam talian

41.

Nama pelabuhan yang paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi pedagang Arab ialah

a)

Batu Uban

b)

Butterworth

c)

Pangkalan Weld

d)

Dermaga Swettenham

42.

Mengapakah British meluaskan kuasa di Pulau Pinang pada awal abad ke - 18?

Pilih mana-mana jawapan yang sesuai.

a)

Pangkalan tentera laut

b)

Pentadbiran yang aman

c)

Pengeluar bijih timah dunia

d)

Pusat pelabuhan persinggahan

43.

Gambar menunjukkan pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1786.

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?

a)

Kesabaran dalam tindakan

b)

Kesetiaan kepada pemerintah

c)

Kebijaksanaan mengelak penjajahan

d)

Keberanian dalam menghadapi cabaran

44.

Mengapakah tokoh ditunjukkan ditugaskan mencari pelabuhan baharu British di Alam Melayu?

a)

Menyaingi kemahuan Perancis

b)

Menamatkan Perang Napoleon

c)

Memecahkan penguasaan Belanda

d)

Mengatasi persengketaan di Singapura

45.

Mengapakah Tengku Hussein tidak dilantik sebagai pengganti Sultan Mahmud Shah III?

a)

Berada di Pahang

b)

Bukan putera mahkota

c)

Bertelingkah dengan pembesar

d)

Berkahwin dengan wanita tempatan

46.

Bagaimanakah Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi membolehkan beliau menduduki Singapura?

a)

Mengiktiraf Tengku Hussein sebagai sultan

b)

Memulau pelantikan Tengku Abdul Rahman

c)

Menawarkan bantuan ketenteraan kepada Tengku Hussein

d)

Menandatangani perjanjian damai dengan Temenggung Abdul Rahman

47.

Apakah kesan daripada perjanjian di antara John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 2 Ogos 1824?

Pilih mana-mana yang sesuai.

a)

Sultan Hussein kehilangan kuasa

b)

Singapura diserahkan kepada British selama-lamanya

c)

Johor menjadi tanah jajahan British

d)

Temenggung memindahkan pusat pentadbiran

48.

Maklumat berkaitan dengan hubungan British dan Belanda pada abad ke-18.

Mengapakah Belanda mahu mengelakkan peperangan dengan British?

Pilih mana-mana yang sesuai.

a)

Ingin menguasai Alam Melayu

b)

Meluaskan pengaruh di Selangor

c)

Mengalami masalah kewangan

d)

Semakin lemah selepas Perang Napoleon

49.

Bagaimanakah Perjanjian London 1824 memberi kesan kepada kerajaan Alam Melayu?

a)

Menghapuskan institusi kesultanan

b)

Melaksanakan undang-undang Barat

c)

Mengambil alih pemerintahan tradisional

d)

Membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat

50.

Apakah syarat perjanjian London 1824?

a)

British berundur dari Singapura

b)

Belanda menyerahkan Melaka kepada British

c)

Belanda menyerahkan Bangkahulu kepada British

d)

Belanda boleh membuka petempatan di Tanah Melayu dengan izin British

51.

Mengapakah Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV berasa murka dengan Perjanjian London 1824?

a)

Diugut untuk diturunkan takhta

b)

Dipaksa menandatangani perjanjian

c)

Membelakangkan Raja - raja Melayu

d)

Menghakis kuasa sultan dan pembesar

52.

Apakah persamaan yang dimainkan oleh negeri Pulau Pinang, Singapura dan Melaka sebelum menjadi Negeri-negeri Selat?

a)

Pusat keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

53.

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British?

a)

Kos pentadbiran sifar

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Menguasai keseluruhan Selat Melaka

d)

Kejayaan mengatasi perdagangan Belanda

54.

Mengapakah British menggabungkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka menjadi satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat?

a)

Untuk menyeragamkan dan menjimatkan kos perbelanjaan pentadbiran

b)

Untuk kerjasama serantau dengan kuasa Belanda

c)

Untuk dijadikan pangkalan tentera yang kuat

d)

Untuk menyenangkan eksploitasi sumber Alam Melayu

55.

Mengapakah berlaku hubungan baik antara Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu?

a)

Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah

b)

Menjadi pintu masuk pelabur luar ke Negeri-negeri Selat

c)

Mendapat bantuan kewangan untuk memajukan negeri

d)

Memerlukan pelabuhan eksport untuk bersaing dengan Belanda

56.

Mengapakah pentadbiran Negeri-negeri Selat oleh Pejabat India menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat?

a)

Tidak melindungi pedagang Negeri-negeri Selat

b)

Tiada undang-undang berkaitan Negeri-negeri Selat

c)

Menjadikan Negeri-negeri Selat tempat pengumpulan pedagang

d)

Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh pembesar tempatan

57.

Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan British di London.

Apakah kesan langkah tersebut kepada status Negeri-negeri Selat?

a)

Dijanjikan kemerdekaan

b)

Menjadi tanah jajahan British

c)

Mendapat perlindungan British

d)

Mengamalkan pentadbiran British

58.

Jadual ditunjukkan berkaitan dengan struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat (1826-1867).

Apakah X?

a)

Gabenor

b)

Majlis Eksekutif

c)

Raja-raja Melayu

d)

Majlis Perundangan

59.

Siapakah orang Melayu pertama yang dilantik menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat?

a)

Bendahara Tun Ali

b)

Mohammad Eunos Abdullah

c)

Temenggung Abdul Rahman

d)

Sultan Mahmud Muzaffar Shan IV

60.

Apakah peranan Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat yang ditubuhkan pada 1 April 1867?

a)

Mengurus pentadbiran

b)

Meluluskan undang-undang

c)

Memastikan keamanan negeri

d)

Melindungi Gabenor Jeneral

61.

Bagaimanakah Pulau Pinang jatuh ke tangan British?

a)

Peperangan

b)

Bantuan Ketenteraan

c)

Tipu helah Francis Light

d)

Ancaman kesultanan Kedah

62.

Apakah faktor yang mendorong peluasan pengaruh British ke Singapura?

a)

British ingin memajukan pedagangan di Betawi

b)

British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik

c)

British ingin membawa masuk lebih ramai buruh asing

d)

British ingin memastikan kuasa yang unggul di Kepulauan Melayu

63.

Bagaimanakah Stamford Raffles memanipulasi isu di atas?

a)

Memberi bayaran kepada Sultan Johor

b)

Berbincang dengan Temenggung Abdul Rahman

c)

Berbaik-baik dengan Temenggung Abdul Rahman

d)

Menabalkan Tunku Hussein sebagai Sultan Johor Riau dan menandatangani penjanjian

64.

Antara berikut, pihak manakah yang menandatangani Perjanjian London 1824?

a)

British dan Belanda

b)

British dan Melaka

c)

British dan Portugis

d)

Belanda dan London

65.

Antara syarat Perjanjian London 1824 adalah seperti berikut kecuali

a)

British akan berundur dari Sumatera

b)

British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda

c)

Belanda akan menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British

d)

Belanda boleh membuka petempatan baharu di mana-mana wilayah di Tanah Melayu

66.

Negeri-negeri Selat telah dibentuk pada tahun 1826 untuk mengukuhkan pentadbiran British di tanah Melayu. Apakah negeri-negeri tersebut?

a)

Melaka, Singapura dan Perak

b)

Melaka, Singapura dan Pahang

c)

Pulau Pinang, Malaka dan Johor

d)

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura

67.

Tujuan penggabungan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai negeri-negeri Selat adalah seperti berikut kecuali


I. Lebih strategik

II. Menjimatkan perbelanjaan

III.Memudahkan pengangkutan

IV.Memastikan pentadbiran yang seragam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

68.

Ibu negeri untuk negeri-negeri Selat telah dipindahkan daripada Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832. Mengapakah Singapura menggantikan Pulau Pinang?


I. Lebih maju

II. Kedudukan yang strategik

III. Diarahkan oleh Sultan Johor

IV. Didesak oleh saudagar negeri-negeri Selat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

69.

Gabenor general British di India bertanggungjawab menggubal semua dasar dan undang-undang negeri-negeri Selat. Apakah kesan dasar tersebut?

a)

Menyebabkan peberontakan

b)

Ibu negeri dipindahkan ke Singapura

c)

Rasa tidak puas hati oleh penduduk dan pedagang

d)

Pusat pentadbiran negeri-negeri Selat dipindah ke London

70.

Dialog di bawah mungkin berlaku semasa perbincangan oleh golongan pedagang dan gabenor negeri-negeri Selat. Apakah kesan daripada dialog tersebut?

a)

Pelantikan gabenor baharu

b)

Pembentukan negeri-negeri Selat

c)

Pelantikan polis untuk mengawal pelabuhan

d)

Pemindahan pentadbiran NNS dari India office ke London

71.

Apakah sistem pemerintahan kerajaan Alam Melayu?

a)

Sistem demokrasi

b)

sistem beraja

c)

sistem monarki

d)

sistem parlimen

72.

Apakah gelaran Raja di Funan?

a)

Kurung Bnam

b)

Cakravatin

c)

Rajadhiraja

d)

Semua jawapan adalah betul

73.

Apakah maksud Rajadhiraja?

a)

Raja Gunung

b)

Pemerintah alam sejagat

c)

Raja segala raja

d)

Dewa Raja

74.

Apakah maksud Cakravatin?

a)

Raja segala raja

b)

pemerintah alam sejagat

c)

raja di Gunung

d)

Dewa raja

75.

Raja di Gunung merujuk kepada?

a)

Rajadhiraja

b)

Kurung Bnam

c)

Gunung Rhaja

d)

Cakravatin

76.

Apakah gelaran Raja Champa?

a)

Cakravatin

b)

RajaDhiraja

c)

Dewa Siva

d)

Kurung Bnam

77.

Siapakah yang membantu Raja Champa di wilayah?

a)

Golongan Agama

b)

golongan tentera

c)

golongan pembesar

d)

Perdana Menteri

78.

Siapakah golongan yang membantu Raja Funan ?

a)

Golongan Pentadbir

b)

Golongan Agama

c)

Golongan Pembesar

d)

Yuvaraja

79.

Berapakah wilayah Champa?

a)

3

b)

7

c)

12

d)

5

80.

Apakah tugas golongan pembesar Champa?

a)

Menjaga keagamaan

b)

menjaga keharmonian

c)

mengukuhkan pertahanan

d)

menstabilkan ekonomi

81.

Siapakah yang membantu Raja Srivijaya di peringkat Wilayah?

a)

Yuvaraja

b)

Pratiyuvaraja

c)

Rajakumara

d)

Kesemua jawapan adalah betul

82.

Berapakah pecahan wilayah Funan?

a)

3

b)

5

c)

7

d)

12

83.

Berikut adalah nama wilayah dalam Champa kecuali..

a)

Indrapura

b)

Kauthara

c)

Sivaraga

d)

Vijaya

84.

Apakah maksud Bodhisattva?

a)

Buddha di Bumi

b)

Raja di Gunung

c)

maharaja di Pulau

d)

Yuvaraja

85.

Siapakah yang membantu raja Angkor di Wilayah?

a)

agamawan

b)

raa muda

c)

pembesar

d)

bendahara

86.

Berapakah wilayah Majapahit?

a)

3

b)

4

c)

7

d)

14

87.

Kerajaan manakah yang membina baray untuk menyimpan air?

a)

angkor

b)

srivijaya

c)

majapahit

d)

funan

88.

berikut adalah rempah ratus yang diusahakan di alam melayu kecuali?

a)

cengkih

b)

buah pala

c)

black pepper

d)

kelapa

89.

Pentadbiran Srivijaya dibantu oleh yuvaraja. Yuvaraja, golongan lain turut membantu dalam pentadbiran kerajaan, Kecuali....

a)

Golongan Pemungut Cukai

b)

Golongan Agama

c)

Golongan Hakim

d)

Golongan Pedagang

90.

(Penduduk Majapahit menghasilkan garam, gula, pembungkusan, daging kerbau dan mi daripada beras)


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nilai yang dpat dikaitkan dengan masyarakat Alam Melayu?

a)

Menghargai Alam Sekitar

b)

Kreaktif dalam penciptaan

c)

Tabah menghadapi cabaran

d)

Bertoleransi dalam kehidupan