NEW
Font size
WorksheetsKuiz Trend Persekitaran Perniagaan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara berikut, yang manakah BUKAN faktor luaran trend persekitaran perniagaan?
Pemasaran
Politik
Sosiobudaya
Ekonomi
Pilih kesan yang berlaku akibat daripada kewujudan faktor persekitaran luaran yang menyebabkan trend menurun.
Kuasa beli meningkat
Nilai wang meningkat
Kos pengeluaran menurun
Kesukaran melaksanakan polisi atau dasar yang berkaitan dengan ekonomi
Apakah yang dimaksudkan dengan trend persekitaran perniagaan?
halatuju sesebuah perniagaan untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan
suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
perniagaan yang bermusim
suasana perniagaan yang kondusif
Puan Sarah yang memiliki sebuah perniagaan roti mengalami kerugian pada Tahun 2020 dan 2021 akibat daripada larangan melakukan aktiviti perniagaan semasa wabak Covid-19. Apakah faktor luaran yang menjadi sebab trend menurun bagi perniagaan Puan Sarah?
politik dan undang-undang negara tidak stabil
ekonomi perlahan
aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
bencana alam berlaku
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang TIDAK benar berkenaan dengan trend mendatar?
tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan luaran perniagaan
dipengaruhi oleh keadaan ekonomi yang lembap atau perlahan
aktiviti dan operasi perniagaan yang konsisten
perlembangan perniagaan berada dalam keadaan malar
Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran?
penentuan barang, harga, promosi dan penawaran
tempat berniaga yang tidak formal
projek perniagaan yang luas
suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli, pada suatu tingkat harga dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak
Antara berikut, yang manakah jenis pasaran yang betul?
i) Pasaran produk
ii) Pasaran untuk semua
iii) Pasaran perkhidmatan
iv) Pasaran kewangan
i, ii dan iv
ii,iii dan iv
i, ii dan iii
semua diatas
Perniagaan atas talian sedang berkembang pesat pada zaman sekarang. Antara berikut, yng manakah BUKAN faedah memasarkan peroduk perniagaan di internet?
Masa perniagaan fleksibel
Prospek perniagaan yang luas
Terdedah kepada risiko ditipu
Komunikasi pantas
Apakah cara bagi perniagaan trend mendatar untuk mengembangkan perniagaan mereka
membuat penambahbaikan pada barang dan perkhidmatan sedia ada
mengeluarkan produk baharu
mencari pasaran baharu
semua jawapan
" Syarikat The Face merupakan syarikat pengeluaran produk penjagaan diri. Syarikat ini mengambil pekerja yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia bgi menghasilkan produk-produk baharu. "
Apakah faktor dalaman yang sesuai dengan pernyataan tersebut?
perkembangan teknoogi terkini
pengurusan yang cekap dan sistematik
pekerja yang mahir, rajin dan kreatif
pengeluaran yang meningkat
Kedai Runcit Din sudah 5 tahun tidak berkembang dari segi cawangan, jualan mahupun keuntungan. Kedai ini berdepan dengan risiko ditutup kerana banyak kedai serbaneka dan kedai runcit baru dibuka disitu. Bagaimanakah cara untuk Kedai Runcit Pak Din untuk keluar daripada trend mendatar?
mengeluarkan produk baharu
menutup terus perniagaan
menggunakan teknologi terkini
menguruskan kedai dengan cekap
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pasaran.
Jenis pasaran ini berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk seperti makanan, pelancongan dan perumahan.
Apakah jenis pasaran tersebut?
Pasaran niche
Pasaran kewangan
Pasaran untuk semua
Pasaran produk
Pernyataan manakah yang benar tentang pasaran untuk semua?
Pasaran yang berkaitan dengan jual beli saham, sekuriti, pinjaman dan pelaburan
Pasaran produk yang ditawarkan kepada semua pengguna seperti beras, gula dan minyak masak.
pasaran barangan akhir atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, perniagaan dan sektor awam
Pasaran yang tertumpu kepada sebuah segmen pasaran yang meliputi satu golongan tertentu seoerti mereka yang berkongsi minat, hobi atau kemahuan yang sama
Maklumat berikut berkaitan dengan satu faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan.
" X merupakan suatu proses untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. "
Apakah X?
Politik
Ekonomi
Undang-undang
Pengeluaran
Pernyataan manakah yang benar tentang pasaran kewangan?
berkaitan penawaran perkhidmatan dalam semua sektor perniagaan
berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk
berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti, pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan
produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada semua pengguna
