NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsUJIAN DIAGNOSTIK 1 - PENDIDIKAN MORAL T3
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Name
Class
Date
1.
1) Yang berikut adalah ciri-ciri pilihan bermoral, kecuali
a)
a) melakukan dengan paksaan
b)
b) tingkah laku baik,benar dan patut
c)
c) mengikut ajaran agama
d)
d) mematuhi peraturan dan undang-undang
2.
2. Keperluan membuat pilihan bermoral akan memberi kesan kepada diri sendiri, iaitu
a)
mendapat pujian dan ganjaran
b)
Dapat dipilih sebagai ketua
c)
dipandang serong oleh orang lain
d)
meningkatkan keyakinan diri
3.
3. Hidup bermoral dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki ciri-ciri yang berikut.
I) Toleransi
II) Materialistik
III) Kerjasama
IV) Integriti
a)
a) I, III dan IV
b)
b) I dan II
c)
c) II dan III
d)
d) II dan IV
4.
4. Individu yang memiliki Kebestarian diri akan sentiasa
I) berdisiplin
II) proaktif
II) pemalas
IV) putus asa
a)
a) II dan III
b)
b) III dan IV
c)
c) I dan II
d)
d) I dan III
5.
5. Penyataan yang manakah yang menerangkan tentang kesan pengabaian anugerah alam?
a)
a) Mendapat pujian di mata dunia
b)
b) Sumber tenaga dan ekonomi berkurangan
c)
c) Menjadi negara contoh kepada negara lain
d)
d) Imej negara bertambah baik
6.
6. Pilihan bermoral yang tepat mesti meliputi tiga domain, kecuali
a)
a) penaakulan moral
b)
b) emosi moral
c)
c) perlakuan moral
d)
d) gaya hidup moral
7.
7. Antara keperluan membuat pilihan bermoral ialah
a)
a) Menjamin masa depan yang lebih cerah
b)
b) Tidak dihormati
c)
c) Sentiasa berfikiran negatif
d)
d) Melakukan larangan agama
8.
8. Pilihan bermoral sangat penting kepada setiap individu. Pilihan bermoral yang telah dibuat perlulah ..................... dan .......................... secara berterusan.
a)
a) dilupakan, ditinggalkan
b)
b) dipertahankan, diamalkan
c)
c) ditinggalkan, diabaikan
d)
d) dilupakan, dipertahankan
9.
9. Semua adalah kepentingan mempertahankan pilihan bermoral kecuali
a)
a) menjamin kesejahteraan hidup
b)
b) disenangi dan dihormati oleh rakan
c)
c) dipandang tinggi oleh masyarakat
d)
d) dipandangkan hina oleh masyarakat
10.
10. Pilihan bermoral boleh dilakukan dari aspek berikut, kecuali
a)
a) gaya hidup
b)
b) perlakuan
c)
c) akademik
d)
d) mengganggu hidup orang lain
11.
11. Pilih DUA ciri pilihan bermoral berdasarkan tingkah laku baik, benar dan patut.
i) Melaporkan tentang rakan yang menghisap rokok kepada guru
ii) Menzalimi haiwan
iii) Bersenam
iv) bermain game
a)
a) i dan ii
b)
b) i dan iii
c)
c) i dan iv
d)
d) i, ii dan iii
12.
12. Pilih dua ciri pilihan bermoral berdasarkan ciri pilihan mematuhi peraturan dan undang-undang.
i) Membantu rakan melengkapkan tugasan
ii) Tidak merokok di sekolah
iii) Tidak membuli rakan
iv) Belajar bersama-sama rakan
a)
a) i dan ii
b)
b) ii dan iii
c)
c) i dan iii
d)
d) iii dan iv
13.
13. Pilihan bermoral juga dapat ........................... sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
a)
a) meringankan
b)
b) menghantui
c)
c) melahirkan
d)
d) menjamin
14.
14. Berikut merupakan Antara keperluan membuat pilihan bermoral kecuali
a)
a) supaya dapat meningkatkan keyakinan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
b)
b) dapat memelihara harga diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
c)
c) dapat merancang dan menjamin masa hadapan yang gelap
d)
d) agar hilang kepercayaan dari orang lain
15.
15. DUA Contoh ciri pilihan bermoral yang mendatangkan kebaikan kepada diri dan orang lain ialah
i. Belajar bersama-sama rakan
ii. Mempengaruhi rakan untuk ponteng kelas
iii. Membantu rakan melengkapkan tugasan yang diberi guru
iv. Meniru semasa peperiksaan
a)
a) i dan ii
b)
b) i dan iii
c)
c) iii dan iv
d)
d) i dan iv
16.
16. Salah satu kepentingan mempertahankan pilihan bermoral adalah dapat mewujudkan ............................ yang sejahtera.
a)
a) sanjungan
b)
b) kehidupan
c)
c) kekuatan
d)
d) kebaikan
17.
17. Pilihan bermoral dibuat perlu diamalkan secara berterusan agar tidak menimbulkan .......................... dalam kehidupan seharian.
a)
a) kebebasan
b)
b) konflik
c)
c) kepercayaan
d)
d) keberanian
18.
18. Memupuk budi pekerti yang baik.
Mewujudkan hubungan yang mesra dengan orang lain.
Menghayati nilai-nilai universal.
Mendapat pujian dan sanjungan.
Ciri-ciri di atas merupakan
a)
i) keburukan pilihan bermoral.
b)
ii) tindakan bermoral
c)
iii) ciri-ciri pilihan bermoral
d)
iv) kepentingan mempertahankan pilihan bermoral
19.
19. Apakah domain pilihan bermoral? i. Tingkah laku moral ii. Penaakulan Moral iii. Emosi moral iv. Jasmani Moral
a)
a) i dan ii
b)
b) i, ii dan iii
c)
c) i, iii dan iv
d)
d) ii, iii dan iv
20.
20. Berikut kepentingan mempertahankan pilihan bermoral kecuali ...
a)
a) Dihormati rakan
b)
b) Hidup sejahtera
c)
c) Disisihkan rakan
d)
d) Dipandang tinggi
21.
21. Setiap individu perlu membuat pilihan bermoral. Antara keperluan membuat pilihan bermoral adalah... (pilih DUA jawapan)
i) Tingkatkan keyakinan diri
ii) Memupuk pergaduhan
iii) Tidak melakukan pembaziran
iv) Menarik kemasukan pelancong asing
a)
a) i dan ii
b)
b) i dan iii
c)
c) i dan ii
d)
d) i dan iv
22.
22. Anugerah alam adalah ciptaan tuhan yang amat penting dalam kehidupan. Pernyataan manakah yang TIDAK menerangkan kepentingan menghargai anugerah alam?
a)
a) memudahkan perburuan haram
b)
b) membekalkan sumber tenaga
c)
c) sumber pendapatan dan ekonomi
d)
d) sumber makanan, minuman, dan perubatan
23.
23. Bagaimanakah cara kerajaan menghargai anugerah alam ciptaan tuhan?
a)
a) Membuang sisa buangan dalam sungai
b)
b) Menebang pokok secara berleluasa
c)
c) Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
d)
d) Melakukan pembaziran air
24.
24. Pembaziran air dapat dielakkan dengan cara
a)
a) menutup pili paip selepas digunakan.
b)
b) tidak perlu melaporkan masalah kebocoran paip.
c)
c) menggunakan air yang berlebihan ketika mandi.
d)
d) menggunakan air yang berlebihan ketika membasuh kereta.
25.
25. Apakah kesan pengabaian anugerah alam ciptaan Tuhan?
I. Kerosakan alam sekitar
II. Pencemaran alam
III. Kepupusan flora dan fauna
IV. Kekurangan sumber tenaga
a)
a) I dan II
b)
b) II dan III
c)
c) I, II dan IV
d)
d) Semua di atas
26.
26. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, apakah cara menghargai anugerah alam ciptaan Tuhan?
a)
a) Membakar sampah secara terbuka
b)
b) Membuang sampah ke dalam tong besar sahaja
c)
c) Membuat laporan apabila terlihat aktiviti yang merosakkan alam sekitar
d)
d) Menyertai aktiviti menebang pokok.
27.
27. Anugerah _____________ ialah kurniaan, pemberian dan rahmat daripada Tuhan.
a)
a) Alam
b)
b) Kehidupan
c)
c) Tuhan
d)
d) Kecederaan
28.
28. Sumber pendapatan dan ekonomi merupakan .........
a)
a) Kepentingan menghargai anugerah alam ciptaan Tuhan
b)
b) Kesan pengabaian anugerah alam ciptaan Tuhan
c)
c) Cara menghargai anugerah alam ciptaan Tuhan
d)
d) Kesan membuang sampah
29.
29. Apakah yang akan terjadi sekiranya hutan tidak dipelihara ?
a)
a) Cuaca menjadi bertambah sejuk
b)
b) Sistem ekologi menjadi lebih seimbang
c)
c) Bilangan binatang liar semakin bertambah
d)
d) Manusia akan kehilangan udara yang bersih
30.
30. Penyataan yang manakah yang menerangkan tentang kesan pengabaian anugerah alam?
a)
a) Imej negara bertambah baik
b)
b) Mendapat pujian di mata dunia
c)
c) Menjadi negara contoh kepada negara lain
d)
d) Sumber tenaga dan ekonomi berkurangan
31.
31. amalan konsep 3R mampu menjimatkan sumber dan tenaga kecuali
a)
a) meningkatkan pencemaran
b)
b) meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan
c)
c) mengurangkan penebangan pokok dan penggunaan sumber utama alam.
d)
d) mengurangkan jumlah sisa di tapak pelupusan
32.
32. Apakah maksud kebestarian diri?
a)
a) merujuk kepada seseorang yang berpengetahuan luas dan baik budi pekerti
b)
b) seseorang yang bersikap agresif
c)
c) seseorang yang berpengetahuan negatif
d)
d) seseorang yang pemarah
33.
33. Berapakah ciri kebestarian diri yang ada?
a)
a) enam
b)
b) tujuh
c)
c) lapan
d)
d) sembilan
34.
34. Apakah maksud bertanggungjawab dalam kebestarian diri?
a)
a) kemampuan memikul bebanan
b)
b) kemampuan memikul amanah yang diberikan
c)
c) kemampuan menjaga harta
d)
d) kemampuan menguruskan hal peribadi
35.
35. Yang manakah bukan ciri kebestarian diri.
a)
a) bertanggungjawab
b)
b) bijak
c)
c) matang
d)
d) berdaya saing
36.
36. Yang berikut merupakan kepentingan kebestarian diri kecuali?
a)
a) dapat menangguhkan kerja
b)
b) dapat membuat keputusan rasional
c)
c) berakhlak mulia
d)
d) pemimpin yang berwawasan
37.
37. Mengapakah kita perlu berusaha untuk mencapai kebestarian diri?
a)
a) kehidupan akan menjadi lebih tenang dan gembira
b)
b) kehidupan tidak tenteram
c)
c) menjadikan seseorang bersifat agresif
d)
d) menjadikan seseorang sangat sensitif
38.
38. Apakah amalan yng tidak berdisplin di sekolah?
a)
a) tidak pernah putus asa
b)
b) datang awal pagi
c)
c) tidak mendengar arahan guru
d)
d) berbincang dalam kumpulan
39.
39. Bagaimanakah cara untuk menyatakan rasa hormat terhadap ibu bapa?
a)
a) Mematuhi arahan mereka
b)
b) Berasa takut terhadap mereka
c)
c) Tidak berani bersuara atau berbincang dengan mereka
d)
d) Belajar bersungguh-sungguh
40.
40. Josephine berjanji untuk bertemu Joshua pada jam tiga petang. Dia perlu…..
a)
a) menangguhkan masa
b)
b) menangguhkan temu janji lain
c)
c) membuat janji temu lain pada waktu yang sama
d)
d) Menepati janjinya
41.
41. Seorang murid baru masuk ke kelas anda. Anda harus….
a)
a) membulinya
b)
b) mengabaikannya
c)
c) bertegur sapa dengannya
d)
d) menjauhkan diri
42.
42. Berikut merupakan sikap yang menunjukkan amalan orang yang berhemah tinggi. KECUALI
a)
a) mengucapkan terima kasih apabila diberikan bantuan
b)
b) bercakap dengan suara yang kuat
c)
c) bercakap dengan suara yang lembut
d)
d) meminta izin sebelum menggunakan barang orang
43.
43. Seseorang yang TIDAK mempunyai nilai amanah akan
a)
a) dicurigai oleh rakan-rakan sekerja sewaktu menjalankan tugas
b)
b) mampu memberi keyakinan kepada orang lain sebelum menjalankan tugas
c)
c) disukai oeh rakan sekerja semasa menjalankan sesuatu tugas
d)
d) mampu memperoleh kepercayaan dan keyakinan orang lain kerana melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab
44.
44. Pilih ciri-ciri yang berkaitan dengan nilai kesederhanaan
a)
a) Tidak terlalu mementingkan orang lain
b)
b) Bertindak melebihi kemampuan diri
c)
c) Bersimpati dengan orang lain
d)
d) Mengabaikan kepentingan diri demi kepentingan orang lain
45.
45. Antara berikut, yang manakah kesan sekiranya amalan tradisi kekeluargaan diabaikan dalam sesuatu kaum?
a)
a) Hubungan sesama kaum menjadi baik
b)
b) Tradisi kekeluargaan akan dikekalkan
c)
c) Generasi akan datang akan kehilangan identiti
d)
d) Amalan tradisi kekeluargaan akan diwarisi kepada generasi muda
46.
46. Antara berikut, adalah kepentingan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa, KECUALI
a)
a) meningkatkan imej negara
b)
b) memperkukuhkan ekonomi negara
c)
c) masyarakat hidup harmoni tanpa konflik
d)
d) mengelakkan pelancong datang ke negara kita
47.
47. Kita perlu menghormati ajaran agama kaum lain kerana
a)
a) mengenal pasti kelebihan agama masing-masing
b)
b) memudahkan kita mencari kelemahan agama lain
c)
c) mengurangkan tekanan daripada penganut agama lain
d)
d) mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum
48.
48. Tradisi sesebuah keluarga diamalkan berdasarkan elemen-elemen yang berikut, KECUALI
a)
a) norma
b)
b) ikutan
c)
c) adat resam
d)
d) keperibadian
49.
49. Antara berikut, yang manakah BUKAN amalan tradisi kekeluargaan Kaum Melayu?
a)
a) Mengikat 2 batang pokok pisang di halaman rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan sebagai lambang penerusan warisan
b)
b) Menanam uri bayi yang baru lahir
c)
c) Membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang sebagai tanda hormat.
d)
d) Bersalam dan mencium tangan orang tua
50.
50. Apakah langkah yang TIDAK perlu diambil untuk menyedarkan orang ramai agar menjaga kebersihan pantai?
a)
a) Mengadakan kempen-kempen kebersihan pantai
b)
b) Melarang orang ramai mengunjungi kawasan pantai
c)
c) Menghadapkan individu yang mengotorkan pantai ke mahkamah
d)
d) Mengenakan tindakan yang keras terhadap individu yang membuang sampah
Reset
