wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Dekolonisasi

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Proses kolonisasi berlaku seiring dengan perkembangan aliran pemikiran antroposentrisme dan dualisme cartesian

a)

Betul

b)

Salah

2.

Dekolonisasi berjaya mengubah persepsi masyarakat daripada berpusatkan barat "eurocentric" kepada berpusatkan nilai masyarakat setempat "local value-based centric" dalam sistem sosial pascakolonial.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Antroposentrime menganggap manusia adalah pusat alam semesta dengan kedudukan yang lebih tinggi berbanding makhluk lain manakala dualisme cartesian memisahkan manusia dengan alam

a)

Betul

b)

Salah

4.

Aliran pemikiran Barat seperti Dualisme Cartesian mempengaruhi sikap manusia terhadap alam sehingga membawa kemajuan material kerana menumpukan keupayaan rasional dan mengangkat elemen ketuhanan "teisme" dalam proses perolehan ilmu.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Usaha dekolonisasi menyeluruh melalui pendekatan falsafah sejahtera penting demi kemakmuran masyarakat dan negara.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Proses dekolonisasi penting untuk dijayakan untuk mengubah pemikiran dan tindakan ke arah modenisasi Barat demi mencapai kesejahteraan hidup berasaskan pemikiran mereka.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Sebagai manusia yang mempunyai kuasa terhadap alam, mereka bebas melakukan sesuka hati ke atasnya kerana alam ini adalah mesin yang mati dan tidak benyawa mengikut pandangan dualisme cartesian.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Usaha membebaskan diri daripada elemen penjajahan baru disebut juga dekolonisasi

a)

Betul

b)

Salah

9.

Fahaman atau sesuatu ilmu perlu diukur mengikut standard Barat bagi menghasilkan insan sejahtera dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Pendekatan Taoisme ke atas alam berdasarkan tabi'i "flow with nature" iaitu tidak menentang perjalanan alam sejajar dengan pemikiran antroposentrisme.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Matlamat insan ekologikal adalah melestarikan alam untuk kesejahteraan manusia manakala insan egologikal mengambil keputusan yang dapat memaksimumkan faedah kepada diri sendiri.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Penerokaan alam atas alasan untuk kemajuan dan pembangunan menyebabkan kesan antropogenik dan eksploitasi terhadap manusia dan hidupan yang lain.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Kolonisasi mempengaruhi aspek fizikal, pemikiran, budaya, nilai dan tatasusila tempatan, maka proses dekolonisasi perlu pelaksanaan yang komprehensif dan holistik.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Proses dekolonisasi mencabar hegemoni pemikiran Barat dan menuntut masyarakat untuk meraikan tradisi dan nilai setempat berasaskan acuan sendiri.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Dualisme cartesian mengharmonikan hubungan keseimbangan antara, Tuhan, manusia dan alam, manakala ekologikal adalah satu usaha untuk meruntuhkan ekosistem alam.

a)

Betul

b)

Salah