Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS T5

Total questions: 39

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan kariotip seorang individu. Namakan mutasi yang berlaku?

a)

Hemofilia

b)

Buta warna

c)

Sindrom Turner

d)

Sindrom Klinefelter

2.

Rajah menunjukkan kelenjar endokrin bagi seorang lelaki. Antara kelenjar A, B, C dan D yang manakah kelenjar adrenal?

a)
D
b)
C
c)
B
d)
A
3.

Rajah menunjukkan satu contoh mikroorganisma. Antara yang berikut, yang manakah pengelasan yang betul bagi mikroorganisma ini?

a)

Alga 

b)

Virus

c)

Fungi

d)

Bakteria

4.

Rajah menunjukkan tindakan penisilin ke atas koloni bakteria.

Kawasan jernih pada agar-agar nutrien menunjukkan.

a)

bakteria bertumbuh pesat

b)

bakteria menghasilkan antibodi

c)

bakteria menjadi aktif

d)

pertumbuhan bakteria terencat

5.

Selepas eksperimen, didapati suhu air sudah berubah daripada 28°C kepada 60°C. Hitungkan nilai kalori kacang tanah.

Nilai kalori = 4.2 X Jisim air X Perubahan suhu air

------------------------------------------------

Jisim sampel makanan X 1000

a)

0.54

b)

5.38

c)

4.70

d)

10.08

6.

Antara unsur berikut, yang manakah diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak?

a)

Zink

b)

Kuprum

c)

Boron

d)

Fosforus

7.

Jadual menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi bagi tiga orang atlet yang diambil selepas menamatkan larian 100m semasa sesi latihan kecergasan. Berikut adalah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Raju semasa mengambil bacaan kadar denyutan nadinya selepas aktiviti berlari, kecuali

a)

Mengambil bacaan dalam keadaan rehat

b)

Tempoh mengira bacaan lebih dari 1 minit

c)

Mengambil bacaan nadi pada ibu jari

d)

Mengambil bacaan sejurus selepas menamatkan larian

8.

Antara situasi berikut, yang manakah membolehkan kaedah Heimlich Manoeuvre dilakukan?

a)

Tercekik

b)

Tidak bernafas

c)

Tiada degupan jantung

d)

Tiada respons terhadap rangsangan

9.

Rajah menunjukkan bahagian pada sebuah termometer.

Apakah fungsi R?

a)

Menjadikan termometer tahan lebih lama

b)

Menghalang merkuri berkembang dengan cepat

c)

Mengekalkan bacaan suhu setelah termometer dikeluarkan dari mulut

d)

Memastikan julat suhu 35°C hingga 42°C

10.

Rajah menunjukkan proses pembentukan suatu bahan. Apakah proses ini?

a)

Penyahpolimeran

b)

Pemvulkanan

c)

Penghabluran

d)

Pempolimeran

11.

Rajah menunjukkan carta pita detik bagi sebuah objek. Antara yang berikut, manakah yang betul tentang jenis pergerakan objek tersebut?

a)

Halaju sifar

b)

Halaju berkurang secara seragam

c)

Halaju seragam

d)

Halaju bertambah secara seragam

12.

Rajah menunjukkan stesen jana kuasa yang menggunakan sumber tenaga alternatif. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan utama penggunaan sumber tenaga tersebut?

a)

Tidak membebaskan bahan pencemar

b)

Tidak menyebabkan masalah kesihatan

c)

Boleh dibangunkan di mana-mana kawasan

d)

Mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil

13.

Seorang murid mengalami masalah kegatalan pada kakinya disebabkan oleh penyakit Athlete’s Foot . Apakah rawatan yang dapat diberikan kepada murid tersebut?

a)

Vaksin

b)

Antiviral

c)

Antifungal

d)

Antibiotik

14.

Antara masalah kesihatan berikut, yang manakah kesan kekurangan protein?

a)

Skurvi

b)

Kwashiorkor

c)

Goiter

d)

Marasmus

15.

Rajah menunjukkan salah satu pemadam api yang biasa dijumpai di sekolah. Apakah kelebihan pemadam api yang dinyatakan di atas?

a)

Ringan

b)

Murah

c)

Mudah diselenggara

d)

Boleh memadam kebakaran pepejal sahaja

16.

Antara patogen yang berikut, yang manakah menyebabkan penyakit tersebut?

a)

Kulat

b)

Bakteria

c)

Virus

d)

Protozoa

17.

Rajah menunjukkan pewarisan antara dua ekor kucing yang mempunyai warna bulu yang sama. Jika H mewakili gen dominan bagi kucing hitam dan h mewakili gen resesif bagi kucing putih, apakah genotip kedua-dua induk?

a)

HH x HH

b)

HH x Hh

c)

Hh x Hh

d)

Hh x hh

18.

Pihak kerajaan kini menggalakkan aplikasi Teknologi Hijau dalam kehidupan. Antara berikut, yang manakah kesan aplikasi Teknlogi Hijau ke atas jejak karbon?

a)

Jejak karbon bertambah

b)

Jejak karbon berkurang

c)

Jejak karbon berubah

d)

Jejak karbon tidak berubah

19.

Apakah proses P dan Q?

a)

P=Penitritan Q=Pengikatan nitrogen

b)

P=Pendenitritan Q=Pengikatan nitrogen

c)

P=Pereputan Q=Pengoksidaan

d)

P=Pengoksidaan Q=Pereputan

20.

Bagaimanakah unsur-unsur disusun dalam Jadual Berkala

a)

Dalam tertib menaik jisim atom

b)

Dalam tertib menaik nombor proton

c)

Dalam tertib menaik bilangan neutron

d)

Dalam tertib menaik nombor nukleon

21.

Apakah kaedah pemprosesan makanan yang paling sesuai digunakan?

a)

Pembungkusan vakum

b)

Pendehidratan

c)

Pempasteuran

d)

Penyejukbekuan

22.

Rajah menunjukkan keratan rentas batang teratai. Struktur X membolehkan teratai

a)

terapung

b)

mengangkut air

c)

bernafas

d)

mengangkut makanan

23.

Rajah menunjukkan proses pemvulkanan. Apakah fungsi bahan S dalam proses tersebut?

a)

Menggumpalkan molekul getah

b)

Membentuk rantai bersilang sulfur di antara molekul-molekul getah

c)

Menggabungkan molekul kecil untuk membentuk rantaian molekul panjang

d)

Meneutralkan ion hidrogen daripada asid yang terhasil daripada tindakan bakteria

24.

Antara industri berikut, yang manakah menggunakan mikroorganisma ini?

a)

Pembuatan keju

b)

Pembuatan roti

c)

Pembuatan cuka

d)

Pembuatan dadih

25.

Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah melindungi mata daripada bahan kimia?

a)

Gogal

b)

Kot makmal

c)

Sarung tangan kain

d)

Topeng muka

26.

Kumpulan manakah yang mewakili mikroorganisma itu?

a)

Alga

b)

Bakteria

c)

Fungi

d)

Protozoa

27.

Seorang lelaki mendengar suara dan terlihat objek yang tidak wujud apabila dia mengambil dadah Y secara berlebihan. Apakah jenis dadah Y?

a)

Inhalan

b)

Perangsang

c)

Penenang

d)

Halusinogen

28.

Apakah kesan ke atas kesihatan akibat daripada kegagalan syarikat makanan memaparkan penandaan tarikh?

a)

Kanser

b)

Merencatkan pertumbuhan

c)

Keracunan makanan

d)

Kerosakkan buah pinggang

29.

Rajah menunjukkan suatu aktiviti yang dilakukan manusia bagi membina penempatan baharu. Mengapakah aktiviti ini boleh menyumbang kepada pemanasan global?

a)

Kadar penghasilan oksigen bertambah

b)

Peningkatan gas karbon dioksida

c)

Kemusnahan ekosistem

d)

Kepupusan spesies

30.

Seorang petani ingin meningkatkan kualiti dan kuantiti padinya melalui penggunaan teknologi moden. Apakah tindakan yang paling sesuai dilakukan oleh petani itu?

a)

Ternak haiwan ternakan

b)

Sembur lebih banyak racun serangga

c)

Tanam tanaman tutup bumi

d)

Gunakan traktor dan penuai mekanikal

31.

Rajah menunjukkan seorang lelaki yang sedang mengalami suatu situasi kecemasan. Apakah kepentingan melakukan bantuan kecemasan kepada mangsa ini?

a)

Untuk menstabilkan pernafasan mangsa

b)

Untuk mengembalikan tekanan darah mangsa

c)

Untuk mengelakkan kekejangan otot pada mangsa

d)

Untuk memulihkan sistem peredaran darah mangsa

32.

Rajah menunjukkan keadaan epal yang telah dipotong oleh seorang murid dan dibiarkan selama 1 jam. Apakah proses yang berlaku pada epal itu?

a)

Penapaian

b)

Peneutralan

c)

Kondensasi

d)

Pengoksidaan

33.

Antara berikut, pernyataan manakah yang betul tentang kegunaan mikroorganisma?

a)

Alga membantu menyuburkan tanah

b)

Fungi membantu dalam proses pereputan

c)

Protozoa diubah suai untuk menghasilkan insulin

d)

Virus membantu penghasilan makanan berproses

34.

Jadual menunjukkan maklumat tentang dua isotop bromin.

Antara berikut, yang manakah X, Y dan Z?

a)

X=35

Y=44

Z=33

b)

X=35

Y=44

Z=46

c)

X=36

Y=35

Z=44

d)

X=33

Y=46

Z=35

35.

Rajah menunjukkan dua jenis haiwan yang mempunyai ciri sistem sokongan yang sama. Antara berikut, penyataan yang manakah adalah betul?

a)

Rangka hidrostatik yang membantu pergerakan haiwan

b)

Rangka dalam berperanan untuk melindungi organ dalaman

c)

Rangka hidrostatik menggunakan bendalir dalam badan bagi menyokong berat badan

d)

Rangka luar yang terdiri daripada lapisan keras berkitin bagi melindungi organ dalaman

36.

Apakah nama mikroorganisma tersebut?

a)

Nitrosomonas sp

b)

Lactococcus bulgaricus

c)

Lactobacillus subtilis

d)

Penicillium chrysogenum

37.

Rajah menunjukkan struktur aloi yang digunakan untuk membuat alatan muzik seperti saksofon. Apakah K dan L?

a)

K=Besi

L=Magnesium

b)

K=Besi

L=Karbon

c)

K=Kuprum

L=Timah

d)

K=Kuprum

L=Zink

38.

Apakah yang boleh diperhatikan pada pertumbuhan tumbuhan selepas beberapa hari?

a)

Daun kecil dan kekuningan

b)

Pertumbuhan akar merosot

c)

Tumbuhan mati sebelum matang

d)

Tumbuhan mengambil masa yang lama untuk matang

39.

David memandu kereta pada kelajuan 30 ms-1. Dia menambah kelajuan kereta sehingga mencapai kelajuan 60 ms-1 dalam masa 20 saat. Berapakah pecutan kereta itu?

a)

0.015 ms-2

b)

0.15 ms-2

c)

1.5 ms-2

d)

15 ms-2