wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa Tingkatan 4 Quiz

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Dengan hanya memandang dan memikir akan sesuatu ilmu yang baru, Alif akan mengetahui baik buruk tentang ilmu itu. Perilaku Alif seperti jauhari sahaja yang mengenal manikam.

a)

seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

b)

tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

c)

kalah menjadi abu, menang menjadi arang

d)

tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

2.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

a)

Bagai kera mendapat bunga

b)

Anak di pangkuan dibiarkan, kera di hutan disusui

c)

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

d)

Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang

3.

Pilih peribahasa yang mempunyai maksud dibawah: Seseorang yang tidak mempunyai kebolehan atau kemampuan untuk melakukan sesuatu tindakan atau pekerjaan tertentu.

a)

Esa hilang dua terbilang

b)

Sambil menyelam minum air

c)

Bagai tikus membaiki labu

d)

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

4.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.

a)

Mencabut harus dengan akar-akarnya

b)

Baik rupa sepemandangan, baik bunyi sependengaran

c)

Indah khabar daripada rupa

d)

Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan

5.

Penduduk kampung itu resah apabila hujan jarang-jarang turun, dan sekalipun hujan turun, bagaikan __________ .

a)

bumi mana yang tidak ditimpa hujan

b)

hilang kabus, teduh hujan

c)

hujan halau mentua

d)

laksana jentayu menanti hujan

6.

Sikap peramah yang dimiliki oleh Jimmy sama seperti ibunya, se__________ menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakan.

a)

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

b)

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

c)

bak cendawan tumbuh selepas hujan

d)

bagai kaca terhempas ke batu

7.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah:

a)

Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan

d)

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

8.

"Bekerjalah di negeri orang dulu, kerana orang tua-tua mengatakan, __________ ," nasihat ibu kepada abang.

a)

alang-alang berminyak biar licin

b)

jauh perjalanan, luas pemandangan

c)

hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

d)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

9.

Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

a)

Kacang lupakan kulit

b)

Meninggi diri

c)

Bagai ikan pulang ke lubuk

d)

Kalah jadi abu, menang jadi arang

10.

Ali sekarang menetap di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

a)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

b)

Belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam

c)

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

d)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri