wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

01 T4 BM

Total questions: 55

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Murid yang rajin seperti _____ itu suka membaca buku.

a)

semut

b)

galah

c)

kapas

2.

Pemain bola keranjang itu tinggi seperti ____.

a)

semut

b)

galah

c)

kapas

3.

Nina berasa ____ kerana buku ceritanya telah hilang.

a)

ambil angin

b)

ringan tulang

c)

susah hati

4.

Pilih ayat yang sesuai bagi peribahasa "bagai aur dengan tebing".

a)

Penduduk Taman Mewah berganding bahu membersihkan kawasan perumahan.

b)

Guan Ling dan Yi Long bersahabat baik sejak kecil lagi.

c)

Kakak mengajar adik topik Matematik yang sukar difahaminya.

5.

Lelaki itu ______ di atas pentas untuk memeriahkan majlis perkahwinan.

a)

menyanyikan lagu

b)

merakam gambar

c)

menyusun meja

6.

Selvi dan keluarganya menaiki feri di ___ untuk ke Pulau Langkawi.

a)

Pantai Cenang

b)

Terminal Feri Kuala Perlis

c)

Taman Impian

7.

Guan Hong gembira kerana memperoleh ____ yang tersembunyi di kawasan itu semasa Hari Keceriaan Taman.

a)

kad ahli

b)

kad ganjaran

c)

kad manila

8.

Taman poket ialah taman kecil yang digunakan untuk tujuan _____.

a)

berehat dan beriadah

b)

beramah mesra

c)

bersatu hati

9.

Sultan Mahmud akan berburu di hutan. ___ akan diiringi oleh para hulubalang.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Baginda

10.

"Sediakan makanan untuk ____ santap," perintah Sultan Mansur kepada inang.

a)

beta

b)

patik

c)

baginda

11.

Cikgu Lee: Wei Jin, tolong saya ambilkan buku-buku ini ke pejabat guru.

Wei Jin: ______________.

a)

Baiklah, cikgu. Saya akan mengambil buku-buku itu ke pejabat guru.

b)

Baiklah, cikgu. Kamu akan mengambil buku-buku itu ke pejabat guru.

12.

Para penonton duduk sambil _____ penyanyi itu menyanyi.

a)

menganjurkan

b)

menyaksikan

c)

membimbing

13.

Chun Han dan Aidil suka meronda untuk beriadah sambil ___ di sekitar kawasan perumahan mereka.

a)

ambil angin

b)

ambil hati

c)

susah hati

14.

Bulu kucing Najwa putih seperti ____ itu telang hilang.

a)

kapas

b)

kapak

c)

kayu

15.

"Ampun, ___, " kata bendahara kepada raja.

a)

tuanku

b)

patik

c)

beta

16.

1) Ayah memandu kereta dengan cermat kerana jalan raya ____________ ketika hujan.

a)

A kasar

b)

B kesat

c)

C gebu

d)

D licin

17.

2) “ ____________ bermain di tepi longkang,”tegah Puan Nita kepda anaknya.

a)

A Sila

b)

B Harap

c)

C Jangan

d)

D Jemput

18.

3) Azrul _________ bola yang dibaling oleh Cikgu Fitri.

a)

A membuang

b)

B membaling

c)

C menangkap

d)

D melantun

19.

4) Isteri Datuk Goh, iaitu ________________ Goh turut hadir ke majlis itu.

a)

A Puan

b)

B Datin

c)

C Tuan

d)

D Encik

20.

5) Suasana menjadi _____________ apabila salah seorang peserta pertandingan itu tiba-tiba pengsan.

a)

A mundar-mandir

b)

B kelam-kabut

c)

C gelap-gelita

d)

D kacau-bilau

21.

6) Kebanyakan perabot yang dijual di kedai itu diperbuat ____________ kayu jati dan rotan.

a)

A dengan

b)

B dari

c)

C daripada

d)

D pada

22.

7) Lily kagum melihat ukiran yang _____________ bunga di Kompleks Desa Ukiran Kayu Besut, Terengganu.

a)

A corak

b)

B bercorak

c)

C mencoraki

d)

D mencorakkan

23.

“___________ kah keadaan cuaca pada hari ini?“ tanya Inspektor Chan kepada Sarjan Haris ketika berada di atas bot peronda itu.

a)

A Bagaimana

b)

B Mengapa

c)

C Berapa

d)

D Siapa

24.

9) Sepasukan bomba sedang berusaha untuk_____________ api yang sedang marak.

a)

A mematikan

b)

B meniupkan

c)

C menghapuskan

d)

D memadamkan

25.

10) Ikan yang berbau ___________ itu hendaklah direndam di dalam perahan limau nipis selama beberapa jam.

a)

A hanyir

b)

B hapak

c)

C hampis

d)

D tengik

26.

11) Mak Cik Salmah mempunyai sebuah restoran yang bersih. _____________ , hidangan yang dijual juga sedap dan harganya berpatutan.

a)

A Selain itu

b)

B Justeru

c)

C Namun begitu

d)

D Oleh sebab itu

27.

12) Para pembesar hanya terdiam kerana takut kepada raja yang ____________ itu.

a)

A diam macam batu

b)

B wangi seperti kasturi

c)

C garang macam singa

d)

D merdu bagai buluh perindu

28.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

13) Pengarang menyarankan anggota masyarakat agar tidak mementingkan diri sendiri.

a)

A Masyarakat disaran agar tidak mementingkan diri sendiri oleh anggota pengarang


b)

B Pengarang disaran oleh anggota masyarakat agar tidak mementingkan diri sendiri.

c)

C Anggota masyarakat disaran oleh pengarang agar tidak mementingkan diri sendiri.

d)

D Pengarang menyarankan masyarakat agar tidak mementingkan diri anggota.

29.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Yuen akan ke padang sekiranya hari tidak hujan.

a)

A Hari tidak akan hujan sekiranya Yuen ke padang.

b)

B Sekiranya hari tidak hujan, Yuen pasti akan ke padang.

c)

C Sekiranya Yuen ke padang pasti hari tidak akan hujan.

d)

D Yuen tidak akan ke padang sekiranya hari tidak hujan.

30.

Soalan 15

Pilih ayat yang betul.

a)

A Pemandangan di sekitar tasik itu sangat indah.

b)

B “Cis, tingginya Menara Kuala Lumpur!” kata adik.

c)

C Kereta peronda itu meluncur dengan pantas

d)

D Industri pelancongan semakin merangsangkan.

31.

Mereka _____________ pelbagai jenis juadah yang enak di atas meja .

a)

A hidang

b)

B hidangan

c)

C penghidangan

d)

D menghidangkan

32.

Aktiviti gotong-royong dapat ______________ hubungan sesama ahli keluarga.

a)

A memastikan

b)

B mengeratkan

c)

C mencantumkan

d)

D menggabungkan

33.

Pencuri itu dibawa ke __________________ untuk disoal siasat oleh pihak polis.

a)

A penjara

b)

B hospital

c)

C balai polis

d)

D balai bomba

34.

Aiman menyimpan wangnya di ______________.

a)

A sekolah

b)

B pasar raya

c)

C bank

d)

D pejabat

35.

“ ____________ berdua diminta berjumpa dengan Cikgu Ling di bilik guru,” kata Chua kepada Lai Ming.

a)

A Kita

b)

B Beliau

c)

C Saya

d)

D Kalian

36.
Berapa harikah kita di sana, ayah?
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
37.
Wah, seronoknya! Sudah lama kita tidak menziarahi Mak Usu.
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
38.
Ayah, jemputlah minum.
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
39.
Anak perempuan Mak Usu akan berkahwin hujung bulan ini.
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
40.
Oh, begitu! Tidak sabar rasanya hendak ke sana
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
41.
Pilih kata nama Am
a)
kucing 
b)
Si Comel
c)
Kuala Lumpur
d)
Bahasa Melayu
42.
Pilih kata nama Khas
a)
Padang 
b)
kantin
c)
bilik darjah
d)
Sekolah Kebangsaan Selekoh
43.
Amin tidak hadir ke sekolah...................sakit perut.
a)
dan
b)
kerana
c)
serta
d)
sehingga
44.
Pemandangan di sawah padi sangat..........................
a)
cantik
b)
menawan
c)
sunyi
d)
hijau
45.
Ibu saya seorang guru. Beliau mengajar di...........................
a)
sekolah
b)
hospital
c)
pejabat
d)
kedai
46.
Ibu negara Malaysia ialah............................
a)
Ipoh
b)
Kuala Lumpur
c)
Singapura
d)
Pulau Pinang
47.
Saya bermain bola di.................................sekolah.
a)
padang
b)
kantin
c)
bilik darjah
d)
makmal komputer
48.
Ayah ..............................surat perjanjian itu petang kelmarin.
a)
melukis
b)
menandatangani
c)
memetik
d)
membeli
49.
Hanisah sedang asyik menonton televisyen di ___________________ rumahnya.
a)
ruang keluarga
b)
ruang makan
c)
ruang tidur
d)
ruang dapur
50.
Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama ……………………. .
a)
Si Galak
b)
Si Tompok
c)
Sang Bedal
d)
Sang Kancil
51.
Syafiq terpaksa ………………….beg yang agak berat ke sekolah setiap hari.
a)
mengelek
b)
menjinjing
c)
membimbit
d)
menggalas
52.
Hani memungut baju-baju kotor itu ………………..merendamnya di dalam besen.
a)
dan
b)
atau
c)
maka
d)
lalu
53.
…………………….., malang sungguh nasibku ini!
a)
Wah
b)
Cis
c)
Amboi
d)
Aduhai
54.
Gadis itu tersipu-sipu ……………………apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.
a)
marah
b)
geram
c)
malu
d)
sedih
55.
Pokok bunga yang ditanam oleh kakak telah pun ………………….
a)
berbuah
b)
berbunga
c)
berputik
d)
bertangkai