Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH TINGKATAN 3

Total questions: 100

Worksheet time: 53mins

Name
Class
Date
1.

Nama pelabuhan yang paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi pedagang Arab ialah

a)

Batu Uban

b)

Butterworth

c)

Pangkalan Weld

d)

Dermaga Swettenham

2.

Mengapakah British meluaskan kuasa di Pulau Pinang pada awal abad ke - 18?

Pilih mana-mana jawapan yang sesuai.

a)

Pangkalan tentera laut

b)

Pentadbiran yang aman

c)

Pengeluar bijih timah dunia

d)

Pusat pelabuhan persinggahan

3.

Gambar menunjukkan pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1786.

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?

a)

Kesabaran dalam tindakan

b)

Kesetiaan kepada pemerintah

c)

Kebijaksanaan mengelak penjajahan

d)

Keberanian dalam menghadapi cabaran

4.

Mengapakah tokoh ditunjukkan ditugaskan mencari pelabuhan baharu British di Alam Melayu?

a)

Menyaingi kemahuan Perancis

b)

Menamatkan Perang Napoleon

c)

Memecahkan penguasaan Belanda

d)

Mengatasi persengketaan di Singapura

5.

Mengapakah Tengku Hussein tidak dilantik sebagai pengganti Sultan Mahmud Shah III?

a)

Berada di Pahang

b)

Bukan putera mahkota

c)

Bertelingkah dengan pembesar

d)

Berkahwin dengan wanita tempatan

6.

Bagaimanakah Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi membolehkan beliau menduduki Singapura?

a)

Mengiktiraf Tengku Hussein sebagai sultan

b)

Memulau pelantikan Tengku Abdul Rahman

c)

Menawarkan bantuan ketenteraan kepada Tengku Hussein

d)

Menandatangani perjanjian damai dengan Temenggung Abdul Rahman

7.

Apakah kesan daripada perjanjian di antara John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 2 Ogos 1824?

Pilih mana-mana yang sesuai.

a)

Sultan Hussein kehilangan kuasa

b)

Singapura diserahkan kepada British selama-lamanya

c)

Johor menjadi tanah jajahan British

d)

Temenggung memindahkan pusat pentadbiran

8.

Maklumat berkaitan dengan hubungan British dan Belanda pada abad ke-18.

Mengapakah Belanda mahu mengelakkan peperangan dengan British?

Pilih mana-mana yang sesuai.

a)

Ingin menguasai Alam Melayu

b)

Meluaskan pengaruh di Selangor

c)

Mengalami masalah kewangan

d)

Semakin lemah selepas Perang Napoleon

9.

Bagaimanakah Perjanjian London 1824 memberi kesan kepada kerajaan Alam Melayu?

a)

Menghapuskan institusi kesultanan

b)

Melaksanakan undang-undang Barat

c)

Mengambil alih pemerintahan tradisional

d)

Membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat

10.

Apakah syarat perjanjian London 1824?

a)

British berundur dari Singapura

b)

Belanda menyerahkan Melaka kepada British

c)

Belanda menyerahkan Bangkahulu kepada British

d)

Belanda boleh membuka petempatan di Tanah Melayu dengan izin British

11.

Mengapakah Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV berasa murka dengan Perjanjian London 1824?

a)

Diugut untuk diturunkan takhta

b)

Dipaksa menandatangani perjanjian

c)

Membelakangkan Raja - raja Melayu

d)

Menghakis kuasa sultan dan pembesar

12.

Apakah persamaan yang dimainkan oleh negeri Pulau Pinang, Singapura dan Melaka sebelum menjadi Negeri-negeri Selat?

a)

Pusat keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

13.

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British?

a)

Kos pentadbiran sifar

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Menguasai keseluruhan Selat Melaka

d)

Kejayaan mengatasi perdagangan Belanda

14.

Mengapakah British menggabungkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka menjadi satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat?

a)

Untuk menyeragamkan dan menjimatkan kos perbelanjaan pentadbiran

b)

Untuk kerjasama serantau dengan kuasa Belanda

c)

Untuk dijadikan pangkalan tentera yang kuat

d)

Untuk menyenangkan eksploitasi sumber Alam Melayu

15.

Mengapakah berlaku hubungan baik antara Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu?

a)

Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah

b)

Menjadi pintu masuk pelabur luar ke Negeri-negeri Selat

c)

Mendapat bantuan kewangan untuk memajukan negeri

d)

Memerlukan pelabuhan eksport untuk bersaing dengan Belanda

16.

Mengapakah pentadbiran Negeri-negeri Selat oleh Pejabat India menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat?

a)

Tidak melindungi pedagang Negeri-negeri Selat

b)

Tiada undang-undang berkaitan Negeri-negeri Selat

c)

Menjadikan Negeri-negeri Selat tempat pengumpulan pedagang

d)

Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh pembesar tempatan

17.

Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan British di London.

Apakah kesan langkah tersebut kepada status Negeri-negeri Selat?

a)

Dijanjikan kemerdekaan

b)

Menjadi tanah jajahan British

c)

Mendapat perlindungan British

d)

Mengamalkan pentadbiran British

18.

Jadual ditunjukkan berkaitan dengan struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat (1826-1867).

Apakah X?

a)

Gabenor

b)

Majlis Eksekutif

c)

Raja-raja Melayu

d)

Majlis Perundangan

19.

Siapakah orang Melayu pertama yang dilantik menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat?

a)

Bendahara Tun Ali

b)

Mohammad Eunos Abdullah

c)

Temenggung Abdul Rahman

d)

Sultan Mahmud Muzaffar Shan IV

20.

Apakah peranan Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat yang ditubuhkan pada 1 April 1867?

a)

Mengurus pentadbiran

b)

Meluluskan undang-undang

c)

Memastikan keamanan negeri

d)

Melindungi Gabenor Jeneral

21.

Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung.

Mengapakah kuasa Barat memerlukan pelabuhan tersebut sebagai tempat berlindung?

a)

Membaiki kapal

b)

Mengelak serangan musuh

c)

Memerlukan bekalan makanan

d)

Menunggu peralihan angin monsun

22.

Apakah hasil barangan yang diperlukan oleh negara China di Kepulauan Melayu?

a)

Teh

b)

Sutera

c)

Emas

d)

Hasil hutan

23.

Apakah strategi yang digunakan oleh British dalam usaha menguasai Pulau Pinang?

a)

Manipulasi

b)

Tipu helah

c)

Perjanjian

d)

Pajakan

24.

Revolusi Perindustrian berlaku di Britain pada abad ke-17. Apakah kepentingannya kepada Britain?

a)

Barangan dapat dikeluarkan secara besar-besaran

b)

Dapat memungut cukai yang tinggi daripada pengeluar

c)

Dapat menakluki kawasan atau wilayah di luar Eropah

d)

Ahli perniagaan Eropah dapat menghubungi ejen mereka dengan mudah

25.

Mengapakah Tengku Hussein tidak ditabalkan sebagai Sultan Johor sebagai setelah Sultan Mahmud Shah III mangkat?

a)

Berada di Pahang

b)

Bukan putera mahkota

c)

Bertelingkah dengan pembesar

d)

Berkahwin dengan bukan kerabat diraja

26.

Mengapakah berlakunya pertikaian antara British dan Belanda selepas abad ke-18?

a)

Menghadapi perang saudara di Eropah

b)

Menganggap masing-masing lebih hebat

c)

Menyaingi perebutan kawasan jajahan

d)

Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya

27.

Apakah kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu?

a)

Singapura diserahkan kepada Belanda

b)

Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau

c)

Indonesia diletakkan di bawah pengaruh British

d)

Tanah Melayu berada di bawah pengaruh Belanda

28.

Apakah persamaan negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebelum pembentukan Negeri-negeri Selat?

a)

Pusat keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

29.

Apakah yang dilakukan oleh Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi memajukan perlombongan bijih timah di Perak pada abad ke-19?

a)

Membuka bandar baru di Perak

b)

Menggunakan teknologi moden

c)

Membawa masuk pelabur British

d)

Membawa masuk pelombong Cina

30.

Antara berikut, yang manakah kaedah yang digunakan oleh masyarakat tempatan dalam kegiatan perlombongan emas di Pahang pada abad ke-16 dan 17?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Mendulang

b)

Melampan

c)

pam kelikir

d)

Lombong dedah

31.

Siapakah yang dilantik sebagai Residen pertama di Selangor?

a)

J.P. Rodger

b)

J.G. Davidson

c)

J.W.W. Birch

d)

Frank Swetthenham

32.

Antara berikut, yang manakah peranan Residen British?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Menasihati sultan berkaitan adat Melayu

b)

Menggantikan kedudukan dan peranan raja

c)

Mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar

d)

Menasihati raja-raja Melayu kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu

33.

Kesultanan Kedah menjalinkan hubungan dua hala dengan Siam. Bagaimanakah cara hubungan dua hala tersebut berlaku? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Keagamaan

d)

Perdagangan

34.

Mengapakah Negeri-negeri Melayu Utara menghantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali kepada Siam?

a)

Tanda pertuanan

b)

Tanda kepatuhan

c)

Tanda kemegahan

d)

Tanda persahabatan

35.

Kemajuan Johor menyebabkan British tidak berpeluang meluaskan kuasa ke Johor. Antara berikut, yang manakah faktor kemajuan Johor? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Pemodenan Johor

b)

Kekayaan sumber alam

c)

Pemerintah yang terkenal

d)

Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah

36.

Siapakah yang boleh dilantik menjadi kakitangan perkhidmatan awam di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Orang Melayu

b)

Pegawai Barat

c)

Kerabat Diraja

d)

Pembesar Melayu

37.

Mengapakah Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke?

a)

Menyelesaikan masalah di Sarawak

b)

Mengatasi serangan perompak di Sungai Rajang

c)

Membantu pembinaan infrastruktur di pedalaman

d)

Melakukan pemodenan sistem pentadbiran tempatan

38.

Apakah isu yang menjadi alasan James Brooke bagi mengukuhkan kuasa di kawasan Orang Iban Sarawak?

a)

Masalah kewangan

b)

Memperkukuh pertahanan Sarawak

c)

Menganggap orang Iban sebagai lanun

d)

Pertelingkahan dalam masyarakat tempatan

39.

Antara berikut, yang manakah kekayaan hasil ekonomi di Sabah yang menjadi tarikan kepada pedagang asing?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Sagu

b)

Emas

c)

Bijih timah

d)

Sarang burung

40.

Apakah pusat pentadbiran Residensi Pantai Barat?

a)

Kudat

b)

Tawau

c)

Jesselton

d)

Lahad Datu

41.

British adalah antara kuasa imperialis yang telah berjaya menguasai negara kita. ia bermula dengan pendudukan ke atas?

a)

Johor

b)

Melaka

c)

Singapura

d)

Pulau Pinang

42.

Perjanjian London 1824 telah dimeterai pada 17 Mac 1824. Perjanjian tersebut membolehkan British menguasai secara rasmi ke atas

a)

Johor

b)

Melaka

c)

Naning

d)

Selangor

43.

Apakah sumbangan Ferdinand de Lesseps terhadap tamadun dunia?

a)

Membina candi

b)

Membina terusan

c)

Mencipta telegraf

d)

Membina kapal wap

44.

Jawatan Ibu Soko dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan berasal dari

a)

Sumatera

b)

Sarawak

c)

Sabah

d)

Parsi

45.

Sultan X didesak oleh British supaya memeterai perjanjian menerima naungan British. Sultan X ialah

a)

Sultan Perak

b)

Sultan Pahang

c)

Sultan Kelantan

d)

Sultan Terengganu

46.

Apakah negeri yang mempunyai kaitan dengan kegiatan kraftangan menenun kain pua?

a)

Sabah

b)

Kedah

c)

Sarawak

d)

Kelantan

47.

Yang manakah tokoh yang dipilih sebagai Residen British yang pertama di Singapura?

a)

Francis Light

b)

John Crawfurd

c)

Stamford Raffles

d)

William Farquhar

48.

Pada tahun 1795, negara Britain telah diserang. Serangan tersebut dilakukan oleh

a)

Itali

b)

Jerman

c)

Perancis

d)

Sepanyol

49.

Apakah pedagang serantau yang terlebih dahulu mengunjungi pelabuhan Pulau Pinang sebelum kedatangan British?

a)

Acheh

b)

Bugis

c)

Johor

d)

Siam

50.

Negara apakah yang terawal sekali mengalami Revolusi Perindustrian?

a)

Sepanyol

b)

Perancis

c)

Belanda

d)

Britain

51.

Mengapakah Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota di kawasan Sungai Sarawak?

a)

A) Menguasai adat

b)

B) Membanteras lanun

c)

C) Menguasai ekonomi

d)

D) Menjalankan pentadbiran

52.

Pada tahun 1820-an, dalam kalangan masyarakat Melayu tertumpu di Lidah Tanah yang terletak di Sungai sarawak.

Apakah kepentingan kawasan tersebut?

a)

A) Pusat perdagangan

b)

B) Pusat kebudayaan

c)

C) Pusat keagamaan

d)

D) Pusat kesenian

53.

Mengapakah Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke?

a)

A) Mengatasi serangan perompak di Sungai Rajang

b)

B) Membantu pembinaan infrastruktur di pedalaman

c)

C) Melakukan pemodenan sistem pentadbiran tempatan

d)

D) Menyelesaikan perbalahan antara pembesar tempatan

54.

Antara berikut, yang manakah strategi James Brooke untuk mendapatkan Sarawak?

i Menentang pentadbiran datu Patinggi Ali

ii Ugutan menyerang Pengiran Raja Muda Hashim

iii Kehadiran angkatan tentera laut British ke Brunei

iv Memaksa pembesar tempatan menerima Residen

a)

A) i dan ii

b)

B) i dan iv

c)

C) ii dan iii

d)

D) iii dan iv

55.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian yang melibatkan James Brooke di Sarawak.


Perjanjian 1841


Perjanjian 1842


Apakah kesan daripada kedua-dua perjanjian tersebut?

a)

A) Menyerahkan ufti tahunan kepada Sultan Brunei

b)

B) Melantik James Brooke sebagai penasihat sultan

c)

C) Menamatkan kekuasaan Kesultanan Brunei di Sarawak

d)

D) Menghapuskan tokoh tempatan yang menentang British

56.

Apakah tujuan penghantaran kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British ke Sarawak?

a)

A) Memerangi ancaman lanun

b)

B) Meghapuskan perang saudara

c)

C) Menentang kebangkitan pembesar

d)

D) Memperkukuh pertahanan Sarawak

57.

James Brooke berjaya memperoleh sokongan daripada sebahagian orang tempatan.

Siapakah orang tempatan yang menyokong James Brooke?

a)

Orang Iban dan orang Kenyah

b)

Orang Iban dan orang Bidayuh

c)

Orang Melayu dan orang Iban

d)

Orang Melayu dan orang Kayan

58.

Maklumat berikut berkaitan dengan strategi pengukuhan kuasa James Brooke di Sarawak.


"Menghapuskan tokoh tempatan yang menentang kedudukan James Brooke"


Siapakah tokoh tempatan yang dibuang oleh James Brooke ke Singapura?

a)

A) Sharif Masahor

b)

B) Pengiran Ersat

c)

C) Datu Patinggi Ali

d)

D) Pengiran Matusin

59.

Bagaimanakah tindakan James Brooke untuk memperkukuhkan pertahanan di Sarawak?

a)

A) Penubuhan Renjer Sarawak

b)

B) Pembinaan kubu pertahanan

c)

C) Penggubalan undang-undang Barat

d)

D) Penghantaran kapal perang HMS Dido

60.

Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke.

Mengapakah Sultan Abdul Mumin bertindak demikian?

a)

A) Mengatasi ancaman lanun Batang Lupar

b)

B) Menyelesaikan isu pembunuhan peniaga di Sarawak

c)

C) Membangunkan aktiviti perdagangan dan pertanian

d)

D) Membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan

61.

Sistem kesukuan di Sarwak diamalkan oleh masyarakat

a)

Iban

b)

Bidayuh

c)

Kenyah

d)

melayu

62.

Pentadbiran di Sarawak dipengaruhi oleh pentadbiran

a)

Kesultanan sulu

b)

kesultanan Brunei

63.

Kawasan pedalaman Sarawak ditadbir oleh

(a)  

64.

Keturunan Datu Merpati Jepang memerintah menggunakan gelaran Datu Patinggi,Datu Bendahara dan

a)

Datu bandar

b)

Datu orang kaya

c)

Datu Temenggung

65.

Dalam sistem kesukuan masyarakat tempatan di Sabah pemimpin utama untuk menyelesaikan masalah digelar sebagai

a)

Orang Tua

b)

Orang Muda

c)

Orang suku usia

d)

Orang yang tau segala-galanya

66.

__________________membantu orang tua dalam pengurusan adat

a)

Majlis Kampung

b)

Majlis Kenduri

c)

Majlis belia sekampung

d)

Majlis JKK kampung

67.

__________________membantu orang tua dalam pengurusan adat

a)

Majlis Kampung

b)

Majlis Kenduri

c)

Majlis belia sekampung

d)

Majlis JKK kampung

68.

Kuasa Datu bergantung kepada kemampuan menghantar ufti secara tetap kepada Sultan dan

a)

Kecekapan Datu menyelesaikan masalah

b)

Kebijaksanaan Datu dalam berkata-kata

c)

Keturunan Datu

d)

Milikan bilangan hamba

69.

sistem ketua bebas muncul kerana

a)

Kuasa sultan mulai lemah

b)

Mempunyai pertalian keluarga dengan Sultan Brunei atau Sulu

c)

Sikap berani mencabar kewibawaan sultan di kawasannya

d)

dipilih melalui sistem undian

70.

Sistem timbangan berikut pernah digunakan dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita.


Tahil

Kati


Sistem tersebut dibawa oleh golongan pedagang.......

a)

Arab

b)

Parsi

c)

India

d)

China

71.

Petempatan berikut telah dibuka pada tahun 1759.


Batu Uban,Pulau Pinang.


Pembukannya telah dilakukan oleh orang......

a)

Bugis

b)

Arab

c)

India

d)

Sumatera

72.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada masyarakat tamadun manusia?

a)

Penyebaran agama Kristian

b)

Pembinaan Terusan Suez

c)

Penciptaan kapal wap

d)

Pembinaan Pelabuhan Said

73.

Bagaimanakah strategi yang telah dilakukan oleh British untuk mengesahkan pendudukannya di Singapura?

a)

Menggunakan ugutan

b)

Melakukan tipu helah

c)

Melakukan serangan fizikal

d)

Memanipulasikan isu pewarisan

74.

Tokoh berikut pernah menjawat jawatan sebagai Residen di negeri-negeri Melayu.


Martin Lister dilantik sebagai Residen di.....

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Negeri Sembilan

75.

Apakah fungsi pembinaan bangunan berikut di Klang?


Gedung Raja Abdullah

a)

Menjadi kediaman Sultan

b)

Menyimpan bijih timah

c)

Menyimpan bekalan air

d)

Menjadi kubu pertahanan

76.

Lokasi berikut berada di negeri Perak.


Klian Pauh


Pada hari ini, ia dikenal sebagai.....

a)

Gopeng

b)

Teluk Intan

c)

Kamunting

d)

Taiping

77.

Pembentukan Persekutuan 1896 dapat menangani masalah kewangan negeri. Apakah negeri yang dimaksudkan?

a)

Kedah

b)

Pahang

c)

Kelantan

d)

Pulau Pinang

78.

Apakah negeri yang terawal sekali menganjurkan persidangan?

a)

Melaka

b)

Johor

c)

Perak

d)

Pahang

79.

Rentap telah menyerang Kubu Brooke di Nanga Skrang. Pegawai James Brooke, Alan Lee terkorban dalam serangan.


Mengapakah tokoh tersebut bertindak sedemikian?

a)

Dituduh sebagai lanun

b)

Bimbang peluasan kuasa British

c)

Pencabulan adat resam orang Iban

d)

Pengenalan undang-

80.

Bentuk penentangan yang dilakukan oleh tokoh berikut:-


Rentap dan Yamtuan Antah

a)

Penentangan bersenjata

b)

Mencabar perjanjian

81.

Siapakah tokoh yang memohon lesen pleader untuk membela petani Terengganu di mahkamah dengan menggunakan hujah agama?

a)

Mat Salleh

b)

Sharif Masahor

c)

Haji Abdul Rahman Limbong

d)

Dol Said

82.

Yang manakah antara kelemahan strategi pemimpin tempatan semasa menentang kuasa Barat?

a)

Muafakat

b)

Sistem percukaian

c)

Tiada persepakatan

d)

Ancaman perundangan Barat

83.

Kegagalan dalam penggunaan senjata oleh masyarakat tempatan kerana

a)

Menggunakan peralatan tradisional

b)

Teknologi persenjataan Barat lebih canggih

c)

Dipinjam dari angkatan tentera Rembau

84.

Antara berikut merupakan kesan terhadap pentadbiran British kecuali

a)

Kerugian

b)

Merombak semula skim penempatan pegawai

c)

Berhati-hati dalam sistem pentadbiran

d)

Memperkuatkan ketenteraan

e)

Pemantapan kuasa Barat

85.

Antara berikut merupakan kesan terhadap masyarakat tempatan kecuali

a)

Kedudukan Raja dan Pembesar Melayu diberi perhatian

b)

Kesan terhadap Pemerintah dan Pembesar Tempatan

c)

Pemantapan kuasa Barat

d)

Menjadi inspirasi kepada pejuang kemerdekaan tanah air

86.

British telah memberi peluang untuk sultan, Ahli Mesyuarat Negeri dan pembesar tempatan untuk menyuarakan pandangan dengan bebas menerusi sistem yang dikenali sebagai

a)

Sistem Mesyuarat

b)

Sistem Perundangan

c)

Sistem Durbar

87.

British telah memberi peluang untuk sultan, Ahli Mesyuarat Negeri dan pembesar tempatan untuk menyuarakan pandangan dengan bebas menerusi sistem yang dikenali sebagai

a)

Sistem Mesyuarat

b)

Sistem Perundangan

c)

Sistem Durbar

88.

Apakah matlamat perjuangan masyarakat tempatan menentang British?

a)

menentang kuasa asing

b)

mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah

c)

mendapatkan keadilan daripada British

d)

mempertahankan tanah Melayu

89.

1.Perjanjian ini telah memecahbelahkan wilayah negeri-negeri Melayu Utara. Apakah perjanjian tersebut?

a)

A. Perjanjian Bangkok 1909

b)

B. Perjanjian Bangkok 1910

c)

C. Perjanjian Terengganu-British

d)

D. Perjanjian Pangkor

90.

2.Berikut merupakan negeri-negeri Melayu Utara. Kecuali?

a)

A. Kedah

b)

B. Perlis

c)

C. Johor

d)

D. Terengganu

91.

Apakah strategi yang digunakan raja - raja Melayu bagi melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri dalam menghadapi cabaran peluasan kuasa barat?

*Lebih daripada SATU jawapan

a)

Tuntutan raja Melayu melalui durbar

b)

Diplomasi menangani tekanan British

c)

Keengganan pemerintah negeri - negeri Melayu Utara menerima penasihat British

d)

Menggubal undang - undang tubuh

e)

Raja menerajui pemodenan negeri

92.

Siapakah tokoh ini?

a)

Sultan Iskandar Shah

b)

Sultan Hisamuddin Alam Shah

c)

Sultan Abu Bakar

d)

Sultan Idris Murshidul Adzam Shah

93.

Kebijaksanaan diplomasi Sultan Abu Bakar dengan British berjaya mengekalkan kedaulatan Kesultanan Johor. Antara berikut, strategi manakah yang digunakan oleh tokoh ini?

I mengadakan hubungan baik dengan kerajaan negeri - negeri Selat

II kunjungan je England bertemu dengan Ratu Victoria

III menubuhkan lembaga penasihat Johor di London

IV kebijaksanaan dalam rundingan

a)

I , II & III

b)

I , II & IV

c)

II , III & IV

d)

I , III & IV

94.

Apakah strategi yang digunakan Sultan Zainal Abiddin III yang membolehkan Terengganu menyekat kemasukan Penasihat British?

*Lebih daripada SATU jawapan

a)

kebijaksanaan dalam rundingan

b)

menandatangani perjanjian

c)

mengadakan hubungan baik

d)

menubuhkan lembaga

95.

Perjanjian Perlis-British yang ditandatangani menjadikan Perlis secara rasmi .....

a)

negeri Melayu terawal menerima naungan British

b)

negeri Melayu terakhir menerima naungan British

96.

Sultan Muhammad II lebih banyak berunding dengan pembesar negeri berbanding merujuk Penasihat British telah menimbulkan perasaan .....

a)

Sedih

b)

Gembira

c)

Marah

d)

Kecewa

97.

Undang - undang Tubuh Kerajaan mengandungi 64 fasal. Antara kandungan penting termasuklah :

*Lebih daripada SATU jawapan

a)

Sultan tidak boleh menyerahkan negeri dan kerajaan Johor kepada kuasa asing

b)

Menteri Dan Jemaah Pangkuan Kerajaan tidak boleh menyerahkan negeri kepada kerajaan asing

c)

ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah terdiri daripada rakyat bukan Johor

d)

agama Islam sebagai agama negeri selama - lamanya

98.

Undang - undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu mengandungi 53 fasal. Antara kandungan penting termasuklah :

*Lebih daripada SATU jawapan

a)

Kerajaan Terengganu merupakan kerajaan Melayu Islam

b)

Menteri Besar mestilah beragama Islam dan rakyat Terengganu

c)

Sultan Terengganu yang menyerahkan negeri Terengganu kepada kuasa asing tidak perlu turun dari takhta

d)

Sultan Terengganu boleh menyerahkan negeri kepada mana - mana kuasa asing

99.

Siapakah yang membantu Sultan Zainal Abiddin III melaksanakan pemodenan di Terengganu?

a)

Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad

b)

Tunku Abdul Aziz

c)

Dato' Abdul Rahman Andak

d)

Dato' Muhammad Salleh Perang

100.

Tuanku Abdul Rahman menggesa British memberikan pekuang perkhidmatan kepada buruh dari rumpun Alam Melayu untuk menggantikan buruh dari .....

*Lebih daripada SATU jawapan

a)

India

b)

Arab

c)

Cina

d)

Jawa