WorksheetsLATIHAN UJIAN MINDA
Total questions: 21
Worksheet time: 23mins
Kejadian _____________ gas itu telah disedari oleh ibu setelah terhidu bau yang
menusuk hidung.
kebocoran
ketirisan
ketumpahan
kepancitan
Kecantikan wajah Natalia semakin _____________ sejak menggunakan krim
pencerah kulit.
Terserlah
Terpancar
Teranggun
Terpampang
Syafiq baru _______________ dalam bidang perniagaan setelah mendapat pinjaman
modal daripada bank.
Berura-ura
Bertatih-tatih
Beriya-riya
Berengsot-engsot
Dengan suara yang ______________ Ali menceritakan pengalamannya berhari
raya kepada rakan-rakan sekelasnya.
Gagah
Gaduh
Gugup
Gagap
Para penduduk ______________ pembinaan kilang papan berhampiran dengan
petempatan mereka.
Memulau
Membantah
Memboikot
Menyangkal
____________ yang terdapat pada bumbung rumah Pak Busu telah reput dimakan
anai-anai.
Kisi-kisi
Tupai-tupai
Kuda-kuda
Alang-alang
Cara Owi menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh gurunya lain
____________ yang lain.
Dari
Demi
Daripada
Antara
Walaupun Kamal sekeluarga hidup dalam kemiskinan namun begitu dia
_____________ menghadapi dugaan.
Cekal
Reda
Tekun
Tulus
Masalah kekurangan gula di dalam negara kita semakin _____________apabila
terdapat penjual yang menyorokkannya.
Mendadak
Menjunam
Meruncing
Membumbung
Pasukan keselamatan akan menjalankan _____________ yang ketat terhadap setiap
penumpang kapal terbang yang datang ke negara ini.
Penelitian
Pemerhatian
Pemeriksaan
Penyemakan
Mutusamy berjanji akan datang ke rumah saya ______________ kelapangan masa.
tatkala
apabila
sambil
walaupun
Ramesh terpaksa ______________ Raju yang tidak larat berjalan lagi setelah mereka
berekspedisi sejauh tujuh kilometer.
menandu
mendukung
mengendong
memapah
Janganlah kita suka memikirkan perkara yang _______________ kerana hal ini hanya
membuang masa.
bukan-bukan
hidup-hidup
elok-elok
omong-omong
Sultan dan _______________ telah berangkat ke majlis santapan diraja sempena hari
keputeraan baginda.
isteri
sultanah
maharani
perempuan
I Sesiapa yang ingin menjadi anggota tentera mestilah melepasi ujian
ketahanan fizikal.
II Setiap orang mesti melalui pelbagai ujian sepanjang kehidupan mereka.
III Pelajar kelas Dua Zaaba sedang menjalankan ujian tindak balas kimia di
makmal.
IV Tabung ujian itu pecah kerana dibakar dengan api yang terlalu panas.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
I. Dunia yang kita diami hari ini sudah tua.
II. Duduk di atas bantal merupakan pantang larang orang tua.
III. Kelapa tua sememangnya banyak mempunyai santan.
IV. Setiap yang hidup akan mengalami proses tua apabila tiba masanya.
I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Pemain bola sepak T-Team itu berasa letih sungguh selepas perlawanan akhir pada
malam tadi.
merasa letih sungguh
berasa sungguh keletihan
merasa sungguh letih
berasa letih sungguh
Beribu-ribu orang penduduk-penduduk kampung terkorban dalam kejadian bencana
alam.
Ribuan penduduk
Ribuan orang penduduk
Beribu-ribuan orang penduduk
Beribu-ribu orang penduduk-penduduk
Nyatakan maksud peribahasa bagi khabar tidak didengar namun buktinya belum ada
(a)
Nyatakan peribahasa tersebut dengan betul. "Lontar batu, sembunyikan (a) ?
Isikan peribahasa tersebut.
"Ke bukit sama (a) , ke lurah sama dituruni.
