wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HARUN QUIZ SEJARAH T1B1

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun. Apakah maksud syajaratun?

a)

Salasilah

b)

Peristiwa

c)

Peradaban

d)

Sumbangan

2.

Bagaimanakah benua dan lautan terbentuk ?

a)

Pembentukan ais

b)

Pergerakan glasier

c)

Penurunan suhu bumi

d)

Pembentukan Pentas Sunda

3.

Apakah tulisan yang terawal sekali dihasilkan oleh manusia?

a)

Kunieform

b)

Ideogram

c)

Hieroglif

d)

Piktograf

4.

Apakah urutan Zaman Prasejarah yang betul?

a)

Logam – Mesolitik – Neolitik – Paleolotik

b)

Paleolitik - Mesolitik – Neolitik – Logam

c)

Paleolitik – Mesolitik – Logam – Neolitik

d)

Mesolitik – Neolitik – Paleolitik – Logam

5.

Apakah persamaan kepercayaan masyarakat Zaman Paleolitik dengan masyarakat Zaman Neolitik?

a)

Animisme

b)

Kepercayaan karut

c)

Mempunyai pegangan tertentu

d)

Mengamalkan upacara keagamaan

6.

Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?

a)

Pembinaan Piramid

b)

Pembentukan empayar

c)

Perkembangan teknologi maklumat

d)

Pengenalan undang-undang bertulis

7.

Sumber primer bersifat asli dan belum ditafsir.

Apakah bahan yang tergolong sebagai sumber primer?

a)

Manuskrip

b)

Akhbar

c)

Risalah

d)

Ensiklopedia

8.

Apakah maksud Zaman Prasejarah?

a)

Manusia tidak tahu membaca

b)

Manusia hidup secara nomad

c)

Manusia hidup dalam kesejukan

d)

Manusia belum mengenal sistem tulisan

9.

Masyarakat Tamadun Mesopotamia membina zigurat di setiap pusat bandar. Mengapakah zigurat penting kepada masyarakat Mesopotamia?

a)

Untuk pelabuhan

b)

Sebagai pusat pentadbiran

c)

Untuk tempat beribadat

d)

Sebagai kawasan perniagaan

10.

Gambar berikut menunjukkan binaan berkubah yang terbesar di dunia, iaitu Pantheon. Apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut?

a)

Pusat pentadbiran

b)

Pusat perniagaan

c)

Tempat persembahan seni

d)

Tempat menyembah dewa-dewi

11.

Pilih urutan yang betul tentang Zaman Kerajaan Islam.

a)

Umaiyah - Abbasiyah - Turki Uthmaniyah

b)

Abbasiyah - Turki Uthmaniyah - Umaiyah

c)

Umaiyah - Turki Uthmaniyah - Abbasiyah

d)

Turki Uthmaniyah - Umaiyah – Abbasiyah

12.

Apakah maksud kerajaan janapada?

a)

Kerajaan kecil

b)

Kerajaan besar

c)

Kerajaan merdeka

d)

Kerajaan yang dijajah

13.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah.

Apakah kesan amalan sistem tersebut?

a)

Mewujudkan kestabilan politik

b)

Menimbulkan semangat assabiyah

c)

Mengembangkan kemajuan sistem ekonomi

d)

Mengeratkan semangat perpaduan antara suku

14.

Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Apakah penekanan yang disarankan di dalam surah tersebut?

a)

Kepentingan Ilmu pengetahuan

b)

Kepentingan berniaga

c)

Kepentingan bermusyawarah

d)

Kepentingan hormat – menghormati

15.

Apakah sumbangan Al-Khawarizmi kepada Tamadun Islam?

a)

Ilmu perubatan

b)

Ilmu astronomi

c)

Bidang falsafah

d)

Bidang matematik

16.

Apakah bukti bahawa kerajaan Sparta mementingkan ketenteraan?

a)

Pemerintah diketuai oleh Jeneral Tentera

b)

Kaum wanita tidak terlibat dalam politik

c)

Hanya kaum lelaki boleh menjadi tentera

d)

Kanak-kanak dan wanita dilatih menjadi tentera

17.

Hammurabi merupakan raja terkenal dalam tamadun

a)

Indus

b)

Mesopotamia

c)

Mesir Purba

d)

Huang He

18.

Apakah gelaran yang diberikan kepada Raja Samudragupta dalam tamadun India?

a)

Devaraja

b)

Kaviraja

c)

Janapada

d)

Mahajanapada

19.

Bagaimanakah langkah yang boleh dilakukan untuk berada pada kedudukan sosial yang lebih baik dalam sistem pentadbiran China?

a)

Lulus peperiksaan awam

b)

Berkhidmat dengan raja

c)

Menyertai peperangan

d)

Mahir dalam falsafah

20.

Apakah bentuk pentadbiran yang terawal sekali diperkenalkan oleh Tamadun Yunani?

a)

Pentadbiran tirani

b)

Pentadbiran demokrasi

c)

Pentadbiran aristokrasi

d)

Pentadbiran monarki

21.

Apakah istilah sejarah yang sesuai digunakan dengan penyataan berikut?

Alatan ciptaan manusia

a)

Ekofak

b)

Artifak

c)

Fosil

d)

Jurnal

22.

Perkataan historia berasal daripada

(a)  

23.

Manakah antara tokoh-tokoh yang berikut BUKAN sejarawan yang mengeluarkan fakta mengenai pengertian Sejarah?

a)

Mohd Yusof Haslam

b)

Ibn Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

Herodotus

24.

Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan Y. Y juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa yang berlaku dari awal hingga akhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.

Apakah Y?

a)

Masihi

b)

Kronologi

c)

Darsawarsa

d)

Dekad

25.

Apakah catatan yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M?

a)

Teknik Peperangan

b)

Hukum Agama Islam

c)

Kaedah Perdagangan

d)

Sistem Pentadbiran

26.

Manakah antara yang berikut BUKAN merupakan kepentingan mempelajari sejarah?

a)

Mengenal asal usul

b)

Menjadikan diri lebih rajin

c)

Mengambil Iktibar

d)

Membangun Negara Bangsa

27.

Bumi telah mengalami perubahan dari segi iklim dan fizikal semenjak bumi mula terbentuk.

Ahli sains menjangkakan usia bumi melebihi

a)

3.6 Bilion tahun

b)

4.6 Bilion tahun

c)

5.6 Bilion tahun

d)

2.6 Bilion tahun

28.

Apakah ciri peralatan masyarakat Zaman Neolitik?

a)

Peralatan dalam bentuk sedia ada

b)

Peralatan Ringkas

c)

Peralatan kemas dan halus

d)

peralatan kecil

29.

Apakah fungsi peralatan “ Pisau Tembeling” terhadap masyarakat Zaman Prasejarah?

a)

Berburu

b)

Berternak

c)

Bertani

d)

Berdagang

30.

Ahli sains berpendapat bahawa peningkatan suhu bumi berlaku pada setiap 50 tahun. Berapakah jumlah peningkatan tersebut?

a)

Enam Darjah Selsius

b)

Tujuh Darjah Selsius

c)

Lapan Darjah Selsius

d)

Sembilan Darjah Selsius

31.

Antara yang berikut merupakan sumber primer kecuali...

a)

Batu bersurat

b)

Artifak

c)

Risalah

d)

Diari

32.

"Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku." - Khoo Kay Kim

"Sejarah ialah masa lalu itu sendiri." - Muhd Yusof Ibrahim


Apakah sebab berlaku perbezaan tafsiran dalam sejarah?

a)

Tujuan penulisan

b)

Perbezaan ideologi

c)

Ketiadaan sumber

d)

Perubahan zaman

33.
  • Kaedah Bertulis
  • Kaedah Lisan
  • Kaedah Arkeologi


Mengapakah kaedah penyelidikan sejarah penting?

a)

Mengesahkan sejarah masa lalu

b)

meningkatkan semangat patriotik

c)

Menyumbang kepada hasil negara

d)

Lebih mengenali negara kita

34.

Antara berikut yang manakah kebaikan sesuatu peristiwa dilihat daripada pelbagai sudut tafsiran?

a)

Mengelakkan perbalahan

b)

Meraikan semua pendapat

c)

Meluaskan ilmu bidang sejarah

d)

Memelihara warisan negara

35.

Tentukan pengajaran yang boleh didapati daripada sejarah penubuhan Durbar.

a)

Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu

b)

Berani melawan penjajah

c)

Bersatu padu menjaga hak agama dan bangsa

d)

Bijak membuat keputusan

36.

Mengapakah kita perlu mengaplikasikan ilmu sejarah dalam kehidupan?

a)

Memartabatkan bangsa Melayu

b)

Menaikkan semangat kebangsaan

c)

Membina negara yang maju

d)

Meningkatkan ekonomi negara

37.

Geologi adalah bidang?

a)

Bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi

b)

Bidang kajian sejarah dunia

c)

Bidang mengkaji haiwan

d)

Bidang ilmu yang mengkaji pembentukan bumi

38.

Antara yang berikut, yang manakah sebab utama perkembangan Zaman Air Batu?

a)

Perubahan suhu

b)

Kegiatan aktiviti manusia

c)

Pusingan bumi mengelilingi matahari

d)

Pusingan bulan mengelilingi bumi

39.
  • Kecairan air batu
  • Perubahan iklim dunia kepada suhu panas


Berdasarkan pemahaman anda tentang perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu, bagaimanakah kegiatan manusia hari ini memberi kesan kepada perubahan cuaca?

a)

Bercucuk tanam

b)

Membina bangunan tinggi

c)

Menternak binatang

d)

Perkembangan industri

40.

Antara langkah untuk menjaga alam sekitar ialah ...

a)

Membuang sisa makanan ke dalam sungai

b)

Mengharamkan pembakaran hutan

c)

Makan makanan yang sihat dan segar

d)

Mencintai alam sekitar