wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAI TING 2

Total questions: 55

Worksheet time: 1hrs 3mins

Name
Class
Date
1.

Solat Jumaat berasal dari perkataan al Jumu’ah yang bermaksud

a)

Hari Jumaat

b)

perhimpunan

c)

keramaian

d)

bersama

2.

Hukum solat Jumaat ialah

a)

Fardhu Ain bagi setiap muslim dan muslimah

b)

Fardhu Kifayah bagi setiap muslim dan muslimah

c)

Fardhu Ain bagi setiap muslim yang mukallaf

d)

Fardhu Kifayah bagi setiap muslimah

3.

Pilih DUA syarat wajib solat Jumaat

a)

Bermastautin

b)

Muamayyiz

c)

Lelaki

d)

Hamba

4.

Berikut adalah syarat sah solat Jumaat KECUALI

a)

Didahulukan dengan dua Khutbah

b)

Didirikan dalam waktu Zuhur

c)

didirikan secara berjemaah

d)

40 jemaah termasuk yang bermusafir

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan mastautin

a)

Orang yang sedang dalam perjalanan melebihi 2 marhalah

b)

Orang yang tinggal tetap di suatu tempat

c)

Orang yang menetap di suatu tempat melebihi 3 hari

d)

Orang yang sedang dalam perjalanan tidak melebihi 2 marhalah

6.

Hukum menunaikan solat bagi orang yang bermukim ialah

a)

Wajib solat Jumaat

b)

Wajib solat Jumaat jika mendengar azan

c)

Sunat menunaikan solat Jumaat

d)

Harus menunaikan solat Jumaat

7.

Berikut adalah hikmah solat Jumaat KECUALI

a)

Menzahirkan syiar Islam pada hari kebesarannya iaitu Jumaat

b)

Saling mengenali dan merapatkan ukhuwah Islam

c)

Supaya menampakkan perbezaan pendapat

d)

Melatih umat Islam bersatu padu

8.

Berikut adalah rukun khutbah Jumaat KECUALI

a)

Memuji Allah SWT

b)

Berselawat ke atas Rasulullah SAW

c)

Membaca ayat al Quran pada kedua-dua khutbah

d)

Memberi nasihat kepada jemaah supaya bertaqwa kepada Allah

9.

Pilih pernyataan yang tidak termasuk perkara sunat Khutbah Jumaat

a)

Menyampaikan khutbah di atas mimbar

b)

Memberi salam setelah naik atas mimbar

c)

Memegang tongkat dengan tangan kiri

d)

Menyampaikan khutbah sambil duduk

10.

Rukun khutbah wajib dibaca dalam Bahasa

a)

Melayu

b)

Inggeris

c)

Semua Bahasa

d)

Arab

11.

Berturut-turut antara rukun khutbah, khutbah pertama, khutbah kedua serta khutbah kedua dengan solat


Pernyataan di atas merupakan

a)

Rukun khutbah

b)

perkara sunat khutbah

c)

ciri-ciri khutbah

d)

syarat sah khutbah

12.

Khutbah Jumaat hendaklah dilakukan _____________ solat Jumaat

a)

sebelum solat Jumaat

b)

selepas solat Jumaat

c)

sebelum masuknya waktu zohor

13.

Memberikan fokus kepada isi kandungan khutbah

Diam dan tidak bercakap

Tidak tidur


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

sunat ketika mendengar khutbah

b)

ciri mendengar khutbah

c)

Adab mendengar khutbah

14.

Pilih dua perkara yang sunat dilakukan pada hari Jumaat

a)

berlengah-lengah ke masjid

b)

Mandi sunat hari Jumaat

c)

berpakaian ala kadar

d)

Membaca surah al Kahfi

15.

Kenal pasti antara yang berikut, yang manakah maksud al - Qawiyy

a)

Yang Adil

b)

Yang Kaya

c)

Yang Kuat

d)

Yang Pengasih

16.

Menjaga neraka


Pilih jawapan yang tepat mengenai nama malaikat yang ditugaskan seperti pernyataan di atas

a)

Raqib

b)

Atid

c)

Jibril

d)

Malik

17.

Pilih pernyataan yang benar mengenai sifat malaikat.

I Memiliki jantina.

II Diciptakan daripada cahaya

III Makan dan minum

IV Tidak mati hingga kiamat.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

18.

Cari antara jawapan yang berikut, yang manakah merupakan hukum beriman dengan kitab Allah SWT.

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat

d)

sunat muakkad

19.

Kenal pasti antara yang berikut, yang manakah keterangan yang salah.

a)

Kitab al - Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab

b)

Kitab Zabur diturunkan dalam bahasa Siryani

c)

Kitab Injil diturunkan dalam bahasa Ibrani

d)

Kitab Taurat diturunkan dalam bahasa Siryani

20.

Pilih antara yang berikut, yang manakah bukan amalan sunat hari Jumaat?

a)

Mandi sunat

b)

bersegera ke masjid

c)

memakai pakaian baharu

d)

memperbanyakkan berselawat

21.

l Telah masuk waktu solat.

l Mencari air selepas masuk waktu solat

l Menghilangkan najis terlebih dahulu


Tandakan jawapan yang tepat bagi pernyataan di atas

a)

sunat tayammum

b)

rukun tayammum

c)

syarat tayammum

d)

sebab diharuskan tayammum

22.

Cari antara yang berikut, yang manakah BUKAN syarat perjalanan yang diharuskan solat jamak dan qasar

a)

bermusafir sebelum subuh

b)

bukan untuk tujuan maksiat

c)

mengetahui destinasi yang dituju

d)

jarak perjalanan sehala melebihi 81km

23.

Kenal pasti antara berikut, yang manakah bukan ialah perkara makruh puasa

a)

berbekam

b)

melewatkan berbuka puasa

c)

mandi wajib sebelum fajar

d)

tidur berlebihan pada siang hari

24.

Solat yang dilaksanakan sebagai penutup bagi solat malam.


Tandakan jawapan yang tepat bagi definisi pernyataan di atas

a)

solat witir

b)

solat hajat

c)

solat rawatib

d)

solat terawih

25.

Tunjukkan antara yang berikut,di rumah siapakah yang menjadi pusat penyebaran Islam pada peringkat dakwah secara sulit

a)

Usman Bin Affan

b)

Abu Bakar al- Siddiq

c)

Abdul Rahman Bin Auf

d)

Al - Arqam bin Abi al- Arqam

26.

Tunjukkan siapakah yang menjadi petunjuk jalan ketika Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar menuju ke Madinah

a)

Abdullah Bin Abu Bakar

b)

Suraqah Bin Malik

c)

Umar bin Al- Khattab

d)

Abdullah bin Uraiqit

27.

Tunjukkan antara yang berikut, yang manakah BUKAN merupakan strategi perang yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW

a)

Bergerak secara rahsia dan pantas

b)

Gementar ketika berada dalam situasi genting.

c)

Mempelbagaikan strategi perang untuk mengelirukan musuh

d)

Melancarkan serangan psikologi untuk melemahkan semangat musuh.

28.

l Pakar dalam pelbagai bidang ilmu

l Beliau meriwayatkan 2210 hadis nabi

l Menjadi tempat rujukan para sahabat


Kaitkan pernyataan di atas dan tunjukkan jawapan yang betul bagi sumbangan tokoh tersebut.

a)

Sayidatina Khadijah

b)

Sayidatina Aisyah

c)

Sayidatina Sumayyah

d)

Sayidatina Fatimah al- Zahra'

29.

Digelar al - Zahra’ yang bermaksud putih berseri - seri.


Kemukakan jawapan yang betul mengenai individu yang mendapat gelaran di atas.

a)

Sayidatina Sumayyah Binti Hubbat

b)

Sayidatina Aisyah Binti Abu Bakar

c)

Sayidatina Khadijah Binti Khuwalid

d)

Sayidatina Fatimah Binti Muhammad

30.

Kemukakan antara yang berikut, yang manakah sifat malu yang dilarang?


I. Malu berada dalam majlis ilmu

II. Malu melakukan perkara makruh

III. Malu berada di hadapan kelas

IV. Malu melanggar perintah Allah SWT

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

31.

Tentukan antara yang berikut, yang manakah kasih sayang yang diredhai Allah SWT?

a)

Cinta melampaui batas syarak

b)

Kasih demi kepentingan kebendaan

c)

Menyayangi saudara seagama

d)

Sayang secara keterlaluan

32.

Tentukan jawapan yang tepat mengenai kasih sayang yang dimurkai Allah SWT

a)

Mengasihi adik - beradik

b)

Menziarahi sanak saudara

c)

Mengasihi orang yang lebih muda

d)

Mengutamakan rakan lebih daripada ibu bapa.

33.

Tentukan antara yang berikut, yang manakah BUKAN kewajipan berjiran yang perlu diamalkan

a)

Saling memberi hadiah

b)

Berbicara mengikut keperluan

c)

Berbuat baik dan tidak menyakiti jiran

d)

Berasa gembira apabila jiran ditimpa musibah

34.

Tunjukkan jawapan yang tepat antara yang berikut, yang manakah BUKAN adab berada di dalam masjid

a)

menunaikan solat tahiyatul masjid

b)

menjaga ketenteraman masjid

c)

bercakap - cakap perkara yang sia - sia

d)

duduk dengan tertib dan menghadap kiblat

35.

Hijrah bermaksud

a)

Perjalanan Rasulullah dalam peristiwa israk dan mikraj

b)

Perpindahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah

c)

Perpindahan Rasulullah dari Madinah ke Mekah

d)

Perpindahan Rasulullah dari Mekah ke Hijaz

36.

Penduduk Yathrib mempelawa Rasulullah untuk menjadi pemimpin mereka dan mengadakan perjanjian yang dinamakan

a)

Ba’iah Aqabah

b)

Perjanjian Hudaibiah

c)

Piagam Madinah

d)

Bai’ah Ridhwan

37.

Untuk mengelakkan hijrah umat Islam diketahui oleh kaum quraisy, semua sahabat berhijrah secara rahsia kecuali

a)

Saidina Ali bin Abi Talib

b)

Saidina Uthman bin Affan

c)

Saidina Bilal bin Rabah

d)

Saidina Umar bin Al Khattab

38.

Pada malam penghijrahan , siapakah sahabat yang menggantikan Rasulullah di tempat tidur setelah Rasulullah diancam bunuh oleh kaum Quraisy

a)

Saidina Abu Bakar As Siddiq

b)

Saidina Umar bin al Khatab

c)

Saidina Usman bin Affan

d)

Saidina Ali bin Abi Talib

39.

Dalam perjalanan hijrah menuju ke Madinah, Rasulullah SAW telah bersembunyi di

a)

Gua Hira’

b)

Gua Thur

c)

Gua Uhud

d)

Gua An Nur

40.

Memelihara akidah

Pelawaan daripada penduduk Madinah (Yathrib)

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Kesan peristiwa hijrah

b)

Tujuan peristiwa hijrah

c)

Faktor peristiwa hijrah

41.

Setelah hijrah Rasulullah SAW diketahui oleh Musyrikin Mekah, mereka menawarkan sebanyak _______ ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW

a)

50

b)

100

c)

150

d)

200

42.

Setibanya di Madinah, penduduk Madinah berebut-rebit memegang tali unta Rasulullah dengan harapan Rasulullah menetap di rumah mereka. Akhirnya unta Rasulullah berhenti di rumah ________________

a)

Suraqah bin Malik

b)

Abu Ayub Al Ansari

c)

Amir bin Quhairah

d)

Abdullah bin Abu Bakar

43.

Masjid yang pertama di dirikan oleh Rasulullah ialah

a)

Masjid Qiblatain

b)

Masjidil an Nabawi

c)

Masjidil Haram

d)

masjid Quba

44.

Kesan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW ialah

a)

Umat Islam semakin ditekan kerana sikap dengki kaum Quraisy

b)

Kedudukan ekonomi umat Islam semakin mundur

c)

Tertegaknya negara Islam pertama yang berdaulat

d)

Sistem kehidupan masyarakat Madinah menjadi kucar kacir

45.

Kehidupan masyarakat Madinah berubah kepada sistem hidup yang lebih baik merupakan kesan hijrah dari aspek

a)

Agama

b)

Sosial

c)

Politik

d)

Ekonomi

46.

Solat Rawatib bermaksud

a)

Solat sunat yang dilaksanakan sebagai penutup solat malam

b)

Solat sunat yang dilaksanakan untuk menghidupkan malam Ramadhan

c)

Solat sunat yang mengiringi solat fardu mengikut waktu solat fardhu

d)

Solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas tidur

47.

Waktu untuk melakukan solat sunat witir ialah

a)

Selepas solat Terawih dalam bulan Ramadhan

b)

Setiap malam setelah selesai melakukan solat Isyak dan solat-solat lain

c)

Setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardhu

d)

Sejurus sebelum masuknya waktu solat Subuh

48.

Pilih DUA pernyataan yang benar mengenai Solat Sunat Terawih

a)

Boleh dilakukan secara bersendirian

b)

Wajib dilaksanakan sebanyak 20 rakaat

c)

Lebih afdhal dilakukan secara berjemaah

d)

dilakukan sebelum solat Isyak

49.

Hikmah solat-solat sunat ialah

a)

melahirkan muslim yang menunjukkan kelebihan masing-masing

b)

Mengurangkan nilai solat fardu

c)

Supaya dapat melambat-lambatkan solat Fardu

d)

Menampung kekurangan yang ada dalam solat Fardu

50.

Solat sunat rawatib yang dilakukan sebelum solat fardhu dinamakan

a)

Sunat Qabliah

b)

Sunat Ba’diah

c)

Sunat tafrijiyah

51.

Bilangan rakaat solat sunat Rawatib ialah

a)

2 rakaat

b)

3 rakaat

c)

4 rakaat

d)

8 rakaat

52.

Solat sunat rawatib ditunaikan secara

a)

Bersendirian

b)

Berpasangan

c)

berjamaah

53.

Solat Terawih lebih afdhal silaksanakan secara

a)

Bersendirian

b)

Berpasangan

c)

berjamaah

54.

Bagi solat witir 3 rakaat, surah yang digalakkan di baca pada rakaat pertama ialah surah

a)

Surah Al A’la

b)

Surah al Kafirun

c)

Surah al Ikhlas

55.

Bermula pada malam ke 16 Ramadhan kita disunatkan membaca _________ pada rakaat terakhir selepas iktidal

a)

Doa iftitah

b)

Kalimah syahadah

c)

Kalimah istigffar

d)

Doa qunut