NEW
Font size
WorksheetsKIT INSPIRE ONE B4T4 SEJARAH
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Pada 1 Disember 1945, British Military Administration (BMA) telah mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu.
Apakah tugas BMA?
Memulihkan kepercayaan rakyat
Membanteras ancaman komunis
Apakah tindakan awal yang dilakukan oleh MBA dalam usaha mengembalikan kestabilan dan keamanan di Tanah Melayu?
Memburu tali barut Jepun
Membubarkan pasukan MPAJA
Bagaimanakah Raja-Raja Melayu menentang Malayan Union?
Menghantar surat bantahan ke London
Menganjurkan rapat umum
Apakah isu yang dibawa oleh Raja-Raja Melayu ke Mahkamah Tinggi England?
Kewarganegaraan secara jus soli
Persetujuan yang diperoleh tidak sah
Bagaimanakah akhbar berikut memainkan peranan dalam penentangan terhadap Malayan Union?
# Utusan Melayu
# Majlis
Menyuarakan bantahan dengan keras
Mengumpulkan pandangan rakyat
Kongres Melayu telah diadakan pada 1 Mac 1946 di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Apakah kesan Kongres Melayu tersebut?
Penubuhan UMNO
Pembubaran Malayan Union
Orang Melayu menganggap hari lahirnya Malayan Union sebagai "Hari Kematian".
Bagaimanakah orang Melayu menunjukkan tanda berkabung?
Memakai pakaian berwarna hitam
Memakai lilitan kain putih di songkok
Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946?
Tiada pengganti yang layak
Kekalahan dalam pilihan raya
Apakah yang dinyatakan dalam Prinsip Kelapan Perlembagaan 1941?
Rakyat Sarawak diberikan pemerintahan sendiri
Taraf Sarawak sebagai negeri naungan British dimansuhkan
Bagaimanakah reaksi rakyat Sarawak apabila British mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 pada bulan Disember 1946?
Kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
Rukun 13 ditubuhkan secara sulit
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Lily Eberwein sebagai reaksi terhadap bantahan penyerahan Sarawak?
Mengadakan kempen kesedaran
Meletakkan jawatan sebagai guru
Terdapat juga penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British.
Mengapakah mereka memberikan sokongan?
Memajukan negeri
Memperoleh kemerdekaan
Apakah peranan Young Malay Association (YMA) yang ditubuhkan oleh golongan propenyerahan?
Menggalakkan kemajuan orang Melayu
Mengisi jawatan tinggi dalam kerajaan
Apakah matlamat penubuhan Rukun 13 yang ditubuhkan oleh golongan muda pada 20 Ogos 1948?
Menuntut kemerdekaan Sarawak
Menghapuskan pegawai tinggi British
Apakah faktor penyerahan Sabah kepada British?
Memenuhi kepentingan British
Memberi latihan pentadbiran
Mengapakah Sabah penting kepada British?
Mempunyai tanah yang subur
Membekalkan sumber bahan mentah
Bandar Sandakan pernah dibom oleh tentera Jepun.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Penubuhan Persekutuan Borneo
Penyerahan Sabah kepada British
Apakah matlamat awal penubuhan persatuan-persatuan di Sabah?
Menuntut British menyediakan kemudahan pendidikan
Memperbaiki keadaan ekonomi dan politik bumiputera
Bagaimanakah British melumpuhkan gerakan nasionalisme di Sabah?
Memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif ke bandar lain
Menjatuhkan hukuman penjara kepada pemimpin persatuan
Apakah jasa Rosli Dhoby terhadap Sarawak?
Menentang peluasan kuasa asing
Memajukan pendidikan anak tempatan
