wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BADAN KEHAKIMAN

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bidang kuasa sivil Mahkamah Syariah?

a)

Penukaran agama

b)

Urusan tanah pusaka

c)

Tidak sembahyang Jumaat

d)

Menyertai pertandingan ratu cantik

2.

Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa kehakiman?

a)

sesuatu kes di Semenanjung Malaysia perlu dibicarakan di Mahkamah Rayuan sebelum kes itu dirayu kepada Mahkamah Persekutuan

b)

sesuatu kes di Sabah dan Sarawak tidak perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sebelum kes itu dirayu ke Mahkamah Rayuan

c)

Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mendengar kes-kes rayuan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Seksyen berkuasa membicarakan semua kes kesalahan sivik dan jenayah

3.

Mahkamah yang manakah tidak menjatuhkan hukuman?

a)

Mahkamah Khas

b)

Mahkamah Koroner

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Tentera

4.

Encik X telah ditangkap kerana memiliki dadah jenis morfin seberat 25 gram.


Di mahkamah manakah Encik X akan didakwa?

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Koroner

d)

Mahkamah Majistret

5.

Yang manakah tugas badan kehakiman?

a)

meluluskan undang-undang negara

b)

menggubal undang-undang negara

c)

melaksanakan undang-undang negara

d)

menentukan kesahan undang-undang negara

6.

Yang manakah kes jenayah yang akan dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

perbuatan rasuah

b)

perbuatan minum arak

c)

pengambilan anak angkat

d)

pembahagian harta pusaka

7.

Yang manakah betul tentang Peguam Negara?

a)

boleh menjadi pendakwa raya di mahkamah

b)

Peguam kepada anggota kabinet kerajaan Persekutuan

c)

dilantik oleh Perdana Menteri dengan persetujuan Kabinet

d)

Peguam kepada kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan kuasa Mahkamah Persekutuan?

a)

memutuskan sebarang pertikaian antara mahkamah rendah

b)

berkuasa meminda Perlembagaan Persekutuan

c)

mendengar rayuan ulang bicara kes sivil atau kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan

d)

memutuskan persoalan perlembagaan yang ditimbulkan dalam perbicaraan di mahkamah lebih rendah

9.

Manakah yang tidak benar tentang Mahkamah Kanak-Kanak?

a)

Mahkamah Kanak-Kanak wujud di setiap negeri

b)

Perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak dijalankan secara tertutup

c)

Mahkamah Kanak-Kanak boleh membebaskan pesalah dengan ikat jamin

d)

Keputusan Mahkamah Kanak-Kanak tidak boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi

10.

Manakah antara kesalahan berikut dikategorikan sebagai kes jenayah?

a)

meminta ganjaran dan saguhati daripada pelanggan

b)

menuntut harta warisan daripada kedua-dua ibu bapa

c)

tidak menyelesaikan bayaran balik pinjaman perumahan

d)

mencuri maklumat akaun dan peribadi pelanggan melalui internet

11.

- Mendengar kes rayuan yang dibicarakan

- Mentafsir Perlembagaan dan Undang-Undang


Yang manakah antara mahkamah berikut mempunyai kuasa seperti yang tersenarai di atas?

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Persekutuan

12.

Prosiding dibuat secara tertutup berkaitan dengan?

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Syariah

d)

Mahkamah Juvana

13.

- Tidak mendengar sebarang kes rayuan

- Menjalankan siasatan awal terhadap kes-kes jenayah

- Tidak menjatuhkan hukuman mati


Manakah antara mahkamah berikut mempunyai kuasa seperti yang tersenarai di atas?

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Sesyen

d)

Mahkamah Rayuan

14.

Yang manakah kesalahan yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah?

a)

Membunuh

b)

Berkhalwat

c)

Mencuri di masjid

d)

Tidak membayar zakat

15.

Siapakah yang boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan semasa ketiadaan beliau?

a)

Presiden Mahkamah Rayuan

b)

Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya

c)

Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

d)

Ketua Pendaftar Mahkamah

16.

Membicarakan kesalahan Encik Y warganegara Negara P yang melakukan jenayah di atas kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia?


Bidang kuasa merujuk kepada?

a)

Mahkamah Sesyen

b)

Mahkamah Rayuan

c)

Mahkamah Tinggi

d)

Mahkamah Persekutuan

17.

Encik K didapati bersalah atas tuduhan membunuh di negeri Sarawak


Pihak yang akan menjadi pengerusi Lembaga Pengampunan bagi mengampunkan kesalahan di atas ialah

a)

Yang diPertua Negeri Sarawak

b)

Yang diPertuan Agong

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Ketua Menteri

18.

Antara berikut, siapakah pentadbir Badan Kehakiman Malaysia?

a)

Ketua Hakim Negara

b)

Peguam Negara

c)

Yang diPertuan Agong

d)

Ketua Pendaftar Mahkamah

19.

Antara yang berikut, yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di Pertuan Agong?

a)

pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Syariah Sarawak

b)

pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Juvana Kuala Lumpur

c)

pesalah yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Bumiputera Sabah

d)

pesalah yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan

20.

Antara berikut, manakah perbezaan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah lain?

a)

mendengar bidang kuasa sivil dan jenayah di mahkamah di bawahnya

b)

menyelesaikan kekeliruan yang berkaitan dengan soal perlembagaan

c)

menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

d)

mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah di bawahnya