wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TATABHASA (AYAT SAMA MAKSUD)

Total questions: 25

Worksheet time: 47mins

Name
Class
Date
1.
  1. 1. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah

    jam sahaja.

a)

Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah

disiapkan oleh Diana.

b)

Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang

diarahkan oleh Cikgu Ali.

c)

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat

disiapkan oleh Diana.

d)

Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan

oleh Diana.

2.
  1. 2. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

a)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang

membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

b)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

c)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

3.
  1. 3. Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh

    harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.

a)

Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan

cabaran dalam kehidupan.

b)

Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam

tempoh kehidupan alam remaja.

c)

Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam

kehidupan.

d)

Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang

menyebabkan kerungsingan.

4.
  1. 4. Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.

a)

Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .

b)

Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.

c)

Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.

d)

Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.

5.
  1. 5. Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut

    ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.

a)

Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.

b)

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan

perubahan teknologi.

c)

Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang

banyak.

d)

Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu

pengetahuan

6.
  1. 6. Sungai-sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang

    tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.

a)

Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar

sentiasa bersih.

b)

Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.

c)

Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar

telah menyebabkan sungaiñsungai sentiasa tercemar

d)

Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia

sekarang sehingga tercemar

7.
  1. 7. Berkotak-kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

    Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.

a)

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu

dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.

b)

Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

ke kawasan pedalaman Sabah.

c)

Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang.

d)

Dengan menaiki kapal terbang, kotakñkotak ubat itu dihantar ke

pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

8.
  1. 8. Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.

a)

Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula

dalam masa lima minit.

b)

Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun

tiba.

c)

Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit

lagi.

d)

Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula

lima minit lagi.

9.
  1. 9. Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.

a)

"Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar", kata Idham.

b)

"Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu," kata Idham kepada Azhar.

c)

"Aku berhajat untuk memiliki rumah itu," kata Idham kepada Azhar.

d)

"Rumah itu sudah menjadi milikku," tegas Idham kepada Azhar.

10.
  1. 10. "Mendermalah kepada fakir miskin ," kata Ustaz Faizul kepada Izhar.

a)

Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir

miskin.

b)

Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada

golongan miskin.

c)

Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada

fakir miskin.

d)

Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir

miskin.

11.
  1. 11. Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik

    kepada pelancong ke Taman Negara.

a)

Kecantikan flora dan fauna menjadi faktor penarik kunjungan pelawat ke

Taman Negara.

b)

Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan

flora dan fauna yang belum terusik.

c)

Faktor flora dan fauna di Taman Negara yang belum tercemar menjadi

daya penarik kunjungan pelancong.

d)

Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong.

12.
  1. 12. "Ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak sungguh," kata Aznita kepada Amira.

a)

Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat palas dan rendang yang dibuat

oleh Nenek Tijah.

b)

Aznita dan Amira diberitahu tentang kepandaian Nenek Tijah membuat

ketupat palas dan rendang tok yang enak.

c)

Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira tentang keenakan ketupat

palas dan rendang tok yang dimasaknya.

d)

Aznita telah memberitahu Amira tentang keenakan ketupat palas dan

rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah.

13.
  1. 13. Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.

a)

Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.

b)

Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan

terang.

c)

Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.

d)

Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.

14.
  1. 14. Pihak Kementerian Pendidikan telah merangka satu program khas untuk

    murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR.

a)

Satu program khas selepas menduduki peperiksaan UPSR telah

dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk murid-murid tahun

enam

b)

Murid-murid tahun enam merangka satu program khas untuk

Kementarian Pendidikan selepas menduduki peperiksaan UPSR.

c)

Satu program untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki

peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan.

d)

Selepas menduduki peperiksaan UPSR, pihak Kementerian Pendidikan

dan murid-murid tahun enam akan merangka satu program khas.

15.
  1. 15. Encik Faizul mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang

    telah dinaikkan pangkat.

a)

Kata Encik Muzamil, "Tahniah, Faizul kerana telah dinaikkan pangkat."

b)

Kata Encik Faizul, "Tahniah Muzamil kerana telah dinaikkan pangkat dan

selamat maju jaya."

c)

Kata Encik Faizul ,"Ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada

Muzamil yang telah dinaikkan pangkat."

d)

Kata Encik Faizul,"Muzamil telah dinaikkan pangkat. Ucapkan tahniah

kepada beliau."

16.
  1. 16. "Kalau bercuti di Terengganu ,jangan lupa singgah di rumah saya di Marang,"

    kata Fauziah kepada Ayu.

a)

Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya

bercuti di Terengganu.

b)

Ayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Marang jika bercuti di

Terengganu.

c)

Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang

sekiranya bercuti di Terengganu.

d)

Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia

bercuti ke Terengganu.

17.
  1. 17. Kata Cikgu Siti kepada Ros, "Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan."

a)

Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan.

b)
  1. Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan.

c)
  1. Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan.

d)

Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di

  1. perpustakaan.

18.
  1. 18. Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.

a)

Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau.

b)

Buah Limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan.

c)

Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C.

d)

Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.

19.
  1. 19. Hassan yang minum kopi di dalam gelas itu.

a)

Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hassan.

b)

Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hassan.

c)

Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hassan.

d)

Kopi diminum oleh Hassan di dalam gelas itu.

20.
  1. 20. "Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini," kata Hakim

    kepada Faizul.

a)
  1. Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikan

    haji di Mekah pada tahun ini.

b)
  1. Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah ibu saya akan menunaikan haji

    di Mekah pada tahun itu.

c)
  1. Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibu saya akan menunaikan haji

    di Mekah pada tahun itu.

d)
  1. Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji

    di Mekah pada tahun ini.

21.
  1. 21. Kedatangan sahabat lamanya itu disambut oleh Puan Sofea dengan tangan

terbuka.

a)

Sahabat lamanya itu menyambut kedatangan Puan Sofea dengan tangan

terbuka.

b)

Puan Sofea menyambut kedatangan sahabat lamanya itu dengan tangan

terbuka.

c)

Kedatangan sahabat Puan Sofea itu lama disambut olehnya dengan

tangan terbuka.

d)

Kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka disambut oleh sahabat

lamanya itu.

22.
  1. 22. Penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu diadakan di

    Taman Negara.

a)
  1. Taman Negara telah menjadi lokasi penggambaran sebuah filem

    dokumentari.

b)

Taman Negara menjadi tempat penggambaran filem dokumentari tentang

hutan hujan tropika itu.

c)

Tayangan filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu dilakukan di

Taman Negara.

d)

Taman Negara yang terkenal dengan hutan hujan tropika selalu dijadikan

tempat penggambaran filem.

23.
  1. 23. Harliza mengajak Maria menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di

Istana Budaya pada malam itu.

a)

"Marilah kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di

Istana Budaya pada malam ini," kata Harliza kepada Maria.

b)

"Kamu hendak pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di

Istana Budaya pada malam ini?" tanya Harliza kepada Maria.

c)

"Pada malam esok apa kata kalau kita pergi menonton persembahan

Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya?" kata Harliza kepada Maria.

d)

"Harliza, malam ini apa kata kita menyaksikan persembahan Orkestra

Simfoni Muda di Istana Budaya?" tanya Maria.

24.
  1. 24. Kain songket yang diperagakan oleh peragawati itu ditenun oleh Mek Su,

penenun yang terkenal di pantai timur.

a)

Kain songket yang diperagakan oleh Mek Su itu ditenun oleh seorang

peragawati yang terkenal di pantai timur.

b)

Seorang penenun yang terkenal di pantai timur telah memperagakan kain

songket itu.

c)

Peragawati itu telah memperagakan kain songket yang ditenun oleh

Mek Su, penenun yang terkenal di pantai timur.

d)

Peragawati itu dan Mek Su penenun yang terkenal di pantai timur telah

memperagakan kain songket.

25.
  1. 25. Cikgu Nadia menasihati murid-muridnya supaya banyak membaca majalah

    untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

a)

"Kita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu

pengetahuan," jelas Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

b)

"Kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

c)

"Saya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan

ilmu pengetahuan," ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

d)

"Mereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu

pengetahuan," nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.