Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2024

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Gambar di bawah menunjukkan keadaan buah oren yang diperhatikan selepas dua minggu pada suhu bilik.

Apakah cara terbaik yang boleh dilakukan terhadap buah oren tersebut?

a)
A. Memakan buah oren itu untuk mengelakkan pembaziran
b)
B. Membuang buah oren itu di dalam tong sampah
c)
C. Mengeringkan buah oren itu
d)
D. Menanam buah oren itu di dalam tanah
2.

Berdasarkan data yang dipaparkan di atas, apakah faktor yang menyebabkan peningkatan kes pada tahun 2019?

a)
A. Penduduk kurang bersenam
b)
B. Peningkatan kes penyakit berjangkit
c)
C. Amalan kebersihan yang kurang di kalangan penduduk
d)
D. Peningkatan kadar pelepasan asap toksik oleh kilang
3.


Pilih dan tandakan (√) pada kotak jawapan yang betul tentang kes keracunan makanan pada tahun 2020.

a)
Pihak berkuasa tempatan telah menaikkan kadar denda kepada pemilik kedai makan dan restoran yang tidak mematuhi peraturan kebersihan yang telah ditetapkan.
b)
Penduduk di negeri tersebut meminum air daripada sungai tanpa dimasak terlebih dahulu.
c)
Pembuangan sampah-sarap di merata tempat semakin meningkat menyebabkan pembiakan lalat dan haiwan perosak.
4.

ITEM 4: ADA BAIK, ADA BURUKNYA


Penularan virus Covid-19 di seluruh dunia sejak tahun 2019 telah mencatatkan jutaan kes. Namun begitu, jumlah kes sembuh di seluruh dunia juga lebih tinggi berbanding kematian.


Apakah langkah yang telah dibuat untuk membendung penularan virus tersebut?

a)
A. Penciptaan vaksin untuk mencegah penularan
b)
B. Pengambilan antibiotik untuk menyembuhkan penyakit
c)
C. Kempen kesedaran diadakan di tempat-tempat awam
d)
D. Kelonggaran pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial
5.


Pembuangan minyak masak terpakai secara terus ke dalam sinki atau longkang akan memberikan impak yang besar kepada sistem saliran.

 
Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya perkara ini tidak dibendung.


I   Mengelakkan pencemaran
II  Meningkatkan kejadian banjir kilat
III Kebersihan rumah lebih terjaga
IV Menyebabkan sistem saliran tersumbat

a)
A. I dan II
b)
B. II dan III
c)
C. I dan IV
d)
D. II dan IV
6.

ITEM 2: TOLONG, JANGAN BUANG SAYA!


Puan Amirah mendapati terdapat beberapa tong sabun yang tidak digunakan lagi.

 
Apakah langkah terbaik yang boleh dilakukan Puan Amirah bagi membantu melestarikan alam sekitar?


J Menghantar ke pusat kitar semula
K Menanam tong tersebut
L Menjadikan bekas tanaman 

a)
A. J dan K
b)
B. K dan L
c)
C. J dan L
7.

Item 3 dan 4 berdasarkan jadual di bawah.

Jadual menunjukkan statistik pembuangan sisa elektronik (e-waste) yang merangkumi barangan televisyen, komputer dan bateri yang boleh dicas semula dari tahun 2010 hingga 2020 di negara X.

Berdasarkan jadual di atas, apakah faktor yang menyumbang kepada perubahan jumlah pembuangan elektronik di negara X?


I   Jangka hayat peralatan elektronik tidak lama
II  Tidak dikendalikan dengan baik
III Kos membaik pulih yang lebih tinggi
IV Peningkatan nilai mata wang negara

a)
A. I dan II
b)
B. III dan IV
c)
C. I, II dan III
d)
D. I, II, III dan IV
8.


ITEM 4: TOLONG, JANGAN BUANG SAYA!


Apakah kesan kepada alam sekitar sekiranya sisa elektronik ini tidak diuruskan dengan cara yang betul?

a)
A. Pencemaran
b)
B. Penyakit berjangkit
c)
C. Perubahan iklim negara
d)
D. Peningkatan kos pelupusan sisa elektronik
9.


ITEM 1: ENAKNYA!


Gambar di bawah menunjukkan lambakan buah-buahan import yang masih segar dan enak rasanya.


Buah-buahan diawet secara pelilinan.


Apakah yang membantu buah tersebut tahan lebih lama?

a)
A. Keasidan yang sesuai
b)
B. Tidak terdedah kepada udara
c)
C. Kehadiran cahaya
d)
D. Kehadiran mikroorganisma
10.


ITEM 2: ENAKNYA!


Penjerukan merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk memanjangkan hayat makanan.


Pilih jawapan yang betul tentang kaedah pengawetan di atas.

a)
A. Penjerukan menyebabkan makanan tidak akan rosak
b)
B. Makanan direndam di dalam larutan yang mempunyai keasidan yang sesuai untuk mengelakkan pertumbuhan mikroorganisma.
c)
C. Makanan yang dijerukkan akan tahan lebih lama dan membolehkannya dimakan di luar musim.
11.


ITEM 3: ENAKNYA!

Terdapat lebih daripada satu kaedah yang sesuai untuk mengawet cili.


Nyatakan kaedah-kaedah tersebut.

 
I   Pempasteuran
II  Penyalaian
III Pengeringan
IV Pendinginan 

a)
A. I, II dan III
b)
B. I, II dan IV
c)
C. II, III dan IV
d)
D. I, III dan IV
12.


ITEM 1: AYUH SEPAK! 


Daya tidak dapat dilihat tetapi kesannya boleh diperhatikan seperti contoh dalam permainan di bawah.


Permainan bola sepak memerlukan pemain mengenakan daya ke atas bola yang digunakan. 

Tandakan (√) pada kesan daya yang terlibat.

a)
Daya mengubah bentuk objek
b)
Daya mengubah arah pergerakan objek
13.


ITEM 2: AYUH SEPAK!


Daya boleh mengubah kelajuan sesuatu objek yang sedang bergerak.

 
Berdasarkan pernyataan di atas, pilih contoh situasi yang menunjukkan kesan daya tersebut.

a)
A. Melepaskan anak panah daripada busur
b)
B. Memukul bola tenis ke arah lawan
c)
C. Menekan kereta mainan yang sedang bergerak
d)
D. Mengayuh basikal dengan lebih pantas
14.


ITEM 3: AYUH SEPAK!


Kesan daya geseran memberikan kebaikan kepada aktiviti harian kita. 

Tandakan (√) pada pernyataan yang betul.

a)
Daya geseran akan menyebabkan saiz getah pemadam menjadi semakin kecil.
b)
Pad brek basikal dapat memperlahankan dan menghentikan basikal yang bergerak.
15.


ITEM 4: AYUH SEPAK!


Bagaimanakah caranya bagi memastikan kayuhan yang dilakukan oleh pelumba basikal sentiasa lancar dan mempunyai geseran yang paling sedikit?

a)
A. Mengurangkan tekanan angin di dalam tayar
b)
B. Memastikan rantai basikal tidak berkarat
c)
C. Mengecat basikal dengan warna yang terang dan menarik
d)
D. Sentiasa mencuci basikal selepas digunakan
16.


ITEM 1: SIAPA LAJU?


Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil oleh empat jenis kenderaan untuk bergerak sejauh 100km. 

Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang tepat .

a)
Motosikal bergerak paling laju
b)
Kereta api bergerak lebih laju daripada kenderaan lain
c)
Bas bergerak lebih laju daripada motosikal dan kereta
17.


ITEM 2: SIAPA LAJU?


Jadual di bawah menunjukkan unit kelajuan yang sesuai bagi kereta, atlet lumba lari dan arnab.

Berdasarkan jadual tersebut, apakah unit kelajuan yang sesuai untuk pergerakan menggunakan basikal di kawasan taman perumahan?

a)
A. sentimeter per saat
b)
B. meter per saat
c)
C. kilometer per jam
18.

ITEM 3: SIAPA LAJU?


Sebuah motosikal mengambil masa lima belas minit untuk bergerak sejauh 20 kilometer. Apakah kelajuan motosikal tersebut dalam unit kilometer per jam (km/j)?

a)
A. 70 km/j
b)
B. 80 km/j
c)
C. 90 km/j
d)
D. 100 km/j
19.

ITEM 1: SALING BERSAING

Antara berikut, pernyataan manakah yang benar mengenai persaingan dalam situasi di bawah.

a)
A. Persaingan berlaku untuk mendapatkan pasangan
b)
B. Persaingan berlaku untuk mendapatkan tanah
c)
C. Persaingan berlaku untuk mendapatkan makanan
d)
D. Persaingan berlaku untuk mendapatkan udara
20.


ITEM 2: SALING BERSAING


Apakah kepentingan interaksi antara hidupan dalam ekosistem kita?


I   Mengawal populasi hidupan
II  Memastikan kemandirian spesies
III Menjaga keseimbangan alam
IV Memelihara kebersihan alam sekitar

a)
A. I, II dan III
b)
B. I, II dan IV
c)
C. I, III dan IV
d)
D. II, III dan IV
21.


ITEM 3: KASIHANILAH KAMI!

Pusat Rehabilitasi Orang Utan di Sepilok dibina untuk menyelamatkan anak-anak orang utan yang terpisah daripada ibunya.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kepupusan haiwan tersebut?

P Mengekalkan hutan simpan
Q Pemanasan global
R Pemburuan haram
S Bencana alam

a)
A. P, Q dan R
b)
B. P, Q dan S
c)
C. P, R dan S
d)
D. Q, R dan S
22.

ITEM 4: KASIHANILAH KAMI!


Ramalkan apa yang akan terjadi jika berlaku kepupusan haiwan dan tumbuhan.


I   Ketidakseimbangan ekosistem
II  Kehilangan sumber makanan
III Keseimbangan alam sekitar
IV Kemusnahan habitat

a)
A. I, II dan III
b)
B. I, II dan IV
c)
C. I, III dan IV
d)
D. II, III dan IV
23.


ITEM 1: GELAP SEBENTAR


Fenomena di bawah berlaku apabila Bumi berada di antara Bulan dan Matahari dalam satu garis lurus.

a)
Betul
b)
Salah
24.


ITEM 2: GELAP SEBENTAR


Gambar di bawah menunjukkan bulan kelihatan perang-kemerahan ketika berlaku gerhana penuh.

Mengapakah keadaan ini terjadi?

a)
A. Kesan serakan dan pembiasan cahaya
b)
B. Bulan melalui kawasan lintasan bayangan penumbra
c)
C. Matahari, Bumi dan Bulan tidak berada dalam satu garis lurus
25.

ITEM 3: BINTANG-BINTANG DI LANGIT


Kenapa kita dapat melihat Bima Sakti dari Bumi?

a)
A. Galaksi Bima Sakti berada di sebelah Bumi
b)
B. Bumi berada di pinggir galaksi itu
c)
C. Galaksi Bima Sakti berada dalam Sistem Suria
d)
D. Galaksi Bima Sakti adalah satelit semula jadi Bumi
26.

Objek X di bawah sangat stabil. Mengapa?

a)
A. Mempunyai luas tapak yang besar
b)
B. Mempunyai ketinggian yang sesuai
c)
C. Diperbuat daripada bahan yang kuat
d)
D. Diperbuat daripada jenis bahan binaan yang stabil
27.


ITEM 2: JOM BINA


Berikut merupakan kepentingan binaan yang kuat dan stabil kecuali ____________.

a)
A. Dapat digunakan dalam tempoh yang lama
b)
B. Mengurangkan kelestarian bahan binaan
c)
C. Menjimatkan kos membaik pulih
d)
D. Selamat digunakan
28.


ITEM 3: JOM BINA


Rajah di bawah menunjukkan tiga binaan rumah kertas iaitu P, Q dan R yang dihasilkan oleh Zharif. 

Susunkan rumah kertas berikut, mengikut tertib yang paling stabil kepada yang paling kurang stabil. 

a)
A. R, P, Q
b)
B. P, R, Q
c)
C. Q, R, P
d)
D. R, Q, P
29.


ITEM 4: JOM BINA


Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan perkembangan teknologi dalam bidang penternakan? 

a)
A. Penggunaan rumah hijau mengurangkan penggunaan sumber tenaga bahan api fosil.
b)
B. Penggunaan dron untuk menabur baja dengan lebih cepat
c)
C. Penghasilan anak benih berkualiti menggunakan teknologi kultur tisu
d)
D. Penyelidikan dalam bidang bioteknologi meningkatkan kualiti ternakan tempatan.
30.


ITEM 5: JOM BINA


Rajah di bawah menunjukkan sejenis alat komunikasi.

Apakah kelebihan penggunaan alat ini?

a)
A. Menggalakkan manusia untuk tidak bekerja
b)
B. Meningkatkan penggunaan tenaga
c)
C. Perkongsian maklumat berlaku secara meluas
d)
D. Maklumat peribadi senang dicerobohi dan disalah gunakan