Font size
WorksheetsTOPIK 3 PENGAJIAN MORAL
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
Berikan tokoh-tokoh pengasas kepada teori-teori berikut :
i. Teori Kemoralan Sosial ____________. ii. Teori Keperibadian Mulia _________. iii. Teori Utilitariasme __________. iv. Teori Egoisme __________.
v. Teori Prinsip Kewajipan ______________. vi. Teori Prinsip Eksistensialisme ________________.
(a)
Apakah yang dimaksudkan Categorical imperative menurut Immanuel Kant?
Suatu bentuk arahan yang mutlak dan tidak berubah.
Suatu bentuk arahan yang pada awalnya tidak dalam mutlak akan tetapi berubah.
menjadi sesuatu yang wajib mutlak apabila seseorang melakukannya mengikut tujuan tertentu.
Suatu bentuk arahan yang tidak penting.
Suatu bentuk arahan yang tidak perlu diikuti.
Siapakah pemilik di bawah ini dan nyatakan aliran pemikirannya?
Aristotle, teori teleologi
Immanuel Kant, teori deontologi
Socrates, teori utilitarianisme
Plato, teori eksistensialisme
Nyatakan perbezaan utama antara Teleologi dan Deontologi.
Teleologi menilai sesuatu kepada kesan perbuatan, Deontologi mementingkan perbuatan atau nilai kelakuan.
Teleologi mementingkan kesan perbuatan, Deontologi menilai sesuatu kepada akibat.
Teleologi mementingkan perbuatan, Deontologi menilai kesan perbuatan.
Teleologi menilai kesan perbuatan, Deontologi mementingkan perbuatan atau nilai instrumental.
Apakah kelemahan teori deontologi?
Menggalakkan keganasan dan pertahanan diri.
Tidak menyokong idea mempertahankan diri dan menetapkan bahawa semua bentuk keganasan adalah salah.
Membenarkan tindakan balas terhadap keganasan.
Menekankan kebebasan bertindak tanpa batasan.
Fikrkan SATU (1) contoh kelemahan teori teleologi.
Teori ini menekankan nilai instrumental perbuatan.
Teori ini menilai perbuatan berdasarkan motif.
Teori ini hanya mementingkan kesan sahaja tanpa memikirkan buruk atau baik untuk mencapai matlamat.
Teori ini menekankan keberanian dalam tindakan.
Terangkan secara ringkas teori keperibadian mulia (virtue ethics) oleh Aristotle.
Etika berkaitan dengan keputusan moral yang rasional.
Etika berkaitan dengan keperibadian, sifat perangai, dan ciri watak yang mulia. Boleh dimiliki melalui latihan dan amalan yang berterusan.
Etika berkaitan dengan kepentingan individu semata-mata.
Etika berkaitan dengan tindakan moral yang segera dilakukan.
Nyatakan 4 kebaikan utama (The Four Cardinal Virtues) menurut Aristotle.
Kebijaksanaan, Keberanian, Keadilan, Kebahagiaan
Kebijaksanaan, Kesederhanaan, Keberanian, Keadilan
Kebijaksanaan, Kawalan kendiri, Keberanian, Keadilan
Kebijaksanaan, Kesederhanaan, Keadilan, Kebahagiaan
Apakah yang dimaksudkan dengan Eksistensialisme?
Fahaman yang menentang monopoli ekonomi.
Falsafah individualistik yang menerangkan kepercayaan individu untuk membuat pilihan dan mencari makna kehidupan dengan diri sendiri.
Fahaman yang memisahkan urusan agama dari kehidupan individu
Ideologi yang menekankan hak milik individu.
Apakah perbezaan antara Kapitalisme, Sosialisme, dan Komunisme?
Kapitalisme - hak milik individu, Sosialisme - egalitarian tanpa kelas dan negara, Komunisme - hak milik individu
Kapitalisme - hak milik individu, Sosialisme - hak milik kelompok, Komunisme - egalitarian tanpa kelas dan negara
Kapitalisme - egalitarian tanpa kelas dan negara, Sosialisme - hak milik individu, Komunisme - hak milik kelompok
Kapitalisme - hak milik kelompok, Sosialisme - egalitarian tanpa kelas dan negara, Komunisme - hak milik individu
Apakah pandangan atau kritikan terhadap teori keperibadian mulia (virtue ethics) oleh Aristotle?
Terlalu menekankan perbuatan secara teliti sehingga melupakan tujuan sebenar manusia dalam tindakan moralnya.
Memusatkan perhatian kepada bagaimana menjadi individu yang baik tanpa menekankan perbuatan.
Tidak memberikan sempadan yang jelas dalam membezakan kebaikan dengan sifat buruk.
Ketiadaan kod etika yang perlu diikuti dalam menghadapi dilema moral, hanya menyatakan manusia yang rasional akan bertindak baik demi kebahagiaannya.
Apakah pandangan atau kritikan terhadap teori kebaikan (virtue ethics) oleh Aristotle?
Memusatkan perhatian kepada bagaimana menjadi individu yang baik tanpa menekankan perbuatan.
Ketiadaan kod etika yang perlu diikuti dalam menghadapi dilema moral.
Terlalu menekankan perbuatan secara teliti sehingga melupakan tujuan sebenar manusia dalam tindakan moralnya.
Tidak memberikan sempadan yang jelas dalam membezakan kebaikan dengan sifat buruk, hanya menyatakan manusia mesti mengamalkan mahmudah untuk bahagia.
