wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5B8L1

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di bandar. Apakah inisiatif kerajaan bagi merealisasikan hasrat tersebut?
a)
Menggalakkan pembukaan tanah
b)
Memajukan sektor perindustrian
c)
Memperuntukkan bantuan kredit
d)
Meningkatkan pengeluaran makanan
2.
Jadual berikut menunjukkan penurunan peratusan kadar kemiskinan di negara kita. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
a)
Pertambahan buruh asing
b)
Penambahbaikan sistem perbankan
c)
Peningkatan pendapatan isi rumah
d)
Pengamalan polarisasi kaum
3.
Gambar berikut merupakan rumah kediaman peneroka FELDA sebelum dan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan gambar tersebut tentang kejayaan DEB ?
a)
Menaikkan taraf hidup rakyat
b)
Memudahkan pemilikan geran tanah
c)
Meningkatkan bilangan ahli keluarga
d)
Memperkayakan kebudayaan tempatan
4.
Agensi berikut ditubuhkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). * Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) * Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?
a)
Memodenkan teknologi
b)
Membangunkan wilayah
c)
Memberikan pinjaman modal
d)
Melaksanakan dasar penswastaan
5.
Senarai berikut ialah agensi yang berkaitan dengan program pembangunan wilayah. • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) • Lembaga KemajuanPahang Tenggara (DARA) • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh agensi tersebut?
a)
Nanas dan kopi
b)
Kelapa dan koko
c)
Tembakau dan teh
d)
Getah dan kelapa sawit
6.
Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991?
a)
Mencapai perpaduan negara
b)
Menyekat kemasukan imigran
c)
Menyeragamkan sistem kewangan
d)
Memperkukuh sektor pertahanan
7.
Rancangan Buku Hijau diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974. Apakah matlamat rancangan tersebut?
a)
Menambahkan pendapatan rakyat
b)
Menyusun semula masyarakat
c)
Membuka peluang pekerjaan
d)
Mengembangkan pasar tani
8.
Maklumat berikut berkaitan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pelaksanaan DEB menyebabkan kadar kemiskinan penduduk dapat dikurangkan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 17.1 peratus pada tahun 1990. Bagaimanakah kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tersebut?
a)
Melancarkan proses urbanisasi
b)
Menyusun semula masyarakat
c)
Membuka peluang pekerjaan
d)
Membina penempatan baharu
9.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) diperkenalkan bagi memperbaik taraf hidup rakyat. Apakah implikasi positif daripada perkembangan industri tersebut?
a)
Melahirkan ramai usahawan muda
b)
Menambah bilangan saham bumiputera
c)
Mewujudkan persaingan dengan syarikat besar
d)
Menstrukturkan semula bantuan kewangan negara
10.
Gambar ini berkaitan perkembangan industri di negara kita. Apakah tujuan penubuhan taman tersebut?
a)
Mengurangkan kadar kemiskinan
b)
Merangsang kegiatan penyelidikan
c)
Meningkatkan industri pelancongan
d)
Melahirkan masyarakat perdagangan