Font size
WorksheetsSoalan Qawaid Fiqhiyyah
Total questions: 100
Worksheet time: 1hrs 15mins
Apakah kaedah-kaedah yang disepakati oleh keempat-empat mazhab?
الأمور بمقاصدها
اليقين لا يزال بالشك
المشقة تجلب التيسير
الضرر يزال
العادة محكمة
Pengertian qawaid pada bahasa dan istilah
asal sesuatu dan ia merupakan asas sesuatu dan asalnya. pada istilah ia bermaksud dapat dijelaskan dengan membawa beberapa pengertian.
kaedah dalam undang-undang islam
menjadi antara asas rujukan bagi memahami dan menggembangkan fiqh islam tentang kaedah hukum
lafaz atau perkataan
Perbezaan antara Kaedah Fiqhiyyah dan Kaedah Usuliyyah
perbezaanya ialah merupakan ilmu yang berasingan
perbezaannya ialah ia digunakan untuk memahami maksud hukum
kaedah fiqhiyyah ialah kaedah hasil dari kesimpulan manakala usuliyyah ialah kaedah dari tatabahasa
qawaid fiqhiyyah mengandungi pelbagai kaedah
betul
salah
Faedah mempelajari ilmu qawaid fiqhiyyah kecuali
mendapat dosa
membantu ulama untuk mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip syariah dan fiqh
mengetahui hukum daripada masalah fiqh yang timbul sepanjang zaman dan tidak mempunyai nas dari al-Quran dan Sunnah
pecahan dan cabang masalah fiqh dapat dikuasai dan diketahui melalui kaedah fiqhiyyah
kaedah asas dibahagikan kepada?
7
12
5
1
Perlu atau tidak mempelajari ilmu qawaid fiqhiyyah
tidak
perlu
Kaedah utama bagi qawaid fiqhiyyah adalah
Setiap amalan bergantung kepada niat
Kemudaratan perlu dihapuskan
Kesulitan menjadi sebab keringanan/kemudahan
Kemudharatan hendaklah dihilangkan
Adat sebagai sumber hukum
Dalam bahasa Arab, KAEDAH FIQH diistilahkan sebagai?
Qawakib Fiqh
Qawaid Fiqh
Qasaid Fiqh
Qawadih Fiqh
Apakah maksud Kaedah Fiqh?
Sekumpulan kaedah-kaedah hukum fiqh yang dirumuskan ulama
Sekumpulan umat Islam yang membincangkan tentang hukum fiqh
Sekumpulan kitab dan penulisan ulama tentang fiqh
Sekumpulan dasar-dasar pengurusan dan pemerintahan negara
Pilih penyataan yang benar tentang KAEDAH FIQH:
i. Satu kaedah umum yang dirumuskan
ii. Diambil daripada Quran dan Sunnah
iii. Disusun oleh para ulama
iv. Dihasilkan untuk memudahkan hukum
i & ii
ii & iii
i, ii & iii
i, ii, iii & iv.
Apa sahaja matlamat dan objektif manusia dalam melakukan sesuatu perkara perlulah
Selari dengan objektif dan matlamat Syarak
Memberikan manfaat kepada dirinya sendiri
Menjamin ekonomi negara
Selari dengan agenda peribadi
Kepentingan ilmu qawaid fiqhiyyah adalah untuk
Memberi kemudahan kepada ulama dan masyarakat awam untuk membuat rujukan dan memahami dalil-dalil
Memudahkan hukum yang sedia ada telah ditetapkan
Membantu dalam membuat penentuan hukum bagi masalah-masalah baru yang timbul
Membina hukum yang baru
Apa pendapat Fuqaha mengenai sifat Qawaid Fiqhiyyah?
A.Selalu bersifat kulli
B.Selalu bersifat Aghlabiyah
C.Kadang bersifat Kulli dan kadang bersifat Aghlabiyah
D.Tidak ada pendapat yang jelas
Apa perbedaan utama antara Qawaid Fiqhiyyah dan Ushul Fiqh?
A. Qawaid Fiqhiyyah lebih umum
B. Ushul Fiqh lebih umum
C. Qawaid Fiqhiyyah tidak ada yang menjelaskan
D. Ushul Fiqh yang tidak ada yang menjelaskan
Siapa yang pertama kali membahas Qawaid Fiqhiyyah?
A. Imam Syafi'i
B. Izzuddin bin Abdul Aziz bin Abdus Salam
C. Ibrahim dan Ismail
D. Al-Karkhi
Ilmu qawaid fiqh melalui zaman pertumbuhan, perkembangan dan kematangannya. Bilakah zaman pertumbuhan dan kelahiran Ilmu Qawaid Fiqhiyyah?
Bermula dari zaman kelahiran Nabi Muhammad SAW baginda wafat.
Bermula dari zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW hingga abad ketiga hijrah
Bermula pada zaman pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq hingga zaman Ali bin Abi Talib
Bermula pada zaman kemunculan para-para ulama’ fiqh iaitu Imam Hanafi, Imam Hanbali, Imam Maliki dan Imam Syafi’i
Ilmu qawaid fiqhiyyah tidak terdapat secara lansung pada zaman sahabat RA kerana para sahabat…
Meneruskan ilmu yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Berusaha untuk mengembangkan dan mengamalkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadat.
Takut untuk membincangkan sesuatu ilmu yang baharu kerana menghormati ilmu yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.
Berusaha untuk mempelajari dan mendalami al-Quran dan hadis Nabi SAW bagi memahami persoalan aqidah, ibadat, muamalat, akhlak serta kisah-kisah dalam al-Quran.
Zaman tabi’in merupakan zaman awal perkembangan qawaid fiqhiyyah. Nyatakan sebab kenapa zaman berlaku perkembangan ilmu qawaid fiqhiyyah pada zaman ini.
Hukum hakam jenayah Islam perlu dilaksanakan
Perundangan dan prinsip Syariat Islam dibincangkan dan dipraktikkan
Timbul persoalan-persoalan hukum yang baru atau dikenali dengan ilmu fiqh
wujud perselihian pendapat berkaitan persoalan-persoalan keimanan dan ketuhanan atau dikenali dengan ilmu aqidah
Muhammad bin Abdullah bin Rasyid al-bakri al-Qafshi merupakan ulama yang terawal membincangan kaedah fiqhiyyah. Nyatakan mazhab manakah yang beliau ikuti?
Mazhab Hanafi.
Mazhab Maliki.
Mazhab Syafi’e.
Mazhab Hanbali.
# Menjadikan Kaedah Fiqh sebagai peraturan
# Mentahqiq buku-buku kaedah Fiqh karangan ulama’ silam.
# Mengeluarkan kaedah dari buku-buku karangan Imam Syafi’e iaitu al-Umm.
# Memilih kaedah tertentu untuk dijadikan perbahasan yang khusus.
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan peringkat kegiatan keilmuan Qawaid Fiqhiyyah berlaku pada tersebut.
Peringkat peneguhan.
Peringkat perkembangan.
Peringkat kelahiran atau pembinaan
Peringkat penyusunan dan perkembangan
Kitab al-Qawaid “Al-Qawaid fi Furu’I al- Syafi’iyah” merupakan kitab rujukan dalam perbincangan ilmu qawaid fiqhiyyah. Golongan maknakah yang menjadikan kitab tersebut sebagai rujukan?
Ulama’ Syafi’iyah
Ulama’ Hanafiyah
Ulama’ hambaliyah
Ulama’ Malikiyyah
Terdapat beberapa faktor utama perkembangan ilmu qawaid fiqhiyyah. Manakah di antara pernyataan berikut merupakan faktor utama perkembangan ilmu qawaid fiqhiyyah?
I. Penafsiran nas yang berbeza.
II. Peranan para ulama dan mujtahid.
III. Wujud persoalan/hukum furu’ dalam fiqh.
IV. Wujud kaedah-kaedah umum berasaskan adat.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
I, II, III dan IV
Seorang isteri yang kehilangan suami dan meninggalkan rumah, dia tidak dapat berkahwin dengan lelaki lain kerana hukumnya masih isteri orang kecuali ada bukti lain selepas itu.
Betul
Salah
Seseorang yang telah berwudhuk dan solat, kemudian datang ragu-ragu adakah dia masih berwudhuk, maka dia masih dikira tidak berwudhuk.
Betul
Salah
Seseorang yakin suci kemudian dia ragu berhadas, maka dia dikira tidak suci.
Betul
Salah
Wahm adalah keraguan atau perasaan berbelah bagi serta sama banyak antara keyakinan dan keraguan.
Betul
Salah
Zann adalah keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara.
Betul
Salah
Syak adalah berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan.
Betul
Salah
Perkara yakin boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh keraguan (syak).
Betul
Salah
الْيَقِنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ
“Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira”
Betul
Salah
4.Pilih dan tandakan (/) individu yang berkaitan dengan aplikasi ilmu Qawaid Fiqhiyyah dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku dikalangan umat Islam? (3M)
Fuqaha
Wali
Qadhi/Kadi
Nazir
Mufti
Kaedah kedua ialah ”Keyakinan tidak hilang dengan syak" ( اليقين لا يزال بالشك ). Nyatakan pengertian yakin dalam kaedah tersebut.
Sesuatu yang pasti berdasarkan penglihatan atau kajian atau dalil dan bukti.
Sesuatu yang diyakini berlaku berdasarkan pembacaannya dimedia sosial.
Sesuatu keadaan di mana ia hampir pasti dan berada di antara kemungkinan ada sesuatu atau tidak ada serta tidak dapat dipastikan
Sangkaan yang lebih hampir kepada keyakinan berdasarkan pancaindera manusia.
"Semasa perjalanan ke masjid, jubah Aizad terkena najis tetapi beliau tidak dapat mengenalpasti tempat sebenar yang terkena najis tersebut. Dalam hal ini beliau hendaklah membersihkan seluruh bahagian jubahnya."
Berdasarkan pernyataan berikut, kaedah manakah yang boleh digunakan oleh beliau?
Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan
(ليقين لا يزال بالشك )
Kesukaran membawa kepada kemuhadahan (المشقة تجلب التيسير )
Kemudaratan mesti dihapuskan (الضرر يزال)
Adat dijadikan hukum (لعادة محكمة)
Kaedah (وما يشترط فيه التعرض فالخطأ فيه مبطل ) yang bermaksud: “sesuatu amalan yang mana dalam perlaksanaannya disyaratkan memastikan atau menjelaskan niat, jika berlaku kesilapan dalam memastikan atau penjelasan menyebabkan terbatal atau tidak sah”.
Manakah antara berikut merupakan contoh yang sesuai bagi kaedah ini?
Nazmin berniat untuk melakukan solat fardu Zohor pada waktu Asar
Nirmeen merancang unytuk membantu mencuci rumah mangsa banjir baru-baru ini.
Najla memasukkan duit ke dalam tabung Pusat Islam sebanyak RM10 denga niat mewakafkan.
Najda menghantar kedua ibu bapanya ke lapangan terbang dan berniat untuk mengerjakan umrah bagi ibu bapanya.
Kaedah Fiqhiyyah yang pertama iaitu (الأمور بمقاصدها) bermaksud: “Setiap perkara dinilai berdasarkan tujuan dan niat”. Berdasarkan kaedah pertama, pernyataan manakah yang sesuai dengan kaedah tersebut.
I. Tutur bicara merupakan penentuan baik atau buruk seseorang.
II. Segala perbuatan itu dinilai bergantung kepada niat seseorang.
III. Niat dalam hati menjadi pertimbangan amalan seseorang individu.
IV. Perbuatan yang menentukan sama ada seseorang itu mendapat pahala atau dosa.
I dan II.
I dan III.
II dan III.
II dan IV.
Niat hendaklah ada pada permulaan melakukan sesuatu atau pada awal perbuatan. Manakah di antara padanan berikut benar mengenai niat?
Amin niat berwuduk ketika membasuh muka. (Tidak Sah)
Fatimah berniat puasa Ramadhan sebelum azan subuh. (Tidak Sah)
Azri telah membayar zakat perniagaan tetapi beliau terlupa niat semasa membayar zakat. (Sah)
Taufik dan Hidayah niat mengerjakan haji apabila sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz. (Tidak Sah)
Niat merupakan perkara utama dalam menetukan sesuatu ibadah ibadah itu diterima Allah SWT atau sebaliknya. Amalan manakah yang tidak memerlukan niat ketika melaksanakannya?
Berzikir
Bersedekah.
Solat Subuh.
Menyembelih binatang.
Setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang muslim akan dikira sebagai satu ibadat bergantung kepada niat. Manakah di antara pernyataan berikut adalah tidak benar mengenai fungsi niat.
Membezakan antara adat dengan ibadat.
Membezakan keutamaan ibadat yang dilakukan.
Membezakan martabat atau jenis ibadat yang dilakukan.
"Salim bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak akan bercakap dengan sesiapa pun. Namun di dalam hati beliau, beliau bermaksud kepada isteri Tarmizi."
Manakah antara berikut merupakan tindakan yang dikira sebagai melanggar sumpah tersebut?
Salim datang rumah Tarmizi kerana diundang oleh isterinya
Salim menghadiri undangan majlis perkahwinan Tarmizi dan isterinya
Salim menghantar pesanan SMS kepada isteri Tarmizi untuk bertanyakan khabar Tarmizi
Salim bertanyakan khabar isteri Tarmizi ketika beliau berjumpa dengan isteri Tarmizi di pejabat
العبرة فى العقود للمقاصد والمعانى لا للألفاظ والمبانى
bermakna
yang dinilai dalam akad adalah maksud bukan bentuk akad
bentuk akad menentukan hukum
maksud akad membawa bentuk akad
akad dan maksud akad mesti selari
Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh) maka puasanya......
batal
harus
sah
dilarang berpuasa
Hukum Niat?
makruh
wajib
harus
sunat
Tempat Niat?
dalam hati
masa hendak melakukan ibadat
awal waktu
di hujung waktu
antara syarat niat
Islam
lelaki
wanita
ahli kitab
Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira...
masih suci
masih berhadas
masih bernajis
masih kotor
Apakah contoh syak yang lahir dari sumber yang harus?
Haiwan sembelihan yang diimport diragui disembelih oleh orang bukan Islam.
Seseorang yang berurusan manusia yang majoriti sumbernya haram.
Barang yang ditemui tanpa diketahui siapa pemilik barang tersebut.
Air mutlak dalam bekas berubah warna
Sah solat seseorang walaupun tidak diiringi niat untuk menunaikan solat.
Betul
Salah
Apakah tuntutan Islam berkaitan "al-Umur bi Maqasidiha"?
Semua perkara berdasarkan niat, tetapi niat tidak menghalalkan cara
Niat menentukan sesuatu aktiviti itu baik/berpahala atau buruk/berdosa
Apa sahaja perlakuan dan aktiviti manusia, perlu disertakan niat yang baik
Walaupun niat seseorang baik, tetapi jika perlakuannya melanggar Syariat, dia tetap berdosa
Ali tidak membaharui wuduknya dalam solat isyak dan meneruskan solat dengan wuduk solat maghrib
Al-Umur bi maqasidiha
Al-Darar yuzalu
Al-Adah muhakkamah
Al- Yaqin la yuzalu bi al-syak
Al-Mashaqqah tajlibu al-taisir
Pilih kaedah fiqh yang tepat dengan penentuan niat bagi sesuatu amal perbuatan;
al-umuru bimaqasidiha
al-masyaqqah tajlibu al-taysir
innamal a'malu binniyah
al-adah muhakkamah
Pengembara menggunakan kompas bagi menentukan arah kiblat yang tepat untuk melaksanakan solat di dalam hutan
Aapakah kaedah fiqh yang sesuai bagi pernyataan di atas ?
A. Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
Kemudharatan hendaklah dihilangkan
Adat dijadikan hukum
Lina membuat tudung bayi dan kanak kanak untuk menggalakkan ibu bapa diluar sana menerapkan kewajiban menutup aurat. Apakah kaedah fiqh yang digunakan oleh Lina?
segala urusan berdasarkan dengan niat dan tujuan
keyakinan tidak dihapuskan dengan syak
1. Maksud الضرر يزال ialah
Kemudharatan harus dihilangkan.
Keadaan dharurat menghapuskan tegahan.
Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan.
2. Contoh الضرر يزال ialah
Harus makan bangkai ketika terdesak seperti sangat lapar untuk menyelamatkan nyawa daripada mati kebuluran .
Fasakh nikah kerana aib.
Harus doktor lelaki memandang aurat wanita yang janabi sekadar tempat yang perlu sahaja.
3. Makna الضروررات تبيح المحظورات ialah
Keadaan dharurat menghapuskan tegahan.
Apa yang diharuskan dalam keadaan dharurat dikira mengikut kadar keperluan.
Kemudahan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan.
4. Contoh الضروررات تبيح المحظورات ialah
Harus doktor lelaki memandang aurat wanita yang janabi sekadar tempat yang perlu sahaja.
Harus makan bangkai ketika terdesak seperti sangat lapar untuk menyelamatkan nyawa daripada mati kebuluran .
Seseorang dipaksa minum arak, jika tidak minum beliau akan dibunuh, maka harus baginya meminum arak kerana ancaman membunuh itu lebih berat dari minum arak.
5. Makna ما أبيح للضرورة تقدر بقدرها ialah
Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan.
Kedaan dharurat menghapuskan tegahan
Apa yang diharuskan dalam keadaan dharurat dikira mengikut kadar keperluan.
6. Contoh ما أبيح للضرورة تقدر بقدرها ialah
Harus doktor lelaki memandang aurat wanita yang janabi sekadar tempat yang perlu sahaja.
Seseorang dipaksa minum arak, jika tidak minum beliau akan dibunuh, maka harus baginya meminum arak kerana ancaman membunuh itu lebih berat dari minum arak.
Wajib mencegah segala perniagaan haram seperti judi dan rak kerana kesan buruk yang timbul lebih banyak berbanding kesan baik.
7. Makna الضرر لايزال بالضرر ialah
Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan
Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan.
Apa yang diharuskan dalam keadaan dharurat dikira mengikut kadar keperluan.
8. Contoh الضرر لايزال بالضرر ialah
Harus melihat aurat pada tempat yang meerlukan rawatan.
Wajib mencegah segala perniagaan haram seperti judi dan rak kerana kesan buruk yang timbul lebih banyak berbanding kesan baik.
Seseorang dipaksa minum arak, jika tidak minum beliau akan dibunuh, maka harus baginya meminum arak kerana ancaman membunuh itu lebih berat dari minum arak.
9. Makna درء المفاسد مقدم على جلب المصالح ialah
Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan
Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan.
Keadaan dharurat menghapuskan tegahan.
10. Contoh درء المفاسد مقدم على جلب المصالح ialah
Diharuskan melihat bakal isteri untuk tujuan perkahwinan.
Seseorang dipaksa minum arak, jika tidak minum beliau akan dibunuh, maka harus baginya meminum arak kerana ancaman membunuh itu lebih berat dari minum arak.
Wajib mencegah segala perniagaan haram seperti judi dan rak kerana kesan buruk yang timbul lebih banyak berbanding kesan baik.
11. Makna الحاجة تنزل منزل الضرورة ialah
Keperluan mengambil tempat dharurat.
Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan.
Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahantan.
12. Contoh الحاجة تنزل منزل الضرورة ialah
Seseorang dipaksa minum arak, jika tidak minum beliau akan dibunuh, maka harus baginya meminum arak kerana ancaman membunuh itu lebih berat dari minum arak.
Kewajib mencegah segala perniagaan haram seperti judi dan rak kerana kesan buruk yang timbul lebih banyak berbanding kesan baik.
Diharuskan melihat bakal isteri untuk tujuan perkahwinan.
Jelaskan pengertian المشقة تجلب التيسير
Kesukaran membawa keringanan
Kesukaran mengharuskan perkara yang dilarang
Kesukaran membawa kemudahan
Kemudahan membawa kesukaran
Jelaskan maksud المشقة تجلب التيسير
Apabila terdapat suatu kesukaran dalam melaksanakan perintah Allah SWT, maka perintah itu dimansuhkan
Apabila terdapat suatu kesukaran dalam melaksanakan perintah Allah SWT, maka perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya.
Nyatakan dalil kaedah المشقة تجلب التيسير
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر
وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٖۚ
Hadis: إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
Hadis: يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا
TIGA sebab takhfif adalah
Terlupa seperti makan ketika berpuasa dalam keadaan lupa
Bukan Islam dibenarkan makan babi
Terpaksa seperti orang kebuluran terpaksa makan bangkai
Umum Balwa seperti percikan najis dan tanah di jalan raya
Dua kaedah terbitan المشقة تجلب التيسير
Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya luas
Apabila sesuatu itu longgar, hukum pelaksanaannya menjadi sempit
Keringanan membawa kesukaran
الضرورة تبيح المحظورات
Antara contoh kaedah terbitan
إذَا ضَاقَ الأَمرُ اتَّسَعَ
Perempuan yang ber'iddah kematian suami harus keluar rumah kerana terdesak
Harus jamak solat bagi musafir
Harus minum arak ketika bersama bukan Islam
Harus membunuh orang bukan Islam di mana sahaja
Antara contoh kaedah terbitan
إذَا اتَّسَعَ الأَمرُ ضَاقَ
Harus makan bangkai bagi orang yang kebuluran
Isteri ber'iddah yang dibenarkan keluar rumah kerana terdesak, tidak boleh keluar apabila masalahnya selesai.
Orang yang sakit kaki dibenarkan solat duduk, hendaklah solat berdiri apabila telah sembuh
Solat awal waktu
Pengertian kaedah إذَا ضَاقَ الأَمرُ اتَّسَعَ
Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.
Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi sempit
Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi luas.
Pengertian kaedah إذَا اتَّسَعَ الأَمرُ ضَاقَ
Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi sempit.
Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi luas.
Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi sempit.
"Perempuan yang ber'iddah harus keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk menyara hidup" Ini adalah contoh kaedah terbitan
إذَا ضَاقَ الأَمرُ اتَّسَعَ
إذَا اتَّسَعَ الأَمرُ ضَاقَ
"Hutang yang tertangguh untuk dibayar semasa ketiadaan wang mesti dibayar setelah berkemampuan". Ini adalah contoh kaedah terbitan
إذَا اتَّسَعَ الأَمرُ ضَاقَ
إذَا ضَاقَ الأَمرُ اتَّسَعَ
i. Memakan bangkai ketika darurat
ii. Berbuka puasa kerana terlalu lapar dan dahaga yang membawa kebinasaan diri
Di atas adalah contoh
Rukhsah Wajib
Rukhsah Sunat
Rukhsah Harus
i. Qasar solat ketika perjalanan (musafir)
ii.Berbuka puasa kerana sakit atau dalam perjalanan (musafir)
Di atas adalah contoh
Rukhsah wajib
Rukhsah Sunat
Rukhsah Khilaf al-Awla
i. Jual Salam
ii. bai’ al-araya
iii. Ijarah (sewaan)
Di atas adalah contoh
Rukhsah wajib
Rukhsah Sunat
Rukhsah Harus
Pada 11 Jun 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengumumkan Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun 2020 berikutan penularan wabak COVID-19. Meskipun penangguhan ini melibatkan kerajaan Arab Saudi secara langsung, pendakwah berdepan dengan masyarakat yang kecewa dengan keputusan tersebut lantaran sudah lama menunggu giliran dan persediaan yang mencukupi.
Sebagai seorang yang telah mempelajari ilmu qawaid fiqhiyyah, salah satu cara untuk menenangkan golongan ini adalah dengan menerangkan menggunakan kaedah fiqah
kemudaratan perlu dihapuskan
Kesulitan membawa keringanan
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
Segala urusan berdasarkan niatnya
الْأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّة
asal hukum
hukum kepada penjenayah
asal sesuatu bertanggunjawab
Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab.
Seseorang yang menggunakan harta orang lain mengatakan bahawa ia diizinkan, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan tersebut.
maka dalam hal ini pengakuan siapa yang akan diterima?
pengakuan pemilik
pengakuan peminjam
pengakuan qadi
pengakuan hakim
العبرة فى العقود للمقاصد والمعانى لا للألفاظ والمبانى
bermakna
yang dinilai dalam akad adalah maksud bukan bentuk akad
bentuk akad menentukan hukum
maksud akad membawa bentuk akad
akad dan maksud akad mesti selari
3. Pilih dua kaedah tambahan bagi kaedah الضرر يزال
ما أبيح للضرورة تقدر بقدرها
اذا ضاق الأمر اتسع
درء المفاسد مقدم من جلب المصالح
اذا اتسع الأمر ضاق
4. Pilih dua kaedah tambahan bagi kaedah المشقة تجلب التيسير
ما أبيح للضرورة تقدر بقدرها
اذا ضاق الأمر اتسع
درء المفاسد مقدم من جلب المصالح
اذا اتسع الأمر ضاق
Manakah contoh yang TIDAK TEPAT dengan kaedah fiqh kesukaran membawa kemudahan?
Harus menggantikan solat jumaat dengan solat zuhur disebabkan musafir
Boleh menggantikan wuduk dengan tayammum disebabkan ketiadaan air
Boleh menggunakan chopstik sebagai alat untuk makan
Wajib meninggalkan puasa ketika haid
Apakah yang dimaksudkan dengan al-darar?
Kebaikan
Kesulitan
Kemudaratan
Kesempitan
Berikan contoh kaedah terbitan
الأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ
Dakwaan A bahawa ia telah membayar hutang B ditolak kerana asalnya tiada bayaran dilakukukan
C mendakwa D telah berhutang dengannya. Maka dakwaan C ditolak kerana asalnya tiada tanggungjawab D untuk membayar hutang
E mendakwa F telah merosakkan motorsikalnya. Maka dakwaan E ditolak kerana asalnya tiada tanggungjawab F untuk membaikinya.
Jelaskan kaedah terbitan الأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ
Asal seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungjawab
Asal sesuatu perkara itu kekal mengikut apa yang sebelumnya
Dakwaan seseorang itu dikenakan sesuatu tanggungjawab adalah ditolak melainkan ada bukti yang cukup
Berikan contoh kaedah terbitan
الأَصْلُ بَقَاءٌ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ
Sesiapa yang yakin berwuduk dan syak hadasnya, maka dia dianggap masih dalam keadaan berwuduk
Encik A telah hilang selama 40 tahun dan tiada khabar berita tentangnya dianggap masih hidup dan layak menerima harta pusaka bapanya yang meninggal dunia
Puan C yang mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah pakaian dan makanan kepadanya, dianggap benar walaupun dinafikan oleh suaminya.
Jelaskan kaedah terbitan الأَصْلُ بَقَاءٌ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ
Asal sesuatu perkara itu kekal mengikut apa yang sebelumnya
Asal seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungjawab
Perlu dikekalkan hukum keadaan yang asal, sehingga ada bukti bertukar hukum tersebut
HASIL DNA DALAM MENENTUKAN KESAHIHAN HUBUNGAN SESEORANG ANAK BOLEH DIAMBIL KIRA WALAUPUN RUPA PARAS TIDAK SAMA DENGAN IBU BAPANYA
Tentukan Kaedah Fiqh yang sesuai bagi pernyataan tersebut.
Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
Kemudharatan hendaklah dihilangkan
Adat dijadikan hukum
4) Si fulan yang lapar mencuri daripada si fulan yang kebuluran
Kmudaratan dihilangkan dengan kebaikan
Kemudaratan dihapuskan dengan kemudaratan
kemaslahatan dihapuskan dengan kemudaratan
kemaslahatan dihapuskan dengan kemaslahatan
“Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahyang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat” adalah contoh
الأمور بمقاصدها
اليقين لايزال بالشك
الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ
الضَّرَرُ يُزَال
العادة محكّمة
“Janin yang dikandung oleh ibu cacat dan memudaratkan nyawa ibu. Maka janin perlu dibunuh” adalah contoh
الأمور بمقاصدها
اليقين لايزال بالشك
الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ
الضَّرَرُ يُزَال
العادة محكّمة
“Seseorang yang sedang berada dalam masjid kemungkinan dia masuk untuk merehatkan tubuhnya atau kemungkinan untuk beribadah ” adalah contoh
الأمور بمقاصدها
اليقين لايزال بالشك
الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ
الضَّرَرُ يُزَال
العادة محكّمة
“Seseorang yang makan di akhir malam dan kemudian syak tentang naik fajar- Puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal. ” adalah contoh
الأمور بمقاصدها
اليقين لايزال بالشك
الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ
الضَّرَرُ يُزَال
العادة محكّمة
“Seseorang yang mendakwa orang lain berhutang dengannya, mesti dibuktikan dakwaannya itu jika Orang Kena Dakwa menafikannya, kerana berpegang kepada asal kaedah. ” adalah contoh
الأمور بمقاصدها
اليقين لايزال بالشك
الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ
الضَّرَرُ يُزَال
العادة محكّمة
“Solat Jumaat dibatalkan demi memutuskan rangkaian covid-19 ” adalah contoh
الأمور بمقاصدها
اليقين لايزال بالشك
الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ
الضَّرَرُ يُزَال
العادة محكّمة
Ali membeli telefon. Kemudian, telefon tersebut rosak. Ali membawa telefon itu ke kedai Abu. Namun, Ali tidak menunjukkan sebarang resit pembelian. Ali tetap berkeras supaya Abu menggantikan telefon yang rosak tersebut. Dakwaan siapakah yang sepatutnya diterima?
Dakwaan Abu kerana asal sesuatu perkara adalah tiada melainkan Ali menunjukkan bukti ada.
Dakwaan Ali kerana Ali adalah pelanggan dan customer is always right.
Dakwaan Abu kerana Abu adalah penjual. Apa sahaja yang disebut penjual perlu diterima.
Dakwaan Ali kerana Ali telah teraniaya oleh Abu yang telah menindasnya.
