wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DRAMA ASIAH SAMIAH (Penguasaan Teks)

Total questions: 72

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.
Berapa tahun Marga Tua mendengarkan Asiah Samiah menyanyi di jalan itu pada setiap waktu senja?
a)
5 tahun
b)
10 tahun
c)
15 tahun
d)
20 tahun
2.
Nama ibu Asiah Samiah
a)
Tuan Setiawan Tanjung
b)
Puan Suari Alimin
c)
Sari Sari Biru
d)
Siti Bunirah
3.
Nama bapa Asiah Samiah
a)
Tuan Setiawan Tanjung
b)
Puan Suari Alimin
c)
Sari Sari Biru
d)
Siti Bunirah
4.
Nama kekasih Asiah Samiah
a)
Misa Sagaraga
b)
Anas Samanda
c)
Sari Sari Biru
d)
Marga
5.
Nama suami Asiah Samiah
a)
Misa Sagaraga
b)
Anas Samanda
c)
Sari Sari Biru
d)
Marga Muda
6.
Nama guru Asiah Samiah
a)
Misa Sagaraga
b)
Anas Samanda
c)
Sari Sari Biru
d)
Marga
7.
Nama anak Asiah Samiah
a)
Laila Manja
b)
Laila Majnun
c)
Laila Anurisa
d)
Laila Marisa
8.
Menurut Sari Saribiru, terdapat banyak orang halus yang dimiliki oleh Pawang Satam. Berapakah jumlahnya?
a)
100
b)
150
c)
200
d)
250
9.
Pilih nama-nama orang halus yang BETUL yang dimiliki oleh Pawang Satam.
a)
Mambang, toyol, jin dan orang bunian
b)
Beliut, Songkong, Adon dan Lupiak
c)
Polong, Pucung, Penanggalan dan Jin Ifrit
d)
Jembalang, Pontianak, Pelesit dan Hantu
10.
Apakah cita-cita Sari Saribiru?
a)
doktor
b)
jurutera
c)
bomoh
d)
tokoh korporat
11.
Menurut Marga, kualiti yang ada pada Asiah Samiah jarang ada kedapatan pada anak-anak yang dibesarkan di tengah-tengah kemewahan sepertinya. Kualiti tersebut merujuk kepada .............
a)
cantik
b)
budi bahasa
c)
cerdik
d)
sabar
12.
" ...Rasanya tidaklah kalah dengan Puteri Gunung Ledang, atau Charlitz Theron, kalaupun tidak semontok Monica Lewinsky..." Perbandingan yang dibuat oleh Marga ini merujuk kepada perwatakan Asiah Samiah yang .....
a)
cantik
b)
budi bahasa
c)
cerdik
d)
sabar
13.
" ...Kadi membaca sehelai, dia membaca tiga juz, kadi membaca dua puluh juz, dia membaca sampai khatam ..." Petikan ini merujuk kepada perwatakan Asiah Samiah seorang yang....
a)
cantik
b)
budi bahasa
c)
cerdik
d)
sabar
14.
Asiah Samiah suka mendengar cerita-cerita Jenaka seperti kisah Pak Kaduk, Pak Pandir dan Lebai Malang. Selain itu, cerita-cerita penglipur lara seperti malim Dewa, Malim Deman, Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda turut diminati oleh Asiah Samiah. Dia juga meminati cerita 1001 malam, Hikayat Burung Bayan, cerita-cerita teladan seperti Bawang Putih bawang Merah, Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup. Kecenderungan minat Asiah Samiah ini merujuk kepada bidang.....
a)
sastera
b)
geografi
c)
matematik
d)
sains
15.
Apakah yang perbuatan yang dilakukan oleh Asiah Samiah dan Anas samanda sehingga menyebabkan Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin cemas, gelisah dan marah?
a)
bernyanyi secara duet
b)
bermain upih
c)
berdua-duaan
d)
belajar bersama
16.
Yang manakah antara berikut yang BUKAN pendirian bapa Anas Samanda tentang rumah dan tanah yang didiaminya.
a)
Menolak wang pampasan
b)
Mempertahankan maruah/harga diri
c)
Mempetahankan kelangsungan hidup
d)
Mengikut arus semasa
17.
Yang manakah antara berikut BUKAN pengalaman pahit yang telah dilalui oleh ayah Marga Muda?
a)
disisihkan dari kampung halamannya sendiri
b)
dituduh sebagai pengkhianat, pengacau dan perosak
c)
dihalau dari tanah yang telah diduduki setelah sekian lama
d)
isterinya meninggal dunia pada saat anak-anak masih kecil
18.
Berikut adalah kesan perjuangan ayah Marga ke atas anak-anaknya KECUALI
a)
anak-anak keluar masuk rumah kebajikan
b)
adik Marga terpaksa mencuri kerana kelaparan
c)
Marga Muda terpaksa keluar bekerja sendiri dengan memancah dan menggali parit.
d)
ibu Marga Muda melarikan diri dengan mengikut lelaki lain
19.
Berikut adalah tindakan 'orang berada' ke atas adik Marga yang mencuri sedikit nasi di rumah 'orang berada' tersebut KECUALI
a)
Mengikat adik Marga di pokok kelapa
b)
adik Marga ditangkap
c)
memecahkan sarang kerengga ke tubuh adik Marga
d)
melepaskan adik Marga kerana berasa terlalu kasihan melihatnya kelaparan.
20.
Nyatakan kesan positif perjuangan ayah Marga Muda
a)
Projek yang hendak dijalankan tidak jadi dilaksanakan.
b)
Projek diteruskan dan berjalan seperti yang dirancang
c)
projek ditangguhkan kerana belanjawan tidak mencukupi
d)
projek mendapat sokongan penuh kerajaan dan pihak swasta
21.
Apakah anggapan Sari Saribiru terhadap Asiah Samiah?
a)
sebagai kakak
b)
sebagai adik
c)
sebagai saudara
d)
sebagai kawan
22.
Apakah punca UTAMA Sari Saribiru tidak dapat membantu Asiah samiah?
a)
bimbang akan dimarahi dan dibelasah oleh ibu bapa Asiah Samiah
b)
belum handal ilmu perbomohan
c)
Pawang Satam tidak bersetuju untuk membantu
d)
Siti Bunirah menasihatinya agar tidak masuk campur dalam urusan Asiah Samiah
23.
"Ligal-ligal manja, Pelanduk Bantar ia-ia, Kaul anak syurga, Pulas balas bantal puaka" Bagaimanakah Asiah Samiah mendapat lagu tersebut sehingga menjadi nyanyiannya walaupun dia telah menjadi kurang waras?
a)
daripada Marga Muda yang sering menceritakan karya Shakespeare
b)
daripada Siti Bunirah yang selalu menyanyikan lagu itu untuk menidurkan Asiah Samiah
c)
daripada Anas Samanda yang sering bersama Asiah Samiah ketika bermain-main di halaman rumahnya
d)
daripada ibunya yang sering mendodoikannya dengan lagu tersebut ketika hendak tidur
24.
berikut adalah persamaan antara watak Marga Muda dengan Anas Samanda KECUALI
a)
kedua-duanya mencintai Asiah Samiah
b)
kedua-duanya membenci Misa Sagaraga
c)
kedua-duanya daripada keluarga miskin
d)
kedua-duanya berpendidikan
25.
berikut merupakan perbandingan ketara dari segi PERBEZAAN antara watak Anas Samanda dan Marga Muda KECUALI
a)
Anas Samanda seorang yang idealis manakala Marga seorang yang romantis
b)
Anas Samanda ada harga diri manakala Marga Muda tidak mempunyai harga diri
c)
Anas Samanda seorang yang berani manakala Marga Muda seorang yang pengecut
d)
Anas Samanda seorang yang tidak prihatin manakala Marga Muda seorang yang prihatin
26.
Nyatakan punca yang menyebabkan marga Muda dimarahi oleh ayahnya sehingga menyebabkannya terlalu malu ?
a)
tidak meneruskan perjuangan ayahnya untuk menegakkan kebenaran
b)
tidak mahu menyertai gotong-royong membetulkan rumah dapur yang bocor
c)
tidak memasang atap pada kekabung paling atas dengan betul
d)
tidak mendengar nasihat ayahnya yang memintanya untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading
27.
Apakah pengajaran yang diperolehi Marga Muda daripada peristiwa dia dimarahi ayahnya?
a)
kita hendaklah bertanya dengan lebih lanjut tentang keperluan tugas sebelum melakukan tugasan agar dapat melakukan tugasan tersebut dengan sempurna
b)
kita hendaklah mendengar segala nasihat yang diberikan oleh ibu bapa untuk mencapai kecemelangan hidup
c)
kita haruskan melibatkan diri dalam setiap aktiviti keluarga untuk merapatkan tali silaturrahim
d)
kita hendaklah meneruskan perjuangan ibu bapa kita yang belum selesai bagi menggembirakan mereka
28.
berapa tahun Marga Muda bekerja sebelum menganggur?
a)
10 tahun
b)
15 tahun
c)
20 tahun
d)
25 tahun
29.
Sebelum menganggur, Marga Muda merasakan bahawa dia menjadi hamba kepada pekerjaan dan mengabdikan diri kepada majikannya seperti lembu dicucuk hidung. Yang manakah berikut merupakan pernyataan yang TIDAK BENAR tentang situasi ini.
a)
Marga Muda hanya mengiakan dan membenarkan segala arahan yang diberikan oleh majikannya
b)
Marga Muda tidak tahu berkata 'tidak' kepada majikannya atas segala arahan yang diberikan
c)
Marga Muda tidak pernah mempersoalkan arahan yang diberikan oleh majikannya untuk dilakukan
d)
Marga Muda tidak membantah tindakan majikannya yang memintanya untuk mencedera dan membunuh orang yang bermasalah dengan majikannya
30.
berikut merupakan cara Anas samanda dalam 'mengubah dunia' KECUALI
a)
kekuatan dalam memerangi salah laku
b)
keimanan yang teguh
c)
redha dengan ketentuan Tuhan
d)
melakukan pengorbanan
31.
Mengapakah Tuan Setiawan Tanjung tidak menghantar Asiah Samiah belajar di sekolah sama ada di dalam atau luar negeri?
a)
Risau akan keselamatan Asiah Samiah
b)
Tidak mempercayai pendidikan berasaskan sekolah
c)
berpegang kepada perempuan hanya duduk bekerja di dapur sahaja
d)
mahu Asiah Samiah menemani dan menjaga mereka hinggalah mereka meninggal dunia
32.
watak ini merupakan anak Westolali, cucu Paiman Sampumawon, yang berasal dari Desa Wates, Kabupaten Kediri, Jawa Timur. Datuknya berketurunan Wali Songo. Datuk saudara bapanya pernah melawan Tuan Tanah Kedawang di Banyumanis. Watak yang dimaksudkan ini merujuk kepada.....
a)
Siti Bunirah
b)
Pak Leh Lak-Lak
c)
Sari Saribiru
d)
Anas Samanda
33.
Apakah jawapan yang diberikan oleh Pak Leh Lak-Lak kepada Siti Bunirah apabila Siti Bunirah mempertahankan Anas samanda sebagai calon suami kepada Asiah Samiah?
a)
Hidup ini tidak memihak dan adil pada semua orang.
b)
hidup ini perlu diteruskan walaupun banyak cabaran mendatang.
c)
hidup ini tidak indah sebagai mana yang dimimpikan
d)
hidup ini laksana lautan api yang perlu ditempuhi oleh semua manusia
34.
Apakah pekerjaan Pak Leh lak-Lak di rumah Asiah Samiah?
a)
pemandu Tuan Setiawan Tanjung
b)
tukang kebun
c)
pengasuh Asiah Samiah
d)
penasihat Tuan Setiawan Tanjung
35.
Misa Sagara seorang yang sangat berpengaruh. Buktinya, dia mempunyai pengikut yang ramai dan boleh apa sahaja yang dikehendaki. Berikut adalah syarikat-syarikat yang dibeli oleh Misa Sagaraga KECUALI
a)
Syarikat Sawong PLC
b)
Mankulung Power Bhd
c)
Syarikat ETL Bhd
d)
Syarikat Khinzir Bhd.
36.
Mengapakah Pak Leh Lak-Lak dan Siti Bunirah amat menyayangi Asiah Samiah dan menganggapnya sebagai anak sendiri?
a)
mereka tidak mempunyai anak
b)
mereka patuh kepada majikannya
c)
mereka terhutang budi dengan ibu bapa Asiah samiah
d)
mereka tertarik dengan budi bahasa Asiah samiah
37.
Antara berikut yang manakah BUKAN prinsip kebahagiaan menurut Tuan Setiawan Tanjung.
a)
ada kereta besar
b)
ada rumah besar
c)
boleh ke luar negeri
d)
ada iman yang kukuh
38.
Menurut Pak Leh Lak Lak, berapa kalikah Misa Sagaraga pernah berkahwin?
a)
10 kali
b)
15 kali
c)
20 kali
d)
25 kali
39.
Anas Samanda ada mengatakan bahawa Marga Muda telah menjadi Mersault. Mengapakah Anas Samanda berkata demikian terhadap Marga Muda?
a)
tidak ada hati dan perasaan
b)
terlalu mengikut perasaan dalam bertindak
c)
tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuat
d)
terlalu takut dengan tindakan yang akan diambil oleh Misa sagaraga
40.
Misa Sagaraga suka memakai pakaian luar negara seperti jaket Brioni, Tie Steffano Richie, kasut Bruno Magli, baju Versace, seluar dalam Armani, minyak wangi Estee Lauder, cerut Esplendidos Cohiba. ini menunjukkan Misa Sagaraga mempunyai sikap yang...
a)
membazir
b)
sombong
c)
tamak
d)
berkuasa
41.
bagi Misa Sagaraga, nama Asiah Samiah perlu ditukar kerana nama tersebut agak kekampungan. Apakah nama baru Asiah Samiah yang diberikan oleh Misa Sagaraga?
a)
Monica
b)
Michelle
c)
Melania
d)
Lizzie
42.
Berikut merupakan kisah perjuangan wanita yang dikagumi oleh Asiah samiah yang diceritakan oleh Marga Muda kepadanya iaitu...
a)
Tun Fatimah dan Nyonya Dhien
b)
Wan Seri Beni dan Tun Kudu
c)
Tun Teja dan Raden Adjeng Kartini
d)
Pocut Baren dan Cut Nyak Meutia
e)
Option 3
43.
Watak-watak wanita dalam kisah-kisah percintaan yang menarik minat Asiah Samiah seperti yang diceritakan Marga kepadanya adalah seperti berikut KECUALI
a)
Juliet
b)
Yang Kui fei
c)
Mumtaz Jehan
d)
Sita Dewi
44.
Apakah perbualan di antara pak Leh Lak Lak dengan Siti Bunirah yang didengari oleh Asiah Samiah yang menyentuh tentang dirinya?
a)
Burung dalam sangkar
b)
Merpati dua sejoli
c)
Pipit terbang sekawan
d)
Merak kayangan
45.
berapakah umur Asiah Samiah ketika berkahwin dengan Misa sagaraga?
a)
15 tahun
b)
16 tahun
c)
17 tahun
d)
18 tahun
46.
Gelaran Misa sagaraga....
a)
Tuan Malim Ditimur Malim Dibarat
b)
Tuan Malim Kundang Malim Diutara
c)
Tuan Malim Dewa Malim Diselatan
d)
Tuan Malim Deman Malim Ditenggara
47.
selepas perkahwinannya dengan Misa sagaraga, Asiah Samiah terdetik hati untuk membunuh diri. Apakah BUKAN punca Asiah Samiah meneruskan niatnya untuk membunuh diri?
a)
sayang dirinya sendiri
b)
ingat agamanya
c)
ingat nasihat Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak
d)
ingat nasihat Marga Muda dan Anas samanda
48.
Mengapakah Misa Sagaraga membenci Laila Anurisa iaitu anaknya sendiri?
a)
kerana malu mempunyai isteri yang gila
b)
kerana isterinya masih mencintai kekasih lamanya
c)
kerana isterinya tidak melayannya sebagai seorang suami
d)
kerana isterinya berniat untuk membunuhnya
49.
Siapakah yang memelihara Laila Anurisa setelah menghalaunya dari rumah?
a)
Anas samanda
b)
Marga Muda
c)
Tuan Setiawan Tanjung
d)
Sari Saribiru
50.
Berikut merupakan perjuangan yang dilakukan oleh Anas Samanda KECUALI
a)
Menentang ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat
b)
memerangi salahguna kuasa
c)
menentang pengaruh wang
d)
memerangi budaya barat yang berleluasa
51.
Mengapakah Marga Muda membawa Laila Anurisah bersama untuk berjumpa Anas Samanda?
a)
mahu memperkenalkan Laila Anurisa kepada Anas Samanda
b)
mahu mengajak Anas samanda mencari ibu Laila Anurisah
c)
mahu memberitahu bahawa Laila Anurisah dibuang oleh ayahnya sendiri
d)
mahu memberitahu Anas Samanda bahawa dia yang menjaga Laila Anurisah
52.
Bagaimanakah Laila Anurisah terpisah daripada Marga Muda?
a)
Marga Muda dibelasah dan dimasukkan ke penjara oleh Misa sagaraga
b)
Anas Samanda mengambil Laila Anurisah sebagai anak angkat
c)
Asiah Samiah telah berjaya ditemui dan menjaga Laila Anurisah
d)
Tuan Setiawan Tanjung dan isteri mengambil Laila Anurisah untuk dipelihara
53.
pilih yang manakah BUKAN pengalaman pahit yang telah dilalui oleh ayah Marga Muda
a)
disisihkan dari kampung halamannya sendiri
b)
dituduh sebagai pengkhianat, pengacau dan perosak
c)
ibu Marga Muda meninggalkan ayahnya dan anak-anak yang masih kecil
d)
ayahnya dan keluarga yang lain dihalau dari tanah yang baru diduduki
54.
Berikut merupakan perjuangan yang dilakukan oleh Anas Samanda, KECUALI...
a)
Menentang usaha membina kondominium
b)
menentang salah guna kuasa
c)
menentang pengaruh wang
d)
menentang perhambaan
55.
"Ayah Marga Muda sanggup menentang rancangan Misa Sagaraga membangunkan kawasan yang telah didudukinya sekian lama namun akhirnya dia ditangkap dan dipenjarakan". mesej yang bersesuaian dengan contoh ini ialah....
a)
keperluan dalam mempertahankan hak
b)
pembangunan memerlukan pengorbanan
c)
perubahan hidup dapat dilakukan dengan keyakinan
d)
menghargai kebebasan diri
56.
yang manakah BUKAN perbezaan prinsip kebahagiaan yang diutarakan oleh Asiah Samiah dengan Tuan Setiawan Tanjung
a)
Asiah Samiah berpendapat bahawa kebahagiaan bagi dirinya terletak pada dirinya sendiri, manakala bagi ayahnya Tuan Setiawan Tanjung pula kebahagiaan ditentukan oleh orang tua.
b)
Asiah Samiah berpendapat kebahagiaan ialah apabila hati dan perasaannya gembira tetapi bagi Tuan Setiawan Tanjung kebahagiaan seseorang itu dengan mengutamakan cukup makan/pakai, ada rumah besar, ada kereta besar, ada pakaian mahal dan boleh ke luar negeri.
c)
Asiah Samiah berpendapat bahawa kebahagiaan apabila dia diberi kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya sendiri manakala Tuan Setiawan Tanjung pula dia tidak mementingkan pemilihan pasangan, asalkan pasangan tersebut kaya dan mampu memberi kemewahan hidup itu sudah dikira kenahagiaan.
d)
Asiah Samiah berpendapat bahawa kebahagiaan apabila ibu bapanya menurut segala kehendak hatinya manakala Tuan Setiawan Tanjung pula berpendapat kebahagiaan perlulah dicari dengan mendekatkan diri kepada Allah
57.
Anas Samanda cuba mempertahankan tanah dan rumah yang dimiliki oleh ayahnya. Walaupun hanya sekangkang kera, namun dia tetap mempertahankannya daripada dibeli oleh Misa Sagaraga untuk projek pembinaan kondominium. gambaran masyarakat yang dipaparkan dalam contoh yang diberi ialah..................
a)
masyarakat yang penyayang
b)
masyarakat yang mementingkan darjat
c)
masyarakat yang berani memperjuangkan hak
d)
masyarakat yang rakus
58.
Pembantu 1 kepada Misa Sagaraga selalu memuji Misa Sagaraga yang sedia membantu masyarakat bila-bila masa dalam keadaan apa sekalipun semata-mata untuk menarik perhatian Misa Sagaraga. Gambaran masyarakat yang boleh digambarkan berdasarkan contoh ini ialah....
a)
masyarakat yang zalim
b)
masyarakat yang mengamalkan budaya ampu
c)
masyarakat yang mengamalkan rasuah
d)
masyarakat yang mementingkan pangkat dan darjat
59.
Yang manakah BUKAN tentang Misa Sagaraga.
a)
anak seorang pembesar
b)
tokoh korporat yang berjaya
c)
seorang yang berkuasa dan berpengaruh
d)
seorang yang berhati waja dan bertimbang rasa
60.
Misa Sagaraga dapat membeli pelbagai syarikat gergasi yang dicadangkan oleh pembantunya bagi menambahkan lagi sumber kekayaannya. contoh ini menunjukkan Misa sagaraga seorang.....
a)
hartawan
b)
berdarjat
c)
berkedudukan
d)
berpangkat
61.
Gelaran Misa Sagaraga....
a)
Tuan Malim Ditimur Malim Dibarat
b)
Tuan Malim DiUtara Malim DiSelatan
c)
Tuan Malim Deman malim Kundang
d)
Tuan Malim Dibarat Malim Diutara
62.
Persoalan Perbezaan darjat dapat dilihat berdasarkan contoh di bawah. pilih contoh yang BETUL
a)
Anas Samanda yang merupakan anak petani dan hidup miskin tidak diterima oleh keluarga Asiah samiah
b)
Keluarga Asiah Samiah menjodohkan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga kerana Misa Sagaraga mempunyai segala-galanya.
c)
Asiah Samiah yang mencintai Anas Samanda sanggup menunggunya biarpun masa berlalu selama 15 tahun tanpa kepastian
d)
Puan Suari Alimin mahukan yang terbaik untuk anaknya, dia sanggup memilih orang yang berharta serta mempunyai pengaruh agar Asiah samiah bahagia
63.
Yang manakah berikut BUKAN merupakan pendirian ayah Marga Muda.
a)
berani menegakkan keadilan
b)
menolak wang pampasan
c)
mempertahankan harga diri
d)
mempertahankan Anas Samanda
64.
Berikut merupakan kepincangan masyarakat yang terdapat dalam drama Asiah Samiah kecuali...
a)
percaya kepada bomoh
b)
kahwin paksa
c)
mengangung-agungkan produk luar negara
d)
malas dalam menuntut ilmu
65.
yang manakah BUKAN perwatakan Anas Samanda
a)
Raut wajah yang kacak
b)
berpendirian teguh
c)
realis
d)
hidup dalam penderitaan
66.
Memperjuangkan maruah, memerangi sistem, nilai dan minda, menentang ketidakadilan, menghancurkan kebobrokan yang mencengkam masyarakat, memerangi salah guna kuasa dalam masyarakat dan menentang lintah darat. Perjuangan ini dilakukan oleh....
a)
Marga
b)
Ayah Marga
c)
Anas Samanda
d)
Ayah Anas Samanda
67.
Yang manakah BUKAN persamaan watak Marga Muda dengan watak Anas samanda.
a)
kedua-duanya mencintai Asiah Samiah
b)
kedua-duanya daripada keluarga teraniaya
c)
kedua-duanya bertanggung jawab terhadap keluarga
d)
kedua-duanyamempunyai harga diri yang tinggi
68.
Yang manakah BUKAN merupakan perbezaan di antara watak Marga Muda dengan watak Anas Samanda
a)
Anas Samanda seorang yang tidak prihatin manakala Marga Muda seorang yang prihatin.
b)
Anas samanda seorang yang berani manakala Marga Muda seorang yang pengecut
c)
Anas Samanda seorang yang mempunyai maruah yang tinggi manakala Marga Muda mempunyai harga diri yang rendah
d)
Anas Samanda berpendidikan tinggi manakala Marga Muda berpendidikan rendah
69.
menurut Sari Saribiru, Pawang Satam mempunyai banyak orang halus yang dikatakan sangat membantu jika terkena sampuk. berikut merupakan nama-nama orang halus pawang Satam kecuali...
a)
Mambang
b)
Beliut
c)
Songkong
d)
Adon
e)
Lupiak
70.
'Hatinya terang. kata kawan saya, guru yang mengajarnya mengaji, hatinya cukup terang. pendeknya macam dalam cerita penglipur lara apabila " Kadi membaca sehelai, dia membaca sejuz, kadi membaca sejuz, dia membaca tiga juz, kadi membaca dua puluh juz, dia membaca sampai khatam". Petikan ini merujuk kepada perwatakan Asiah samiah ....
a)
seorang yang berbudi bahasa
b)
seorang yang cerdik
c)
seorang yang cantik
d)
seorang yang merendah diri
71.
Asiah Samiah kelihatan riang bermain ting-ting sambil diperhatikan oleh Tuan Setiawan Tanjung, Puan Suari Alimin, Sari Saribiru dan Siti Bunirah. Nyatakah teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam contoh di atas.
a)
Monolog
b)
ketegangan
c)
pemerian
d)
Monolog Dalaman
72.
Berikut merupakan jenis-jenis bantuan yang akan dihulurkan oleh Misa sagaraga kepada penduduk kampung, kecuali
a)
membina jalan raya baru
b)
membina cakruk
c)
mendapatkan lesen kontraktor kelas A
d)
menyelesaikan hutang