wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Post-Test SK@S Standard 4 (PdPc)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah Kriteria Kritikal yang terdapat dalam Aspek 4.5 SK@S Standard 4 (PdPc)?

a)

Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid.

b)

Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif.

c)

Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi dan kemahiran insaniah/soft skills murid.

d)

Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pembelajaran.

e)

Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan.

2.

Untuk menjadi seorang guru sebagai perancang yang hebat mestilah:

a)

Menentukan kaedah pentaksiran

b)

Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai

c)

Melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif

d)

Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/isu lokal/global

3.

Salah satu ciri-ciri untuk menjadi seorang pembimbing yang hebat?

a)

Sentiasa berpakaian kemas dan wangi

b)

Sentiasa bermesra dengan para pelajar

c)

Sentiasa berkomunikasi dengan baik

d)

Sentiasa memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai kemahiran dalam aktiviti pembelajaran

4.

Jika seorang guru mewujudkan peluang untuk murid memimpin di dalam kelas, dikategorikan sebagai...

a)

Guru sebagai pengawal

b)

Guru sebagai pembimbing

c)

Guru sebagai pendorong

d)

Guru sebagai penilai

5.

Memberi respons berkaitan isi pelajaran; Berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran; Melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif; Memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran; Mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran; Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/isu lokal/global; Membuat keputusan menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembelajaran; ialah TINDAKAN bagi mencapai ASPEK....

a)

Guru sebagai penilai

b)

Murid sebagai pembelajar aktif

c)

Guru sebagai pendorong

d)

Guru sebagai pembimbing

6.

Apakah yang tepat mengenai Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK)?

a)

OP dan KK adalah sama

b)

OP dibentuk dengan merujuk kepada KK

c)

KK dibentuk dengan merujuk kepada OP

d)

OP dan KK tiada kaitan

7.

Aspek 4.2: Guru Sebagai Pengawal merujuk perkara-perkara berikut KECUALI...

a)

Mengelola isi pelajaran/skop pembelajaran yang dirancang

b)

Mengelola masa PdPc selaras dengan aktiviti pembelajaran

c)

Mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran

d)

Memberi peluang kepada penyertaan aktif murid

8.

Perkara berikut adalah BENAR dalam Aspek 4.4: Guru Sebagai Pendorong iaitu...

a)

Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc

b)

Menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam PdPc

c)

Menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran

d)

Melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif

9.

Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan Guru 1997), Perkara 11 menyatakan penalti kepada Pengetua/ Guru Besar yang gagal memantau penyediaan Rancangan Pengajaran Guru mereka...

a)

RM5

b)

RM500

c)

RM5000

d)

RM50

10.

Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan Guru 1997), perkara 11 menyatakan penalti kepada guru jika tidak menyediakan Rancangan Pengajaran Harian...

a)

RM50

b)

RM5000

c)

RM50 000

d)

RM500