wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 7 Sains Tingkatan 2 Elektrik

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Kajian elektrik statik dipanggil...

a)

Elektroskop

b)

Elektrostatik

c)

Eklektrik statik

d)

Elektroskopik

2.

Cas yang sama jenis akan menolak antara satu sama lain.

a)

Benar

b)

Palsu

3.

Cas positif dipanggil...

a)

proton

b)

elektron

c)

neutron

4.

Cas ... disebut sebagai elektron.

a)

negatif

b)

positif

c)

neutral

5.

Daya tarikan dan daya tolakan yang wujud antara cas elektrik disebut daya ...

a)

elektrik

b)

elektron

c)

elektroskop

d)

elektrostatik

6.

Apabila dua bahan berlainan digosok, pemindahan ... akan berlaku.

a)

proton

b)

cas

c)

netron

d)

elektron

7.

Bahan yang kehilangan elektron akan menjadi bercas ... kerana mempunyai lebih banyak cas ...

a)

positif, positif

b)

negatif, negatif

c)

neutral, negatif

8.

Satu objek yang mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama banyak dipanggil bersifat ...

a)

positif

b)

negatif

c)

neutral

9.

Bahan yang bercas dapat dikesan dengan menggunakan

a)

stetoskop

b)

elektroskop

c)

penjana Van De Graaf

d)

mikroskop

10.

Apabila bahan yang bercas dibawa berhampiran dengan ceper logam, kerajang emas akan mencapah

a)

Benar

b)

Palsu

11.

Apakah fungsi alat ini?

a)

mengesan kewujudan cas elektrik

b)

menyukat arus elektrik

c)

menyukat voltan

d)

menyukat bilangan cas elektrik

12.

Apakah yang menyebabkan kerajang emas tidak mencapah

a)

Bahan bercas positif didekatkan pada ceper logam.

b)

Bahan bercas negatif didekatkan pada ceper logam.

c)

Bahan neutral didekatkan pada ceper logam.

13.

Bangunan yang tinggi seperti KLCC tidak disambar kilat kerana terdapat ...... untuk mengalirkan cas elektrik daripada kilat ke Bumi.

a)

Logam besi

b)

Rantai logam

c)

Konduktor kilat

d)

Konduktor elektrik

14.

Apakah unit bagi tenaga?

a)

Joule, j

b)

Joule, J

c)

Watt, W

d)

Hertz, Hz

15.

Bentuk tenaga bagi bahan yang boleh meregang dan mampat adalah ..........

a)

Tenaga kinetik

b)

Tenaga kimia

c)

Tenaga keupayaan graviti

d)

Tenaga keupayaan elastik

16.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang TENAGA

a)

Boleh dicipta

b)

Boleh dimusnahkan

c)

Wujud dalam pelbagai bentuk

17.

Berapakah bacaan ammeter?

a)

0.02 A

b)

0.2 A

c)

2.0 A

18.

Manakah antara faktor berikut TIDAK mempengaruhi kekuatan medan magnet sebuah elektromagnet?

a)

Suhu persekitaran

b)

Saiz arus

c)

Bilangan lilitan

19.

Apakah rintangan berkesan bagi litar tersebut?

a)

3 Ω

b)

4 Ω

c)

5 Ω

d)

6 Ω

20.

Apakah rintangan berkesan bagi litar tersebut?

a)

0.6 Ω

b)

0.8 Ω

c)

1.0 Ω

d)

1.2 Ω

21.

Apakah yang akan terjadi kepada paku tersebut apabila arus dialirkan

a)

Tiada perubahan

b)

Menjadi bahan bermagnet sementara

c)

Menjadi bahan bermagnet kekal

22.

Kewujudan arus elektrik dapat dikesan dengan menggunakan

a)

galvanometer

b)

ammeter

c)

voltmeter

23.

Apakah kutub bagi X dan Y?

a)

X-utara, Y-selatan

b)

X-selatan, Y-utara

c)

X-utara, Y-utara

d)

X-selatan, Y-selatan

24.

Apakah unit S.I. bagi kuantiti yang diukur oleh alat ini?

a)

Ampere, A

b)

Volt, V

c)

Meter, M

d)

Kilogram, kg

25.

Apakah hubungan antara rintangan dan arus elektrik?

a)

Semakin besar rintangan, semakin kecil arus elektrik.

b)

Semakin besar rintangan, semakin besar arus elektrik.

c)

Rintangan tidak mempengaruhi arus elektrik.

26.

Apakah yang akan berlaku kepada mentol Q sekiranya mentol P rosak?

a)

Tidak menyala

b)

Menyala

27.

Apakah yang akan berlaku kepada mentol B2 sekiranya mentol B1 rosak?

a)

Tidak menyala

b)

Menyala

28.

Apakah kesan perubahan voltan terhadap arus elektrik?

a)

Semakin besar voltan, semakin besar arus yang mengalir.

b)

Semakin besar voltan, semakin kecil arus yang mengalir.

c)

erubahan voltan tidak memberi kesan terhadap arus elektrik.

29.

Rajah menunjukkan litar

a)

Bersiri

b)

Selari

30.

Apakah komponen elektrik yang ditunjukkan oleh simbol di atas?

a)

Perintang

b)

Ammeter

c)

Voltmeter

d)

Sel kering

31.

Antara berikut, yang manakah adalah kekurangan litar bersiri?

a)

Setiap alat elektrik tidak boleh dipadamkan secara berasingan.

b)

Setiap komponen dalam litar menerima kuantiti arus yang sama.

c)

Voltan setiap elektrik tidak dapat dikawal kerana voltannya adalah sama dengan voltan sumber.

32.

Pernyataan manakah adalah benar tentang litar selari?

a)

Setiap alat elektrik boleh dihidupkan atau dimatikan secara berasingan.

b)

Setiap alat elektrik tidak boleh dipadamkan secara berasingan.

c)

Setiap alat elektrik tidak boleh dipadamkan secara berasingan.

33.

Garisan medan magnet mengarah dari kutub ___________ ke kutub ___________ magnet.

a)

selatan, utara

b)

utara, selatan

c)

utara, utara

d)

selatan, selatan

34.

Apakah X?

a)

Titik neutral

b)

Titik positif

c)

Titik negatif

35.

Arah medan magnet pada dawai lurus yang membawa arus dapat ditentukan dengan ______________.

a)

petua genggaman tangan kanan

b)

petua genggaman tangan kiri

c)

petua tangan kanan Fleming

36.

Semakin ___________ bilangan lilitan gegelung, semakin ___________ kekuatan medan magnet.

a)

banyak, tinggi

b)

banyak, rendah

c)

sedikit, tinggi

37.

Apakah jenis tenaga yang dihasilkan oleh ketuhar?

a)

Tenaga haba

b)

Tenaga bunyi

c)

Tenaga kimia

d)

Tenaga keupayaan elastik

38.

Apabila rod politena digosok dengan kain wul, ia menjadi cas negatif. Apakah yang berlaku pada kain wul itu?

a)

Elektron hilang dan kain wul menjadi neutral

b)

Elektron hilang dan kain wul menjadi bercas positif

c)

Kain wul menerima elektron dari rod dan menjadi neutral

d)

Kain wul menerima elektron dari rod dan menjadi bercas positif

39.

Rajah menunjukkan suatu litar elektrik. Hitung arus elektrik yang mengalir dalam litar ini.

a)

1 A

b)

2 A

c)

1.5 A

d)

9 A

40.

Rajah menunjukkan medan magnet yang terhasil apabila dua magnet bar diletak sebelah-menyebelah. Apakah kutub P dan Q?

a)

P : Utara
  Q : Utara

b)

P : Utara
  Q : Selatan

c)

P : Selatan
  Q : Utara

d)

P : Selatan
  Q : Selatan

41.

Rajah menunjukkan tiga biji bola besi yang bercas. Pilih pernyataan yang benar.

a)

P dan Q mempunyai cas yang berbeza

b)

P dan R mempunyai cas yang sama

c)

Q dan R mempunyai cas yang berbeza

42.

Sebuah perintang mempunyai perintang 9Ω. Arus yang mengalir melalui perintang tersebut ialah 3A. Berapakah voltan merentasi perintang tersebut?

a)

3 V

b)

9 V

c)

12 V

d)

27 V

43.

Yang manakah aplikasi elektrostatik dalam kehidupan harian?

a)

menyembur cat dalam industri motor

b)

pemasangan pengalir kilat pada bangunan tinggi

c)

pemasangan rantai besi di bahagian belakang lori tangki

d)

penggunaan tayar khas pada kereta

44.

Rajah menunjukkan litar elektrik dengan nilai voltan 9 V dan jumlah arus 2 A. Kirakan jumlah rintangan dalam litar itu. [Diberi V=IR]

a)

4.0 Ω

b)

45 Ω

c)

4.5 Ω

d)

5.5 Ω

45.

Rajah menunjukkan satu litar. Hitungkan bacaan ammeter (Diberi, V = IR)

a)

0.1 A

b)

0.2 A

c)

0.3 A

d)

0.4 A

46.

Rajah menunjukkan sebuah litar elektrik.
Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan litar tersebut?

a)

Sekiranya satu mentol terbakar, semua mentol akan terpadam

b)

Setiap komponen dapat dikawal dengan suis yang berlainan

c)

Sel kering semakin lemah sekiranya lebih mentol ditambah

47.

Lori tangki minyak menjadi bercas elektrik statik apabila bergeser dengan zarah udara. Oleh itu rantai logam dipasang untuk mengalirkan ............ ke Bumi bagi mengelakkan kebakaran.

a)

cas

b)

arus

c)

elektrik

d)

minyak

48.

Sumber tenaga ................... merupakan tenaga yang diperoleh daripada bahan buangan haiwan dan tumbuhan.

a)

biojisim

b)

bahan api fosil

c)

hidro

d)

geoterma

49.

Rajah menunjukkan seorang perempuan sedang melakukan suatu aktiviti. Apakah bentuk tenaga yang sedang meningkat?

a)

Tenaga kinetik

b)

Tenaga keupayaan

c)

Tenaga bunyi

d)

Tenaga nuklear

50.

Ammeter akan disambung secara ..... dengan sumber kuasa.

a)

bersiri

b)

selari