Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HAYATI KENEGARAAN MALAYSIA MADANI

Total questions: 30

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Rukun Negara adalah :

a)

Ikrar yang telah dilaungkan semasa sambutan hari kebangsaan yang pertama

b)

Ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia

c)

Untuk rakyat Malaysia faham bahawa negara ini sedang menuju ke arah negara yang lebih maju dan berdaya saing

d)

Janji rakyat untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang aman damai dan sejahtera

2.

Berikut adalah objektif Rukun Negara, kecuali:

a)

Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak

b)

Mencipta satu masyarakat yang maju dan negara dapat dinikmati hasilnya bersama secara adil dan saksama

c)

Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat

d)

Membina sebuah negara maju dengan mengambil contoh penggunaan teknologi moden dari negara luar

3.

Bilakah tarikh pengisytiharan Rukun Negara?

a)

16 September 1963

b)

31 Ogos 1970

c)

31 Ogos 1957

d)

13 Mei 1970

4.

Antara penyataan di bawah, manakah yang SALAH tentang Rukun Negara?

a)

Dapat menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagi corak

b)

Dapat memelihara satu cara hidup demokratik, iaitu dengan mencipta sebuah masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama

c)

Dapat membina sebuah masyarakat pasif yang tidak menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan.

d)

Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

5.

"Kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang di Malaysia. Ia juga mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana

a)

Keluhuran perlembagaan

b)

Kesetiaan kepada raja dan negara

c)

Kedaulatan undang - undang

d)

Kesopanan dan kesusilaan

6.

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang telah digariskan kepada dua elemen penting iaitu..

a)

Kepercayaan dan Cita-cita

b)

Prinsip dan Cita-cita

c)

Objektif dan Prinsip

d)

Prinsip dan Harapan

7.

Akauntabiliti kerajaan, akses yang sama ke muka pengadilan, badan kehakiman yang cekap dan peraturan yang jelas." Berdasarkan kenyataan di atas, prinsip Rukun Negara manakah yang diterangkan?

a)

Kesetiaan kepada raja dan negara

b)

Keluhuran perlembagaan

c)

Kepercayaan kepada tuhan

d)

Kedaulatan undang undang

8.

Berikut adalah objektif dan matlamat Rukun Negara kecuali

a)

Menjadikan Malaysia maju dengan caranya yang tersendiri

b)

Mencapai perpaduan yang erat

c)

Menjadikan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan

d)

Mencipta sebuah masyarakat yang adil

9.

Apakah antara berikut yang tidak dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969

a)

Penggubalan Parlimen

b)

Rukun Negara

c)

Penubuhan Majlis Perundingan Rakyat

d)

Dasar Ekonomi Baru

10.

Siapakah yang telah mengisytiharkan Rukun Negara?

a)

DYMM SPB Yang Dipertuan Agong Ke-Empat

b)

DYMM SPB Yang Dipertuan Agong Pertama

c)

DYMM SPB Yang Dipertuan Agong Ke-Tiga

d)

DYMM SPB Yang Dipertuan Agong Ke-Dua

11.

Kita pernah dijajah selama 446 tahun bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali. Berikut adalah padanan yang tepat jumlah tahun dan negara yang menjajah Tanah Melayu kecuali...

a)

130 tahun - Portugis

b)

183 tahun - Belanda

c)

117 tahun - British

d)

5 tahun - Jepun

12.

Keris dalam Jata Negara melambangkan apa?

a)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

c)

Negeri-negeri Selat

d)

Keberanian

13.

Malayan Union (1 April 1946) telah menukar status Tanah Melayu daripada tanah ..............kepada tanah ............British

a)

Naungan....Jajahan

b)

Melayu......Jajahan

c)

Sultan.....Kepunyaan

d)

Asal .....Baru

14.

Berapakah jumlah kerusi Parlimen diseluruh Malaysia...

a)

222 kerusi

b)

148 kerusi

c)

112 kerusi

d)

26 kerusi

15.

Tindakan kerajaan British menyekat bekalan makanan dan ubat ubatan daripada sampai ke tangan Parti Komunis Malaya dinamakan sebagai......

a)

Kampung Baru

b)

Tanah Rancangan Felda

c)

Rancangan Briggs

d)

Rural Industrial Development Authority (RIDA)

16.

Perlembagaan Persekutuan adalah......

a)

Lembaga yang mentadbir Negara

b)

Undang-Undang Tertinggi Negara

c)

Badan Berkanun yang menjaga Negara

d)

Dasar-dasar dan Sistem Pentadbiran Negara

17.

Siapakah Menteri Kementerian Perpaduan Negara sekarang?

a)

Datuk Aaron Ago Dagang

b)

Dato' Sri Azalina Othman Said

c)

Puan Fadhlina Sidek

d)

Datuk Seri Fadillah Yusof

18.

Daripada 373 penyertaan, rekaan beliau menjadi pilihan dan digunakan sehingga kini. Beliau merupakan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya negeri Johor. Siapakah beliau?

a)

Mohamed Bin Hamzah

b)

Maarof bin Zakaria

c)

Hamzah bin Abdullah

d)

R. Kalimuthu

19.

Rukun Negara bercita-cita untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. Pada tahun berapakah Rukun Negara diisytiharkan?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1970

c)

16 September 1963

d)

22 September 1970

20.

Malaysia mengandungi 13 buah negeri dan 1 wilayah seperti mana dalam Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Negeri manakah yang mempunyai keluasan terbesar?

a)

Pahang

b)

Sabah

c)

Sarawak

d)

Perak

21.

Berikut adalah susunan yang tepat Prinsip-prinsip Rukun Negara

 

I. Kepercayaan Kepada Tuhan

II. Kedaulatan Undang-Undang

III. Kesopanan Dan Kesusilaan

IV. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

V. Keluhuran Perlembagaan

a)

iv, ii, iii, i, v

b)

 i, iv, v, ii, iii

c)

i, iv,iii, ii, v

d)

 i, iv, v, iii, ii

22.

Menara berkembar KLCC merupakan menara berkembar tertinggi didunia dan siap pada Disember 1996. Berapakah ketinggian Menara Berkembar KLCC ?

a)

118 tingkat

b)

88 tingkat

c)

106 tingkat

d)

65 tingkat

23.

Bilakah tarikh pelancaran Malaysia MADANI yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri ke 10 di PICC Putrajaya?

a)

16 September 2023

b)

19 Januari 2022

c)

19 Januari 2023

d)

31 Ogos 2023

24.

Berikut adalah merupakan antara nilai teras Malaysia MADANI kecuali...

a)

Kesamarataan

b)

Keyakinan

c)

Kemampanan

d)

Kesejahteraan

25.

Berapa orang Perdana Menteri sekarang?

a)

10

b)

1

c)

7

d)

9

26.

Berikut adalah merupakan peristiwa yang menyebabkan terciptanya Ideologi Kebangsaan. Apakah peristiwa tersebut?

a)

Peristiwa 13 Mei 1969

b)

Malayan Union

c)

Ancaman Komunis

d)

Pengisytiharan Kemerdekaan

27.

Bilakah tarikh Rukun Negara diisytiharkan?

a)

16 September 1963

b)

31 Ogos 1957

c)

16 Mei 1969

d)

31 Ogos 1970

28.

Siapakah yang telah mengisytiharkan Rukun Negara ?

a)

Tun Abdul Razak Dato' Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

c)

Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin

d)

Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad

29.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan kabinet terbubar dan digantikan dengan MAGERAN untuk mentadbir negara pada ketika itu. Siapakah nama Pengerusi MAGERAN yang telah dilantik?

a)

Tun Mahathir Mohamad

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Tun Abdul Razak

d)

Tun Hussein Onn

30.

Berikut adalah merupakan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang salah kecuali?

a)

Keluhuran Undang-Undang

b)

Kedaulatan Perlembagaan

c)

Kesusilaan dan Kesopanan

d)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara