wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KONSEP MALAYSIA MADANI (3)

Total questions: 16

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Prinsip manakah yang dapat membantu pelajar mematuhi peraturan untuk mengatasi isu-isu etika akademik seperti plagiat?

a)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

b)

Kedaulatan Undang-Undang

c)

Kepercayaan kepada Tuhan

d)

Kesopanan dan Kesusilaan

2.

Apakah peranan utama prinsip 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' dalam memastikan keamanan dan kedamaian negara Malaysia?

a)

Menghormati perbezaan pendapat orang lain

b)

Menjamin kepatuhan kepada raja dan negara untuk mengelakkan perpecahan dan ketidakharmonian

c)

Menggalakkan masyarakat mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian

d)

Memastikan rakyat mematuhi undang-undang

3.

Bagaimanakah prinsip Rukun Negara dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian anda?

a)

Dengan belajar bersungguh-sungguh

b)

Dengan mengamalkan nilai-nilai kesetiaan dan keharmonian

c)

Dengan menyertai aktiviti sukarela komuniti

d)

Dengan menjalinkan hubungan dengan negara lain

4.

Manakah antara berikut yang bukan merupakan ciri keluhuran perlembagaan dalam sebuah negara Madani?

a)

Kebebasan bersuara untuk mendapatkan hak

b)

Penghormatan terhadap hak asasi manusia

c)

Penindasan golongan tertentu

d)

Pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif, dan kehakiman

5.

Apakah hubungan antara keluhuran perlembagaan dan kestabilan politik dalam sebuah negara Madani?

a)

Menggalakkan kestabilan politik dengan menetapkan undang-undang yang adil.

b)

Keluhuran perlembagaan tidak mempunyai kesan terhadap kestabilan politik.

c)

Keluhuran perlembagaan menyebabkan ketidakstabilan politik.

d)

Perlembagaan tidak perlu dihormati untuk mencapai kestabilan politik

6.

Bagaimanakah "Keluhuran Perlembagaan" membantu dalam menjaga hak asasi manusia di Malaysia?

a)

Dengan memastikan semua undang-undang dan sasaran kerajaan tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

b)

Dengan membolehkan kerajaan membuat perubahan pada Perlembagaan tanpa rujukan kepada rakyat.

c)

Dengan memberi keutamaan kepada undang-undang syariah sahaja.

d)

Dengan mengetepikan peranan kehakiman dalam melindungi hak individu.

7.

Apakah kesan jika Perlembagaan tidak dihormati dalam sebuah negara Madani?

a)

Kekeliruan dalam pengurusan

b)

Mengakibatkan kekacauan dan penindasan

c)

Rakyat boleh mempertahankan hak mereka

d)

Memperkukuhkan hak asasi manusia

8.

Manakah antara berikut yang merupakan fungsi utama Perlembagaan Persekutuan dalam negara Madani?

a)

Mengawasi kegiatan ekonomi negara.

b)

Menetapkan struktur pemerintahan dan melindungi hak asasi manusia.

c)

Menetapkan kurikulum pendidikan.

d)

Mengatur hubungan antarabangsa.

9.

Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan memastikan hak-hak golongan minoriti dilindungi dalam negara Madani?

a)

Dengan memberi keutamaan kepada hak golongan majoriti sahaja.

b)

Dengan pindaan hak minoriti ke dalam peruntukan perlembagaan.

c)

Dengan membiarkan masyarakat menguruskan sendiri hak-hak mereka.

d)

Dengan mengabaikan isu-isu berkaitan minoriti.

10.

Bagaimanakah keluhuran perlembagaan mempengaruhi keharmonian antara kaum di Malaysia?

a)

Dengan membenarkan diskriminasi kaum.

b)

Dengan memberi kelebihan kepada kaun tertentu

c)

Dengan melindungi hak semua kaum.

d)

Dengan menghargai keperluan hidup.

11.

Apakah kesan keluhuran perlembagaan terhadap kebebasan bersuara dalam negara Madani?

a)

Kebebasan bersuara dilindungi.

b)

Kebebasan bersuara tanpa sempadan

c)

Menghadkan kebebasan bersuara hanya kepada golongan tertentu

d)

Mengabaikan kebebasan bersuara sepenuhnya.

12.

Bagaimanakah Perlembagaan Malaysia melindungi hak-hak ekonomi rakyat dalam negara MADANI?

a)

Dengan memberikan kebebasan kepada individu untuk menjalankan perniagaan dan memiliki harta.

b)

Dengan mengawal sepenuhnya semua aktiviti ekonomi oleh kerajaan.

c)

Dengan mengehadkan pemilikan harta kepada golongan tertentu sahaja.

d)

Dengan menafikan hak ekonomi kepada golongan minoriti.

13.

Bagaimanakah prinsip "kesamarataan di hadapan undang-undang" diterapkan dalam konteks negara Madani?

a)

Dengan memastikan semua individu, tanpa mengira status, tertakluk kepada undang-undang yang sama.

b)

Dengan memberi keistimewaan kepada kerajaan dalam proses undang-undang.

c)

Dengan memastikan undang-undang hanya terpakai kepada golongan miskin.

d)

Dengan mengabaikan prinsip ini untuk golongan elit.

14.

Apakah kesan positif pematuhan kepada keluhuran perlembagaan terhadap pembangunan ekonomi dalam negara Madani?

a)

Memastikan kestabilan undang-undang yang menggalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi.

b)

Menghadkan peluang ekonomi kepada golongan tertentu sahaja.

c)

Menghalang sebarang bentuk pembangunan ekonomi.

d)

Memastikan kerajaan campur tangan dalam semua urusan ekonomi.

15.

Bagaimanakah seorang warganegara Madani boleh mempromosikan keamanan dan keselamatan dalam komuniti?

a)

Menganjurkan aktiviti keagamaan

b)

Mengambil bahagian dalam program komuniti.

c)

Mengabaikan isu keselamatan dalam komuniti.

d)

Membuat keputusan sendiri sebagai cara penyelesaian terbaik

16.

Dalam negara Madani, hubungan antara agama dan politik adalah

a)

Saling melengkapi dalam membentuk masyarakat.

b)

Agama dan politik tidak mempunyai sebarang hubungan.

c)

Politik lebih penting daripada agama.

d)

Agama harus dipisahkan sepenuhnya daripada politik.