wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Bab 1, 2 & 3 Tingkatan 4

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang objektif?

a)

menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

b)

menjadi garis panduan dalam pengurusan perniagaan

c)

matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

tujuan atau matlamat utama perniagaan itu dibentuk oleh peniaga

2.

Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?

a)

Kedai Runcit Rahman

b)

Syarikat Pertama Berhad

c)

Majlis Perubatan Malaysia

d)

Koperasi Pengangkutan Pahang Berhad

3.

Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. apakah maksud spesifik?

a)

jangka masa sesuatu objektif perlu dinyatakan secara tepat

b)

objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem

c)

setiap objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik

d)

objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh yang diberikan

4.

pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif.

jika kita hendak membentuk objektif, maka objektif yang dibentuk itu mestilah bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.

apakah ciri yang dimaksudkan?

a)

spesifik

b)

realisitik

c)

boleh diukur

d)

boleh dicapai

5.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan visi yang tepat?

a)

sekolah dapat mengekalkan kelulusan 100% setiap tahun

b)

menjadi sekolah terbaik di daerah Gombak menjelang 2020

c)

melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah

d)

melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik

6.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan objektif kepada perniagaan?

a)

Mengena lpasti tujuan penubuhan

b)

mengenal pasti sasaran yang ingin dicapai

c)

membantu perniagaan membuat perancangan

d)

memudahkan perniagaan menilai prestasi perniagaan

7.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.

a)

Meningkatkan pembayaran gaji

b)

Membawa masuk teknologi baru

c)

Meningkatkan bilangan kakitangan

d)

Mengadakan latihan dan pembangunan

8.

Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?

a)

Motivasi pekerja akan terjejas

b)

Imej produk terjejas di mata pengguna

c)

Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan

d)

Terpaksa mengurangkan harga jualan barang

9.

Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?

a)

Sumber manusia

b)

Ekonomi

c)

Undang-undang

d)

Politik

10.

Kegunaan titik pulang modal dalam penetapan

objektif organisasi perniagaan ialah

a)

meramalkan keuntungan

b)

mengira kos berubah seunit

c)

mengelakkan berlaku kerugian

d)

menentukan kuantiti pengeluaran bagi

menghasilkan keuntungan dan mencapai

kerugian sifar

11.

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia menceburi sesuatu jenis perniagaan, kerajaan telah mewujudkan beberapa pelepasan cukai dalam sektor-sektor tertentu. Antara berikut, yang manakah BUKAN pelepasan cukai yang diberikan?

a)

Taraf perintis

b)

Elaun pelaburan semula

c)

Skim pembiayaan am

d)

Potongan cukai

12.

Agensi yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)?

a)

MARA

b)

TEKUN

c)

MATRADE

d)

MARDI

13.

Jenis pengangguran yang wujud di sesebuah negara terbahagi kepada 4jenis. Yang manakah BUKAN jenis pengangguran?

a)

pengangguran bermusim

b)

pengangguran teknologi

c)

pengangguran bencana

d)

pengangguran kitaran

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis

a)

Mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai

b)

Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan

c)

Perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam satu tempoh masa tertentu

d)

Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan

15.

Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

a)

Menyediakan infrastruktur

b)

Menyediakan bantuan pelaburan

c)

Memajukan sistem pendidikan usahawan

d)

Menaja pembangunan perniagaan setempat

16.

Pihak berkuasa tempatan diberi kuasa menggubal undang - undang kecil

I. Pasar

II. Penjaja

III. Alam sekitar

IV. Cukai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Gambar mewakili salah satu sektor perniagaan.


Gambar menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor tersebut?

a)

Sektor Primer

b)

Sektor Sekunder

c)

Sektor Tertier

d)

Sektor Awam

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.


• Hal ehwal syarikat dirahsiakan

• Tidak bebas pindah milik syer

  • Liabiliti terhad


Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?.

a)

Usaha sama

b)

Koperasi

c)

Syarikat Sendirian Berhad

d)

Syarikat Perkongsian

19.

Apakah maksud jualan pada harga di bawah kos?

a)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran

b)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing

c)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga minimum

d)

Penetapan harga lebih rendah berbanding dengan kos sebenar

20.

Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?

a)

Secara Percuma

b)

Jualan pada harga kos

c)

Jualan pada harga di atas kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

21.

Apakah tanggungjawab francaisi?

a)

Menyediakan latihan kepada pekerja

b)

Menjalankan promosi secara berkala

c)

Membangunkan produk baharu

d)

Membayar fi atau royalti kepada francaisor

22.

Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan...

a)

Antara penduduk luar negara

b)

Antara satu negara dengan negara lain

c)

Antara penduduk dalam negara

d)

Dalam sempadan sesebuah negara

23.

Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang tidak terhad.

a)

Rakan kongsi nominal

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi berhad

d)

Rakan kongsi aktif

24.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti sektor primer?

a)

Pembuatan dan perkilangan

b)

Pembekalan tenaga

c)

Pembinaan

d)

Pertanian

25.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pembentukan perniagaan usahasama?

a)

Risiko perniagaan dapat disebarkan

b)

Meningkatkan kedudukan syarikat

c)

Menjalankan tanggungjawab sosial

d)

Menanggung liabiliti tidak terhad