wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah T4 S1 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?

a)

Sempadan

b)

Undang-undang

c)

Lambang negara

d)

Kedaulatan

2.

Maklumat berikut berkaitan peranan nakhoda yang terkandung dalam Undang-undang Laut Melaka.

Mengapakah nakhoda perlu berbuat demikian?

a)

Menyelesaikan masalah

b)

Mendapatkan persetujuan

c)

Mengukuhkan kedaulatan

d)

Mewujudkan keharmonian

3.

Semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun.

 

Apakah yang ditekankan dalam semangat tersebut?

a)

Sanggup menanggung risiko

b)

Sanggup menanggung beban

c)

Peka terhadap perubahan

d)

Berani memberi idea

4.

Tokoh berikut merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Apakah tuntutan tokoh tersebut terhadap British?

a)

Memperbaik taraf hidup orang Melayu

b)

Mengurangkan kemasukan orang dagang

c)

Mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Mengukuhkan sistem pendidikan kebangsaan

5.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara kita?

a)

Pengeluaran bijih timah merosot

b)

British memanipulasi ekonomi negara

c)

Pentadbiran ketenteraan dilaksanakan

d)

Askar Melayu terlibat dalam perang

6.

Berikut merupakan mata wang yang diperkenalkan oleh Jepun.

Apakah kesan mata wang ini dicetak secara tidak terkawal?

a)

Pokok pisang ditanam berleluasa

b)

Catuan makanan dilaksanakan

c)

Ekonomi berkembang maju

d)

Kadar inflasi meningkat

7.

Berikut merupakan pegawai British (Sir Harold MacMichael) yang tiba di Tanah Melayu pada 11 Oktober 1945.

Apakah peranan pegawai tersebut?

a)

Menghapuskan pengaruh komunis

b)

Memulihkan kepercayaan rakyat

c)

Mendapatkan tandatangan sultan

d)

Mewujudkan pentadbiran yang licin

8.

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menentang penyerahan Sarawak kepada British.

Apakah DUA sebab beliau menentang penyerahan tersebut?

a)

Berjuang mempertahankan pentadbiran tradisional

b)

Menolak sistem pentadbiran British

c)

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

d)

Mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

9.

Berikut merupakan cadangan alternatif Perjanjian Persekutuan 1948.

Pertubuhan manakah yang telah memberi cadangan tersebut?

a)

United Malays National Organization (UMNO)

b)

Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)

c)

All Malaya Council of Joint Action (AMCJA)

d)

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

10.

Berikut adalah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada peristiwa tersebut?

a)

Kejujuran

b)

Bekerjasama

c)

Bertolak ansur

d)

Bertanggungjawab

11.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Komunis Malaya (PKM) ingin menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?

a)

Melancarkan perjuangan bersenjata

b)

Menyebarkan propaganda di akhbar

c)

Menangkap pemimpin yang menentang

d)

Memaksa sultan menandatangani dokumen

12.

Apakah DUA cara penguatkuasaan Undang-undang Darurat dilaksanakan di negara kita?

a)

Mengetatkan undang-undang bersenjata

b)

Menahan individu yang menyertai komunis

c)

Mengawal sempadan negara

d)

Menyekat kemaraan kuasa besar dunia

13.

Apakah impak penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) terhadap pemimpin?

a)

Meningkatkan kesedaran kerjasama politik

b)

Memegang jawatan dalam pentadbiran negara

c)

Menghadkan keahlian kepada semua kaum

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

14.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

a)

Melaksanakan kempen pilihan raya

b)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

c)

Merangka perlembagaan yang merdeka

d)

Membincangkan sistem pendidikan negara

15.

Mengapakah keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan(MPP) dilihat sebagai perkembangan amalan demokrasi di negara kita?

a)

Dianggotai pelbagai kaum

b)

Dilantik oleh Majlis Raja-raja

c)

Pemilihan oleh Gabenor British

d)

Pemimpin dipilih oleh rakyat

16.

 Siapakah DUA wakil yang terlibat dalam misi rundingan kemerdekaan ke London?

a)

Parti Negara

b)

Raja-raja Melayu

c)

Parti Perikatan

d)

Orang Dagang

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan situasi yang berlaku di negara kita.

Apakah kesan daripada situasi tersebut?

a)

Imperialisme sentiasa diperluaskan

b)

Pentadbiran Tentera British mula diperkenalkan

c)

British mengukuhkan kedudukan di negara kita

d)

Negara menuju ke arah bekerajaan sendiri

18.

Sebutir pingat emas telah dihadiah kepada Tunku Abdul Rahman pada malam sambutan kemerdekaan.

Apakah ukiran yang terdapat pada pingat tersebut? 

a)

Nama pemimpin negara

b)

Slogan sambutan kemerdekaan

c)

Peta Semenanjung Tanah Melayu

d)

Bendera Persekutuan Tanah Melayu

19.

Apakah matlamat penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?

a)

Memasarkan hasil pertanian

b)

Memulihkan tanah di kawasan luar bandar

c)

Memajukan tanah baharu secara besar-besaran

d)

Menjalankan penyelidikan pertanian

20.

Gambar berikut menunjukkan Inskripsi Telaga Batu.

Mengapakah inskripsi tersebut penting kepada rakyat dalam kerajaan Srivijaya?

a)

Menceritakan penyebaran agama

b)

Menunjukkan kemahiran seni bina

c)

Membuktikan kesetiaan kepada raja

d)

Melambangkan keagungan pemerintah

21.

Temenggung merupakan salah seorang Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan Temenggung?

a)

Menjaga keselamatan kota

b)

Mengutip cukai pelabuhan

c)

Mengetuai angkatan tentera

d)

Menguruskan perbendaharaan

22.

Apakah DUA sebab Revolusi Keagungan 1688 berlaku di England?

a)

Menentang kenaikan cukai

b)

Menamatkan pemerintahan beraja

c)

Menegakkan kedaulatan parlimen

d)

Memperjuangkan hak asasi rakyat

23.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.

Apakah tema karya tersebut?

a)

Perpaduan antara kaum

b)

Pengekalan hak penduduk

c)

Perjuangan nasib bangsa

d)

Pembaharuan sistem pentadbiran

24.

Jadual berikut berkaitan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Pilih pasangan yang betul daripada jadual tersebut.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

25.

Gambar berikut berkaitan novel karya Ahmad Murad Nasaruddin.

Apakah mesej yang disampaikan melalui novel tersebut?

a)

Kekejaman tentera Jepun

b)

Menulis bantahan di akhbar tempatan

c)

Menganjurkan perhimpunan besar-besaran

d)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

26.

Bagaimanakah Raja-raja Melayu bertindak membantah penubuhan Malayan Union?

a)

Menghantar rombingan ke London

b)

Menulis bantahan di akhbar tempatan

c)

Menganjurkan perhimpunan besar-besaran

d)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

27.

Mengapakah penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British ditentang oleh penduduk tempatan?

a)

Hak istimewa peribumi terhapus

b)

Peluang dalam pentadbiran terhad

c)

Kuasa Dinasti Brooke bertambah kukuh

d)

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

28.

Dialog berikut mungkin berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1947.

Apakah tindakan mereka?

a)

Melakukan mogok

b)

Menganjurkan hartal

c)

Menghantar surat bantahan

d)

Meletak jawatan beramai-ramai

29.

Apakah DUA sebab orang Melayu menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan

b)

Pelaksanaan sistem Raja Berpelembagaan

c)

Pengenalan jawatan Yang di-Pertuan Agong

d)

Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf

30.

Persidangan berikut dianjurkan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa di Calcutta, India pada 1948.

- Persidangan Kongres Belia Asia

- Persidangan Parti Komunis India

Apakah gesaan dalam persidangan tersebut?

a)

Bekerjasama dengan British

b)

Menentang kuasa imperialis

c)

Menubuhkan kerajaan baharu

d)

Berbaik-baik dengan Jepun

31.

Tokoh berikut telah melancarkan perang saraf bagi menangani ancaman komunis.

Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk dalam usaha tersebut?

a)

Mewujudkan Kampung Baru

b)

Memperkenalkan kad pengenalan

c)

Membawa masuk tentera Komanwel

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

32.

Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951?

a)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

b)

Mengukuhkan lagi penguasaan politik British

c)

Menerapkan sistem pentadbiran Barat

d)

Merangka perlembagaan baharu

33.

Bagaimanakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu ?

a)

Persekolahan mengikut aliran

b)

Memperkasa sekolah vernakular

c)

Kurikulum bercorak tempatan

d)

Sistem pendidikan secara percuma

34.

Pilihan raya tempatan yang pertama diadakan pada tahun 1956 di Sarawak. Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?

a)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

b)

Sebagai pra peralihan kuasa Brooke

c)

Memilih ketua rumah panjang

d)

Menentukan calon berwibawa

35.

Gambar berikut adalah barisan kabinet pertama kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1955.

Apakah DUA peranan kabinet tersebut?

a)

Membincangkan isu keselamatan dalam negeri

b)

Mengurangkan kuasa pentadbiran British

c)

Membangunkan dasar luar negara

d)

Menggubal perlembagaan negara merdeka

36.

Tokoh-tokoh berikut merupakan anggota Suruhanjaya Reid

- Lord Reid

- Sir William Ivor Jennings

- Sir William Mckell

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada negara kita?

a)

Menyeragamkan sistem pendidikan

b)

Menghapuskan pengaruh komunis

c)

Melantik pemerintah negara

d)

Merangka perlembagaan

37.

Jadual berikut adalah reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Mengapakah mereka memberi reaksi sedemikian?

a)

Mengancam kedudukan raja

b)

Menghapuskan ketamadunan bangsa

c)

Menggugat keistimewaan orang Melayu

d)

Menjejaskan kesetiaan orang bukan Melayu

38.

Apakah tujuan Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961?

a)

Memajukan sektor perindustrian

b)

Membangunkan kemudahan asas

c)

Memodenkan teknologi pertanian

d)

Menyeragamkan sistem pentadbiran

39.

Jawatankuasa Persediaan Fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan.

Apakah DUA persediaan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut?

a)

Pertandingan pintu gerbang

b)

Memperkenalkan lagu kebangsaan

c)

Pembinaan stadium

d)

Menggubal Rukun Negara

40.

Kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Pendaftaran Kebangsaan untuk menghadapi ancaman komunis.

Apakah tindakan yang diambil untuk menjayakan sistem tersebut?

a)

Pendaftaran parti yang sah

b)

Penggunaan kad pengenalan

c)

Menubuhkan pasukan keselamatan

d)

Memastikan penduduk melapor diri