NEW
Font size
WorksheetsREFLEKSI PENGAJIAN MALAYSIA 2024/2025
Total questions: 30
Worksheet time: 31mins
Setelah berundur dari kota Melaka selama beberapa tahun, Sultan Mahmud mangkat di Kampar. Putera baginda bernama Raja Ali meneruskan tradisi Kesultanan Melayu dengan mengasaskan Kesultanan Johor bergelar
Sultan Alauddin Riayat Shah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Abdul Jalil Shah
Sultan Ibrahim Shah
Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR?
Selain jawatan Yang Di-pertuan Muda, jawatan Raja Tua juga diwujudkan di Johor untuk disandang oleh suku Bugis.
Sultan Pahang yang pertama ialah putera Sultan Mansur Melaka yang disingkirkan dari Melaka akibat membunuh anak bendahara.
Kesultanan Terengganu diasaskan oleh Tun Zainal Abidin setelah ditabalkan oleh Raja Pattani, Nang Chayang.
Kesultanan Kedah berkait rapat dengan warisan daripada Maharaja Siam.
Perjanjian ini telah membahagikan Alam Melayu kepada 2 bahagian, iaitu Tanah Melayu di bawah naungan British dan Sumatera, Kepulauan Riau-Lingga di bawah naungan Belanda. Perjanjian ini merujuk kepada ________________.
Perjanjian Pangkor 1874
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Perjanjian Burney 1826
Apakah slogan yang digunakan oleh pihak Jepun untuk membangkitkan semangat penduduk Tanah Melayu?
Asia untuk Orang Asean
Malaya untuk Orang Asia
Asia untuk Orang Asia
Bangkit Asia
Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai konsep Ketertinggian Perlembagaan?
Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
Perlembagaan tidak boleh diubah
YDPA memerintah berdasarkan perlembagaan
Kuasa perundangan juga tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan
Antara berikut, yang manakah organisasi tertinggi dalam pembentukan dasar negara?
Kabinet
YDPA
Perdana Menteri
Majlis Tertinggi Negara
Malaysia mempraktikkan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
manakah antara yang berikut merupakan perkara yang terletak dalam Senarai Negeri?
Undang-undang keluarga Islam
Kewarganegaraan
Biasiswa
Keselamatan negara
Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan?
Kerajaan dilantik oleh rakyat
Semua negeri mesti patuh kepada kerajaan pusat
Mengandungi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada zaman British dahulu
Negara yang dibentuk dengan persetujuan beberapa buah negeri dan kerajaan pusat diberikan kuasa tertentu, di samping kerajaan negeri dengan kepentingan tempatan
Konsep Raja Berperlembagaan bermaksud _______________
segala dasar, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara
raja bertindak atas nasihat Perdana Menteri
raja dilindungi oleh Perlembagaan
raja merupakan ketua negara
Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan perkara berikut, KECUALI ___________________
melucutkan sendiri kewarganegaraannya
menderhaka kepada raja dan negara
bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan Pejabat Konsul Kerajaan
dibuang daerah
Pada tahun bilakah Pilihan Raya Umum yang pertama diadakan di Tanah Melayu?
1955
1952
1957
1969
Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
I - Ketua negara dipilih dalam pilihan raya
II - Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit
III - Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat
IV - Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
I - Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
II - Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya
III - Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya
IV - Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?
I - Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan
II - Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan
III - Kerajaan dipilih oleh rakyat 5 tahun sekali
IV - Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut, faktor yang manakah TIDAK berkaitan dengan keputusan untuk mengadakan semula pilihan raya?
Perbuatan rasuah
Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihanraya oleh mana-mana pihak.
Cuaca yang tidak mengizinkan semasa pilihanraya berlangsung.
Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya.
Mengapakah undang-undang negeri yang digubal mesti selaras dengan Perlembagaan Malaysia?
Mengukuhkan institusi raja
Menjamin keluhuran perlembagaan
Memelihara perpaduan rakyat
Mengurangkan kos pentadbiran
Pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh ____ hari bagi Semenanjung dan _____ hari bagi Sabah & Sarawak selepas berlaku kekosongan kerusi.
60 dan 60
60 dan 90
90 dan 60
90 dan 90
Perkara yang TIDAK berkenaan dengan tugas YDPA adalah ______________
tugas mengikut budi bicara
memperkenankan rang undang-undang
pengisytiharan darurat
menggubal rang undang-undang
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Parlimen.
Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
Parlimen terdiri daripada YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Parlimen merupakan lambang kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
- Badan Pentadbiran
- Badan Perundangan
- Badan Kehakiman
Kuasa tertinggi bagi ketiga-tiga komponen kerajaan di atas ialah _______________
Yang di-Pertuan Agong
Ketua Negeri
Perdana Menteri
Sultan
- Mahkamah Tentera
- Mahkamah Perusahaan
- Mahkamah Buruh
- Mahkamah Khas Raja-raja
Senarai mahkamah di atas berkaitan dengan ______________
Mahkamah Atasan
Mahkamah Rendah
Mahkamah Khas
Mahkamah Juvana
Manakah yang TIDAK BENAR mengenai konsep Federalisme dalam konteks negara Malaysia?
Kewujudan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
Pembahagian kuasa pemerintahan
Undang-undang negeri tidak boleh bercanggah dengan undang-undang Persekutuan
Setiap negeri bebas daripada undang-undang Persekutuan
Pilih pernyataan yang BENAR mengenai perkhidmatan awam.
i - Kedudukan perkhidmatan awam adalah tetap walaupun negara bertukar kerajaan yang memerintah.
ii - Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA.
iii - Pegawai perkhidmatan awam negeri memegang jawatan selama diperkenankan oleh Sultan/Yang Dipertua Negeri.
iv - Tindakan tatatertib anggota perkhidmatan awam termaktub di bawah peraturan Perintah Am.
i, ii dan iii
i, ii dan iv
ii, iii, dan iv
Semua di atas
Badan Eksekutif bagi negeri Sabah dikenali sebagai ____________
Majlis Tertinggi
Kabinet Negeri
Kabinet
Majlis Tempatan
Manakah antara berikut adalah badan berkanun di Malaysia?
i - Majlis Amanah Rakyat (MARA)
ii - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
iii - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
iv - Petronas
i, ii, dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
Pengasingan kaum dari segi tempat tinggal, pendidikan dan pekerjaan berlaku pada zaman British kerana British melaksanakan konsep _____________
gabung dan perintah
pecah dan perintah
kelompok dan perintah
susun dan perintah
Manakah antara bandar yang berikut ada kaitan dengan sejarah perkembangan bijih timah di Malaysia?
Taiping
Kota Bharu
Melaka
Johor Bahru
Semasa penjajahan British, terdapat satu sistem iaitu seorang buruh Indiayang telah bekerja di Tanah Melayu akan pulang ke India dan mencari buruh-buruh baharu untuk bekerja di bawahnya di Tanah Melayu.
Sistem pengambilan pekerja seperti ini dikenali sebagai ________________
Sistem Kangani
Sistem Kontrak
Sistem Kangchu
Sistem Sementara
Antara pernyataan berikut, yang manakah sering dikaitkan sebagai masalah-masalah perpaduan negara selepas merdeka?
i - Pemisahan tempat tinggal
ii - Pengasingan sistem pendidikan
iii - Fahaman dan tumpuan politik pendidikan
iv - Perbezaan warna kulit
i, ii dan iv
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, iii dan iv
Prinsip Rukun Negara ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan negeri masing-masing sekali gus melahirkan rakyat yang menghormati simbol-simbol kedaulatan negara dan berani mempertahankan negara daripada sebarang ancaman kuasa luar.
Prinsip yang dimaksudkan adalah __________
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
