wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 5 dan Bab 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
1. Apabila sebuah firma meningkatkan pengeluarannya dalam jangka masa pendek, maka nilai kos tetap purata
a)
malar.
b)
menurun.
c)
meningkat.
d)
pada mulanya menurun dan kemudian meningkat.
2.
2. Perubahan dalam jumlah kos berubah akibat daripada tambahan satu unit output dikenali sebagai
a)
kos sut.
b)
kos purata.
c)
jumlah kos.
d)
kos berubah purata.
3.
3. Jangka masa panjang dalam proses pengeluaran adalah merujuk kepada keadaan di mana
a)
firma berupaya memaksimumkan keuntungan.
b)
firma mencapai kecekapan dalam pengeluaran.
c)
semua input dapat diubah mengikut keperluan pengeluaran.
d)
firma berupaya meningkatkan penggunaan buruh apabila ingin meningkatkan pengeluaran output.
4.
4. Apabila keluk jumlah keluaran mencapai tingkat maksimum, maka
a)
keluk keluaran sut sedang meningkat.
b)
keluk keluaran purata sedang meningkat.
c)
keluk keluaran sut bersilang dengan paksi kuantiti.
d)
keluk keluaran purata bersilang dengan keluk keluaran sut.
5.
5. Peralihan keluk kos purata jangka panjang ke atas disebabkan oleh
a)
ekonomi bidangan luaran.
b)
ekonomi bidangan dalaman.
c)
tak ekonomi bidangan luaran.
d)
tak ekonomi bidangan dalaman.
6.
6. Apabila jumlah keluaran meningkat pada kadar yang berkurang,
a)
keluaran sut berterusan meningkat.
b)
keluaran sut menurun dan bernilai positif.
c)
keluaran purata mencapai tingkat maksimum.
d)
keluaran sut bersamaan dengan keluaran purata.
7.
7. Manakah antara berikut merupakan kos implisit bagi sesebuah firma?
a)
Kos buruh.
b)
Bil elektrik.
c)
Bunga pinjaman bank.
d)
Sewa bangunan sendiri.
8.
8. Konsep jangka pendek dalam teori pengeluaran merujuk kepada keadaan apabila
a)
semua input adalah input tetap.
b)
semua input adalah input berubah.
c)
tempoh pengeluaran kurang daripada setahun.
d)
sekurang-kurangnya satu input adalah input tetap.
9.
9. Keluaran purata (AP) melebihi keluaran sut (MP) semasa
a)
AP sedang menurun.
b)
AP sedang meningkat.
c)
MP sedang meningkat.
d)
MP mencapai maksimum.
10.
10. Ekonomi bidangan dikaitkan dengan
a)
tingkat pengeluaran yang maksimum.
b)
pengeluaran pada kos purata minimum dalam jangka pendek.
c)
pengeluaran pada kos purata jangka panjang yang menurun.
d)
tingkat pengeluaran apabila wujud pengkhususan pengeluaran.
11.
11. Pada keluk keluaran purata maksimum,
a)
jumlah keluaran adalah maksimum.
b)
keluaran sut melebihi keluaran purata.
c)
keluaran sut kurang dari keluaran purata.
d)
keluaran sut sama dengan keluaran purata.
12.
12. Jika keluk kos purata jangka panjang sedang menurun apabila keluaran meningkat, maka firma ini mengalami
a)
ekonomi bidangan luaran.
b)
ekonomi bidangan dalaman.
c)
tak ekonomi bidangan luaran.
d)
tak ekonomi bidangan dalaman.
13.
13. Keluk permintaan bagi suatu barang untuk firma pasaran persaingan sempurna adalah
a)
anjal.
b)
tak anjal.
c)
anjal sempurna.
d)
tak anjal sempurna.
14.
14. Ciri pasaran persaingan sempurna adalah seperti berikut KECUALI
a)
Barangan yang dikeluarkan adalah barang homogen.
b)
Firma mempunyai kebebasan masuk dan keluar pasaran.
c)
Firma mempunyai pengetahuan sempurna tentang pasaran.
d)
Firma mengamalkan aktiviti persaingan bukan harga di pasaran.
15.
15. Dalam jangka pendek, apabila sebuah firma pasaran persaingan sempurna pada keseimbangan, kos sut didapati melebihi kos purata. ini memberi gambaran bahawa firma tersebut
a)
mengalami kerugian.
b)
menikmati keuntungan lebih normal.
c)
akan meninggalkan pasaran dalam jangka panjang.
d)
hanya dapat membiayai sebahagian kos tetap sahaja.
16.
16. Firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan apabila
a)
kos sut bersamaan dengan hasil sut.
b)
kos sut bersamaan dengan kos purata.
c)
kos purata bersamaan dengan hasil sut.
d)
kos purata bersamaan dengan hasil purata.
17.
17. Jika firma tidak dapat mempengaruhi harga pasaran, firma ini beroperasi dalam pasaran
a)
monopoli.
b)
persaingan sempurna.
c)
persaingan bermonopoli.
d)
persaingan tidak sempurna.
18.
18. Firma persaingan sempurna akan menutup operasi pengeluaran dalam jangka pendek apabila harga
a)
sama dengan kos sut.
b)
sama dengan kos purata.
c)
kurang daripada kos berubah purata.
d)
lebih tinggi daripada kos tetap purata.
19.
19. Firma persaingan sempurna
a)
menjual barangan pada harga sama.
b)
melaksanakan persaingain bukan harga.
c)
bersama-sama menetapkan harga pasaran.
d)
mengiklankan keluaran mereka untuk menambah jualan.
20.
20. Sebab utama mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna memperoleh untung normal dalam jangka panjang adalah kerana
a)
keluaran firma homogen.
b)
ramai pembeli dan pengeluar.
c)
firma adalah pengambil harga.
d)
kebebasan keluar masuk firma dalam pasaran.