wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 2 - BAHASA KEBANGSAAN A

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih falsafah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

a)

Memartabatkan Bahasa Melayu.

b)

Membakukan Ejaan, Sebutan dan Membentuk Istilah.

c)

Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia.

d)

Pembinaan Negara Bangsa melalui Bahasa Melayu.

2.

Berikut merupakan jenis kosa kata dasar bahasa Melayu, kecuali _________.

a)

istilah kekeluargaan

b)

kata nama

c)

kata kerja

d)

anggota badan

3.

Perkataan manakah yang mempunyai bunyi diftong bahasa Melayu yang tepat?

a)

Imbau, Serai, Baik

b)

Serabai, Sauk, Kaloi

c)

Lauk, Sauh, Kuala

d)

Buai, Salai, Pulau

4.

Pilih perkataan yang mempunyai pola keselarasan vokal bahasa Melayu asing yang TIDAK BENAR.

a)

Polis

b)

Kalendar

c)

Enjin

d)

Sekolah

5.

Pilih padanan huruf konsonan yang mempunyai bunyi yang sama dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu.

a)

x dan z

b)

f dan s

c)

s dan z

d)

x dan s

6.

Manakah ayat yang mempunyai kesalahan penggunaan kata majmuk dalam bahasa Melayu?

I. Masa bertolak ke Zoo Negara adalah pada jam 10.30 pagi.

II. Unit Matematik tidak lagi menyediakan perkhidmatan Klinik Matematik berkuatkuasa 15 Jun 2019.

III. Tiba saja hujung minggu mesti kita sudah merancang makan angin dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan.

IV. Pasukan bomba sukarela akan dapat membantu jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia dalam usaha penjagaan pili bomba.

a)

III dan IV sahaja.

b)

II dan III sahaja.

c)

I dan II sahaja.

d)

I dan IV sahaja.

7.

Pilih ayat yang menggunakan partikel yang BETUL.

I. Itulah yang saya maksudkan.

II. Oleh sebab kepenatan, saya pun tertidur sehingga waktu subuh.

III. Ibu tidak tahu bahawa kakak sudahpun berkahwin dengan seorang duda.

IV. Kebanyakan karya sastera baik hikayat, prosa mahu pun puisi menggunakan tulisan Jawi.

a)

I dan IV sahaja.

b)

I dan II sahaja.

c)

III dan IV sahaja.

d)

II dan III sahaja.

8.

"Gabungan suku kata dengan kata penuh yang lazimnya membentuk kata kerja"

Pilih contoh perkataan yang terhasil daripada proses pembentukan kata seperti di atas.

a)

Pulihara

b)

Jenama

c)

Angkubah

d)

Jentolak

9.

"Rumah banglo yang dibeli oleh Dato Amin berkeluasan kira-kira 10000 kaki persegi."

Pilih jenis bentuk kata majmuk yang terdapat dalam jadual di atas.

a)

Peribahasa lama dan istilah khusus.

b)

Istilah khusus dan simpulan bahasa.

c)

Rangkai kata bebas dan istilah khusus.

d)

Kiasan dan rangkai kata bebas.

10.

"Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk membina sebuah hospital bersalin yang mesra wanita pertama di negeri ini."

Pilih bentuk asimilasi kosa kata asing ke dalam bahasa Melayu dengan merujuk perkataan yang dicondongkan dalam ayat di atas.

a)

Peminjaman terjemah.

b)

Kacukan.

c)

Penyebutan secara etimologi bahasa asal.

d)

Peminjaman tanpa berlaku penggantian