wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2025 SEM 1 - SET 1

Total questions: 40

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?

a)

Tidak dijajah oleh kuasa asing

b)

Kepimpinan negara yang berani

c)

Bebas daripada tekanan kuasa asing

d)

Keupayaan mentadbir secara demokrasi

2.

Apakah syarat yang perlu dipenuhi oleh Puan Z untuk menolak kewarganegaraannya?

a)

Puan Z telah mendapat perakuan untuk menjadi warganegara asing

b)

Puan Z perlu memperoleh kelulusan Pejabat Konsul di luar negara

c)

Puan Z mesti mencapai umur melebihi 21 tahun

d)

Puan Z perlu menguasai bahasa asing

3.

Yang manakah bidang kuasa kerajaan persekutuan dalam urusan penubuhan sesebuah universiti?

a)

Pelantikan pihak pentadbir dan pensyarah

b)

Pengeluaran sijil menduduki bangunan

c)

Peruntukan kewangan

d)

Pembekalan air

4.

Yang memerlukan nasihat Majlis Raja-raja dalam pelantikannya ialah

a)

Peguam Negara

b)

Ketua Audit Negara

c)

Ketua Setiausaha Negara

d)

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

5.

Yang manakah benar tentang keanggotaan serentak dalam badan perundangan peringkat persekutuan dan negeri?

a)

P menjadi ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat

b)

Q menjadi ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Dewan Negara

c)

R menjadi ahli Dewan Rakyat dan ahli Majlis Parlimen yang dilantik

d)

S menjadi ahli Dewan Rakyat dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

6.
  • Rang undang-undang X mesti dikemukakan pada asalnya di Dewan Rakyat

  • Tidak perlu dibahaskan di Dewan Negara kerana Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk membuat pindaan kepada rang undang-undang ini

  • Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

rang undang-undang perbekalan

b)

rang undang-undang cukai perkhidmatan

c)

rang undang-undang pemansuhan hukuman mati mandatori

d)

rang undang-undang-undang kesalahan seksual terhadap kanak-kanak

7.

Yang manakah institusi yang boleh dirujuk jika berlaku pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan?

a)

Mahkamah Khas

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Persekutuan

8.

Yang manakah sebab Pilihan Raya Kecil perlu diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri?

a)

Ahli Parlimen yang diisytihar muflis

b)

Ahli Parlimen telah hilang kelayakan

c)

Ahli Dewan Undangan Negeri meletak jawatan

d)

Ahli Dewan Undangan Negeri dituduh mengambil rasuah

9.

Yang manakah tindakan yang boleh diambil oleh Perdana Menteri sekiranya beliau hilang kepercayaan ahli Dewan Rakyat?

a)

Membubarkan Parlimen

b)

Mengadakan pilihan raya umum

c)

Meletak jawatan bersama-sama jemaah menteri

d)

Mengekalkan jawatan sehingga tamat tempoh Parlimen

10.

Kerajaan akan membangunkan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) yang komprehensif dan holistik dalam mengembalikan keyakinan orang awam terhadap institusi kerajaan

Yang manakah prinsip tadbir urus baik yang menjadi teras kepada pembangunan pelan di atas?

a)

Ketelusan

b)

Kecekapan

c)

Fokus kepada pelanggan

d)

Pengamanahan dan pengawasan

11.

Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen

Penyataan di atas membawa maksud ...

a)

semua anggota parlimen mesti mematuhi arahan kabinet

b)

semua anggota kabinet bertanggungjawab secara kolektif

c)

semua anggota kabinet secara individu bertanggungjawab kepada parlimen

d)

semua anggota kabinet bertanggungjawab secara bersama terhadap segala keputusan kabinet

12.

Yang manakah sumber hasil tambahan bagi Sabah dan Sarawak?

a)

Cukai jalan

b)

Cukai perkhidmatan

c)

Cukai jualan negeri

d)

Cukai keuntungan hartanah

13.

Yang manakah sebab utama Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan badan penyelaras antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan?

a)

Menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

b)

Meningkatkan kecekapan pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan

c)

Menghalang campur tangan Kerajaan Persekutuan dan hal ehwal Kerajaan negeri

d)

Mengelakkan percanggahan dan melicinkan pentadbiran antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

14.

Yang manakah tingkah laku penjawat awam yang boleh mencalarkan imej dan reputasi perkhidmatan awam?

a)

Mengambil masa rehat melebihi sepatutnya

b)

Menggunakan harta pejabat bagi menyelesaikan urusan peribadi

c)

Menerima wang sebagai upah mempercepatkan bayaran tuntutan kontraktor

d)

Menggunakan jawatan untuk meluluskan projek kepada syarikat yang dimiliki oleh adiknya

15.

Yang manakah perkhidmatan yang disediakan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ini?

a)

Aduan

b)

Kritikan

c)

Pertanyaan

d)

Luahan perasaan

16.

Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Yang manakah menjelaskan penyataan tersebut.

a)

Bendera dan identiti negara dihormati

b)

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara jiran

c)

Mendahului kepentingan negara dalam semua keputusan

d)

Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan dalam melaksanakan kuasa

17.

Kerajaan Persekutuan menyediakan perkhidmatan bekalan air di sesetengah negeri. Yang manakah boleh dikaitkan dengan penyataan tersebut?

a)

Bekalan air sebagai tanggungjawab bersama Persekutuan dan negeri

b)

Sebagai peruntukan pembangunan kepada negeri berkenaan

c)

Memenuhi tanggungjawab kepada kerajaan negeri

d)

Memenuhi tuntutan rakyat negeri berkenaan

18.

Dalam menyalurkan peruntukan kepada negeri, perundingan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang turut melibatkan pihak berikut.

a)

Majlis Pembangunan

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Majlis Kewangan Negara

d)

Majlis Perundingan Ekonomi

19.

Yang manakah benar merujuk kepada jawatan Perdana Menteri Malaysia?

a)

Mestilah seorang Melayu

b)

Terikat dengan Persetujuan Ketua Negara

c)

Merupakan seorang ahli Majlis Parlimen

d)

Warganegara melalui kuatkuasa undang-undang

20.

Yang manakah benar merujuk kepada hilang kelayakan sebagai calon pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri?

a)

Masih menjadi ahli Dewan Rakyat semasa mendaftar sebagai calon

b)

Masih menjalankan atau berkhidmat dalam profesion yang dimiliki

c)

Baru dua tahun keluar penjara setelah dipenjara selama tiga tahun

d)

Disabit kesalahan 4 tahun lepas dan dikenakan denda RM3,000

21.

Perolehan kewarganegaraan Puan Nga adalah melalui pendaftaran. Yang manakah berkaitan dengan perolehan kewarganegaraan Puan Nga?

a)

Boleh berbahasa Melayu

b)

Suaminya warganegara Malaysia

c)

Telah satu tahun menetap di Persekutuan

d)

Telah bekerja di Malaysia melebihi 15 tahun

22.

Yang manakah penyataan berikut membezakan antara anggota Dewan Rakyat dengan anggota Dewan Negara?

a)

Dewan Rakyat lebih berkuasa berbanding Dewan Negara manakala Dewan Negara lebih unggul

b)

Dewan Rakyat anggotanya berumur tidak kurang 18 tahun manakala anggota Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas

c)

Dewan Rakyat berkuasa mutlak ke atas rang undang-undang kewangan manakala Dewan Negara hanya berkuasa menangguh

d)

Dewan Rakyat akan kosong keanggotaan apabila Parlimen dibubarkan manakala anggota Dewan Negara tidak terjejas

23.
  • Organisasi yang menjalankan kuasa atas nama Ketua Negara

  • Keanggotaannya terdiri daripada ahli Majlis Parlimen

  • Keterangan di atas merujuk kepada

a)

Suruhanjaya

b)

Kementerian

c)

Kabinet

d)

Parlimen

24.

Tadbir urus yang baik dan cekap bertujuan untuk

a)

Menambah tempoh bekerja

b)

Menambah sumber kewangan kerajaan

c)

Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang

d)

Meningkatkan keupayaan kerajaan dalam melaksana dasar

25.

Sekiranya seorang Perdana Menteri telah menerima undi tidak percaya, beliau perlu mengambil tindakan sebagaimana berikut

a)

Meletak jawatan

b)

Membubarkan kabinet

c)

Meletak jawatan sebagai ketua parti

d)

Meminta Ketua Parlimen membubarkan Parlimen

26.

Yang manakah merujuk kepada kuasa Sultan?

a)

Menggubal dasar negeri

b)

Memperkenan permintaan membubar DUN

c)

Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja

d)

Melantik Majistret dan para hakim Mahkamah Sesyen

27.

Proses penggubalan undang-undang melibatkan beberapa peringkat bacaan. Yang manakah benar merujuk kepada Bacaan Pertama

a)

Undang-undang diluluskan pada peringkat ini

b)

Prinsip am undang-undang dihebahkan

c)

Kajian lebih terperinci dilakukan

d)

Peguam Negara turut terlibat

28.

En. X seorang pegawai awam. Beliau bertanggungjawab menyelaras perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta menasihati Ketua Kerajaan tentang hal pentadbiran. En X ialah

a)

Peguam Negara

b)

Menteri Kabinet

c)

Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Ketua Setiausaha Negara

29.

Pemuda A telah ditangkap namun tidak dibicarakan segera. Bagi membebaskan dirinya pemuda A boleh melakukan tindakan berikut.

a)

Memohon hebeas corpus

b)

Memohon jaminan mahkamah

c)

Mendapat khidmat peguam terbaik

d)

Mendiamkan diri semasa perbicaraan

30.

Konsep ‘Dibebaskan Tanpa Dilepaskan’ dalam sistem keadilan di Malaysia merujuk kepada

a)

konsep yang sama dengan ‘Dibebaskan tanpa syarat’ .

b)

boleh dibicara semula sekiranya terdapat bukti baharu

c)

tidak boleh dibicara semula apabila dibebaskan

d)

dibebaskan dengan syarat yang ketat

31.

Yang manakah berkaitan dengan ciri negara berdaulat?

a)

Memerintah tanpa campur tangan daripada kuasa luar

b)

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara

c)

Rakyat terlibat dalam pemilihan pemimpin

d)

Demokrasi berparlimen

32.

Apakah kepentingan identiti negara kepada rakyat Malaysia?

a)

Melahirkan pemimpin politik berwibawa

b)

Membentuk masyarakat berdaya saing

c)

Menjadi asas kepada jati diri

d)

Memajukan ekonomi negara

33.

Yang manakah berkaitan dengan tambahan Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak?

a)

Panggung wayang

b)

Kutu rayau dan penjaja

c)

Pelabuhan dan pangkalan

d)

Pilihan raya bagi Dewan Negeri

34.

Perkara yang boleh dipinda dengan majoriti dua pertiga di Parlimen tanpa memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja?

a)

Keistimewaan Parlimen

b)

Kedudukan Bahasa Kebangsaan

c)

Peruntukan tambahan kewarganegaraan

d)

Agama Islam sebagai agama Persekutuan

35.

Antara berikut, yang manakah intipati penting dalam Perjanjian Malaysia 1963 mengenai kuasa negeri Sabah dan Sarawak?

a)

Agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi di Sabah dan Sarawak

b)

Hal ehwal pertahanan negara diletakkan di bawah senarai negeri

c)

Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa ke atas bidang pendidikan masing-masing

d)

Bahasa Inggeris boleh terus digunakan untuk semua urusan rasmi tanpa had masa

36.

Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk

a)

mengawal selia sumber modal insan yang cekap

b)

melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara

c)

menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan

d)

meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar

37.

Yang manakah cabaran tadbir urus baik dari aspek integriti penjawat awam?

a)

Mengutamakan penjimatan pengurusan

b)

Memperkasa etika kerja penjawat awam

c)

Meningkatkan daya saing penjawat awam

d)

Mengurus sumber kewangan dengan cekap

38.
  • * Tempoh perkhidmatan selama lima tahun

  • * Merupakan elemen dalam parlimen

Penyataan di atas berkaitan dengan jawatan

a)

Jemaah Menteri

b)

Perdana Menteri

c)

Yang di Pertua Dewan

d)

Yang di Pertuan Agong.

39.

Calon yang kalah dalam pilihan raya boleh membuat petisyen pilihan raya kerana

a)

calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi

b)

calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai

c)

calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

d)

calon yang menang menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

40.

Seorang Ahli Dewan Rakyat telah meninggal dunia ketika masih berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasannya. Apakah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

a)

Membubarkan Parlimen

b)

Mengadakan pilihan raya kecil

c)

Mengadakan pilihan raya umum

d)

Melantik wakil rakyat baharu secara automatik