NEW
Font size
WorksheetsKomuniti S5 (MCQ REVISION) PART II by Sir M
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Konsep utama yang diketengahkan dalam penjagaan kesihatan primer ialah
penyakit (illness).
kesejahteraan (wellness).
kecemasan (emergency).
perkhidmatan sokongan (support services).
Berikut merupakan sifat yang harus ada dalam penjagaan kesihatan primer.
Keinginan.
Kepatuhan.
Kemenjadian.
Kebolehcapaian.
Satu daripada lapan elemen yang terdapat dalam penjagaan kesihatan primer adalah
komuniti.
pergigian.
imunisasi.
perubatan.
Struktur organisasi dalam penjagaan kesihatan primer memfokuskan kepada
rawatan.
perubatan.
rehabilitasi.
pencegahan.
Berikut merupakan antara perkhidmatan yang diberikan dalam perkhidmatan kesihatan primer, kecuali
sukan dan rekreasi.
pemakanan dan nutrisi.
penjagaan kesihatan ibu dan anak.
kawalan dan pencegahan penyakit.
Peranan dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan dalam kesihatan mental adalah ;
i. menentukan rawatan.
ii. memberikan diagnosa.
iii. menilai masalah psikososial klien.
iv. mengenalpasti pesakit berisiko defaulters.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam kesihatan keluarga meliputi perkhidmatan
rawatan pergigian.
ibu bersalin di rumah.
bekalan air masyarakat.
rawatan susulan perubatan.
Prinsip rawatan kecemasan semasa wabak penyakit berlaku dikenali sebagai
tertier.
primer.
spiritual.
sekunder.
Rawatan yang diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan semasa perkhidmatan ‘on-call’ tertakluk kepada konsep
pencegahan penyakit berjangkit.
berasaskan hospital (hospital-based).
kemasukan ke wad (admission-based).
berasaskan komuniti (community-based).
Perkhidmatan pra-hospital dalam penjagaan kesihatan primer merujuk kepada
i. rawatan awal.
ii. program imunisasi.
iii. pendidikan kesihatan.
iv. perkhidmatan ambulans.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Berikut adalah kenyataan mengenai penggunaan peralatan dalam perkhidmatan ambulans.
Seiring sains dan teknologi.
Perkhidmatan sukar diperolehi.
Mengikut kehendak masyarakat.
Bergantung kepada kos yang termampu.
Perkhidmatan klinik bergerak di Malaysia menekankan kepada
mengawal penyakit berjangkit.
menangani gejala-gejala sosial.
melakukan penyaringan kesihatan.
memberikan pengajaran dan kaunseling.
Carta aliran kerja dalam perkhidmatan klinik bergerak berfungsi untuk
melakukan penilaian kemajuan diri.
menjalankan penilaian keindahan kampung.
mengumpul maklumat taraf kesihatan penduduk.
memantau tahap perkembangan ekonomi penduduk setempat.
Tanggungjawab utama perkhidmatan pasukan klinik bergerak ialah
saringan kesihatan.
panggilan ambulans.
perkhidmatan kecemasan.
perkhidmatan pra-hospital.
Berikut merupakan pernyataan yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling HIV / AIDS.
Melibatkan kaunseling sokongan.
Memberikan keputusan pasca ujian.
Menjelaskan mengenai soal perkahwinan, hubungan seks dan zuriat.
Langkah dalam pengurusan HIV di peringkat penjagaan kesihatan primer.
Kaunseling HIV/AIDS adalah bertujuan untuk
i. mencegah jangkitan HIV/AIDS.
ii. memastikan pesakit sembuh sepenuhnya.
iii. meningkatkan kadar morbiditi dan mortaliti.
iv. memberi sokongan secara psikologi kepada penghidap HIV/AIDS.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Berdasarkan tiga peringkat kaunseling HIV/AIDS, kaunseling pasca ujian bermaksud memberikan
analisis keputusan ujian.
maklumat mengenai HIV dan AIDS.
info mengenai ujian-ujian HIV yang perlu dilakukan.
implikasi ujian negatif kepada pesakit dari segi psikososial.
Konsep penjagaan peribadi (personalized care) dalam komuniti mengadaptasi konsep
perawatan sekunder.
perawatan domisiliari.
perkhidmatan luar bandar.
penjagaan kesihatan primer.
Berdasarkan personalized care di dalam perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, yang manakah merujuk kepada penjagaan postnatal?
m-chart.
Mammogram program.
Penjagaan pra kehamilan.
Kaedah perancang keluarga.
Berdasarkan kepada Mental Disorder Ordinance Persekutuan Tanah Melayu tahun 1952, kenyataan manakah yang betul.
Kemasukan secara sukarela sahaja.
Kemasukan pesakit secara paksa sahaja.
Memberikan rawatan kepada orang awam.
Melindung pesakit psikiatri dan orang awam.
Soal selidik gaya daya tindak (SSGDT) bertujuan untuk
menilai tahap stress.
mengukur tahap anxiety.
menilai tahap depression.
mengukur tahap tingkah laku seseorang ketika murung, bimbang dan tertekan.
Berikut merupakan kesan kaedah interpersonal communication yang baik, kecuali
kualiti hidup yang lebih baik.
meningkatkan keyakinan diri.
pengurangan kesan psikologi.
meningkatkan tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan.
Program kesihatan remaja (adolescent) yang merujuk kepada perkhidmatan interpersonal communication ialah
perkhidmatan perawatan.
bimbingan khidmat nasihat.
khidmat saringan kesihatan remaja.
promosi pemakanan dan pendidikan kesihatan.
Peringkat umur remaja awal yang disaring menggunakan borang saringan status kesihatan (BSSK) adalah
7 tahun hingga 9 tahun.
10 tahun hingga 14 tahun.
15 tahun hingga 17 tahun.
18 tahun hingga 19 tahun.
Aktiviti yang dijalankan dalam program kesihatan remaja turut memfokuskan kepada
remaja lelaki sahaja.
remaja perempuan sahaja.
masalah kesihatan mental semata-mata.
masalah pemakanan, sosial dan risiko kemalangan.
Kesihatan geriatric merujuk kepada
proses biologikal.
proses psikososial.
kesihatan warga emas.
kesihatan kanak-kanak.
Status saringan menunjukkan inability dan dalam “six geriatric giants” bermaksud
pergerakan yang terhad.
perubahan fungsi normal.
kurang kemampuan untuk melakukan sesuatu.
perubahan intelektual yang semakin bekurangan.
Aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan dalam program kesihatan geriatrik merujuk kepada aktiviti
keupayaan untuk membersihkan diri.
berupaya untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus.
mengubah tingkah laku bagi mencapai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang optimum.
berkemampuan sama ada berjalan atau memindahkan diri dari katil ke kerusi roda dan kembali semula.
Harm reduction merupakan program khusus untuk mencegah dan mengawal
penularan HIV/AIDS.
perebakan Hepatitis A.
penyakit Demam Denggi.
jangkitan penyakit Leptospirosis.
Methadone merupakan satu Program Rawatan Terapi Gantian (RTG) yang bertujuan untuk ;
i. mengelakkan kesan gian.
ii. meningkatkan risiko jangkitan HIV.
iii. meningkatkan keinginan terhadap dadah opiat.
iv. menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Perkhidmatan perawatan domisiliari merangkumi
i. perkhidmatan yang disediakan di hospital.
ii. perkhidmatan selepas discaj daripada hospital.
iii. penjagaan rawatan dan rehabilitasi di hospital.
iv. perawatan dan rehabilitasi yang disediakan di rumah.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Penyelaras perkhidmatan perawatan domisilari perlu bertanggungjawab memastikan kriteria pesakit seperti berikut dipenuhi, kecuali bagi pesakit yang
warganegara Malaysia.
mempunyai alamat jelas.
dirujuk daripada klinik swasta.
tinggal di kawasan operasi klinik.
Berdasarkan borang penilaian Modified Barthel Index (MBI) aktiviti kebersihan diri dengan skor 3 pada lawatan yang pertama bermaksud
berdikari sepenuhnya.
perlu bantuan minima.
perlu bantuan sederhana.
harus dibantu sepenuhnya.
Berikut adalah penyataan mengenai penjagaan paliatif (palliative care).
Perkhidmatan rawatan dan rehabiliasi di hospital.
Perawatan dan rehabilitasi yang disediakan di rumah.
Peningkatan kualiti hidup pesakit sehingga mencapai tahap pemulihan yang maksima.
Peningkatan kualiti hidup seseorang apabila berhadapan dengan penyakit yang mengancam nyawa.
Bagi penjagaan paliatif, penjaga (caregiver) bertanggungjawab dalam menilai keperluan perubatan seperti
penyediaan keperluan asas.
meluangkan masa lapang bersama.
menyediakan pengangkutan alternatif.
mengurus ubat dan menilai tahap kesakitan pesakit.
Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan dalam penjagaan paliatif, kecuali
mengurus simptom dan rasa sakit.
memberikan sokongan psikososial.
membantu dalam menjalankan aktiviti harian.
mengakhiri hidup bagi menghapuskan penderitaan (euthanasia).
Health outreach programme berperanan untuk
menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan.
meneliti keperluan sekolah dan menawarkan bantuan ikhlas.
membuat penilaian tentang kos sara hidup serta memberi bantuan kewangan.
Outreach programme dalam perkhidmatan kesihatan awam bertujuan untuk
mempromosikan kesihatan komuniti.
memulihkan tahap kesihatan warga emas.
menyediakan perkhidmatan penjagaan paliatif sahaja.
menjalankan perkhidmatan perawatan domisiliari secara minimum.
Dalam memperkasakan komuniti kearah kesejahteraan kesihatan, konsep suku-suku separuh merujuk kepada
jauhi alkohol.
bahaya merokok.
makan secara sihat.
senaman aktiviti fizikal.
Konsep penjagaan kesihatan kendiri membolehkan
penjaga menguruskan keperluan harian pesakit.
individu menguruskan penjagaan kesihatan mereka sendiri.
masyarakat mengambil rawatan tanpa nasihat pegawai perubatan.
mereka terlibat membuat keputusan sendiri dalam pengurusan penyakit.
Konsep Rekod Kesihatan Sepanjang Hayat KKM adalah
Merangkumi maklumat rekod jenayah lampau
Penyimpanan data pendaftaran warganegara Malaysia
Rekod bermula penjagaan prenatal sehingga warga emas
Maklumat penduduk Malaysia merangkumi profil akademik dan pekerjaan
Contoh rawatan alternatif yang diamalkan di Malaysia adalah
Homeopati
Rawatan dukun
Pemindahan organ
Rawatan tenaga batin
Peranan NGO dalam kesihatan awam di negara ini adalah
Membantu kerajaan meningkatkan tahap kesihatan awam
Mengambil alih sistem perkhidmatan kesihatan awam negara
Menstruktur perancangan masa hadapan perkhidmatan kesihatan awam
Berperanan sebagai penentu utama dalam pencapaian tahap kesihatan awam
community empowerment atau pemerkasaan masyarakat dalam kesihatan awam memiliki elemen berikut KECUALI
Kesedaran
Autonomi
Membuat keputusan
Perkhidmatan kesihatan
Berikut adalah contoh aktiviti self monitoring yang boleh dilakukan di rumah
Pemeriksaan urin
Pemeriksaan Jantung
Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan tahap kesihatan mental
Aktiviti penjagaan paliatif merangkumi
Penjagaan pesakit di hospital dan di rumah
Hanya disediakan oleh Agensi Bukan Kerajaan
Kepentingan pendidikan kesihatan kepada pesakit
Menumpukan penjagaan kebersihan pesakit sahaja
Penjagaan paliatif merangkumi
Menghiburkan pesakit hingga ke hujung hayatnya
Meminimumkan kesan sampingan daripada rawatan
Menguruskan dana bagi menampung kos perubatan pesakit
Melakukan penilaian kesihatan pesakit mengikut keadaan semasa
Penjagaan Paliatif ditakrifkan dengan jelas oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai pendekatan
gabungan perubatan tradisional dan moden sebagai rawatan pesakit
promosi kesihatan pesakit yang enggan mendapatkan rawatan lanjut
rawatan pesakit yang menjalani rawatan di rumah sehingga peringkat sembuh
yang meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka yang menghadapi masalah penyakit yang mengancam nyawa
Penilaian berikut salah satu elemen dalam Modified Barthel Index (MBI)
Status mental
Kebersihan diri
Ujian darah
Rawatan susulan
Berikut adalah BENAR mengenai Pasukan Perkhidmatan dormisiliari
Dilakukan dalam waktu pejabat
Merangkumi cuti dan hari kelepasan am
Bergantung kepada ketersediaan pasukan
Dilakukan di luar kawasan liputan sekitar klinik atau hospital
