NEW
Font size
WorksheetsModul 1: Pengenalan Kepada Perakaunan
Total questions: 33
Worksheet time: 11mins
Pilih pernyataan yang paling tepat tentang perakaunan.
Meliputi proses simpan kira sahaja
Aktiviti merekod urus niaga berdasarkan catatan bergu
Perancangan dan kawalan terhadap aktiviti perniagaan
Mencakupi simpan kira, mentafsir dan melapor maklumat kewangan
P ialah satu peringkat dalam kitaran perakaunan. Pada peringkat ini, akaun hasil dan belanja akan dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Apakah P?
Pelarasan
Catatan Penutupan
Buku Catatan Pertama
Imbangan Duga Terselaras
Pernyataan manakah yang benar mengenai perakaunan pengurusan?
Menghitung untung atau rugi perniagaan
Menghasilkan laporan kewangan perniagaan
Menyediakan maklumat bagi tujuan membuat keputusan
Merekodkan proses bagi perekodan urus niaga perniagaan
Objektif utama subbidang perakaunan ini ialah menyediakan maklumat perakaunan kepada pengguna dalaman dan pengguna luaran.
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan kewangan
Perakaunan pengurusan
Pernyataan berikut berkaitan dengan sub bidang perakaunan. Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman dan antara skop kerja ialah kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran. Apakah sub bidang tersebut?
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan kewangan
Perakaunan pengurusan
Maklumat berikut berkaitan dengan kod etika dalam profesion perakaunan. Akauntan tidak boleh bersikap berat sebelah dan tidak mudah terpengaruh oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Apakah kod etika yang menepati pernyataan tersebut?
Integriti
Objektiviti
Kerahsiaan
Kompetensi
Apakah tujuan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) ditubuhkan?
Melatih akauntan dan juru audit bertauliah
Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan
Mengendali latihan dan peperiksaan bagi profesion perakaunan
Apakah badan profesional yang ditubuhkan untuk melahirkan akauntan profesional yang mahir dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan?
Malaysian Institute of Accountants (MIA)
Association of Chartered Accountants (ACCA)
Chartered Intitute of Management Accountants (CIMA)
Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
Luca Pacioli digelar 'Bapa Perakaunan' kerana...
Mewujudkan Sistem Panjar
Menyediakan Penyata Kewangan
Mempelopori Buku Catatan Pertama
Memperkenalkan Sistem Catatan Bergu
Di manakah bermulanya Sistem Catatan Bergu?
Itali
Mesir
England
Babylonia
Apakah sejarah perakaunan yang berlaku pada abad ke-14?
Wujudnya perakaunan kos
Permulaan sistem catatan bergu
Penemuan rekod awal perakaunan
Wujud penggunaan piawaian asas perakaunan
Siapakah Bapa Perakaunan yang telah menulis sebuah buku matematik dan telah memuatkan satu bahagian tentang peraturan simpan kira bagi sesuatu perniagaan?
Pacioli Luca
Luka Pacioli
Luca Pacioli
Lucha Paciolli
Antara berikut, manakah butiran yang tidak terdapat dalam Penyata Kedudukan Kewangan bentuk T?
Ambilan
Modal awal
Modal akhir
Modal kerja
Syarikat telah mengupah seorang penasihat perniagaan dengan bayaran RM10 000 sebulan supaya memberikan khidmat nasihat kepada pihak pengurusan. Andaian manakah yang berkaitan dengan situasi di atas?
Wang sebagai ukuran
Tempoh perakaunan
Usaha berterusan
Entiti berasingan
Maklumat berikut berkenaan dengan Kilang Ais Ahmad Pengurusan kilang telah membuat keputusan untuk membeli sebuah mesin memproses ais yang lebih canggih dan dijangka meningkatkan keuntungan kilang untuk beberapa tahun yang akan datang Apakah Prinsip, Andaian dan Batasan Perakaunan dalam perakaunan yang dipatuhi?
Tempoh Perakaunan
Entiti Berasingan
Kos Manfaat
Prinsip Kos
Situasi berikut berkaitan dengan andaian entiti berasingan.
Kamarool mengeluarkan cek perniagaan atas nama seorang pembekal
Damia memasukkan cek jualan ke dalam akaun simpanannya
Cempaka mengambil inventori untuk kegunaan pejabat
Ali mengambil barang niaga untuk tujuan pengiklanan
Pada tahun kewangan 2022, Perniagaan Adiba telah merekod mesin yang dibeli pada tahun 2020 dengan harga RM10 000 walaupun harga pasaran ialah RM8 000. Apakah prinsip perakaunan yang digunakan?
Pengiktirafan hasil dan belanja
Wang sebagai ukuran
Prinsip kos
Ketekalan
Kedai Elektrik Sinaran mengamalkan P dalam perniagaanya. Van telah direkod pada harga belian iaitu RM25 000 walaupun pada harga pasaran adalah RM10 000 Apakah P?
Ketekalan
Prinsip kos
Kos manfaat
Entiti berasingan
Maklumat berikut merujuk kepada Perniagaan Seroja. Perniagaan Seroja merekodkan sewa belum terima ke dalam Penyata Kewangan Apakah prinsip yang diamalkan oleh perniagaan tersebut?
Ketekalan
Prinsip kos
Tempoh perakaunan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Jurnal Am berikut diambil daripada rekod perniagaan Kedai Runcit Ranjit. Tarikh Butir Debit Kredit 2024 Jun 30 Ambilan Belian RM 800 RM 800 Apakah andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Ranjit?
Ketekalan
Prinsip Kos
Kos Manfaat
Entiti Berasingan
Sebuah kenderaan yang dibeli dengan harga RM40 000 pada tahun 2020 masih lagi direkodkan sebagai RM40 000 dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mei 2024 walaupun harga pasaran kenderaan tersebut telah susut kepada RM28 000. Situasi di atas berkaitan dengan satu prinsip perakaunan iaitu
Ketekalan
Prinsip kos
Entiti berasingan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Maklumat berikut merujuk kepada Perniagaan Safuan Enterprise. Encik Safuan ingin membuat siasatan atas kecurian wang tunai sebanyak RM250 dalam mesin daftar tunai. Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu menyiasat sebab kehilangan wang tunai tersebut selepas mengetahui kos siasatan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM500. Apakah konsep perakaunan yang terlibat?
Ketekalan
Prinsip kos
Kos manfaat
Wang sebagai ukuran
Pernyataan berikut berkaitan dengan suatu amalan yang dipatuhi oleh sebuah perniagaan. Sewa yang dibayar perlu diselaraskan dengan sewa belum bayar untuk sesuatu tempoh perakaunan sebelum dipindahkan ke Penyata Kewangan. Apakah andaian, prinsip atau batasan dalam perakaunan yang terlibat?
Ketekalan
Tempoh perakaunan
Wang sebagai ukuran
Pengiktiran hasil dan belanja
Urusniaga berikut diperoleh daripada Perniagaan Rizky. Merekodkan gaji RM1 900 dalam Penyata Kewangan perniagaan termasuk gaji belum bayar RM300. Apakah andaian atau prinsip perakaunan yang dipatuhi?
Prinsip kos
Usaha berterusan
Wang sebagai ukuran
Pengiktiran hasil dan belanja
Maklumat yang berikut merujuk kepada Perniagaan Haari. Memulakan perniagaan menjual pastry pada 1 Mac 2023. Tempoh perakaunan berakhir setiap 6 bulan. Manakah benar tentang tempoh perakaunan Perniagaan Haari?
1 Mac 2023 hingga 31 Julai 2023
1 Mac 2023 hingga 31 Ogos 2023
1 Mac 2023 hingga 30 September 2023
1 Mac 2023 hingga 31 Januari 2024
Encik Shamsuri dan rakannya menubuhkan Kedai Runcit Suri. Apakah ciri kedai runcit beliau?
Liabiliti tidak terhad
Bilangan minimum ahli adalah 50 orang
Modal disumbangkan daripada terbitan syer
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
Antara berikut adalah ciri-ciri sebuah perkongsian profesional kecuali
Liabiliti tidak terhad
Dimiliki oleh 2 hingga 20 orang
Dimiliki oleh 2 hingga 50 orang
Modal disumbangkan oleh pekongsi
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri berkaitan Klinik Fatehah?
Liabiliti terhad
Liabiliti tidak terhad
Modal disumbangkan oleh rakan kongsi
Modal disumbangkan oleh pemegang syer
Pernyataan manakah bukan ciri bagi Koperasi Serbaguna Kampung Dato" Bentara?
Liabiliti tidak terhad
Bilangan minimum ahli ialah 50 orang
Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen
Perniagaan diuruskan oleh Ahli Lembaga Koperasi
Maklumat berikut menunjukkan ciri sebuah perniagaan. Liabiliti tidak terhad. Cukai pendapatan individu dikenakan ke atas pemilik. Untung atau rugi perniagaan ditanggung pemilik sepenuhnya. Entiti perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri perniagaan di atas?
Syarikat Berhad
Milikan tunggal
Perkongsian
Koperasi
Organisasi perniagaan manakah yang mempunyai liabiliti yang terhad?
Klinik Badrul
Pasar Segar Mayang
Kedai Buku Seri Sinar
Syarikat Intan Jaya Berhad
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sebuah perniagaan. Liabiliti tidak terhad. Dimiliki oleh 2 - 50 orang. Untung atau rugi dibahagikan mengikut syarat yang telah dipersetujui. Manakah perniagaan yang menepati ciri-ciri tersebut?
Lim Trading
Kerlis Berhad
Koperasi Maju Berhad
Klinik Syah dan Munis
Maklumat berikut menunjukkan ciri sebuah milikan perniagaan. Pemilik berhak membuat keputusan ke atas perniagaan. Liabiliti perniagaan tidak terhad. Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?
Alpha Berhad
Sarah Enterprise
Syarikat Maju Sdn Bhd
Klinik Pergigian Azlan dan Azli
