wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Sejarah SPM 2023

Total questions: 37

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memastikan adat istiadat dipatuhi

b)

Menjamin keutuhan pemerintahan

c)

Mempertahan sistem perundangan

d)

Memastikan sistem warisan terpelihara

2.

Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Syahbandar?

a)

Melaksanakan protokol istana

b)

Mengetuai rombongan diplomatik

c)

Mengawal keamanan dalam negeri

d)

Melicinkan kutipan cakai di pelabuhan

3.

Bagaimanakah British bertindak untuk melemahkan perjuangan mereka?

a)

Mengenakan hukuman penjara

b)

Menyekat sumber kewangan yang diperolehi

c)

Menjalin kerjasama dengan golongan radikal

d)

Menggunakan perintah sultan untuk bertindak

4.

Gerakan nasionalisme di Thailand disasarkan terhadap pemerintahan raja mereka sendiri.

Apakah tindakan raja Thailand yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku?

a)

Melaksanakan sistem percukaian yang membebankan

b)

Menghapuskan sistem perundangan tradisional

c)

Meletakkan kerabat diraja dalam urusan politik

d)

Menyerahkan pentadbiran kepada kuasa barat

5.

Bagaimanakah Jerman melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles 1919?

a)

Memperkuat angkatan tentera

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Mengeksport senjata ke luar negara

d)

Menjalin kerjasama dengan komunis

6.

Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

Pengukuhan sistem pertahanan

b)

Peluasan kawasan pemerintahan

c)

Kemunculan semangat nasionalisme

d)

Kemantapan kuasa pemerintah tempatan

7.

Gambar berikut menunjukkan peristiwa kekejaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Apakah tindakan penduduk tempatan dalam menghadapi kekejaman tersebut?

a)

Menyokong gerakan Islah

b)

Mengadakan tunjuk perasaan

c)

Melibatkan diri dalam persatuan

d)

Memberi kerjasama dengan British

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan unit politik yang telah disatukan di Tanah Melayu sewaktu pentadbiran British :

 

• Negari-Negeri Selat

• Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

• Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Mengapakah British bertindak demikian?

a)

Kos pengurusan dapat dikurangkan

b)

Melemahkan golongan penentang

c)

Hak kaum peribumi terpelihara

d)

Sistem monarki diperkukuh

9.

Akhbar Suara Rakyat diterbitkan oleh golongan Melayu radikal pada tahun 1940-an.

Mengapakah akhbar tersebut diterbitkan?

a)

Menyekat penularan pengaruh media asing

b)

Memperluas idea kemerdekaan daripada penjajah

c)

Meningkatkan mutu hasil kesusasteraan tempatan

d)

Menyokong pemodenan sistem pentadbiran kerajaan

10.

Petikan berikut berkaitan golongan nasionalis Melayu radikal sebelum merdeka.

Sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan.

Dr. Ismail Abdul Rahman

Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1970-1973)

Bagaimanakah golongan tersebut memainkan peranan mereka untuk menyatukan semua kaum?

a)

Membentuk kerajaan yang kuat dan adil

b)

Menekankan kebebasan bersuara

c)

Berkompromi dengan penjajah

d)

Berhimpun secara aman

11.

Apakah kesan peristiwa tersebut kepada orang Melayu?

a)

Diiktiraf sebagai penduduk asal

b)

Berkuasa mengawal pentadbiran

c)

Parti-parti politik digabungkan

d)

Syarat kerakyatan dipermudah

12.

Rundingan Baling diadakan antara wakil Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Disember 1955.

Mengapakah rundingan tersebut gagal mendesak PKM meletakkan senjata?

a)

Perkongsian kuasa gagal dicapai

b)

PKM tidak diiktiraf oleh kerajaan

c)

PKM enggan menamatkan keganasan

d)

Pengampunan oleh kerajaan gagal diperolehi

13.

Pada tahun 1946, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan.

Apakah tujuan penubuhan parti tersebut?

a)

Mengurangkan kemasukan imigran

b)

Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Mengeratkan perpaduan pelbagai kaum

d)

Menghalang pelaksanaan Malayan Union

14.

Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Kemudahan asas terhad

b)

Tenaga pengajar kurang

c)

Kurikulum pelajaran berbeza

d)

Peruntukan kewangan dikurangkan

15.

Mengapakah tanggungjawab untuk mengundi dalam pilihan raya penting?

a)

Memilih ketua parti

b)

Mengekalkan tradisi bangsa

c)

Memperkukuh sistem beraja

d)

Membentuk sebuah kerajaan

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya untuk merangka perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

17.

Apakah yang berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi

b)

Kepentingan sah kaum lain dikurangkan

c)

Kewangan negara masih dikawal oleh British

d)

Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

18.

Apakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Melayu 1957?

I. Permohonan sebagai rakyat

II. Penguatkuasaan undang-undang

III. Perkenan Majlis Raja-Raja Melayu

IV. Persetujuan Dewan Undangan Negeri

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

19.

Mengapakah peristiwa kemerdekaan negara kita dianggap unik dan dikagumi oleh pemimpin dunia?

I. Perkembangan ekonomi berasaskan kerohanian

II. Permuafakatan dan rundingan dilaksanakan

III. Pertumpahan darah tidak berlaku
IV. Penamatan dasar konfrontasi

a)

 

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

20.

Apakah kepentingan konsep daulat dalam politik Melayu tradisional?

a)

Memperkukuh kedudukan raja

b)

Memperluas peranan pembesar

c)

Menyekat pengaruh kuasa asing

d)

Mengikat taat setia rakyat terhadap raja

21.

Mengapakah perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?

a)

Mengekalkan kuasa mutlak raja-raja

b)

Memberi kebebasan penuh kepada rakyat

c)

Mengekalkan kuasa penuh kerajaan negeri

d)

Menetapkan hala tuju pemerintahan negara

22.

Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat.

• Charter of Justice I

• Charter of Justice II

• Charter of Justice III

Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Mengehadkan kuasa raja

b)

Menentang penyebaran agama

c)

Menghalang berlaku penindasan

d)

Mengurangkan peranan pembesar

23.

Apakah X?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

EXCO Kerajaan

24.

. Tunku Abdul Rahman mencadangkan wilayah berikut digabungkan dalam satu persekutuan.

 

• Tanah Melayu

• Sabah

• X

• Y

Apakah X dan Y?

I. Indonesia

II. Singapura

III. Brunei

IV. Filipina

a)

 

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Apakah X?

a)

Pelajaran

b)

Perhutanan

c)

Hiburan Awam

d)

Perancangan bandar

26.

Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

Apakah kesan pembentukan persekutuan tersebut?

I. Tekanan antarabangsa berkurangan

II. Bahan mentah dikongsi bersama

III. Kemerdekaan wilayah terlibat

IV. Pengaruh British meningkat

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

27.

Singapura menunjukkan minat untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1950-an lagi.

Mengapakah Singapura berminat dengan penggabungan tersebut?

a)

Memberi kerakyatan kepada orang dagang

b)

Mengurangkan perasaan perkauman

c)

Mempercepat proses kemerdekaan

d)

Mempertahan sistem monarki

28.

Apakah Singapura berminat dengan penggabungan tersebut?

a)

Memberi kerakyatan kepada orang dagang

b)

Mengurangkan perasaan perkauman

c)

Mempercepat proses kemerdekaan

d)

Mempertahan sistem monarki

29.

Mengapakah British menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia?

I. Dapat menghalang kemasukan imigran

II. Mampu membendung pengaruh komunis

III. Berupaya memperkukuh sistem pertahanan

IV. Boleh mengekalkan sistem pemerintahan beraja

a)

 

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

30.

Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?

a)

Memohon naungan pihak British

b)

Enggan mematuhi dasar kerajaan

c)

Tidak mengiktiraf parti berhaluan kiri

d)

Menurut kehendak kaum bumiputera di negeri lain

31.

Berikut adalah prinsip keempat Rukun Negara.

 

Kedaulatan Undang-undang

Apakah sikap warganegara Malaysia yang menepati prinsip tersebut?

a)

Menghormati lagu Negaraku

b)

Mematuhi peraturan jalan raya

c)

Menghormati sesama jiran tetangga

d)

Mematuhi ajaran agama yang dianuti

32.

Gambar berikut menunjukkan logo Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

 

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

a)

Memantapkan ekonomi negara

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Mengimbangi ekonomi antara kaum

33.

Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada tahun 1971.

 

“ Membina perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat”.

Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?

a)

Memiliknegarakan industri

b)

Mengurangkan hak milik asing

c)

Sistem kewangan disusun semula

d)

Kekayaan negara dikongsi bersama

34.

Mengapakah Dasar Penswastaaan dilaksanakan?

a)

Meningkatkan kualiti perkhidmatan

b)

Memperluas pembukaan tanah baharu

c)

Menambah modal pemilikan kaum bumiputera

d)

Memperbanyak syarikat milik pengusaha asing

35.

Malaysia telah menentang Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?

a)

Mempertahan hak penduduk asal

b)

Menghalang program senjata kimia

c)

Memiliknegarakan pelaburan asing

d)

Menghapuskan sekatan perdagangan

36.

Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?

a)

Pendirian pertubuhan serantau

b)

Kepentingan ekonomi negara

c)

Keperluan ketenteraan

d)

Pengaruh kuasa besar

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan isu kemanusiaan dan keamanan yang melibatkan rakyat Malaysia.

 

• Isu Palestin

• lsu Syria

• Isu Tsunami di Acheh

Apakah nilai daripada penglibatan rakyat Malaysia dalam isu tersebut?

a)

Bertanggungjawab

b)

Menghargai

c)

Kegigihan

d)

Prihatin