wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TATABAHASA T4

Total questions: 23

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Para belia perlu memberikan lebih perhatian kepada _____ yang berumur 12 tahun ke bawah.

a)

anak yatim

b)

anak emas

c)

anak buah

d)

anak bertuah

2.

Sumbangan berbentuk barangan dan _______ dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

a)

duit kopi

b)

duit tabung

c)

barang kemas

d)

wang ringgit

3.

Ibu saya gemar memakai baju kurung yang berwarna ____.

a)

hitam legam

b)

pucat lesi

c)

biru laut

d)

kusut masai

4.

Tuan Haji Fadzil ialah ahli _____ Persatuan Ibu Bapa Sekolah Kebangsaan Seri Manjung.

a)

kongsi gelap

b)

jawatankuasa

c)

kakitangan

d)

warganegara

5.

Segala ______ dan nasihat guru akan saya ingat sentiasa.

a)

buah tangan

b)

akal fikiran

c)

tolak ansur

d)

tunjuk ajar

6.

Ketua kampung mengucapkan _______ kepada para penduduk yang sanggup bergotong-gotong membaiki balai raya.

a)

selamat jalan

b)

terima kasih

c)

selamat tinggal

d)

sukacita

7.

Banyak ______ kerajaan dinaikkan pangkat baru-baru ini.

a)

anggota badan

b)

pancaindera

c)

kakitangan

d)

warga negara

8.

Rakyat yang baik hati hendaklah ______ tentang kebajikan masyarakat sekeliling.

a)

ambil tahu

b)

ambil hati

c)

bertolak ansur

d)

berat sebelah

9.

Semua pengurus pasukan bola sepak tidak berpuas hati dengan pengadil yang _____.

a)

pilih kasih

b)

berat sebelah

c)

berat hati

d)

keras kepala

10.

_______ Malaysia yang berusia 12 tahun mesti memiliki kad pengenalan.

a)

Warga maya

b)

Mergastua

c)

Warganegara

d)

Anak emas

11.

Setiap hari, Amirul Aqmal menunggang __________ ke sekolah.

a)

kereta

b)

basikal

c)

motosikal

d)

bas sekolah

12.

Puan Aminah meraut daun-daun kelapa itu untuk dijadikan __________.

a)

berus

b)

tiang

c)

pengait

d)

penyapu

13.

Encik Malik seorang __________ di Sekolah Kebangsaan Seri Utama. Beliau mengajarkan subjek Bahasa Melayu.

a)

guru

b)

doktor

c)

pekebun

d)

juruteknik

14.

Air di dalam __________ itu sangat jernih.

a)

kolam

b)

kolah

c)

kotak

d)

akuarium

15.

Umat Islam akan menyambut __________ selepas berpuasa pada bulan Ramadan.

a)

Hari Raya Aidiladha

b)

Maulidur Rasul

c)

Hari Raya Aidilfitri

d)

Hari Kebangsaan

16.

Kami sangat gembira apabila melihat __________ Amri dengan adik-adik tirinya.

a)

keakraban

b)

keramahan

c)

kesesuaian

d)

kegembiraan

17.

Pada hari Sabtu yang lepas, Azahan menyertai pertandingan __________ di sekolahnya.

a)

hoki

b)

tenis

c)

pingpong

d)

badminton

18.

Puan Maisara ke __________ untuk membelikan datuknya ubat batuk.

a)

Restoran Harum

b)

Pasar Raya Murni

c)

Masjid al-Amin

d)

Farmasi Tiara

19.

Danial Syahmi tidak diajak oleh kawan-kawannya bermain __________ kerana dia kaki bangku.

a)

hoki

b)

bola

c)

catur

d)

tenis

20.

Puan Lee memanggang ikan menggunakan __________ elektrik.

a)

dapur

b)

tungku

c)

ketuhar

d)

periuk

21.

__________ yang terhempas itu dipercayai mengalami kerosakan enjin.

a)

Feri

b)

Pesawat

c)

Kapal selam

d)

Komuter

22.

Watak __________ dalam filem itu jels menunjukkan ketangkasannya dalam ilmu persilatan.

a)

Si Belang

b)

Si Tanggang

c)

Hang Tuah

d)

Pak Kaduk

23.

Adik mengikut ayah ke __________ untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia.

a)

Muzium Negara

b)

Stadium Nasional Bukit Jalil

c)

Dataran Putrajaya

d)

Balai Seni Negara