WorksheetsSELANGOR SPMC SET 2 2024
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Mengapakah wilayah pengaruh yang luas penting terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
Mewujudkan perpaduan rakyat
Mengukuhkan peradaban bangsa
Membuktikan kewibawaan pemerintah
Mengelakkan campur tangan kuasa luar
Situasi berikut merujuk kepada Undang-Undang Laut Melaka.
SEORANG MALIM TELAH DIJATUHI HUKUMAN BUNUH
Apakah kesalahan yang dilakukan oleh malim tersebut?
Memalsukan titah sultan
Mengingkari arahan raja
Mengenakan cukai tambahan
Menyebabkan kerosakan kapal
Pernyataan berikut merujuk kepada perkembangan nasionalisme di Asia.
Apakah DUA rasional seruan tersebut?
Memperbaiki kehidupan masyarakat
Menghindari penyebaran ajaran sesat
Memperkukuh hubungan persaudaraan
Membebaskan diri daripada penjajahan
Mengapakah British menganggap Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai pertubuhan radikal?
Menolak rundingan dengan kerajaan
Berani menyuarakan penentangan
Bekerjasama dengan negara lain
Menuntut kebebasan mutlak
Apakah hasrat Adolf Hitler menerusi Operasi Barbarosa yang dilancarkan semasa Perang Dunia Kedua?
Menguasai seluruh Eropah
Mendapatkan bahan mentah
Menjejaskan ekonomi British
Mendapatkan kembali wilayah
Gambar merujuk kepada anggota Rejimen Askar Melayu semasa pendudukan Jepun di negara kita.
Mengapakah beliau dianugerahi pingat Military Cross?
Merancang Operasi Zipper
Menyelamatkan tentera Bersekutu
Mengelolakan siaran radio dari India
Mengetuai pertempuran di Pasir Panjang
Apakah kandungan surat bantahan yang dikemukakan oleh Raja-raja Melayu kepada kerajaan British di London pada tahun 1946?
Membatalkan status negara jajahan
Memulau pelantikan Gabenor British
Menolak kewarganegaraan secara jus soli
Memansuhkan persetujuan Malayan Union
Mengapakah Young Malay Association (YMA) ditubuhkan di Sarawak?
Memajukan penduduk tempatan
Melaksanakan pemerintahan sendiri
Menggalakkan ahli bertukar pendapat
Membangkitkan kesedaran nasionalisme
Apakah DUA cadangan yang dikemukakan oleh PUTERA dalam draf Perlembagaan Rakyat?
Pembahagian kuasa
Bendera kebangsaan
Hal ehwal luar negeri
Raja Berperlembagaan
Dialog berikut berlaku pada tahun 1948.
Berdasarkan dialog tersebut, bagaimanakah Pemuda A layak mendapat kewarganegaraan?
Jus soli
Naturalisasi
Pendaftaran
Kuat kuasa undang-undang
Mengapakah fahaman komunis tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu?
Menentang Melayu Raya
Menyokong dasar British
Menggunakan kekerasan
Menekankan pembaharuan
Rajah berikut berkaitan usaha British menghapuskan komunis.
Apakah X?
Perang saraf
Rancangan Briggs
Rundingan Baling
Perintah berkurung
Apakah DUA objektif yang hendak dicapai oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
Mempertahankan hak orang Melayu
Mewujudkan keadaan harmoni
Mengkaji hubungan kaum
Mengukuhkan kedudukan British
Bagaimanakah Sistem Ahli membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri?
Merangka perlembagaan baharu
Melaksanakan pilihan raya umum
Menyelesaikan masalah perkauman
Melatih penduduk tempatan mentadbir
Mengapakah Kerajaan Persekutuan membentuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan?
Mendaftarkan calon yang bertanding
Mengkaji hal ehwal pilihan raya
Mengendalikan proses pengundian
Menetapkan manifesto parti
Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955?
Mengambil alih pentadbiran
Menggubal undang-undang
Mengetuai pentadbiran negeri
Menguruskan kewangan negara
Pernyataan berikut berkaitan dengan hasil persetujuan di London.
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Mengadakan pilihan raya umum
Mengatasi masalah ancaman komunis
Mengkaji dasar pendidikan kebangsaan
Merangka perlembagaan negara merdeka
Antara berikut, yang manakah DUA isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Agama Islam sebagai agama Persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran
Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan
Apakah peranan utama Jawatankuasa Persediaan Fizikal sempena pemasyhuran kemerdekaan negara?
Mempromosikan majlis sambutan
Menghias jalan utama ibu kota
Memastikan kelancaran majlis
Menonjolkan identiti negara
Mengapakah pemimpin negara menyertai Komanwel sebaik sahaja mencapai kemerdekaan?
Membuktikan keupayaan tentera
Merapatkan hubungan sosioekonomi
Melaksanakan pemodenan negara
Membantu negara mundur
Apakah tafsiran kedaulatan mengikut pandangan Aristotle?
Keadilan sosial
Kekitaan bangsa
Kekuasaan tertinggi
Ketegasan undang-undang
Bagaimanakah pemerintah dapat mewujudkan kestabilan politik negara?
Merangka program perpaduan
Mewujudkan pentadbiran yang cekap
Melaksanakan dasar kebudayaan
Merangka kempen integrasi nasional
Apakah kepentingan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak?
Memajukan ekonomi kerajaan
Memodenkan corak pentadbiran
Menentukan bidang kuasa pemerintah
Merintis pembentukan undang-undang
Mengapakah perlembagaan negara mengalami pindaan pada tahun 1963?
Menyesuaikan peruntukan negeri semasa
Mengikut perubahan ekonomi semasa
Memenuhi permintaan majoriti rakyat
Mengekalkan kedudukan mahkamah
Sistem pemerintahan berikut diamalkan di Malaysia sejak tahun 1957.
Apakah DUA cara pelaksanaan sistem pemerintahan tersebut?
Rakyat berhak memilih pemimpin
Raja merupakan pemerintah tertinggi
Mahkamah menggubal undang-undang
Majlis Undangan Negeri diwujudkan
Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara kita?
Mengekalkan hak penduduk bumiputera
Meredakan pertikaian parti politik
Melindungi kepentingan sah kaum lain
Melancarkan pelaksanaan dasar kerajaan
Apakah DUA perkara yang terkandung dalam senarai Kerajaan Persekutuan?
Pertahanan
Perundangan
Pemerintahan
Pelajaran
Mengapakah Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)?
Menyekat kehadiran pelarian
Membanteras ancaman komunis
Mencegah kemasukan warga asing
Menghalang pencerobohan pengganas
Mengapakah idea pembentukan Malaysia dipersetujui oleh British?
Mengurangkan kuasa raja
Menyekat kedatangan imigran
Membendung ancaman komunis
Melambatkan proses kemerdekaan
Tentera Indonesia telah melancarkan serangan di Johor, Sabah dan Sarawak dalam kempen Ganyang Malaysia.
Bagaimanakah Malaysia menangani isu serangan tersebut?
Mengadakan rundingan damai
Melaksanakan sekatan ekonomi
Meminta campur tangan negara jiran
Membawa isu dalam pertubuhan antarabangsa
Apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha memajukan sistem perhubungan di Sarawak?
Saiz negeri yang besar
Kekurangan tenaga kerja
Sikap rakyat tempatan
Kesedaran pendidikan rendah
Pengeboman Tugu Negara pada 26 Ogos 1957 telah menimbulkan kemarahan rakyat terhadap komunis.
Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak keselamatan selepas kejadian tersebut?
Memperkenalkan perang saraf
Memulakan serangan bersenjata
Mengenakan perintah berkurung
Memperkuat perkhidmatan risikan
Bagaimanakah bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa rasmi negara?
Menggubal Akta Bahasa Kebangsaan
Menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara
Memperkasakan sekolah menengah aliran Melayu
Mewujudkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Gambar berikut menunjukkan logo Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
Apakah kepentingan penganjuran sukan tersebut?
Memperkasa aktiviti sukan rakyat
Memantapkan semangat kenegerian
Menggalakkan integrasi antara negeri
Meningkatkan kualiti sistem pendidikan
Agensi kerajaan berikut ditubuhkan oleh kerajaan untuk golongan belia.
Apakah kesan penubuhan agensi tersebut terhadap golongan bumiputera?
Menggerakkan sektor industri berat
Mewujudkan komuniti berdaya saing
Menambah bilangan pemegang saham
Memperoleh pekerjaan berpendapatan tinggi
Apakah DUA cara kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan wilayah melalui Dasar Pembangunan Nasional?
Menyebarkan industri terpilih
Melaksanakan pasaran terbuka
Mengurangkan kemasukan imigran
Menggunakan konsep pertanian pintar
Malaysia menyertai Rancangan Colombo di bawah pertubuhan Komanwel.
Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?
Menangani masalah kemiskinan
Mengukuhkan sistem pertahanan
Mendapatkan pengecualian cukai
Memperjuangkan kebebasan asasi
Bagaimanakah perluasan pengaruh komunis di Indochina memberi kesan terhadap Malaysia?
Kemerosotan nilai mata wang
Kejatuhan sistem demokrasi
Kebanjiran pendatang asing
Keruntuhan institusi beraja
Manakah antara berikut merupakan DUA Non-Governmental Organization-NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) yang terlibat menangani isu kemanusiaan di Palestin?
Muslim Care Malaysia
Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia)
Global Peace Mission (GPM)
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Mengapakah Malaysia mencadangkan pentadbiran Antartika diletakkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
Kelestarian alam sekitar berkekalan
Penyelidikan dilakukan secara bebas
Hasil yang diperoleh dinikmati bersama
Dominasi sebahagian kecil negara diteruskan
