Font size
WorksheetsPENGAJIAN AM SEMESTER 3 STPM 2022 - SOALAN OBJEKTIF
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Yang manakah termasuk dalam faktor yang mempengaruhi pembentukan hubungan diplomatik?
A. Keupayaan keselamatan
B. Kedudukan geostrategik
C. Kemantapan ekonomi
D. Kekuatan ketenteraan
2. Yang manakah sebab utama pembentukan dasar luar Malaysia? (Pilih dua jawapan)
I. Menjaga dan memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara
II. Mempertahankan prinsip menghormati kedaulatan negara lain
III. Membentuk satu blok ekonomi negara-negara serantau
IV. Kepentingan negara-negara maju dapat dipertahankan
3. "Negara bekas jajahan British. Mempunyai hubungan serumpun." Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah faktor yang dikaitkan dengan dasar luar Malaysia? (Pilih dua jawapan)
I. Geostrategik
II. Serantau
III. Ideologi
IV. Sejarah
4. Matlamat kerjasama ASEAN +3 adalah untuk (Pilih dua jawapan)
I. mewujudkan kestabilan politik
II. mewujudkan kerjasama keselamatan
III. merealisasikan kerjasama perdagangan
IV. meningkatkan kerjasama perusahaan kecil dan sederhana
5. Tujuan Malaysia menganggotai ASEAN adalah untuk
A. memperkukuhkan pakatan keselamatan
B. menangani jenayah rentas sempadan
C. meningkatkan kerjasama perdagangan
D. menggalakkan perkongsian sumber ekonomi
6. Yang manakah faedah yang diperoleh oleh Malaysia daripada pelaksanaan AFTA? (Pilih dua jawapan)
I. Peningkatan aliran perdagangan dengan negara anggota
II. Pertambahan nilai pelaburan langsung asing
III. Peningkatan kualiti produk tempatan
IV. Peningkatan kutipan duti import
7. Malaysia menyokong ‘dasar memakmurkan jiran’ dengan
A. menyertai Dialog ASEAN+3
B. menandatangani Perjanjian Pelaburan ASEAN
C. menyokong Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
D. melaksanakan Rangka Kerja Pembangunan Segi Tiga
8. Sumbangan Malaysia terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) ialah menjadi
A. Pengerusi Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian
B. Anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
C. Setiausaha Agung PBB
D. Pengerusi Majlis PBB
9. Malaysia pernah terlibat secara aktif pada peringkat global apabila (Pilih dua jawapan)
I. menghantar tentera pengaman ke Syria
II. menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC
III. menjadi pemerhati pembentukan negara Timor Leste
IV. menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
10. "Komitmen Malaysia kepada negara-negara membangun.
Tawaran latihan pembangunan sumber manusia." Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan
A. Rancangan Colombo
B. Dialog Antarabangsa Langkawi
C. Program Kerjasama Teknikal Malaysia
D. Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau
11. Yang manakah cabaran utama yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk memberikan bantuan kemanusiaan?
A. Ketetapan oleh kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
B. Kekangan sumber perubatan dan makanan yang tidak mencukupi
C. Kerjasama tidak diberikan oleh sesetengah negara luar
D. Kekurangan sukarelawan dalam negara
12. Peristiwa manakah yang menggambarkan kekuatan diplomasi Malaysia? (Pilih dua jawapan)
I. Perjanjian di Selatan Filipina
II. Perjanjian perdamaian Selatan Thailand
III. Kemasukan bantuan kemanusiaan di Myanmar
IV. Kunjungan Perdana Menteri ke Gaza, Palestin
13. Yang manakah ancaman bukan tradisional kepada pertahanan Malaysia? (Pilih dua jawapan)
I. Pemerdagangan manusia
II. Pengodaman portal kerajaan
III. Pembanjiran pelarian Rohingya
IV. Pertikaian hak dalam Zon Ekonomi Ekslusif
14. Situasi yang boleh menjejaskan liberalisasi pedagangan antarabangsa Malaysia ialah
A. negara-negara serantau enggan mematuhi ketetapan Pertubuhan Perdagangan Dunia
B. negara maju mengenakan dasar perlindungan bagi memelihara kepentingan sendiri
C. negara-negara serantau membentuk Perjanjian Perdagangan Bebas bersama
D. negara maju meningkatkan tarif import barangan dan perkhidmatan
15. "Mengupayakan penggunaan bioteknologi moden.
Memperjuangkan aspek biokeselamatan." Malaysia memberikan komitmen terhadap tindakan di atas yang telah dipersetujui dalam
A. Protokol Kyoto
B. Protokol Catagena
C. Deklarasi Langkawi
D. Protokol Rio De Jeneiro
