wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUICK TEST KIMIA

Total questions: 50

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur?

a)

Stim

b)

Ferum

c)

Udara

d)

Tetraklorometana

2.

Rajah di bawah menunjukkan satu proses. Apakah yang berlaku setelah kadbod dialihkan?

a)

Zarah-zarah gas nitrogen dioksida mengambil alih tempat zarah-zarah udara.

b)

Udara akan terbebas ke persekitaran.

c)

Zarah-zarah gas nitrogen dioksida akan meresap ke dalam ruang-ruang kosong antara zarah-zarah udara.

d)

Warna perang gas nitrogen dioksida akan bertukar menjadi tidak berwarna.

3.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pendidihan?

a)

Wap iodin tersebar ke seluruh balang gas.

b)

Air bertukar menjadi wap semasa dipanaskan.

c)

Bebola naftalena dalam almari menjadi kecil.

d)

Air menjadi ais di dalam peti sejuk.

4.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan mengapa karbon-12 dipilih sebagai rujukan piawai untuk jisim atom relatif dan jisim molekul relatif?

a)

Karbon-12 adalah unsur bukan logam.

b)

Karbon-12 adalah pepejal dan mudah dikendalikan.

c)

Karbon-12 adalah unsur yang paling ringan.

d)

Karbon-12 mempunyai empat elektron valens.

5.

Persamaan kimia berikut menunjukkan pembakaran lengkap bagi gas etana.

2C2H6 + 7O2 --> 4CO2 + 6H2O

Apakah bahan-bahan tindak balas dalam persamaan ini?

a)

Etana dan oksigen

b)

Karbon dioksida dan air

c)

Etana dan karbon dioksida

d)

Oksigen dan karbon dioksida

6.

Takat didih bromin lebih rendah jika dibandingkan dengan iodin. Pernyataan yang manakah paling tepat menerangkan tentang fenomena yang dinyatakan di atas?

a)

Saiz atom iodin lebih kecil berbanding dengan bromin.

b)

Daya ikatan antara molekul bromin lebih lemah berbanding dengan iodin.

c)

Bilangan petala yang berisi elektron dalam atom bromin lebih banyak berbanding dengan iodin.

d)

Ikatan kovalen antara atom bromin lebih rendah berbanding dengan iodin.

7.

Unsur G bertindak balas dengan ion sulfat untuk membentuk suatu sebatian dengan formula G2SO4. Apakah susunan elektron yang bagi G?

a)

2.8.1

b)

2.8.2

c)

2.8.3

d)

2.8.4

8.

Pernyataan yang manakah benar tentang tindak balas atom litium dengan oksigen untuk membentuk litium oksida?

[Nombor proton: Li = 3; O = 8]

a)

Satu atom litium berkongsi satu elektron dengan satu atom oksigen.

b)

Dua atom litium berkongsi dua elektron dengan satu atom oksigen.

c)

Satu atom litium mendermakan satu elektron kepada satu atom oksigen.

d)

Dua atom litium mendermakan satu elektron masing-masing kepada satu atom oksigen.

9.

Bahan yang manakah merupakan sebatian kovalen?

a)

Litium klorida

b)

Karbon dioksida

10.

Antara yang berikut, yang manakah sifat bagi magnesium oksida?

a)

Mempunyai takat didih yang rendah

b)

Mengalirkan arus elektrik dalam keadaan akueus.

11.

Antara sebatian berikut,yang manakah adalah sebatian ionik?

a)

SO2

b)

SO3

c)

H2O

d)

MgBr2

12.

Neon dan argon bersifat tidak reaktif secara kimia.Ini kerana:

a)

Kedua-duanya mempunyai susunan elektron oktet

b)

Kedua-duanya dari kumpulan 18 dalam jadual berkala

c)

Kedua-duanya tertarik oleh daya tarikan van der waals yang lemah

d)

Kedua-duanya dikenali sebagai gas adi

13.

Antara sebatian berikut,yang manakah adalah sebatian ionik?

a)

SO2

b)

SO3

c)

H2O

d)

MgBr2

14.

Copper(II) carbonate

Kuprum (II) karbonat

a)

Cu2CO

b)

Cu2CO3

c)

Cu2(CO3)2

d)

CuCO3

15.

Ammonium chloride

Ammonium klorida

a)

NH4Cl2

b)

NH4Cl

c)

(NH4)2Cl2

d)

NH4(Cl)2

16.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur?

a)

Stim

b)

Ferum

c)

Udara

d)

Tetraklorometana

17.

GARAM ialah suatu sebatian yang terbentuk apabila ION HIDROGEN daripada ASID digantikan dengan ION _________________ atau ION ___________________.

a)

logam, ammonium

b)

karbonat, nitrat

c)

hidroksida, manganat (VII)

d)

klorida, iodida

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan garam tak terlarutkan?


(Anda boleh tick lebih daripada 1 jawapan)

a)

Argentum klorida

b)

Plumbum(II) klorida

c)

Natrium nitrat

d)

Kalsium sulfat

19.

Antara berikut, yang manakah merupakan garam tak terlarutkan?

a)

Barium sulfat

b)

Natrium karbonat

c)

Kalsium klorida

d)

Ammonium karbonat

20.

Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR ?

a)

Semua garam karbonat larut dalam air

b)

Semua garam klorida larut dalam air

c)

Semua garam nitrat larut dalam air

d)

Semua garam sulfat larut dalam air

21.

Garam kuprum(II) klorida, CuCl2 boleh disediakan melalui tindak balas antara asid hidroklorik dengan

a)

logam kuprum

b)

kuprum(II) sulfat

c)

kuprum(II) oksida

d)

kuprum(II) karbonat

22.

Pilih tiga garam karbonat yang larut dalam air

a)

Natrium karbonat

b)

Ammonium karbonat

c)

Kalsium karbonat

d)

Kalium karbonat

e)

Zink karbonat

23.

Antara berikut yang manakah benar tentang tindakbalas penyediaan garam terlarukan?

a)

Tindakbalas asid dengan logam

b)

Tindakbalas asid dengan oksida logam

c)

Tindakbalas asid dengan logam karbonat

d)

Tindakbalas asid dengan alkali

24.

Persamaan berikut menunjukkan tindak balas untuk mendapatkan garam sulfat terlarutkan.

H2SO4 + Y → garam sulfat + H2O

Apakah Y?

a)

Kalsium oksida

b)

Barium hidroksida

c)

Kalium hidroksida

d)

Plumbum (II) oksida

25.

Berapakah bilangan elektron dalam atom Y?

a)

4

b)

8

c)

9

d)

16

26.

Yang mana adalah isotop?

a)

W dan X

b)

W dan Z

c)

X dan Y

d)

X dan Z

27.

Apakah maksud isotop?

a)

Atom yang mempunyai bilangan proton yang sama

b)

Atom yang mempunyai bilangan neutron yang berlainan

c)

Atom yang mempunyai nombor proton yang sama

d)

Atom yang sama yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan

28.

Apakah keadaan fizik DE?

a)

pepejal

b)

pepejal dan cecair

c)

Cecair

d)

Cecair dan gas

29.

Berapakah takat beku naftalena?

a)

0 °\degree  C

b)

30undefined C

c)

78undefined C

d)

120undefined C

30.

Pernyataan manakah yang benar?

a)

Nombor proton ialah 2

b)

Nombor nukleon ialah 2

c)

jumlah bilangan elektron ialah 4

d)

Bilangan elektron valens ialah 4

31.

Yang manakah kegunaan Karbon-14?

a)

Menentukan usia artifak

b)

Mengesan kebocoran paip

c)

Membunuh sel kanser

d)

Menjana tenaga elektrik

32.

Bahan manakah merupakah suatu unsur?

a)

Udara

b)

Stim

c)

Naftalena

d)

Karbon

33.

Apakah maksud larutan piawai?

a)

Larutan yang tidak diketahui kepekatannya dengan tepat.

b)

Larutan yang diketahui kepekatannya dengan tepat.

c)

Unit kepekatan yang menunjukkan bilangan mol bahan terlarut

d)

Ukuran yang menunjukkan kuantiti zat terlarut dalam seunit isi padu larutan.

34.

Nilai yang perlu disukat dengan tepat dalam penyediaan larutan piawai

a)

Kepekatan

b)

Jisim zat terlarut

c)

Isi padu air suling

d)

Kemolaran

35.

Air dicampurkan kepada suatu larutan piawai pekat dikenali _________________.

a)

Larutan asid

b)

Larutan bes

c)

Air suling

d)

Larutan stok

36.

Dalam kaedah pencairan, pencairan larutan pekat menjadi larutan cair hanya mengubah __________________ larutan tetapi tidak mengubah __________________larutan.

a)

Isipadu

b)

Kepekatan

c)

Bilangan mol zat

d)

Jisim

37.

Berikut merupakan radas yang digunakan dalam penyediaan larutan piawai daripada bahan pepejal kimia kecuali

a)

Corong turas

b)

Kelalang volumetrik

c)

Pipet

d)

Bikar

38.

Dua kaedah yang digunakan dalam penyediaan lalrutan piawai adalah

a)

Penyediaan larutan piawai melalui pencairan larutan akueus

b)

Penyediaan larutan piawai daripada bahan pepejal

c)

Penyediaan larutan piawai daripada bahan stok

d)

Penyediaan larutan piawai daripada bahan sukatan

39.

Atom klorin, Cl mempunyai 17 proton dan 35 nukleon Berapakah bilangan neutron bagi atom klorin?

a)

17

b)

18

c)

52

d)

35

40.

Nombor proton bagi atom Aluminium ialah 13. Nyatakan bilangan elektron valens bagi atom aluminium.

a)

13

b)

8

c)

10

d)

3

41.

35 dan 17 bagi unsur Cl adalah

a)

nombor elektron dan nombor nukleon

b)

nombor neutron dan nombor proton

c)

nombor nukleon dan nombor proton

d)

nombor proton dan nombor nukleon

42.

Bilangan proton bagi atom X ialah 10. Tulis susunan elektron atom X

a)

2.8

b)

2.8.2

c)

2.8.3

d)

2.7

43.

Mak cik Kiah didapati menghidap penyakit kanser tulang. Apakah isotop yang dapat digunakan untuk merawat mak cik Kiah?

a)

Hidrogen-3

b)

Kobalt-60

c)

Fosforus-32

d)

Iodin-131

44.

Yang manakah persamaan kimia seimbang bagi tindak balas

antara zink dan asid hidroklorik?

a)

Zn + HCl → ZnCl₂ + H₂

b)

Zn + 2HCl → ZnCl₂ + H₂

c)

Zn + 2HCl → 2ZnCl + H₂

d)

Zn + HCl → ZnCl + H

45.

Antara berikut, yang manakah mewakili susunan elektron bagi sebatian natrium klorida, NaCl?

a)
b)
c)
d)
46.

Susunan elektron atom M ialah 2.8.1 dan susunan elektron atom X ialah 2.6. Unsur M dan unsur X bertindak balas membentuk satu sebatian.


Antara berikut, yang manakah benar tentang tindak balas itu?

a)

Atom X menderma 2 elektron

b)

Atom M menerima 1 elektron

c)

Suatu sebatian ion terbentuk

d)

Sebatian terbentuk mempunyai formula kimia, MX2

47.

Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK menerangkan sifat sebatian kovalen?

a)

Takat lebur dan takat didih yang rendah

b)

Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik

c)

Tidak mengkonduksikan elektrik

d)

Larut di dalam air, tidak larut di dalam pelarut organik

48.

Unsur G terletak di Kumpulan 14 manakala unsur H terletak di Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala.


Antara berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian yang terbentuk apabila unsur unsur G dan unsur H bertindak balas?

a)

Larut di dalam air, tetapi tidak larut dalam pelarut organik

b)

Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik

c)

Takat lebur dan takat didih yang tinggi

d)

Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus.

49.

Antara berikut, unsur yang manakah mencapai susunan elektron oktet?

a)

Kalium

b)

Natrium

c)

Klorin

d)

Kripton

50.

Susunan elektron Kalsium (Ca) ialah 2.8.8.2. Antara berikut, yang manakah merupakan kumpulan bagi Ca?

a)

Kumpulan 1

b)

Kumpulan 2

c)

Kumpulan 17

d)

Kumpulan 18