wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

S-RFP TAJUK : Takaful Am (EA_ZU)

Total questions: 12

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah menerangkan konsep takaful am dengan tepat?

a)

Sebahagian daripada wang disumbangkan secara kontrak kepada Dana Takaful Am untuk membantu antara satu sama lain.

b)

Sumbangan penyertaan dilakukan oleh peserta yang saling bersetuju untuk membantu antara satu sama lain.

c)

Peserta membayar derma untuk membantu sesama peserta apabila diperlukan.

d)

Pengendali Takaful menerima bayaran secara kontrak daripada peserta untuk membantu sesama peserta.

2.

Antara berikut yang manakah SALAH tentang takaful am?

a)

Peserta akan membuat kontrak dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain.

b)

Dua jenis kontrak dalam takaful am ialah perkongsian untung dan kontrak agensi.

c)

Dana caruman akan dilaburkan oleh pengendali takaful ke dalam pelaburan patuh Shariah

d)

Takaful Am direka bentuk untuk memenuhi keperluan perlindungan badan korporat berhubung dengan kerugian atau kerosakan material.

3.

Dalam model Wakalah, komisen dan perbelanjaan pengurusan akan dimasukkan ke dalam akaun ___.

a)

Akaun Pelaburan Wakalah

b)

Akaun Yuran Wakalah

c)

Akaun Untung Wakalah

d)

Akaun Takaful Wakalah

4.

Takaful Motor melindungi peserta terhadap __________.

a)

kehilangan atau kerosakan pada kenderaan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan sahaja.

b)

kehilangan atau kerosakan pada kenderaan akibat kebakaran dan kecurian sahaja

c)

kerugian atau kerosakan pada kenderaan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan berserta kecederaan badan atau kematian dan harta pihak ketiga.

d)

kehilangan atau kerosakan pada kenderaan akibat kecurian atau kemalangan serta kerosakan harta pihak ketiga.

5.

Takaful Kebakaran ialah pelan untuk melindungi harta peserta _________

a)

daripada kejadian kebakaran yang dijangkakan.

b)

harta dari kejadian kebakaran yang tidak dapat dijangka.

c)

kenderaan daripada kejadian kebakaran yang tidak dapat dijangka.

d)

wang daripada kejadian kebakaran yang tidak dapat dijangka.

6.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang pelan Kemalangan Diri?

a)

Pelan ini menyediakan pampasan kepada peserta dan pewaris sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan akibat daripada kemalangan.

b)

Pelan ini akan memberi pampasan kepada peserta sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya akibat kemalangan.

c)

Pelan ini menyediakan pampasan kepada peserta dan pihak ketiga sekiranya berlaku kematian dan kecederaan akibat kemalangan.

d)

Pelan tersebut akan memberi pampasan kepada peserta sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.

7.

Perlindungan terhadap kerugian, kerosakan atau kemusnahan harta benda peserta akibat sebarang kemalangan atau adalah perihalan __________.

a)

Pelan wang

b)

Pelan kecurian

c)

Pelan Semua Risiko

d)

Pelan Jaminan Kesetiaan

8.

Antara berikut, yang manakah termasuk dalam pelan Takaful Pelbagai?

a)

Kecurian

b)

Wang

c)

Peralatan

d)

Semua di atas

9.

Sebagai pemegang pelan takaful Motor, peserta boleh membuat tuntutan untuk keadaan berikut:

a)

Apabila berlaku kerosakan pada kenderaan.

b)

Apabila terlibat dalam kemalangan motor.

c)

Apabila kenderaan pihak ketiga terlibat.

d)

Apabila berlaku kerosakan pada kenderaan. & Apabila terlibat dalam kemalangan motor.

10.

Takaful pemilik rumah ialah pelan yang melindungi __________.

a)

rumah daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh banjir, kebakaran dan lain-lain bahaya.

b)

kehilangan atau kerosakan pada barang-barang dalam rumah

c)

rumah terhadap kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran dan bahaya lain.

d)

kehilangan atau kerosakan pada barang-barang dalam premis perniagaan.

11.

Skim takaful semula yang baikmembantu syarikat takaful am untuk:

a)

Meningkatkan kestabilan operasi

b)

Meningkatkan pengurusan tuntutan

c)

Mengatasi masalah agensi yang wujud dalam model wakalah

d)

Mengurangkan kos overhed

12.

Dalam model mudarabah, perkongsian keuntungan mesti:

a)

Dipersetujui pada awal perjanjian

b)

Dalam bentuk nisbah

c)

50:50

d)

Dipersetujui pada awal perjanjian & Dalam bentuk nisbah