wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Project Coordination 2024

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan input tetap dalam proses pengeluaran?

a)

Faktor yang mempengaruhi kos bahan mentah.

b)

Faktor pengeluaran yang berubah mengikut keperluan.

c)

Faktor pengeluaran yang boleh berubah dalam jangka masa pendek.

d)

Faktor pengeluaran yang tidak berubah walaupun kuantiti output berubah.

2.

Pilih jenis-jenis kos projek yang sesuai digunakan dalam pengiraan anggaran kos.

a)

Tetap.

b)

Bolehubah.

c)

Tidak langsung.

d)

Titik Pulang Modal.

3.

Pilih kaedah pembahagian beban kerja yang sesuai dilaksanakan dalam pengurusan projek.

a)

Pengagihan tugas yang berkesan.

b)

Memiliki kemahiran yang diperlukan.

c)

Memenuhi keperluan kesesuaian bidang.

d)

Menugaskan orang lain menjalankan kerja sendiri.

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 4M1E dalam pengurusan projek?

a)

Manusia (Man), Mesin (Machine), Bahan (Material), Kaedah (Method), Kecekapan (Efficiency).

b)

Manusia (Man), Kewangan (Money), Bahan (Material), Kaedah (Method), Persekitaran (Environment).

c)

Kewangan (Money), Manusia (Man), Mesin (Machine), Bahan (Material), Persekitaran (Environment).

d)

Manusia (Man), Mesin (Machine), Bahan (Material), Kaedah (Method), Persekitaran (Environment).

5.

Apakah langkah pertama dalam proses pengurusan risiko projek?

a)

Mengenalpasti risiko.

b)

Analisa risiko kualitatif.

c)

Perancangan pengurusan risiko.

d)

Mengukur kebarangkalian risiko.

6.

Apa yang membezakan pengeluaran jangka masa pendek daripada pengeluaran jangka masa panjang?

a)

Jangka masa panjang tidak memerlukan perubahan dalam jumlah input.

b)

Jangka masa pendek melibatkan perubahan dalam input tetap, manakala jangka masa panjang tidak.

c)

Jangka masa pendek tidak memerlukan perubahan dalam input berubah, manakala jangka masa panjang perlu.

d)

Jangka masa panjang melibatkan penyesuaian dalam kapasiti pengeluaran, manakala jangka masa pendek tidak.

7.

Apakah yang harus dilakukan jika terdapat perubahan harga bahan mentah dalam belanjawan projek?

a)

Menghentikan projek sementara.

b)

Mengabaikan perubahan tersebut.

c)

Mengurangkan jumlah bahan mentah yang digunakan.

d)

Meminta kelulusan belanjawan baru daripada pihak atasan.

8.

Antara berikut, manakah tindakan yang perlu dibuat untuk meningkatkan prestasi pekerja sedia ada daripada membawa masuk pekerja baharu.

a)

Melatih pekerja dengan kemahiran baru.

b)

Melatih pekerja dengan cara yang efektif.

c)

Melatih pekerja untuk bekerja lebih masa.

d)

Melabur wang melatih pekerja merentasi pelbagai persekitaran.

9.

Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan kawalan kos yang baik dalam sesuatu projek?

a)

Membuatkan perbelanjaan tanpa had.

b)

Mengabaikan kos yang tidak penting.

c)

Menentukan jumlah bahan tanpa anggaran.

d)

Menyimpan rekod berhubung kos dengan teratur.

10.

Mengapa penggunaan perisian (software) untuk memeriksa belanjawan secara maya nyata (real time) adalah penting?

a)

Untuk mengurangkan kos produk.

b)

Untuk mengesan sebarang perubahan dengan segera.

c)

Untuk mempercepatkan proses pengeluaran komponen.

d)

Untuk mengelakkan kesilapan berlaku dalam pengiraan kos.

11.

Dalam peranan sebagai pemimpin, apakah yang perlu dilakukan oleh pengurus?

a)

Menyediakan laporan tahunan.

b)

Menyediakan strategi pemasaran.

c)

Menguruskan kewangan organisasi.

d)

Memotivasi pekerja dan mengagihkan tugas.

12.

Apa yang dimaksudkan dengan peranan pengurus sebagai penyebar dalam komponen maklumat?

a)

Mengkaji dan menilai prestasi pekerja.

b)

Menyampaikan maklumat ke pihak luar.

c)

Menyimpan maklumat terkini dari sumber luar.

d)

Menyampaikan maklumat yang diperoleh kepada pekerja.

13.

Apakah tujuan utama latihan dalam sesebuah organisasi?

a)

Untuk merancang strategi pemasaran produk.

b)

Untuk meningkatkan kadar pengeluaran produk.

c)

Untuk memberikan pengetahuan bagi sesuatu tugas.

d)

Untuk meningkatkan kepuasan dan kehendak pelanggan.

14.

Apakah elemen penting dalam perancangan projek?

a)

I.Bahan.

b)

II.Jentera.

c)

III.Peruntukan.

d)

IV.Pengalaman.

15.

Carta kawalan boleh digunakan untuk menunjukkan parameter proses berada dalam had atas atau had bawah. Pilih pertimbangan penting dalam pemilihan ciri-ciri untuk dikawal ini.

a)

I.Pilih data yang mudah diukur.

b)

II.Pilih data yang boleh dikawal.

c)

III.Pilih data yang tidak mempunyai kekerapan.

d)

IV.Pilih data yang berkaitan dengan masalah kualiti.

16.

Apakah langkah pertama yang perlu diambil untuk memastikan mesyuarat berjalan dengan baik?

a)

Menghantar notis mesyuarat.

b)

Mengedarkan minit mesyuarat.

c)

Menyediakan kemudahan bilik mesyuarat.

d)

Merancang dan menetapkan jadual mesyuarat.

17.

Apa yang perlu dilakukan dengan minit mesyuarat selepas mendapat kelulusan?

a)

Disimpan sebagai rekod sahaja.

b)

Diedarkan dalam masa 7 hari selepas mesyuarat.

c)

Dikumpulkan dan dipaparkan dalam bilik mesyuarat.

d)

Dihantar kepada pengerusi mesyuarat dalam masa 3 hari.

18.

Apakah tindakan anda bagi menyelesaikan konflik dalam mesyuarat?

a)

I. Membuat keputusan secara bersama.

b)

II. Menyuarakan pendapat secara terbuka.

c)

III. Memberi peluang semua ahli menyelesaikan masalah.

d)

IV. Melibatkan individu tertentu dalam menghasilkan keputusan.

19.

Pilih prosedur yang betul ketika membuat panggilan mesyuarat.

a)

I. Menyediakan notis dengan maklumat kehadiran.

b)

II. Menghebahkan notis mesyuarat kepada semua ahli.

c)

III. Menghantar notis 5 hari sebelum mesyuarat diadakan.

d)

IV. Membuat pengumumam melalui notis mengandungi butiran agenda.

20.

Mengapakah kemahiran pengurusan masa penting bagi seorang pengurus?

a)

Untuk membina hubungan baik dengan pihak luar.

b)

Untuk memahami keseluruhan proses pengeluaran produk.

c)

Untuk mengaplikasikan teknik matematik dalam membuat keputusan.

d)

Untuk meningkatkan produktiviti dengan menggunakan masa secara cekap.

21.

Nyatakan sikap yang perlu dimiliki oleh mana-mana pengurus projek bagi memenuhi keperluan projek pihak berkepentingan.

a)

I. Mengetahui anggaran kos projek.

b)

II. Mempunyai pengetahuan peralatan.

c)

III. Kemahiran menggunakan peralatan.

d)

IV. Menggunakan teknik tertentu ke atas.

22.

Apakah dokumen yang memperincikan keperluan projek dan jangkaan potensi faedah kewangan?

a)

Pelan Kualiti Projek (Project Quality Plan)

b)

Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study)

c)

Pelan Perancangan Projek (Project Planning)

d)

Dokumen Kes Perniagaan (Business Case Document)

23.

Pelan tindakan boleh diaktifkan jika masa dirancang melebihi masa pelaksanaan. Pilih tindakan yang boleh dilaksanakan.

a)

Membayar kerja lebih masa.

b)

Mengurangkan sumber tenaga kerja.

c)

Menambahkan tempoh penyiapan projek.

d)

Mengupah sebahagian kerja kepada orang lain.

24.

Bahagian sumber manusia sedang mengumpulkan data seperti di atas untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan. Apakah bentuk kaedah pengumpulan data yang boleh dilaksanakan?

a)

Kualiti.

b)

Kuantiti.

c)

Kualitatif.

d)

Kuantitatif.

25.

Apa yang berlaku selepas sesuatu projek mendapat lampu hijau daripada pelanggan?

a)

Proses pelaksanaan projek dimulakan.

b)

Proses perancangan projek dimulakan.

c)

Kajian Kebolehlaksanaan projek dijalankan.

d)

Dokumen Kes Perniagaan projek disediakan.

26.

Apa yang penting dalam fasa pelaksanaan projek?

a)

Menyediakan dokumen kewangan.

b)

Melakukan kajian kebolehlaksanaan.

c)

Memastikan hasil kerja memuaskan pelanggan.

d)

Menentukan sumber tenaga kerja, bahan mentah, dan jentera.

27.

Berdasarkan kepada Rajah 1, nyatakan tindakan yang perlu dilakukan bagi mengawal pelaksanaan projek.

a)

Menyediakan laporan harian.

b)

Mengupah orang lain menyiapkan kerja.

c)

Membuat rekabentuk projek dengan spesifik.

d)

Melakukan kajian bagi mendapatkan maklum balas.

28.

Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu yang telah berlaku serta mengikut situasinya. Susunkan cara menulis laporan perancangan berikut mengikut turutan yang betul.

a)

V, I, IV, III, II, VI

b)

V, III, II, VI, IV, I

c)

V, IV, II, I, III, VI

d)

V, IV, III, VI, I, II

29.

Apa kesan kelemahan atau kelalaian dalam membentuk struktur organisasi yang baik?

a)

Mengurangkan kos pengeluaran.

b)

Meningkatkan keuntungan organisasi.

c)

Menjadikan organisasi lebih dinali pelanggan.

d)

Menjadikan operasi organisasi tidak cekap dan berkesan.

30.

Pemikiran kreatif dapat mengembangkan idea dan mencipta sesuatu yang baru. Pilih sikap dan tindakan yang boleh dilakukan untuk memperkembangkan ciri-ciri tersebut.

a)

Menonjolkan diri dengan idea lama.

b)

Berani menjana idea yang pelbagai.

c)

Mempunyai imaginasi yang mencapah.

d)

Mereka cipta untuk menghasilkan idea baru.