Font size
Worksheets2022-U SPM Sejarah K1
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Peribahasa berikut merujuk kepada hubungan rakyat dengan pemerintah.
"Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek"
Apakah perkaitan peribahasa tersebut dengan tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah?
Dedikasi
Ketaatan
Tolak ansur
Kebanggaan
Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 meliputi Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah pengaruhnya?
Menaungi kerajaan lain
Melalui penaklukan
Menyatukan rakyat
Menetapkan sempadan
Maklumat berikut berkaitan dengan Isu Kasut di Burma.
"Orang Inggeris memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma."
Apakah kesan isu tersebut?
Membangkitkan semangat nasionalisme
Mengukuhkan pengaruh penjajah
Meningkatkan kuasa bangsawan
Mencetuskan pembaharuan adat
Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919. Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat-syarat perjanjian tersebut?
Memperkuat angkatan tentera
Menamatkan hubungan diplomatik
Mengeksport senjata ke luar negara
Menjalin kerjasama dengan komunis
Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun 1930-an.
Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?
Menghalau penjajah asing
Menyekat pengaruh komunis
Mendapatkan petempatan khas
Menghalang kemasukan imigran
Mengapakah tokoh-tokoh tersebut perlu dihargai oleh generasi muda hari ini?
Menjalin hubungan dengan negara luar
Memajukan sistem ketenteraan negara
Memperjuangkan kedaulatan negara
Mempertahankan institusi beraja
British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah
Melayu yang bermula pada 12 September 1945.
Apakah peranan pentadbiran tersebut?
Melatih penduduk tempatan
Memulihkan kepercayaan rakyat
Menghalang kemasukan penjajah
Menangani demonstrasi penduduk
Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Kekuatan perpaduan orang Melayu
Menghalang desakan orang dagang
Memenuhi tuntutan golongan radikal
Kemasukan berterusan kaum imigran
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948
di Kuala Lumpur.
Apakah kandungan perjanjian tersebut?
I Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
II Dasar pengagihan kuasa dilaksanakan
III Kerakyatan secara jus soli diterima
IV Gabenor Jeneral dilantik di setiap negeri
Tokoh-tokoh berikut telah mencadangkan Perlembagaan Rakyat melalui gabungan
PUTERA-AMCJA.
Mengapakah mereka mencadangkan perlembagaan tersebut?
Menjamin keselamatan penduduk
Meningkatkan pembangunan ekonomi
Menangguhkan pelaksanaan Malayan Union
Menolak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Maklumat berikut berkaitan dengan keganasan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.
• Menyerang balai polis
• Memusnahkan ladang getah
• Membunuh penduduk tempatan
Mengapakah Parti Komunis Malaya bertindak demikian?
Melemahkan imej kerajaan
Menakutkan golongan imigran
Menghalang kerjasama pemimpin
Melumpuhkan ideologi kapitalisme
Apakah peristiwa yang menyebabkan darurat diisytiharkan pada Jun 1948?
Pekerja awam diserang
Pemusnahan ladang getah
Pelbagai kemudahan disabotaj
Pembunuhan pengurus ladang
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.
Apakah kepentingan pengenalan sistem pentadbiran tersebut terhadap pemimpin tempatan?
Memperkukuh penguasaan politik
Berkuasa menggubal perlembagaan
Berhak mengawal kewangan negara
Melatih kemahiran mentadbir kerajaan
Apakah kesan dasar pentadbiran British terhadap bidang pendidikan di negara kita?
Mewujudkan sekolah vernakular
Memperkasakan sekolah antarabangsa
Memantapkan kurikulum persekolahan
Melaksanakan pembelajaran bahasa asing
Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri yang diadakan
di Tanah Melayu.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan maklumat tersebut?
Menekankan konsep persamaan taraf
Memantapkan pentadbiran kerajaan tempatan
Melindungi kepentingan ekonomi antara kaum
Membuktikan kerjasama kaum diterima
Maklumat berikut berkaitan dengan keputusan Pilihan Raya 1955.
Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan keputusan tersebut?
Berdikari
Keberanian
Kesungguhan
Permuafakatan
Garis masa berikut menunjukkan perjalanan rombongan kemerdekaan yang diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman.
Mengapakah Tunku Abdul Rahman melakukan perjalanan sedemikian?
Menerima arahan British
Menyusun strategi perundingan
Menjimatkan kos pengangkutan
Mengikut pertukaran angin monsun
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penggubalan perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
Langkah-langkah tersebut menggambarkan bahawa proses penggubalan perlembagaan menekankan nilai
kerajinan
keberanian
keterbukaan
kasih sayang
Gambar berikut menunjukkan Tunku Abdul Rahman diarak di Padang Banda Hilir,
Melaka pada 20 Februari 1956.
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat di Tanah Melayu?
Kunjungan pemimpin negara
Kempen pilihan raya perbandaran
Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
Pembentukan Persekutuan Malaysia
Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran
kemerdekaan Tanah Melayu.
• Jawatankuasa Persediaan Fizikal
• Jawatankuasa Sambutan
Mengapakah persediaan sambutan kemerdekaan tersebut penting?
Menonjolkan identiti negara
Mematuhi prinsip kenegaraan
Mempertahankan warisan bangsa
Mendukung perlembagaan negara
Kedaulatan tradisional merujuk kepada raja berkuasa mutlak yang mempunyai
kuasa tertinggi.
Bagaimanakah kedaulatan raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka diperkukuh?
Kesahan Dewan Negara
Penghayatan Rukun Negara
Taat setia golongan diperintah
Perkahwinan dengan rakyat jelata
Rajah berikut berkaitan dengan ciri negara berdaulat.
Apakah X?
Keagamaan
Perundangan
Warisan budaya
Hubungan diplomatik
Apakah perkara yang menjadi asas kepada kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara menurut Ibnu Khaldun?
Angkatan tentera
Sifat kemanusiaan
Semangat kekitaan
Kehidupan harmoni
British telah memperkenalkan Charter of Justice yang diambil dari England pada
tahun 1807.
Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan di Negeri-negeri Selat?
Melindungi penduduk asal
Menjamin kekuasaan pembesar
Menjaga kepentingan pedagang
Memperkukuh pasukan keselamatan
Gambar berikut berkaitan dengan mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Perkara yang manakah berkaitan dengan fungsi Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat tersebut?
Melantik Perdana Menteri
Menggubal undang-undang
Memilih Yang di-Pertuan Agong
Memperkenan pindaan perlembagaan
Gambar berikut menunjukkan suasana Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?
Melantik ketua kerajaan
Mengukuhkan kuasa pemerintah
Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
Menyeragamkan undang-undang negara
Sejak awal abad ke-19, British bercadang untuk menyatukan wilayah penguasaannya di Asia Tenggara. Mengapakah British bertindak demikian?
Menjamin kemasukan imigran
Mengurangkan kuasa raja-raja
Menghapuskan pengaruh komunis
Memudahkan pentadbiran tanah jajahan
Peristiwa berikut berlaku pada tahun 1963.
"Tentera Indonesia melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah."
Mengapakah Indonesia mengambil tindakan tersebut?
I Berusaha membentuk Melayu Raya
II Malaysia menceroboh perairan Indonesia
III Melaksanakan Dasar Konfrontasi dengan Malaysia
IV Berpendapat Malaysia mengamalkan neokolonialisme
Apakah cabaran dalaman yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963?
I Perpaduan kaum
II Pembangunan ekonomi
III Pemerintahan parti politik
IV Pemupukan semangat kenegerian
Mengapakah slogan tersebut diperkenalkan?
Menuntut hak sama rata
Menuntut tambahan cukai
Menolak pasaran bersama
Mengagihkan kekayaan ekonomi
Apakah kesan slogan tersebut terhadap Persekutuan Malaysia?
Penentangan Indonesia
Pemisahan Singapura
Penyingkiran Brunei
Persetujuan Filipina
Maklumat berikut merujuk kepada institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan?
Menambahkan sumber tenaga
Meningkatkan kemahiran berfikir
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Menggalakkan kemasukan pelajar asing
Antara syor yang dicadangkan dalam Laporan Rahman Talib 1960 ialah pemupukan
semangat perpaduan antara kaum.
Apakah langkah yang diambil untuk melaksanakan syor tersebut?
I Mengadakan kurikulum yang sama
II Melancarkan program sekolah berintegrasi
III Memperkenalkan aliran vokasional di semua sekolah
IV Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada tahun 1971?
Menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi
Menghapuskan sekatan dagangan peringkat antarabangsa
Meningkatkan perolehan cukai daripada barangan import
Meningkatkan kecekapan syarik
Mengapakah zon perindustrian bebas diwujudkan oleh kerajaan?
Menggalakkan pembukaan petempatan baharu
Membangunkan prasarana sistem komunikasi
Memajukan industri kecil dan sederhana
Menggalakkan pelaburan modal asing
Maklumat berikut berkaitan pendirian Malaysia terhadap dasar Aparteid.
Mengapakah Malaysia mengambil pendirian tersebut?
Menangani masalah kemiskinan
Mendapatkan pengiktirafan dunia
Menjaga kepentingan perdagangan
Memperjuang hak persamaan taraf
Jadual berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)
Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)
Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah diumumkan pada tahun 1992
di Singapura.
Bagaimanakah AFTA boleh memacu kemajuan ekonomi ASEAN?
Penggunaan mata wang tunggal dikuatkuasakan
Kemasukan pelabur dari rantau lain dikawal
Sekatan dagangan dihapuskan
Pasaran terbuka luas
Mengapakah Kepulauan Spratly menjadi rebutan?
Kesuburan tanah
Keluasan wilayah
Kedudukan strategik
Kepentingan perdagangan
Mengapakah isu pelepasan gas rumah hijau menjadi agenda penting dalam Sidang Kemuncak Bumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rio de Janeiro Brazil pada tahun 1992?
Mengaut keuntungan penjualan baja kimia
Melaksanakan penggunaan senjata biologi
Mewujudkan suasana persekitaran yang aman
Mewariskan alam sekitar kepada generasi baharu
