WorksheetsJPN PERAK
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Yang manakah yang menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat? (Pilih 2 jawapan tepat)
Mempunyai ideologi negara
Mengamalkan tadbir urus baik
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk
Yang manakah elemen penting untuk menjalankan pilihan raya di Malaysia?
Penamaan calon
Kempen pilihan raya
Bahagian pilihan raya
Keputusan pilihan raya
Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan? (Pilih 2 jawapan tepat)
Tidak boleh dibuat pindaan
Menentukan kuasa Ketua Negara
Merupakan undang-undang tertinggi
Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan
Berikut merupakan keistimewaan kuasa Ketua Negara, kecuali
Baginda boleh melantik Senator Negara
Keutamaan baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan
Baginda tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia
Baginda berkuasa memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan ekesekutif setelah
Diluluskan oleh Majlis Parlimen
Disahkan oleh badan kehakiman
Diwartakan sebagai Warta Kerajaan
Diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Yang manakah perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan Persekutuan?
Keistimewaan Parlimen
Kebebasan hak asasi manusia
Pelantikan ahli Majlis Parlimen
Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu
Seseorang tertuduh boleh memberi keterangan di mahkamah dengan cara (Pilih 2 jawapan tepat)
Memberi bukti kukuh untuk mempertahankan diri
Memberi keterangan di kandang orang salah
Meminta bantuan peguam bela mewakilinya
Memilih untuk berdiam diri
Yang manakah perkara dalam Senarai Bersama yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan?
Pertahanan
Kebajikan Orang Asli
Akhbar dan penerbitan
Kebudayaan dan sukan
Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos? (Pilih 2 jawapan tepat)
Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi
Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi
Pasangan kepada pelajar yang sedang belajar di luar negara
Pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital
"Encik X bekerja di Malaysia sejak 5 tahun yang lalu. Dia fasih berbahasa Melayu dan berniat untuk tinggal tetap di Malaysia"
Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah cara Encik X ingin memperoleh kewarganegaraan Malaysia?
Pendaftaran
Penaturalisasian
Penggabungan wilayah
Kuatkuasa undang-undang
Yang manakah sumber hasil yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri? (Pilih 2 jawapan tepat)
Duti hiburan
Cukai perkhidmatan
cukai pendapatan individu
Hasil daripada tanah, lombong dan hutan
Yang manakah fungsi utama Kerajaan Tempatan? (Pilih 2 jawapan tepat)
Menguruskan dasar pertahanan negara
Merancang dan mengawal pembangunan bandar serta kawasan sekitarnya
Merancang dan membiayai projek infrastruktur seperti lapangan terbang
Menyediakan kemudahan awam seperti taman, perpustakaan dan kemudahan sukan
Yang manakah tugas Majlis Ekonomi Negara?
Membentuk dasar negara untuk memajukan penggunaan tanah
Menyelaras dan mengawasi pelaksanaan dasar dan program kerajaan
Mengenalpasti isu-isu dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan
Meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat
Yang manakah strategi kerajaan untuk meningkatkan integriti dan ketelusan sektor awam dan swasta bagi menambahbaik tahap tadbir urus?
Memperkenalkan dan mempromosi program pembaharuan bagi jentera pentadbiran
Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam
Mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh langkah menangani rasuah
Memperkemas struktur organisasi dari semasa ke semasa
Yang manakah punca yang boleh menjejaskan daya saing negara?
Pertambahan bilangan industri hiliran dalam negara
Kenaikan gaji kakitangan awam dalam negara
Kenaikan kadar inflasi dalam negara
Perkembangan politik di luar negara
