Font size
WorksheetsPeperiksaan Percubaan Sejarah Tingkatan 5 (MELAKA) 2024
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
"Air yang dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu ditadah dan diminum oleh rakyat"
Maklumat berikut berkaitan kerajaan Srivijaya. Apakah tujuan amalan tersebut diadakan ?
Membuktikan kekuatan
Menunjukkan kesetiaan
Mendapatkan kepercayaan
Mengukuhkan pegangan agama
ROKAN, KAMPAR, INDERAGIRI
Maklumat berikut berkaitan wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka memperoleh kawasan tersebut melalui
penaklukan
perkahwinan
perdagangan
pengislaman
• Revolusi Keagungan (1688)
• Revolusi Perancis (1789)
Peristiwa berikut berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut ?
Kebebasan bergerak disekat
Pentadbiran komunis bermula
Ekonomi kawalan dilaksanakan
Sistem raja berkuasa mutlak berakhir
Liga Filipina
Maklumat berikut merujuk pertubuhan yang diasaskan oleh Jose Rizal pada tahun 1892. Mengapakah pertubuhan tersebut diasaskan?
I Menuntut persamaan hak
II Memajukan sistem pendidikan
III Mendapatkan kebebasan bersuara
IV Mendesak perubahan dilaksanakan
Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson
Deklarasi berikut diisytiharkan selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut ?
Kuasa mutlak raja dikurangkan
Saiz angkatan tentera dihadkan
Sempadan negara berasaskan bangsa
Kerajaan bercorak republik dilaksanakan
Perang di Eropah dan di Asia Pasifik telah mengorbankan hampir 75 juta nyawa dan membawa kemusnahan harta benda.
Pernyataan berikut menerangkan kesan Perang Dunia Kedua. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut ?
Menghargai nikmat keamanan
Kesepakatan membawa berkat
Kekuatan tentera harus diutamakan
Pemimpin berwibawa asas kejayaan
12 September 1945: Pelaksanaan Pentadbiran British Military Administration (BMA)
Berikut merujuk pentadbiran yang dijalankan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Mengapakah pentadbiran tersebut dilaksanakan?
Memulihkan kepercayaan penduduk
Menyusun semula struktur masyarakat
Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
Meningkatkan pemilikan saham bumiputera
Tokoh berikut memainkan peranan penting di negara kita selepas Perang Dunia Kedua. Apakah peranan mereka?
Menubuhkan Home Guard
Mengetuai gerakan anti Jepun
Menganjurkan Kongres Melayu
Membantah pelaksanaan Malayan Union
Pada bulan Julai 1947, PUTERA-AMCJA telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat.
Antara berikut, yang manakah terkandung dalam perlembagaan tersebut?
Raja-raja Melayu berkuasa mutlak
Bahasa Inggeris menjadi bahasa kebangsaan
Kewarganegaraan Malaya dinamakan Melayu
Agama Islam di bawah Pesuruh Jaya Tinggi British
• L.D.Gammans
• Rees Williams
Ahli Parlimen British berikut telah dihantar ke negara kita selepas Perang Dunia Kedua.
Apakah tujuan kedatangan mereka?
Menggubal perlembagaan merdeka
Menguatkuasakan perintah berkurung
Menjalankan British Military Administration
Menyaksikan bantahan terhadap Malayan Union
Pada 16 Jun 1948, tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak dibunuh.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Kesatuan sekerja dibubarkan
Kemasukkan imigran Cina disekat
Undang-undang Darurat diisytiharkan
British Military Administration dilaksanakan
Pilih pasangan yang tepat tentang peranan Pasukan Keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
Home Guard Melindungi pekerja lombong bijih timah
Sarawak Ranjers Menjejak persembunyian komunis dalam hutan
Senoi Praaq Mempertahankan bandar dan kampung
Special Constables Membuat rondaan di pinggir hutan
Dato’ Onn Jaafar: Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
H.S. Lee: X
Berikut berkaitan dengan Sistem Ahli yang dilaksanakan di Tanah Melayu selepas tahun 1950-an.
Apakah X?
Ahli Pelajaran
Ahli Kesihatan
Ahli Pengangkutan
Ahli Kerajaan Tempatan
Memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Pernyataan berikut berkaitan matlamat Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Bagaimanakah matlamat tersebut dicapai?
Membubarkan sekolah vernakular
Menyeragamkan kandungan kurikulum
Mengajar pendidikan sivik secara formal
Menjadikan bahasa Inggeris bahasa penghantar
“Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini. Buat pertama kalinya Majlis ini bersidang sebagai sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih.”
Petikan berikut merupakan sebahagian ucapan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955.
Majlis dalam petikan tersebut merujuk kepada
Majlis Raja-Raja Melayu
Majlis Eksekutif Persekutuan
Majlis Mesyuarat Perundangan
Majlis Perundangan Persekutuan
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955 dengan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Maklumat berikutan berkaitan kabinet yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Apakah peranan kabinet tersebut?
Membincangkan isu pertahanan
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Menggubal perlembagaan merdeka
Merangka dasar pendidikan kebangsaan
• Lord Reid
• Sir Willliam Mckell
• Sir William Ivor Jennings
• Hakim B. Malik
• Hakim Abdul Hamid
Apakah peranan tokoh berikut?
Menjalankan pilihan raya umum
Merangka perlembagaan merdeka
Menyeragamkan sistem pendidikan
Menstruktur semula sistem kehakiman
Testament Amanah Politik Perikatan
Apakah isu yang disuarakan dalam memorandum tersebut?
Pilihan raya
Agama rasmi
Kewarganegaraan
Bahasa kebangsaan
Jawatankuasa Sambutan
Apakah peranan jawatankuasa berikut?
Membina stadium dan istana
Menganjurkan kursus protokol
Mereka bentuk bendera kebangsaan
Menyediakan anggaran perbelanjaan
• Bendera Union Jack diturunkan
• Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan
Peristiwa berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1950-an.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Mengiktiraf pembentukan kabinet pertama
Menandakan berakhirnya pentadbiran Britain
Memperakui kesahihan keputusan pilihan raya
Mengesahkan pelantikan Yang di-Pertuan Agong
Ciri-ciri negara berdaulat menjadikan Malaysia mempunyai identiti yang unik dan perlu dipertahankan.
Mengapakah rakyat perlu mempertahankan identiti tersebut?
Meningkatkan pendapatan
Penghormatan negara luar
Pematuhan undang-undang
Mewujudkan perkongsian kuasa
Gambar berikut menunjukkan pertemuan antara Tun Hussein Onn dengan Anwar Sadat, Presiden Mesir pada tahun 1977.
Apakah matlamat pertemuan tersebut diadakan?
Mengukuhkan hubungan diplomatik
Mendapatkan bantuan kewangan
Membantu pemulihan ekonomi
Mengerat perpaduan bangsa
• Charter of Justice I
• Charter of Justice II
• Charter of Justice III
Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat.
Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?
Mengehadkan kuasa raja
Menentang penyebaran agama
Menghalang berlaku penindasan
Mengurangkan peranan pembesar
Apakah ciri tradisional yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan?
Demokrasi berparlimen
Kerajaan persekutuan
Pemerintahan beraja
Pendidikan vernakular
Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang
Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
Undang-undang berikut diwujudkan selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah kepentingan pengenalan undang-undang tersebut?
Meneruskan sistem raja berkuasa mutlak
Melaksanakan pemerintahan demokrasi
Mengamalkan Raja Berperlembagaan
Memulakan jawatan Yang di-Pertuan Agong
Manakah antara berikut kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan negara?
I Pemerintah tertinggi tentera
II Melantik diplomat ke luar negara
III Ketua agama bagi semua negeri
IV Menjatuhkan hukuman di mahkamah
• Hal ehwal luar negeri
• Pelajaran
• Pentadbiran keadilan
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran kerajaan.
Kerajaan yang mempunyai bidang kuasa tersebut ialah Kerajaan
Sultan
Negeri
Tempatan
Persekutuan
Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM)
Perkara berikut berkaitan dengan kawalan keselamatan di negara kita.
Mengapakah kawasan keselamatan di Sarawak tersebut diisytiharkan sebagai RASCOM?
Rusuhan kaum
Serangan lanun
Ancaman komunis
Penularan penyakit
Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.
Apakah kesan pembentukan persekutuan tersebut?
Tekanan antarabangsa berkurang
Bahan mentah dikongsi bersama
Kemerdekaan wilayah terlibat
Pengaruh British meningkat
Pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan daripada Indonesi sehingga mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia.
Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut?
Menghentikan aktiviti kawalan
Menghantar bantahan rasmi
Menutup pintu sempadan
Melancarkan serangan gerila
Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?
Rusuhan kaum
Pemansuhan cukai
Ancaman komunis
Pembatalan perjanjian
Peluang pekerjaan terhad
Kadar pengangguran tinggi
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu berikut selepas pembentukan Malaysia?
Memperkenalkan industri berat
Mengawal kemasukan buruh asing
Memperkenalkan teknologi baharu
Menubuhkan pusat latihan vokasional
Tokoh berikut telah memberikan cadangan tambahan kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 untuk memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan murid.
Apakah cadangan tersebut?
I Mewajibkan pembelajaran Tatarakyat
II Mengutamakan pendidikan kerohanian
III Memperkenalkan sekolah aneka jurusan
IV Memberi penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
Gambar berikut berkaitan logo temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?
Memperkasa integrasi nasional
Memajukan sektor pelancongan
Menyemai semangat sukarelawan
Mendapat pengiktirafan antarabangsa
Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada Januari 1970.
Apakah kesan penubuhan majlis tersebut?
Mengkaji Dasar Kebudayaan Negara
Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru
Merangka Dasar Pembangunan Nasional
Mengemaskini Dasar Pendidikan Kebangsaan
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Agensi berikut ditubuhkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?
Memodenkan teknologi
Membangunkan wilayah
Memberikan pinjaman modal
Melaksanakan dasar penswastaan
MATLAMAT PENGGUBALAN DASAR LUAR
1. Melindungi kepentingan nasional
2. Mempertahankan kedaulatan negara
3. X
Apakah X?
Memajukan teknologi
Memupuk hubungan baik
Melestarikan alam sekitar
Mengelakkan penindasan kaum
Malaysia telah menentang Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Komanwel.
Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?
Mempertahan hak penduduk asal
Menghalang program senjata nuklear
Memiliknegarakan pelaburan asing
Menghapuskan sekatan perdagangan
1992: Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditandatangani
Berikut berkaitan dengan perjanjian perdagangan yang ditandatangani oleh Malaysia.
Apakah tujuan perjanjian tersebut dimeterai?
Mengurangkan ancaman lanun
Mengurangkan cukai pelabuhan
Meningkatkan kerjasama ekonomi
Menghapuskan monopoli kuasa besar
Gambar berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia dipentas dunia.
Apakah sumbangan NGO tersebut?
Menyalurkan pelbagai bantuan
Melaksanakan misi ketenteraan
Mengukuhkan hubungan diplomatik
Menubuhkan organisasi perdagangan
