wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Modul 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan simpan kira?

a)

Proses mentafsirkan maklumat kewangan

b)

Proses menyediakan buku-buku pelaburan

c)

Proses merekodkan urus niaga perniagaan secara sistematik

d)

Proses melapor prestasi kewangan sesebuah perniagaan untuk tahun semasa

2.

X merupakan suatu proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan. X ialah

a)

sistem perakaunan.

b)

prinsip perakaunan.

c)

konsep perakaunan.

d)

kitaran perakaunan.

3.

Rajah di bawah ini menunjukkan proses kitaran perakaunan. Apakah Y?

a)

Imbangan Duga

b)

Penyata kewangan

c)

Catatan penutupan

d)

Buku Catatan Pertama

4.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang perakaunan?

I. Perakaunan meliputi skop yang lebih luas berbanding simpan kira

II. Perakaunan melibatkan perancang penggunaan modal perniagaan

III. Perakaunan dapat membantu pihak pengurusan membuat keputusan perniagaan

IV. Perakaunan hanya melibatkan proses merekod urus niaga ke dalam buku Perakaunan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

5.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan subbidang perakaunan X. Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan kewangan

d)

Perakaunan pengurusan

6.

Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?

a)

Bank

b)

Pembekal

c)

Pemilik perniagaan

d)

Pesaing perniagaan

7.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan subbidang perakaunan. Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan kewangan

d)

Perakaunan pengurusan

8.

Apakah ciri yang berkaitan dengan etika di atas?

a)

Integriti

b)

Kerahsiaan

c)

Objektiviti

d)

Sifat profesional

9.

Apakah tujuan penubuhan Institut Akauntan Malaysia (MIA)?

a)

Menggubal piawaian perakaunan

b)

Mengawal selia profesion perakaunan

c)

Merancang pelaksanaan sistem rekod perakaunan perniagaan

d)

Merangka aktiviti badan-badan korporat dalam bidang perniagaan

10.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan proses perakaunan berkomputer?
I. Risiko kesilapan adalah tinggi

II. Penyata kewangan dapat dijana dengan lengkap

III. Penyediaan akaun akan memakan masa yang agak lama

IV. Kerja perekodan dapat dilakukan dengan lebih cekap

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

11.

Maklumat di bawah ini berkaitan

dengan pengguna penyata kewangan.

a)

pihak bank.

b)

pihak kerajaan.

c)

pihak pelabur.

d)

pemilik perniagaan.

12.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu ciri kualitatif

penyata kewangan.
Apakah ciri tersebut?

a)

Pemasaan

b)

Kerelevanan

c)

Kebolehfahamn

d)

Kebolehbandingan

13.

Maklumat yang berikut berkaitan

KBAT dengan konsep perakaunan.

a)

Prinsip kos

b)

Tempoh perakaunan

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Pengiktirafan

hasil

dan

belanja

14.

Pemilik Kedai Runcit John telah mengeluarkan wang simpanan dari bank untuk membayar premium insurans hayat anaknya. Beliau tidak merekodkan urus niaga ini ke dalam buku perakaunan perniagaan.

Apakah konsep perakaunan yang dipatuhi?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha yang berterusan

15.

Sebuah premis telah dibeli oleh Syarikat Gemilang pada 1 Mac 20X1 dengan harga RM900 000. Pada tahun 20X8, nilai pasaran premis tersebut meningkat kepada RM1 160 000.

Berapakah nilai premis yang akan direkodkan dalam penyata kewangan dalam tahun 20X8?

a)

RM260 000

b)

RM900 000

c)

RM760 000

d)

RM1 160 000

16.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan ciri-ciri Kedai Runcit Ani?

I. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965

II. Modal perniagaan disum-bangkan oleh pemilik sendiri

III. Pemilik menanggung semua kerugian perniagaan

IV. Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada modal disumbangkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Encik Darwish memulakan perniagaan menjual pakaian sukan pada 1 Julai 20X3. Tempoh perakaunan bagi perniagaannya berakhir setiap enam bulan. Tempoh perakaunan yang manakah berkaitan dengan perniagaan Encik Darwish?

a)

1 Julai 20X3 1 November 20X3

b)

1 Julai 20X3 30 November 20X3

c)

1 Julai 20X3 1 Disember 20X3

d)

1 Julai 20X3 hingga 31 Disember 20X3

18.

Maklumat di bawah ini menunjukkan ciri-ciri sejenis perniagaan:

* Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

* Liabiliti tidak terhad

Jenis perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?

a)

Jernih Berhad

b)

Tenaga Nasional Berhad

c)

Syarikat Paradiska Sendirian Berhad

d)

Klinik Mata Amin dan Aman

19.

Puan Dayana, akauntan Firma Kenanga, menghitung susut nilai kenderaan menggunakan kaedah garis lurus. Bagi penyediaan penyata kewangan tahun 20X5, beliau menggunakan kaedah pengiraan yang sama.

Situasi di atas merujuk kepada konsep...

a)

ketekalan.

b)

prinsip kos.

c)

entiti berasingan.

d)

wang sebagai ukuran.

20.

Antara yang berikut, manakah yang benar mengenai syarikat berhad?

I. Liabiliti adalah terhad

II. Bilangan minimum ahli 100 orang

III. Ditadbir oleh Ahli Lembaga Pengarah

IV. Berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

21.

Maklumat di bawah ini merupakan ciri suatu entiti perniagaan:

* Liabiliti terhad

* Modal besar

* Sebarang keputusan pernia-gaan dibuat dalam mesyuarat agung

Entiti perniagaan manakah yang menepati ciri tersebut?

I Koperasi

III Milikan tunggal

II Perkongsian

IV Syarikat berhad

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Maklumat yang berikut menunjukkan perbezaan citi antara milikan tunggal, perkongsian, dan syarikat berhad.

Perbezaan ciri manakah yang betul?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV