WorksheetsPerniagaan Tani (PPT 322) Bab 6
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Di antara langkah berikut yang manakah adalah langkah untuk merancang perolehan mesin ?
Menentukan pembeli.
Menilai kemampuan mesin.
Membandingkan jenama.
Senaraikan mesin tertentu sahaja.
Apakah maklumat yang diperlukan untuk mengira kecekapan proses pertukaran ?
Bilangan mesin
Bilangan pekerja
Jumlah input dan output
Bilangan proses pertukaran
Antara perbelanjaan bulanan berikut, yang manakah BENAR untuk projek penternakan ayam?
Kenderaan
Reban ayam
Penyelenggaraan
Jentera dan peralatan
Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan operasi?
Sewa pejabat
Insurans kenderaan
Peruntukan luar jangka
Upah buruh langsung dan tidak langsung
Berapa banyak kotak yang perlu dibungkus jika jumlah botol kordial yang dihasilkan adalah 11,400 botol sehari dan setiap kotak boleh menampung 24 botol kordial ?
400 kotak / hari
475 kotak / hari
500 kotak / hari
575 kotak / hari
Kenapa sistem maklum balas diperlukan dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan ?
Untuk menilai kualiti produk atau perkhidmatan
Untuk mengawal pengeluaran produk atau perkhidmatan
Untuk menilai pencapaian dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan
Untuk menetapkan harga yang diperlukan bagi produk untuk mendapatkan keuntungan
Jika purata jualan bulanan untuk item A adalah RM 20,000.00 dan harga jualan setiap unit item A adalah RM 0.50. Berapakah jumlah permintaan untuk item tersebut ?
30,000 unit
40,000 unit
50,000 unit
60,000 unit
Apakah kos overhead sebuah kilang ?
Kos tetap
Kos berubah
Kos langsung
Kos tidak langsung
Apakah jenis perbelanjaan harta yang mungkin berlaku dalam bahagian operasi ?
Bayaran khidmat pakar runding
Kos untuk penyelenggaraan kilang
Upah yang dibayar kepada pekerja
Kos pembelian mesin dan peralatan untuk tujuan operasi
Yang manakah dianggap sebagai buruh langsung dalam memproses bola ikan?
Pemandu
Tukang sapu
Penjaga gudang
Pekerja pengeluar produk
Kenapa usahawan perlu menentukan jumlah produk yang akan dihasilkan ?
Untuk menentukan jenis pengeluaran
Untuk menentukan corak pengeluaran
Untuk menentukan kapasiti dan bilangan mesin
Untuk menentukan kuantiti pengeluaran harian.
Perkara berikut perlu dipertimbangkan sebelum membeli mesin, KECUALI
Jenama
Baru atau terpakai
Manual atau automatik
Alat ganti yang mudah diperoleh
Bagaimana proses pertukaran dianggap cekap dan berkesan ?
Mempunyai sistem maklum balas dan pencapaian output berbanding input dapat dinilai
Memiliki sistem maklum balas dan pencapaian input berbanding output dapat dinilai
Mempunyai maklum balas yang dapat membantu organisasi meningkatkan kecekapan pengurusan
Memiliki maklum balas yang dapat meningkatkan pengeluaran produk dengan nilai tambah yang tinggi
Apakah definisi pengurusan operasi ?
Proses menghasilkan produk dan perkhidmatan
Proses menghasilkan output daripada input yang digunakan
Proses menghasilkan output dalam kuantiti yang dapat memenuhi permintaan pelanggan
Proses menggabungkan input perniagaan untuk ditukarkan kepada output yang diingini melalui proses pertukaran
Apakah perbelanjaan bulanan untuk projek pengeluaran kerepek ?
Kenderaan
Insurans kilang
Bahan mentah
Mesin dan peralatan
Apakah Indeks Produktiviti ?
Output / input
Output x input
Input / output
Input - output
Jualan bulanan : RM 17,500.00
Harga unit : RM 0.70
Berdasarkan maklumat di atas, berapakah permintaan untuk produk ini dengan mengambil kira 1% kerosakan?
25,000 unit
25,250 unit
25,750 unit
26,000 unit
Jika peratusan kerosakan dalam penghasilan bebola ikan adalah 2%. Untuk mendapatkan 10,000 bebola ikan yang boleh digunakan, berapa banyak bebola ikan yang perlu dihasilkan oleh perniagaan ?
10,000 bola ikan
10,100 bola ikan
10,200 bola ikan
10,300 bola ikan
Apakah yang dimaksudkan dengan masa produktif mesin ?
Lebih banyak masa mesin beroperasi semasa waktu bekerja
Kurang masa mesin beroperasi semasa waktu bekerja
Masa sebenar mesin beroperasi semasa waktu bekerja
Masa yang sama mesin beroperasi semasa waktu bekerja
Perniagaan mengupah seorang pakar perunding untuk mengkaji kebolehlaksanaan projek. Apakah kategori perbelanjaan untuk perkhidmatan pakar runding tersebut ?
Perbelanjaan aset
Perbelanjaan lain-lain
Perbelanjaan bulanan
Perbelanjaan tidak dijangka
Kadar pengeluaran yang dirancang : 3000 unit/jam
Masa untuk menghasilkan satu unit : 0.06 minit
Masa produktif mesin : 0.75
Berdasarkan maklumat di atas, berapa banyak mesin yang diperlukan ?
2 mesin
3 mesin
4 mesin
5 mesin
Berapakah kos bahan mentah untuk satu unit bebola daging jika kos bahan mentah untuk menghasilkan 1,120 unit adalah RM 520.45 ?
RM 0.35/unit
RM 0.40/unit
RM 0.46/unit
RM 0.52/unit
Apakah tujuan susun atur ?
Untuk meningkatkan daya tarikan pejabat
Untuk memperbaiki suasana yang kondusif
Untuk memberikan aura yang sesuai untuk jenis perniagaan
Untuk meningkatkan mutu reka bentuk produk, kapasiti proses, dan kualiti kerja
- Maksimumkan penggunaan ruang.
- Kekalkan kos pergerakan minimum.
Kenyataan di atas merujuk kepada?
Susun atur produk
Susun atur pejabat
Susun atur kedudukan tetap
Susun atur gudang atau stor
Yang manakah berikut ini BUKAN risiko yang mungkin berlaku jika sebuah syarikat tidak membuat perancangan operasi yang baik?
Pembaziran berlaku
Kos bahan mentah meningkat
Kelewatan dalam menghasilkan output
Penggunaan mesin yang tidak efisien
